Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, April 15, 2015

Satu pendapat yang tepat!

Bekas menteri besar Selangor dan naib presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, percaya majoriti rakyat menyokong kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 April, 2015. 

Tan Sri Muhammad Muhd Taib meyakinkan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak keseorangan dalam mempersoalkan kecelaruan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kerana katanya, majoriti senyap rakyat tetap bersama bekas perdana menteri itu.

Bekas naib presiden Umno itu, yang kini ahli PAS, berkata banyak persoalan yang masih gagal dijawab Najib walaupun kesemua sayap parti Melayu itu menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan.

“Dr Mahathir bukan sendirian. Majoriti besar mengikuti, dan apa yang ditanya Dr Mahathir belum dijawab, malah perdana menteri mencari penyokong untuk menunjukkan kekuatannya.

“Tak ada apa yang nak disorakkan sebenarnya. Saya rasa majoriti senyap ini memerhati dan mereka mendengar apa yang disuarakan Dr Mahathir,” kata Muhammad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider.

Dr Mahathir menerusi tulisan di blognya semalam berkata beliau merasakan dirinya bersendirian dalam mempersoalkan pentadbiran perdana menteri terutama berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, katanya, tidak salah beliau bertanya mengenai hal berkenaan kerana pelaburan 1MDB menggunakan wang rakyat.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah? Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik,” katanya menerusi blognya, chedet.cc

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, Najib dan Putrajaya perlu melihat teguran Dr Mahathir secara positif kerana terlalu banyak petunjuk yang menunjukkan negara tidak berada di landasan betul.

Katanya, selama 11 tahun di bawah pentadbiran Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu tidak menegur secara membabi buta sebaliknya mahu melihat perubahan dan kebaikan. 

“Misalnya mata wang jatuh, sukan bola sepak kita di tangga 164, pelajaran pun jatuh. Kita patut dengar apa yang ditegur Dr Mahathir.

"Saya lama di bawah Dr Mahathir, 11 tahun. Dr Mahathir kalau dia tegur sesuatu itu punyai asas. 1MDB, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan pelbagai lagi isu, mempunyai asas,” katanya. 

Beliau yang dilihat masih mempertahankan bekas ketuanya walaupun ketika ini di barisan pembangkang, turut menyelar tindakan Pemuda Umno yang menjulang Najib pada Isnin kerana menurutnya banyak persoalan Dr Mahathir belum dijawab.

Beliau mendakwa, apa yang dilakukan Pemuda Umno hanya lakonan kerana lebih ramai yang menyatakan bantahan dan tentangan terhadap kepimpinan Najib.

“Apa yang ramai-ramai Pemuda ini angkat perdana menteri seolah-olah kita berjaya dan pemenang. Adakah kita juara sebenar?

“Tak payah kita nak bersorak. Kita nak lihat hasil. Kalau banyak perkara tak bagus, macamana kita nak bersorak?

“Soalan Dr Mahathir belum lagi dijawab. Julanglah macam mana pun, soalan tak selesai lagi,” katanya.

Muhammad yang juga mesra dengan panggilan Mat Taib mendakwa Umno kini berada dalam sindrom penafian, sombong dan bongkak, dan ia menunggu saat kejatuhan.

Katanya, kenyataan beberapa pemimpin Umno mempertahankan Najib dan tidak menghargai nasihat Dr Mahathir adalah mengecewakan.

“Pendekatan yang dibuat terhadap Dr Mahathir mengecewakan. Sepatutnya kita berterima kasih atas teguran ini. Bekas pemimpin kita yang sangat berjaya membawa negara ke taraf perindustrian.

“Apabila beliau menegur, sepatutnya mesti diterima. Jangan ditohmah, ditangkap atau disiasat. Ini tidak akan diterima orang. Ini perbuatan yang sangat biadap,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Dr Mahathir tidak seharusnya menerima layanan sedemikian kerana Najib sendiri gagal memberikan jawapan komprehensif ketika ditemu bual TV3.

Katanya, sudah tiba masa Barisan Nasional (BN) menyerah tampuk pemerintahan kepada parti yang lebih layak dan mereka yang lebih muda menerajui negara.

“Dia (Najib) lari dari persoalan utama. Dia tak faham apa yang disoal, diisukan Dr Mahathir. Macam tak ikuti atau tak baca. Dia tak bersedia. Dia hanya jawab permukaan saja. Persoalan utama tak jawab.

“Najib kena jawab bahagian-bahagian yang tepat. Ini macam umum saja.

“Jika BN tak mampu, banyak parti lain. Kita banyak pemimpin muda berkaliber dan bersedia. Itu kena praktikal dalam ketika ini kerana pentadbiran negara perlu diteruskan. Orang yang baik perlu memerintah,” katanya. – 15 April, 2015.

Setuju sangattttt!!! tibe2 entry politik la pulak..kekekeke

Monday, April 13, 2015

Ubat sesuai untuk anak yang ada 'Sinus'

Aku ni memang ada keterunan sinus..Dulu teruk giler sinus aku ni..paling tak tahan bila bangun pagi, hidung mesti gatal dan berair..bersin tu kalau dia datang yang teruk sampai meleleh ayaq hidung sampai merah2 kat bahagian mata..Sebelum ni ada pakai ubat sinus botol hijau tu tapi tak jalan..Sekejap jer sinus hilang pastu datang balik..

Orang kata sinus ni berpunca dari debu, makanan or perubahan cuaca..sejarah keluarga pon sama jugak..Bukan orang dewasa jer boleh kena sinus ni, kanak2 pon boleh kena jugak..Macam Raiisah masa baby tak ada, dah masuk 2 tahun tiba-tiba ada pulak sinus..Affan pon ada jugak, cuma umur makin meningkat dah tak ada dah sinus..Dulu masa baru kenal dia tengah syok dating laga2 bahu, tibe2, hachummm! Bersepai hingus melakat kat muka aku..sian sampai mata merah2..hingus tu keluar jangan cakap la berkotak-kotak tisu abis dia sental..hehe Tu dulu la sekarang dah takde dah..Kalau ada pon terhidu bau habuk..

Sebab tu Raiisah pon ada sinus jugak..Mak bapaknya pon ada..Kesian dia kadang tu tidur mesti terjaga-jaga tak selesa hidung tersumbat..pukul 3 4 pagi mesti bangun tenyeh2 hidung sumbat tu..Sampai menangis-nangis genyeh hidung..kita nak korek tak nampak pulak tahi hidung nye..Mula2 ingat dia kena selsema ke apa, dah lama2 asyik bangun 3 4 pagi, sah sinus..

Bangun pagi air hingus mesti keluar macam air paip meleleh..tak boleh jadi kena bawak Raiisah jumpa doktor Koo..Sian setiap pagi macam tu..Nak beli ubat kat farmasi tak confident pulak kang pakai2 tak serasi ada effects lain, masalah lain pulak timbul..baik jumpa doktor..doktor boleh suggest ubat sinus apa yang sesuai untuk Raiisah..

Doktor Koo suggest Avamys Nasal spray ni jugak..sama dengan mummy la pulak..hehehe Ingat ubat yang aku pakai ni untuk orang dewasa jer rupanya untuk kanak2 pon boleh jugak..Hari tu pernah pakaikan kat Raiisah ubat aku ni..bising Affan kata, ubat ni dos kuat la, apa la tak sesuai untuk anak la..bla bla bla..Yerla kesian kot tengok Raiisah sok sek sok sek masa tu..pakaikan la ubat Avamys Nasal spray ni, tengok ok jer..

B tengok doktor Koo pon suggest Avamys Nasal spray ni boleh untuk budak tau..Affan : hehehe Mana B tau ingat tak boleh..Tu la nasib baik kita bawak Raiisah jumpe doktor Koo kan kalau tak, tak tau ubat apa yang sesuai dengan dia..

Mula2 nak pakaikan ubat ni kat hidung Raiisah sampai bersilat nak sumbat benda alah ni dalam lubang hidung dia..yerla budakkan mana suka ubat  dalam lubang ni sure menangis..

Alih2 sekarang ni, dia yang nak pakai sendiri..hehehe..bagus macam tu takyah mummy nak bersilat dengan awak..dah hari2 pakai, dah tau ubat ni akan masuk dalam lubang hidung..

Zaasss masuk terus dalam lubang hidung..Tapi kena mummy jugak yang tekan sebab benda tu ketat sikit nak tekan bagi ubat tu keluar..

Alhamdulillah..hampir sebulan Raiisah pakai Avamys Nasal spray ni, so far hidung Raiisah dah tak sumbat dah.. memeleh air hingus setiap pagi pon dah takde..

Aku paling rekemen ubat Avamys Nasal spray ni untuk anak2 yang ada sinus teruk..ubat ni sesuai untuk umur 2 tahun ke atas..Sebab apa aku kata bagus sebab ia boleh mengecutkan salura darah dalam hidung sekaligus mengurangkan peredan darah dalam hidung untuk mengurangkan hidung tersumbat..Jangan risau ubat ni kita boleh pakai untuk tempoh lama..nak pakai sampai 10 tahun pon boleh..Tak silap aku ubat ni ada jual kat farmasi dalam RM80 rasanya..

piece : kathyjem

Thursday, April 9, 2015

Pedas Hoii!

Hari tu Ayu ajak makan kat ROA by Jovian Mandagie, Bangsar..Ayu macam biaser la dengar restoran baru mesti nak ajak aku cuba sekali dan aku pulak pantang di ajak laju jer pergi..

Macam mana nak kuruih dapat pulak kawan kaki makan..Ayu tu takper la badan memang dah kuruih makan la banyak mana, macam tu jugak bentuk badan dia..Aku ni kalau hari2 makan nasi sure berat badan naik..dah ada anak badan cepat nau naik..dulu zaman anak dara tak sentuh nasi seminggu senang je turun...sekarang ni susah gile..maybe faktor umur kot..uwaa lagi berapa tahun nak masuk 40an.. T_T Hoi lambat lagi..hahaha

Benci tul dok diri tegak ambik gambar sebelah Ayu mesti nampak aku debab..Aku ni korang nampak jer kurus tapi hakikatnya badan semangat..hahaha Jangan tertipu tu semua edit jer..alamak tercakap pulak.. =P

Menu dia gile kreatif guna tempat pemotong ikan, sayur.. Berat nak mengangkat..

Siapa yang tak kenal pereka fesyen paling terkenal kat Malayisa, Jovian Mandagie.. tipu la siapa tak kenal..Tak silap aku dia ada bukak cawangan kat Shah Alam..Kat Bangsar ni kira second branch dia..

Harga-harga kat sini semua dalam lingkungan RM12-RM15..Kira macam mahal jugak la kan, semangkuk kecik macam tu dalam 15ringgit..Tapi hati2 masa nak pilih, jangan tersilap ambik sudah..ada yang kow2 punye pedas..rasa2 yang hantu pedas tu boleh la ambik yang ada 3biji cili tu..yang tak kuat pedas ambik yang 1 cili tu jer..tu pon dah pedas..

Kebetulan masa kiteorang datang tak ramai sangat..So duduk jer terus dorang ambik oder..Ramai cakap service dia lambat..aku tengok ok laju jer dorang ambik oder and hantar makanan..Maybe tu kat branch Shah Alam kot..kat Bangsar ni ok jer layanan dorang..

Kebanyakkan makanan kat sini lebih kurang macam masakan Malaysia jugak..Cuma yang bukan kaki pedas tak disyorkan makan kat sini boley kena buasir tau..hahaha Pedas dia lain macam..

Masakan ni lebih kurang macam daging masak rendang rasa dia..

Ayam Isi Bulu..Wohooo ni pedas nak pengsan..siapa yang tak makan pedas jangan oder Ayam Isu Bulu sebab serius pedas gilerrrr..makan sampai tak rasa lidah tapi sedap..

Cumi Woku Belanga ni sedapp..lebih kurang macam sotong masak kicap la..yang ni tak pedas sangat, ok lagi boleh makan sampai habis..

Comel angat sotong dia..

Sambal ni pedas nak arwah hoiii..hahaha serius weii memang pedas..tak mampu nak makan..Ayu yang hantu pedas tu pon cakap pedas giler..ni kan pulak aku yang bukan hantu pedas..setengah sudu jer mampu makan..

Makan 3 lauk ni pon dah kenyang..Kenyang pedas..hahaha..

Teman semakan.. Biar kawan semakan jangan kawan makan kawan..hahaha Tibe2..

Ayu..

Tuan belog yang sudah kembang..

 Last sekali oder Blueberry Nutella Cheese Cake..haaa ni wajib korang oder sebab serius ni memang sedap..aku masa makan tu terdiam jap sebab sedap tak mampu nak berkata apa2..

Muka kenyang..Thank you Ayu belanja i..Nanti i belanja u pulak..Lepas bayar tanya Ayu berapa semua sekali kena bayar..Ayu cakap, semua sekali kena dalam RM76.. Wut!!! 3 lauk 70hengget..bapak mahaii..

Nasib tak ramai orang boleh la main suap2..hahaha

ROA by Jovian Mandagie Shah Alam
Lot 1A, Jalan Kristal K7/7
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

ROA by Jovian Mandagie Bangsar
No 16,
Jalan Telawi 5, 59100
Bangsar, Kuala Lumpur


piece : kathyjem

Wednesday, April 8, 2015

Fast & Furious 7 yang sedih

Semalam tengok Fast & Furious 7..Sedih la tengok cerita tu..Affan la beria-ia ajak dari last week..Kebetulan masa dia ajak tu, aku ada kelas Zumba so aku cakap dengan next week la pergi..Lagi pon baru sangat keluar wayang sure tiket habis..alih2 dalam kereta masa weekend tu terkantoi dengan aku, dah pi tengok Fast & Furious 7 kat wayang sorang2..berasap telinga bile dengar die cerita pasal Fast Furious 7 ni..Aik? B dah pergi tengok ker, gaya macam dah tengok jer.. Oppss...Alaaa kantoi pulak..haaa dengar awak cerita pon dah tau pergi tengok..kejii sangatttt..kata nak pergi tengok dengan huny....terus muncung sedepa..

Yerla bengang kot, kata janji nak tengok berdua..alih2 rupanya diam-diam pergi tengok sorang2..B tengok sorang ker..haa la sorang..Bukan dengan kawan..tak sorang jer..Ye ke sorang ni B, ker ada awek sekali..hahaha Berani nak buat macam tu silap hari ada yang hilang kaki ngan badan tu..amboii ganas betul imaginasi kau ni Kathy..kakakaka

Cakap jer macam tu, sebenarnya I rileks jer tak kisah pon suami nak pi tengok wayang sorang2..biarla sekali sekali dia nak hiburkan hati dalam wayang tu sorang apa salahnya..sekali sekali takper la kalau selalu macam tu memang kena siku tajam la jawabnya..hahaha

So balik kerja tu pergi tengok Fast Furious 7 kat Citta Mall.. tiket Affan dah beli awal2..Tengok kat situ best tak ramai..nak tengok 3D sebenarnya tapi tiket 3D siang jer, malam takde..Nak tengok weekend memang tak dapat la Mek Echa nak letak mana..So tengok weekday jer la macam biaser..

Ingat nak makan dulu before tengok wayang sekali tak sempat..Wayang kol 8.25.. sampai MBO Citta Mall terus  beratur beli popcorn dengan air, oh ada twisties sekali..hehe..balik dari tengok wayang baru makan yang berat sikit..So abis wayang tu kiteorang makan kat Onde-Onde..

Oder Pie Tee ngan Ketiauw goreng..

Kongsi makan sebab dalam wayang tadi makan pop corn..perut pon takde la lapar sangat..lagi pon dah lewat malam tak elok makan banyak2 sangat..hahah yoyo oo jer..

Kotak popcorn bawak balik nak simpan buat kenangan..tak pernah2 kotak popcorn bawak balik..hehehe..botol air tu ingat dapat yang ada tayar macam kat TGV tu..ok la dapat macam tu pon..

Siapa yang tak pi tengok Fast & Furious 7 cepat2 pergi tengok..Best cerita dia..Paling sedih part Paul Walker call bini bagitau suruh jaga diri dengan anak kat bini dia..uwaaa part tu hampir aku nak keluar air mata..sedih la kan sebab kita dah tau Paul Walker tu dah takde, pastu pulak dengar dia cakap macam tu dengan bini dia.. T_T

Tapi boleh nampak part-part yang dorang guna teknik CGI tu..paling ketara scene yang last tu sekali masa Paul Walker main dengan anak dia kat pantai..tu paling nampak teknik CGI tu.. scene yang mula2 masa dia bawak anak dia nak masuk dalam kereta tu pon guna teknik CGI jugak..kira banyak jugak la part-part Paul Walker dorang guna CGI tu..Haa lagi satu kat poster Fast & Furious 7 tu pon bukan Paul Walker yang sebenar..nampak gambar tu di edit..hehehe

Ok la korang pergi tengok sendiri tau Fast & Furious 7..terbaik! Lupa nak bagitau, Iggy Azalea pon ada jugak..wuhuu..minat giler dengan Iggy Azalea, body mantop!

piece : kathyjem

Tuesday, April 7, 2015

Wanginyaaaa!

Nak kongsi kat korang perfume kereta paling wangi di dunia..amboii di dunia terus...hahaha Tak tipu tau memang wangi sebab dah pakai..kawan ofis yang memperkenalkan perfume kereta ni..Sebelum ni pakai Glade, Ambi Piur jer tak pernah try perfume kereta yang lain..

Glade ngan Ambi Piur tu wangi sekejap jer la..Dalam seminggu jer kereta wangi pastu dah takde bau dah..Tak tau la kenapa sekejap jer bau dia, dulu-dulu pakai wangi giler kot..sebulan rasanya boleh bertahan..now bau dia dalam seminggu jer bertahan..macam tak best jer dah nak pakai..lama jugak tak pakai perfume kereta ni sebab maleh nak beli dah.. hahaha sebab beli jer takde bau apa2..ke sebab hidung aku tak dapat detect bau tu sebab dah assume sangat bau Glade, Ambi Piur tu..mungkin la kot..hihihi

Ni dia DR Perfume Air Freshener yang mengantikan Glade dan Ambi Piur.. DR Perfume buatan Malaysia jugak yang mampu bertahan lama..hewhewhew.. Sebotol RM10 jer..

Botol dia pon comel jer..Boleh tahan dalam sebulan lebih..tu yang aku suka tu..yang merah ni bau Tutti Frutti..letak dalam kereta..eee bau dia rasa nak makan2, satu kereta bau..Ada jugak beli bau Honey Dew..tu lagi nak makan..yang Honey Dew tu botol dia colour biru..ada jugak bau Vanilla, Rose, Lavender, Lemon dan CK perfume..Wahh CK perfume pon ada jugak..nanti nak try la bau CK pulak..

Bukan dalam kereta jer boleh letak, dalam bilik pon boleh letak..hehehe..Bau Apple Blossom ni aku letak dalam bilik..sampai ke ruang tamu bau apple..balik kerja penat2 buka pintu rumah terus rasa nyaman..hilang penat stress dapat bau apple yang sangat harum dan menyenangkan..

Kalau korang pakai DR Perfume Air Freshener ni kat kereta korang sure akan jatuh hati..apa lagi start enjin kereta pergi beli la..hehehe

piece : kathyjem

Monday, April 6, 2015

Cara Nak Masak Ketam Telur Masin

Halo semua..hari ni aku nak kongsikan resepi Ketam masak telur masin..Dari last week dok teringat nak makan ketam telur masin ni..die punyer teringin sampai mengigau..hahaha over nau..nak makan kedai susah nak cari yang sedap sebab jarang oder ketam telur masin..baik masak sendiri lagi pueh hati..makan bersepah takde orang kisah, makan kat kedai kena control2 ayu pulak..hahaha

Actually ni first time aku mencuba masak ketam telur masin ni, sebelum ni tak pernah pon..selalu masak ketam pon gulai lemok or sambal hijau macam tu..boleh kira jari setahun brape kali aku masak ketam sebab Affan lebih gemar aku masak ayam or ikan..Bila aku kata nak masak ketam dia macam, ermmmm 'ketam' tu nak masak apa?? jangan masak pelik2 kang nanti tak makan..yola. Ketam telur masin takkan pelik pulak..

Mamat tu kurang minat sikit haiwan bercekerang..sebab tu kat rumah tak pernah masak sotong, lala, kerang, siput sedut semua tu memang dia takkan sentuh..boring kan asyik2 ayam ikan ayam ikan..aku kalo nak makan benda bercekerang ni semua dengan kawan2 jer la..eh membel panjang pulak aku..hahaha

Ok la bawah ni aku kongsi resepi mudah dan cara2 nak masak ketam telur masin paling senang, tak susah pon..ni pun mintak resepi kawan ofis, Nora..hewhewhew..Nora ni memang champion masak ketam telur masin..terbaik! Tq bagi resepi Nora.. =)

Ok bahan2 dia :

4 ekor ketam..
3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)
7 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)
7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 tin susu cair
Tepung jagung
Daun kari lebih kurang setangkai
5 biji telur masin
Lada sulah/garam/gula

Ok first sekali rebus telur masin.. Sementara telur tu rebus boleh goreng ketam dulu..

Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam..

 Dah lumur tu goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan..

Telur masin yang dah masak tu asingkan kuning telur dan lenyek2 kan dia sampai hancur..

Putih telur ambik dalam sebiji dan lenyekkan sampai hancur..

Ok ketam pon dah masak, telur kuning/putih pon dah hancur..

Panaskan kuali masukkan butter dalam 3 sudu besar..

Kemudian masukkan bawang putih, bawang kecil..kacau sampai naik wangi..

Kemudian masukkan daun kari dan cili padi..

Lepastu masukkan telur kuning yang dihancurkan tadi..

Dan sedikit telur putih..kacau sekita..

Then masukkan susu cair..letak dalam 5 6 sudu besar..

Lepas tu masukkan lada sulah, garam dan gula.. (garam jangan banyak sangat sebab dah ada telur putih masin) kacau sekata sampai berbuih..

Last sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi..kacau bagi semua rata dan siap untuk dihidang!

Nak ratah macam tu pon boleh nak makan dengan nasi pon boleh.. ^_^

Selamat mencuba!

piece : kathyjem

Thursday, April 2, 2015

Burger Baik Punyer!

Assalamualaikum wbrt & Haluuu!! apa kabar semua..macam mana kehidupan selepas GST?? hehehe..baru dua hari kan tunggu sebulan..sehari pon orang dah kecoh mahal mahal mahal..nak tunggu sebulan, masakk oiii! Sana sini orang dok cakap pasal GST kan..semalam lunch meja sebelah kiteorang pon dok sembang pasal GST..buka FB pasal GST, buka whatsapp pasal GST, whatsapp ni satu hal..kalau ada 10 group, 10 group ni la akan cakap pasal GST..pengsannnn..buka blog pon sama pasal GST gak..GST GST GST..nak tak kena la mengadap GST ni yer dak..

Ni cerita sehari sebelum GST..Balik kerja tu Affan ajak makan burger kat Sungai Penchala..teringin katanya..lagi pon tak pernah makan burger kat situ..dengar kata burger situ sedap..ok la layan la tekak dia yang teringin sangat nak makan burger tu..sebulan tak mengadap burger tak sah mamat ni..

Makan malam di luar sebelum GST katanya..haa yerla apa2 la b..hahaha..lepas ni dah tak boleh la nak makan mewah2 kena jimat cermat..nak shooping barang dapur pon sama jimat ceramat jugak, kena tengok betul2 barang tu, patut ker tidak beli..dah tak boleh main capai sesuka hati..kang pakai ambik jer tengok harga + GST menangis terduduk depan kaunter tu nak membayornya..

Satu hal pulak nak cari kedai Look For The Sign ni..Ahseng ngan Ayu pernah makan kat sini..dorang bagitau kedai dia dekat dengan restoran Sambal Hijau..ok la Sambal Hijau tu memang tau sebab selalu makan situ..Lepas traffic light tu belok ke kanan..ingat kedai burger tu kat dalam2..terus punya terus, upernya jalan mati..Salah jalan daaa..

Hari tu Ahseng cakap dengan awak belok mana? tah B pon lupa..laa sabor jerla..cepat patah balik!! seram pulak tengok hutan kiri kanan.. Dah patah balik baru nampak kedai Look For The Sign tu sebelum traffic light belah kanan upernya..awat la tak nampak..macam mana tak nampak, comel sangat kedai dia..haha

Harga dah ok tapi tak berapa ok tak banyak pilihan sangat..

B tengok kat t-shirt awak tu sama la..

Belakang tu Masjid Sungai Penchala..

Affan oder Grilled Lamb RM14..

Aku oder Grilled Beef RM12..

Besar jugak burger dia...sauteed onions & potato salad dia terbaik, aku makan tu pon dah kenyang..

Peminat setia burger..badan pon dah macam burger..pastu bising perut B dah ke depan..perut dah ke depan..

Sedap burger dia..daging tebal puas ati..tak silap aku yang memperkenalkan kedai ni Nora Danish ngan Bossned kan..ala pasal isu 'Misteri burger Nora Danish terbang atas meja makan' tu pon nak jadi kontroversi..tah apa2..

Ingat! nak cari kedai Look For The Sign ni sebelum traffic light..dekat dengan Masjid Sg. Penchala..

Balik tu singgah Sangkaya pulak tekak teringin nak makan eskrem kelapa..sudahnya menyesal sebab tidur dalam kekenyangan yang menyebabkan terasa diri tu akan gemuk pada keesokkan harinya..hahaha

piece : kathyjem