Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, May 24, 2018

Buka Puasa dengan Family di D Anjung Tasik Biru Kundang

Salam Ramdhan ke-8..Semalam kakak dengan anak buah datang rumah..kakak aku beria beli ikan semua tu konon nak masak rumah sekali tengok bilik belakang renovate dengan berpasir bagai terus dia kata makan kat luar la..hahaha

Lagi pon Akak aku dari dulu dok teringin nak makan Rumah Kedai Terlajak Laris tu dah alang2 tak jadi berbuka rumah mak sok decide berbuka kat Rumah Kedai Terlajak Laris..lagi pon dekat jer dengan rumah mak..Akak aku sampai dulu nak booking sekali tak jadi..kedai makan tu macam tk menarik, dia ada la carte  jer..akak aku nak buffet..So terus pergi steamboat kat Tasik Biru..tu lagi dekat, dari rumah 5 minit sampai dah..

Berhimpi2 naik kereta abah..bila lagi nak merasa kereta baru abah ni..hahaha Moh ler kita buka puasa di D Anjung Steamboat Tasik Biru..

Ini budak asyik nak berdiri je..aku risau tergolek je..nak bagi turun bawah abis dia pecut 100m..

Kakak dan Mak..Sama kan muka kakak dengan Mak..

Afif dan Mummy..nampak nampak mana dia nak duduk dalam tu..

Qasidah dan Selawat dari pelajar-pelajar Tahfiz..Sejuk dengar..

Pasangan sawit di abad ini..hahaha Nampak Mak malu2..abah rileks jer..

Jom kita tengok apa yang menarik kat D Anjung Steamboat ni. Abah dulu pernah makan so dia kata ok la..so mari kita tengok menu2 dia apa yang menarik..Kalau sedap next time boleh datang lagi..

 Aneka biskut..

 Kuih Muih..

 Badak berendam dia nampak macam sedap tapi bila dah buka tak lalu pulak nak makan..

Eh model la kat situ..hahaha

Aku rasa sini lagi banyak pilihan compare Soul Garden kat One Utama..D Anjung 1 kepala RM40, Soul Garden RM59..

 Sayur-sayuran..hahaha Orang diet elok je la makan ni..

 Anak buah aku ni kalau ambik tak hingat..macam2 dia nak ambiknya..

 Weiii kambing dia sedap giler..ni aku cerita ni pon tertelan2 air liur..Senang cakap semua sedap la..ayam pon sedap..Sedap dari Soul Garden okey..

Menunggu untuk berbuka puasa..tinggal lagi berapa minit je nak buka..yum yummm! Alangkah bestnya suami ada sekali..

 Anak buah sulung..Besor dah kan si Luthfi ni..Dulu duk Sarawak keding jer..dok KL semangat badan dia..dah kuat makan, dulu susah nau nak bagi makan nasi..sekarang terbalik, kena nasi gak..leh geng dengan atuk Jem ni..hahaha

 Selamat berbuka semua..Mekcha bila nak start puasa ni..

Tempat bakar ni besar..baru puas hati nak main bakar2..hehe

Sambung kuey teow sup utara..sedap kuah dia tapi sayang kuey teow tu keras..kalau lembut terbaik dah..hahaha complain banyak betul aku ni..

 Rojak terbaik walaupon hanya ada sengkuang, mangga, jambu dan nenas..kacang harus taruk lebih..

Ice cream keladi ni adik aku cakap sedap so harus la ambik 2 scoops..1 scoop kang takut tak cukup..serius sedap walaupon ice cream keladi je pon..rasa lemak tu sampai.. =P

 Sembang kakak dan adik..lepas berbuka baru leh membawang..hahaha

 Sebelum balik terima la konsert dari Mekcha dan Mayiesha..amboii kakak kemain ko ek..Afif tu teruja ke dengar suara kakak yang sedap tu..

Mayiesha pon tak nak kalah, hebat nyanyian dia..hahaha Ok2 dah jom balik..

So far aku dengan famliy puas hati berbuka di D Anjung Tasik Biru ni..harga dengan makanan yang disediakan berbaloi..aku rasa kalau korang nak datang weekend kena booking dulu sebab takut penuh..ni kitaorang datang hari biasa so boleh la makan dengan tenang, orang pon tak ramai.. =)

piece : kathyjem

Wednesday, May 23, 2018

Lauk Berbuka Puasa

Assalamualaikum..Salam Ramadhan yang ke 7..eh 7 dah..esok 8..jap kan masa bergerak..Hari tu puasa pertama tak dapat berbuka bersama family..tak boleh puasa, hari ke dua baru boleh..so masa hari pertama puasa tu aku kat rumah sendiri tak balik rumah mak..esok tu sahur sorang2..sedih..hahaha

Petang tu ambik Raiisah dari sekolah terus balik rumah mak, takkan nak berbuka sorang2 lagi kan, mau meratapi kesedihan depan nasi tu..hehe

Tadaaa!! menu berbuka di hari ke 2..meriahkan..Yang buat meriah tu kuih muih je, mak masak simple je, ayam goreng dengan sayur campur..yang tertutup tu bubur lambuk..paling kelakar bab kuih..aku nak kuih pelita, mak nak kuih badak berendam, abah nak kuih popia basah, Raiisah kuih karipap..adik laki je tak mintak kuih..Bayangkan kalau ada adik beradik 10 orang..jenuh abah nak beli semua..hahaha

Gitew la kemeriahan bila berbuka dengan family..huhuhu Affan je takde so kurang lengkap la sikit..

Ni menu berbuka hari ke 3..paling best mak buat dessert bubur sumsum, ada setengah panggil puding sumsum..

Syurga giler lepas makan nasi makan bubur sumsum..orang Perak bubur sumsum colour putih, kalau belah Kelantan tak silap ada color hijau..ada yang dm tanya macam mana nak buat sumsum..ampunn maaf kita tak tau resepi dia sebab yang buat mak..hahaha anak dia tukang makan jer..takper next time mak buat kita snap gambar and share dalam blog nanti ye..ni pon nak tanya mak asyik lupa je..

Besok tu lagi meriah menu berbuka, kakak buka kat rumah mak tapi tak sempat ambik gambar sebab kelam kabut sikit, kakak sampai pon dah nak berbuka..dengan orang datang nak repair dapur time berbuka tu..hahaha memang lupa abis..

Ni semalam punye lauk berbuka..Abah takde buka kat luar..so ni la peluang nak masak selain nasi..kalau abah ada memang tak la spaghetti2 ni naik kat rumah..memang abah jeling je la spaghetti tu..hehehe Ok la semalam tekak dapat pasta, dah seminggu berbuka nasi rasa tak lalu pulak..nasib baik mak pon ok suka makan pasta..kalau geng dengan abah gak pencinta nasi, hukhukhuk je la..

Dah nak berbuka baru hegeh nak masak..mak nak masak nasi, aku cakap takyah la esok je la masak nasi, hari ni kita makan owang putih..haha Biar orang masak.. Adik aku, aku suruh beli udang yang biasa tu, dia pergi beli udang galah..RM15 untuk 10 ekor..udang galah ni masak tomyam sedap la..kulit pon tak sempat nak kupas sebab nak cepat punye pasal..haha..jadi la pasta carbonara cuma kuah terpekat sikit..nak cairkan letak air panas sikit, selesai..

Ingat sahur tadi nak makan pasta carbonara ni sekali tengok tak lalu..kebetulan mak masak nasi putih bersama ikan bilis, telur asi dan sambal belacan..perghh!! memang ku jeling je pasta tu..hahaha semalam eksyen sangat tak nak nasi.. >_<

piece : kathyjem

Monday, May 21, 2018

Sambut Birthday Adik Bujang

Salam! Selamat berpuasa semua..entry ni bukan cerita pasal berbuka puasa tau, ni cerita pasal celebrate adik bujang yang bongsu ni sebelum bulan Ramdhan hari tu..Dia tak tau pon aku dengan kakak plan nak makan2 kat luar sempena birthday dia esok..Plan punya plan last2 kitaorang pilih makan di Soul Garden, One Utama..lagi pon dah lama tak makan situ..

Boleh blur2 nak parking mana? nak parking belah Aeon ke belah Parkson..Kakak aku sampai dulu..aku tanya dia parking belah mana, dia cakap Aeon..situ je parking yang ada, belah Parkson penuh..dekat 1 jam lebih akak aku cari parking..giler ramai orang..shopping persiapan raya ke apa..hahaha

Aku lagi bijak dah nak sampai Soul Garden baru perasan phone tertinggal dalam kereta, sebab tengah charging phone tak perasan..nasib baik ada adik sado, dia la pergi lari ambik phone aku..dah la jauh..Mak dengan Abah tak ikut sebab ada orang nak datang repair bilik..

Adik beradik..

Giler lama tak makan steamboat kat Soul Garden ni..ni round pertama..

Adik aku ambik lagi tak ingat..nasib badan sado makan kuat..dia maafkan..

Sorang tercekik, sorang sibuk ajak berborak, sorang nak turun bawah berlari..hahaha

Anak buah dah besar senang suruh ambik gambar..

 Kakak tau la suka dapat makan maggi..muka tu takyah macam Daddy sangat..

Ini budak banyak main dari makan..Kita nak suap geleng2 tak nak..ha suap sendiri..

 Kakak dan adik..cukup sorang adik ek kakak..haha

 Alah alah alah Mayieshaaaa, kemain lentuk kat bahu Ibu..

Round ke-2 seafood..jangan kena gaut sudah..hahaha..biasa la time ambik ghairah..tapi Soul Garden dekat OU ni macam tak banyak pilihan la..akak pon aku perasan..dulu Soul Garden bawah office lama perghhh banyak giler pilihan..now dah tutup Soul Garden kat situ..

 Fahmi ambik tak ingat..juling2 nak abis..

Ada hadiah surprise..terkejut dia masa aku dengan akak aku nyanyi lagu Happy Birtday untuk dia sambil hulur hadiah..

Happy Birthday Fahmi yang ke 22 tahun..aku tak tau dia ada Gf ke tak?? hahaha..sejenis kakak yang tak kisah..janji pandai bawak diri..Tu business Box Buddy tu buat elok2, buat sampai menjadi..jangan separuh jalan pulak..

Bersama Kakak sulung..bila pakai spek mata sama lagi terserlah rupa adik beradik..aku dari kecik tercari mana la orang kata muka aku dengan dia sama...ermm mata hidung mulut semua tak sama..yang sama gigi..hahaha Kakak aku ikut muka mak, aku ikut muka abah..lain kan tapi ramai cakap senyuman kami sama..sama ke??!

See lain kan muka kami berdua..dulu mesti ingat aku ni kakak, kakak aku adik..hahaha yerka kakak aku ni rendah sikit dari aku so orang ingat dia adik la..kakak aku ni dulu kaki mekap tau uolssss..dah kawen ada anak mekap light2 jurr, dulu tak berkilomekap kat muka tu tak sah keluar rumah..ahaha lipstick nak pink glossy je..now dah insofff..

 Bab berangan bagi kat adik aku ni..hahaha eh macam kakak dia je..

Afif takut sikit dengan Poksu dia sebab Poksu suka menyakat..

Bergambar ramai2 sebelum balik..

Sementara tunggu abang ipar dengan adik solat singgah Kenny Rogers tapau untuk mak abah..ni budak time baik kemain dok molek dok sama2..Si Afif susah nau nak ambik gambar dia, bergegar sajer..Mayiesha macam mummy la kan suka posing..sep sikit!

piece : kathyjem

Friday, May 18, 2018

Cara Mudah Nak Buat Chocolate Bouquet

Halooo..hari tu sekolah Raiisah ada sambutan hari guru..memang dah tahu Hari Guru jatuh pada 16 hari bulan..tup tup lupa pulak..banyak minum air semut mudah lupa..hahaha Macam mana ek aku teringat esok tu Hari Guru kat sekolah Raiisah..haaa terperasan ada orang up status kt fb, esok Hari Guru..laju2 buka whatsapp group sekolah Raiisah..yes betul! esok Hari Guru kat sekolah Raiisah! apa lagi capai kunci kereta, start enjin..vrommm pegi kedai cari barang..

Masa dalam perjalanan baru la otak ni ligat berfikir nak bagi apa kat teacher Raiisah ni esok..mujur jam baru kol 9..kalau kol 11 kedai tutup, bye bye..hahaha

Ting! dapat idea nak bagi chocolate bouquet..memang dari dulu teringat nak buat chocolate bouquet..dari beli baik buat sendiri kan..save budjet sikit..hahaha lagi pon satu kepuasan nak bagi orang tapi hasil dari tangan kita kan kan kannn..

Mula pergi kedai serbaneka nak beli reben..sekali bersesak2 dalam kedai tu..giler ramai orang..tak pernah2 aku tengok kedai serbaneka tu ramai orang..hahaha semua mak bapak busy cari hadiah untuk anak nak bawak bagi cikgu sekolah esok..jadi bahang dalam kedai tu..tengok beratur panjang macam tu, dengan bahang nye..tak jadi la..pegi kedai satu lagi, tak ramai sangat orang..

Tapi sebelum tu singgah speedmart beli coklat dulu..pastu baru cari lidi dengan kertas sugar paper..Cellotape takyah kat rumah dah ada..

Senang je nak buat 'sejambak' coklat untuk buat hadiah ni..Bahan2 dia macam kat atas tu la..hehehe

Ok Bahan dia :
1. Coklat
2. Lidi
3. Reben
4. Gunting
5. Celloptape
6. Sugar paper (Merah dan Kelabu)

Jenuh ler nak buang tanda harga tu..melekat tak hingat..

Siap sudah ice crem coklat ku..hahaha Senang je, cellotape belakang coklat tu dengan lidi..nak guna hot glue macam leceh lak..cellotape 2 3 lapis siap..jangan risau lidi tu takkan geraknye..pastu susun coklat tu then cellotape..jangan cellotape kuat sangat..dah susun cantik kedudukan coklat tu baru cellotape banyak sikit..

Tadaaa! siap dah..Nak bagi cikgu boleh, hari jadi mak ayah pon boleh, suami pon boleh, boyfriend, girlfriend, BFF pon boleh, atuk nenek kat kampung pon boleh..eh semua boleh la..hahaha

Sugar paper tu macam mana nak lipat?? alaaa ni serius aku tak reti sangat..main lipat je asal ada bentuk..hehehe Kalau rajin korang google la, ada details dorang tunjuk macam mana nak lipat sugar paper tu bagi nampak lagi kemas..nampak macam senang ghuper chocolate bouquet ni kan tapi pening gak nak lipat sugar paper tu sebenarnya..hahaha tu la siapa suruh malas pergi kedai en. goole..alaa bedal je la..Harap teacher Raiisah suka hasil dari tangan mummy Raiisah ni yang budjet kreatif ni..kekeke >_<

piece : kathyjem

Thursday, May 17, 2018

Jangan Sedih2 Happy2 Jur

Hai semua..dah petang2 ni baru sempat update blog..macam tak caya jer hari ni 1st Ramadhan..hari tu sibuk dengan dunia politik, now kita fokus pada ibadah untuk Allah..

Sorry la takde gambar sahur sebab ermmm sebab ermmm..alaa takyah cerita la mesti korang tau sebab apa ermmm..hahaha Sedih gak tak dapat menikmati nikmat 1st berpuasa ni..hukhukhuk..takper2 In Sha Allah esok boleh kot..

Paling sedih sepanjang 7 tahun berkahwin ini la kali pertama berpuasa tanpa suami di sisi..Affan kerja nun jauh..Dia pon last minit kena kerja jauh dari keluarga..Raya ni pon tak tau dia dapat balik raya ker tak..Ok la tak nak cerita sedih..kita cerita happy2 ok..

Sahur tadi korang masak apa?? pagi tadi mak gerak ajak sahur dia ingat aku dah boleh puasa..padahal dah bagitau semalam takleh puasa..semalam pon tidur lambat buat kerja Kaay..bila mak gerak suruh bangun, laju je aku cakap..orang takleh puasa lagi la mak..kroihh kroihh sambung tidur balik..hehehe

Aku tengok timeline fb macam tak ramai je post #donesahur..Mungin hari pertama kot, mood nak mengupdate lambat sikittt kot..tengok esok2, menjejeh air liur di siang hari..haha..

Rasa macam esok pagi sahur nak masak ikan bilis cili padi la..macam teringin pulak..tapi tu la makan ikan bilis ni siang nanti cepat rasa haus..teringin punya pasal , harus minum air masak banyak2..

Motifff letak gambar raya..hahaha Ni je gambar yang cun..sajer nak menaikkan mood raya..hoii puasa pon baru satu hari.. >_<

Ok la ucapan macam biasa setiap tahun..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam.. Semoga dibulan yang mulia ini, dapat kita mempertingkatkan ibadah dan amalan-amalan baik supaya diakhirnya nanti kita dapat membebaskan diri daripada azab api nereka..Jangan membawang banyak sangat ok..nnti kurang pahala tu..kalau meja sebelah membawang korang pekakkan telinga je..hehehe

Ok la nak siap2 ambik Mekcha kat sekolah..bye..! esok rajin kita up juadah berbuka puasa..kot la korang nak tiru idea kita ker..hehehe

piece : kathyjem

Tuesday, May 15, 2018

HASIL TANGAN ADIK BUJANG

Hari tu adik bongsu letak box animasi kat ruang tamu..tanya mak kenapa Fahmi buat banyak2 box kartun ni, dia nak jual ke?? mak cakap, A'ah dia nak jual..kawan dia ramai yang suka dan nak beli..

Tu la aku tengok pon geram, kiut jer..Adik aku ni dari kecik dia dah tunjuk minat benda2 kreatif ni..ingat lagi masa tu aku darjah 6 kan ada subjek lukisan..time melukis warna kat rumah mesti adik aku menyibuk kat sebelah nak tengok kakak dia mewarna..dari aku sekolah rendah sampai la sekolah menengah mesti dia suka menyibuk sebelah nak tengok kakak dia baut apa lukis apa mewarna apa..hahaha

Aku lak jenis tak suka time buat kerja sekolah dia ada kat sebelah sebab  mulut dia bising, tanya tu la ini la, pastu tangan tak reti diam..time dia gediks tangan mulut tak diam kacau selalu aku bising suruh dia keluar dari bilik..hahaha yerla kalau dia dok diam tengok takper..tangan tu sibuk jer nak mengusik..hangin la kakak dia ni..Dah muka jebek kena halau dengan kakak dia yang garang ni..kalau korang nak tahu aku dulu masa zaman sekolah memang garang dengan adik aku ni selalu kena buli dengan aku..hahaha selalu tak kasi muka kat dia..

Atas semua ni dia buat sendiri tau..

1 box karakter animasi anggaran masa siap dalam 3 - 4 hari, tu paling cepat..once orang oder baru adik aku buat..Yerla semua ni adik aku buat sorang2 so memang ambik makan masa sikit la untuk siap..Bahan yang digunakan adalah dari kotak, kayu dan watercolour..

Alooo napa comel sangat ni..kakak dia pon tak kreatif macam ni..

Tengok macam adik aku lakarkan Deadpool sebenar sebelum dia berubah menjadi kotak..

Aku pon tak seterer macam adik aku lukis ni..tangan dia lagi halus lagi berseni..

Minion kartun favourite Raiisah masa dia 3 tahun..selalu ikut cakap mimik minion..

Spiderman ni ramai yang beli..1 Box Buddy ni RM35..

Aku tak tau apa nama kartun ni..Wonder Woman kot..Sorry i ni buta sikit nama2 cartoon animation..


Nampak macam senang kan nak buat tapi kreativiti ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk hasilkan sesuatu yang baru..yelah kalau kita nak something extraordinary mestilah kita kena berimaginasi dan berfikir di luar kotak..ye dak..baru la lain dari yang lain..ni tak orang nak buat tu ko pon sibuk nak buat tu jugak..cuba cari identiti sendiri baru la maju ke depan..gitewww fikirnye..

Box Buddy ni korang boleh buat sebagai perhiasan atas meja study or meja kat office ker, buat koleksi simpan peribadi ke..tak kisah la nak buat apa pon..nak buat mainan pon boleh tapi Box Buddy ni hanya boleh berdiri dan bergerak2 sedikit..Jangan risau kukuh adik aku buat ni..

Geram kan..Siapa nak Box Buddy hasil tangan adik aku ni boleh whatsapp dia (Fattah Amin) eh silap Fahmi..hahaha Sebab ramai nau cakap muka dia macam Fattah Amin..kembang kembis lubang dia orang dok cakap muka dia macam Fattah..derrr celah mana sama tu..hahaha  Ok2 ni nombor phone dia 017-2525239 Ikram Fahmi.. Whatsapp untuk oder Box Buddy je tau, hal2 lain dilarang sama sekali ye adik2..haha tu dia kakak dah bagi amaran..

IG : fhmiey_box

piece : kathyjem