Klik Yer!! Mekasih...

Friday, February 27, 2015

Jumpa Kawan Lama Zaman Hip Hop

Punyer la lama tak jumpa kawan sorang ni.. Tu pon sebab nak tanya pasak Tokyo kan Atikah kalau tak tah bila nak jumpe aku kannn..hahaha..So kiteorang plan lunch di Ben's KLCC..dekat sikit nak jumpa..Ofis Atikah belakang KLCC..Aku pulak naik LRT Kerinchi dalam 15 minit sampai KLCC.. Ajak Hanis sekali join..

Nampak perut Hanis..Dah masuk 33 minggu..InshaAllah hujung bulan 3 or 4 beranak la Hanis..Perut pon dah besar..Besar-besar pon jalan laju jugak pompuan ni..Tengok Hanis teringat masa aku pregnant sebiji simptom dia macam aku.. Nak jugak mengandung..bestnyaaa tapi takde rezeki lagi..Inshaallah.. =)

Haa berbaju biru tu la Atikah..Last terserempak dengan dia dekat KLCC last year..masa tu perasan dia tengah godek-godek nak beli barang makeup dekat Sephora..Dapat jugak jumpa dia walaupon sekejap..Lama kiteorang tak jumpa rasanya ada kat 10 tahun kot..

Ok oder makan dulu..Ni Hanis punyer..Sejak pregnant ni Hanis dengan daging tak dapat dipisahkan..Oder makanan mesti nak daging..jeng jeng jenggg! anak laki ker anak perempuan tuuu? hehehe

Aku dengan Atikah oder Golden soft shell crab spaghetti..tak tau nak oder apa oderla spaghetti ketam ni sekali rasa hampeh tak sedap..dah lapar bedal jer la..Dulu pernah makan soft shell crab spaghetti ni dekat Bangsar Village sedap giler kot.. Kat KLCC tak sedap langsung kuah cayaq..Ketam tu dah rupa macam perkedel aku tengok..

Atikah dan Hanis..Dah lama tak jumpa kan sakan la borak..Ko macam-macam cerita keluar..pasal Anuar Ibrahim la, pasal tempat kerja la, pasal terberanak la, zaman jahiliah kiteorang pon si Atikah ni dok cerita..hahaha Weii teruk dulu aku dengan Atikah ni kalau ingat balik..eee tak nak ingat la..yerla darah muda kan tak buat nakal tu tak sah la..hahaha Nasib baik ko tak cerita lebih-lebih dekat Hanis, Atikahhhh. kalau tak malu iolssss tau.. =P

Atikah ni korang nampak jer macam Ayu-ayu gitew kan hakikatnya beliau adalah sangat ganas..hahaha Tak la..lemah lembut orangnya..kan Atikah kan..auuww aku puji ikhlas tau.. =P Best giler borak dengan ko Atikah hilang stress dan tension tau..hehehe

Atikah dengan Hanis berborak macam dah kenal lama..padahal baru jumpa..ni yang suka kawan macam ni..tak poyo masing2 kepala boleh ngam walaupon baru jumpa..next time kita boleh hangout lagi ok..

Terasa kedil aku berdiri sebelah Atikah ni.. die ni memang tinggi..dari dulu lagi tak suka berdiri sebelah dia mesti aku akan nampak pendek gemuk.. hahaha Zaman sekolah ramai peminat si Atikah ni yerla orang tinggi kurus cantik mestila peminat bersepah..Eh Malique Too Phat pon pernah nak mengorat dia dulu tau..yee tak tipu..aku dulu gelap muka tak cantik burokkk, berjerawat pulak tu, nasib Affan nak.. Tibe2..

Ok Atikah Bye2..nanti kita jumpa lagi ok..sambung gosip tadi tu ok..hahaha

piece : kathyjem 

Thursday, February 26, 2015

JZ Coconutz Shake!

Hallo semua..hari tu pergi makan Coconut Shake, Shake it off. I shake it off.. *sambil goyangkan badan ala2 Taylor Swift..amboii tiba-tiba terkeluar lagu Taylor Swift pulak..hakhakhak..

Takde la hari tu kan ramai tanya pasal JZ Coconutz Shake ni kat mana?? Dia dekat Kampung Melayu Subang Tambahan..Senang jer nak cari kedai dia, betul-betul tepi jalan nak menuju ke Sg. Buloh..

JZ Coconutz Shake ni ada pelbagai perisa..Ada milo, black pearl, mango & green apple jelly, yang pastinya semua menarik untuk korang cuba..

Kalau dari arah Sg.Buloh lepas sikit stesen minyak CALTEX korang akan nampak JZ Coconutz Shake ni belah kanan then terus la belok ke kanan..Kalau dari arah Subang pulak korang akan nampak signboard 'Simpang ke Bandar Pinggiran Subang' belah kiri..

Datang weekend ada Nasi Lemak special hanya RM1.50..

Kedai dibuka setiap hari kecuali hari Isnin tutup..Buka dari pukul 11 pagi sampai 7 petang..

Dari jauh dah boleh nampak banner JZ Coconutz Shake, shake it off.. >_<

Bahan-bahan dia adalah air kelapa muda, ais cream vanilla dan isi kelapa.. =)

Pastu blend ke semua bahan tadi..amboii siap bagitau bahan dia..mesti la bagitau, ni la dia original coconut shake by JZ.. slurppp slurpp tak sabar nak minum..

Mummy! Raiisah punya dah siap?? dah Raiisah pegi duduk dulu nanti mummy hidangkan..eh macam mummy ko pulak pekerja kat sini kann..hahaha

Affan dengan Raiisah kongsi segelas..Dorang ambil Coconutz JZ Shake Milo!

Aku ambik Coconutz Shake Mango & Green Apple Jelly.. Sedap ok kalah coconut shake Klebang tau..tak caya nanti korang try..

Minum pulak masa tengah cuaca panas memang tak cukup la satu gelas..rasa macam nak tambah segelas lagi..huih tak boleh 2 gelas nak makan laksa lagi..

Suka Raiisah dapat minum Coconutz Shake Milo!

Suruh kongsi dengan Daddy dia tak nak, nak minum sorang..

Pastu oder Laksa Kedah! semangkuk RM4..sedap laksa dia okey..balik dari kedai tu, petang dah teringat-ingat Laksa menyesal tak tapau bawak balik sebungkus..takper besok kita datang lagi!

Kebetulan kiteorang datang tak ramai orang..Kalau tak Ayu bagitau ramai sampai tak cukup tangan nak handle..Oh lupa nak bagitau..JZ Coconutz Shake ni adalah kedai adik Ayu yang bongsu..

Ni la adik Ayu tokey JZ Coconutz Shake, nama dia Zuraidi.. Ok korang nanti boleh cuba JZ Coconutz Shake ni okey!

Alamat JZ Coconutz Shake :

Jalan Sg. Buloh,
Kampung Melayu Subang Tambahan,
40150 Shah Alam Selangor.
GPS: 3. 155738, 101.540565

Instagram : JZ Coconutz Shake

Sebarang pertanyaan mengenai JZ Coconutz Shake boley call :
Jack (013-508 1430)
Zul (012-443 3635)

piece : kathyjem

Tuesday, February 24, 2015

Moh kita ke Zoo Negara

Weekend hari bawak tu bawak Raiisah pegi Zoo Negara..dah janji dengan dia nak bawak pergi Zoo..kesian 2 minggu terperap duduk rumah nenek tak pergi mana-mana..Affan bawak Raiisah keluar rumah pon paling jauh pergi KFC area rumah mak..Nak bawak Raiisah pegi shopping mall tanpa aku rasanya tak mungkin kot Affan boleh handle..hahaha kena ada aku jugak kan B.. =P

Balik dari Jakarta terus bawak Raiisah ke sini..Eh, entry Jakarta tu pon tak update lagi..ok2 tu nanti kita update besok-besok..tunggu Ayu email gambar, tak email lagi pompuan tu.. "Manjer cepat email gambar Jakarta nak update niii"..hehehe..hari tu kat sana aku tak ambik banyak gambar sangat, banyak pakai kamera Ayu dengan Kak Ti..

Ok sampai jer Zoo Negara, beli tiket dulu..Tengok harga tiket terkejut jugakla kan..Mahal kot..Dewasa RM30, Kanak-kanak (3-12 tahun) RM10, Warga Emas (65 tahun ke atas) RM15..Nak masuk Giant Panda kena tambah lagi RM20..So total untuk dua harga tiket tu RM50..mahalkan.. Raiisah hari tu tak kena bayar..Untuk aku dengan Affan jer RM100 kena bayor.. T_T ok ni last datang, pasni tunggu Raiisah ada adik baru pegi sini balik..hahaha

Teringat masa aku zaman kanak-kanak, rasanya tak sampai 5 hengget kot..Zaman tu selalu Abah bawak aku dengan Kakak aku datang sini.. Time cuti sekolah mesti Abah akan cakap "Jom kita pegi Zoo Negara besok".. Dengar Zoo Negara melompat-lompat aku dengan kakak aku..suka dapat pegi sana..Zaman tu, Zoo Negara la tempat paling orang suka kunjung..

Kiteorang sampai dalam kol 11 lebih..pagi tu singgah jap kedai Yusof Haslam, breakfast kat situ dulu..Balik dari breakfast tu berpusing2 kiteorang dalam kereta.. Tah brape kali sesat nak pegi Zoo Negara..hahaha..tak ingat jalan..aku pon sama confused..kejap-kejap suruh Affan ikut jalan ni, kejap2 jalan lain pulak, sudahnya pusing satu KL..hahaha Dah jarang kan lalu kawasan KL jalan pon banyak dah berubah..

Show dah start masa ni, beli tiket terus ke sini dulu.. Bagi Raiisah tengok anjing laut..

 Persembahan ok ok laaaa untuk budak2 kan..Layan la jugak walaupon persembahan biasa sajer..

Ada 2 kali "Animal Show" ni..Pukul 11pagi dan pukul 3 petang..

 Bagi Raiisah tengok Penguin..No no tak nak kakut..Tengok kat cermin pon takut..apa la Raicha..

Sudahnya Daddy ko yang hai-hai kat penguin tu..hahaha

Awat comot sangat penguin ni tak mandi ker?? hahaha Eeee jalan dah la tergedek-gedek, pukul punggung tu kan..

Beruang keluar la..Tak nampak beruang ponnn...Beruang tidur la Raiisah..

Eeee geram pulak..bayar 30 hengget beruang tido pulak..

Dah kenapa Tapir ni melepek macam ni.

Pon sama tidur jugak..

 Besarnya mata kancil ni..pandang aku macam tak puas ati..hahaha

Raiisah masa ni takut, tak nak berdiri kat situ..Sebab deer tu bunyi kuat gile kot..Raiisah dah cuak2 masa ni..aku pon sama cuak sekali..hahaha Tapi muka tu kena control senyum ok..

Tengah panas masa ni..semua binatang nampak macam tak semangat jer aku tengok.. macam kesian pon ada..nak aircond ehhh! hahaha

Masa ni memerang tengah makan..

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus..Macam mana aku tak kurus, ikan tak nak timbul..ikan tak nak timbul..

Raiisah White Tiger!!!!!

Tiger tu nak berenang la Raiisah..

 Cuaca panas dia pon nak beredam jugak..

Raiisah tak abis2 "Aumm aumm" nampak tiger tu..eee kalau terjatuh dalam kolam tu abis kena baham..mula la nak fikir bukan2..teringat pulak kejadian Zoo India, yang budak tu terjatuh dalam kandang dengan tak sengaja pastu kena baham dengan harimau..eee gerinya kalau ingat..

Harimau belang..dok rileks jer harimau belang ni..cuba lari sikit..hahaha Buhsan la tengok binatang2 kat Zoo Negara ni semua dok mengantuk, malas jer..

Rehat jap..lenguh dah kaki..

Tengah lepak tiba-tiba ada orang nak bergambar dengan Raiisah..nak pinjam Raiisah jap ambik gambar dengan Harimau belakang tu..Dorang ni suami isteri dari Kuwait..

Harimau Bintang ni sombong panggil buat dek jer.. baling dengan batu kang..hahaha larikkkk..

Raiisah lembu..sian tak pernah tengok lembu..

 Lembu ni buat daging Qurban lazat ni..hehehe

Banyak2 binatang dengan Lembu jugak awak suka ye Raiisah.. hahaha

Elephant..

Jauh sangat..nampak kecik je Gajah tu..zaman aku dulu siap boleh pegang2 belalai gajah tu..sekarang binatang semua jauh2.. tak best la tengok..

 Yeaaa Giant Panda!

Nak bergambar dengan Panda tak dapat..dengan patung Panda pon jadi la..

10 saat jer dok situ tanpa mummy disebelah..penakut Mek Ecah ni..dengan patung pon takut..hahaha macam mummy ko semua binatang pon nak takut...lagi2 ular..eeeeeee! boleh tak tidur malam..

Minum air dulu..kat dalam tak boleh bawak minuman dan makanan..stroller kena letak kat luar..

Perbezaan Panda..tengok lebih kurang jer..apa yang bezanya tah..

 Sejuk sikit dalam ni..

Dapat la tengok Panda walaupon sekejap..tak sampai 10 minit kot tengok.. Panda tu dok kulu kilir macam busy bebenor Panda tu..

Tak boleh bising2 dalam ni..staff kat sini sentiasa pegang signboard Ssshhh!

Tak sampai berapa saat tengok dah bantai tidur.. Panda bangun la, 20 hengget bayar tau..takkan nak tengok awak tidur jer kot.. T_T

 Bergambar dari jauh pon jadi la..

Kelas ko klinik untuk Panda..dah macam hospital private..

Chimpanzee..tunjuk2 kat Raiisah, buat dek jer dia..jauhkan chimpanzee tu mana dia nak tengok sangat..

Gambar dengan orangutan ni kalau Raiisah ke kanan sikit dah cun..sayang dia dok lindung muka orangutan tu..kalau tak, dah boleh print letak dalam frame..

Pon sama jauh..tak feel nak tengok.. Dulu masa aku kecik datang Zoo Negara siap boleh pegang orang utan tu..sekarang dah takde dah buat macam tu..

Selamba jer tegur kakak2 kat situ..apa tah dia borak2 dengan kakak tu, kakak tu pon layankan jer la.. Aku dengan Affan dok sebelah dah geleng2..adehh peramah sangat anak kita ni B.. *tepuk dahi.. 3 4 orang lalu situ abis dia tegur..

 alololo tomeii..

 Huny tengok ni kembar awak!

Kurang asam betul Affan..boleh dia samakan aku dengan Kathy orang utan tu, memang nak kena tumbukan padu maut la ni..nasib nama jer sama.."Saya paling aktif, cerdik dan suka mengusik" tu aku boleh terima..bab yang lain tak sama ok! marah ni..hahaha

Unta..dapat naik atas Unta, best ni..hahaha elehh berani konon, tengok sikit diri sebelah gigil tak gigil..hahaha..

 Penattttt...rehat jap..

 Belakang kami tu Badak Sumbu Putih..

 Mummy nak breakdance jap!

Ermmmm tak jadi la mummy..

 Hoii masa ni tak tahu nak cakap apa dah..kaki rasa macam nak seret2 jer..

Buaya paling besar di dunia..katanya..

Eee seram pulak aku tengok buaya ni..mata tu dah la besar, gigi terkeluar macam tu..dah macam hantu buaya.. =P

Daddy dah kenapa nak cium dengan Zirafah tu??!! Masa ni Raiisah dah kepenatan..Last sekali bergambar dengan Zirafah..sayang Raiisah tak dapat tengok Zirafah..

Tak sempat nak tawaf satu Zoo Negara sebab dah lapar..balik tu terus cari KFC..ingat ada KFC dalam Zoo Negara, dah takda rupanya..

Kenangan di Zoo Negara..

Sekeping RM25..ambik 2 keping dapat la RM40..mahalkan tapi takper la beli jer la bukan selalu pon datang sini..last aku datang Zoo Negara ni pon masa zaman sekolah rendah..lamakan.. Ok tu jer la aku nak kongsikan pengalam membawa Mek Ecah ke Zoo Negara..kalau korang nak bawak anak2 datang sini boleh la check website Zoo Negara BYE!

piece : kathyjem