Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, June 17, 2014

Macam Mana Aku Boleh Jatuh Cinta Dengan Affan??

Hampir 6 tahun menulis blog baru ni aku ada keberanian nak cerita sejarah perkenalan aku dengan Affan.. Ok straight to the point.. Tahun 2001 masa tu aku baru lepas abis SPM.. Ingat lagi masa tu kat KLCC ada buat konsert RTM sempena malam apa tah tak ingat tapi masa tu ada artis Dayang Nurfaizah, Too Phat macam2 lagi la.. Lepak dengan geng2 sekolah Anne, Ariza, Diha, Saniah..

Zaman tu memang susah sikit nak keluar malam.. Dapat keluar malam pon curi2..hehehe Yerla duduk dengan parents kan memang susah la ko nak gedik sana sini sesuka hati.. Dah nak abis SPM baru nak kenal dunia nakal.. Aku dulu zaman sekolah kira budak baik tau.. muahaha..Nak jugekkk.. Baik la jugak duduk kerusi paling depan sekali masuk kelas pagi sampai tengahari mengadap buku tau.. *tu boleh caya ke tak tu.. kekeke.. And then kalo budak laki tegur ko jangan harap aku nak balas balik.. Hai Kathy.. Pandang pastu jeling.. *eee budak laki ni gatai tak suke. Dah la suka pandang perempuan atas bawah mesti gila seks..bahaha Boleh aku fikir macam tu.. Pemikiran tak matured langsung aku masa tu, anti gile sangat aku dengan budak lelaki masa tu..

Eh tapi aku bukan lesbian okey akak perempuan melayu terakhir masa tu.. hamboi nak jugak..*ok jangan muntah tahan dulu abis aku cerita ni baru korang leh muntah.... muahaha..Padahal tak semua budak lelaki macam tu pon.. Memang anti gila dengan budak lelaki tak tau kenapa.. Nampak budak lelaki mesti dalam hati aku automatik pikir macam ni.. Ni pengaruh filem ke apa ni..hahaha.. Sampai aku form 4 jer la baik masuk form 5 jahanam..hahaha Ingat lagi budak lelaki kelas aku siap cabar lagi sape yang dapat berborak dengan aku kira budak laki tu hebat..hahaha Memang tak la kan aku nak bercakap, eh tapi ada la jugak 2 3 orang dalam kelas yang aku percaya nak bercakap yang lain takleh pakai.. Nak bercakap dengan budak laki aku tengok orang tu macam mane kalo gatai memang awal2 aku pangkah..hehe

Ok berbalik pada cerita asal aku.. Macam mane aku leh berkenalan dengan Affan.. Malam kejadian aku bagitau kakak aku yang nak pergi KLCC lepak dengan kawan2 Diha, Ariza, Anne nk tengok konsert.. Dorang ni semua member2 sekolah.. Kakak aku bagi lampu hijau jangan risau dia cover line untuk aku.. Wah mane nak dapat kakak macam ni.. Terus peluk cium kakak aku masa tu.. hahaha Kakak aku boleh tahan jugak kepala gila masa tu..

Kebetulan Abah takde malam tu ada show apa lagi panjang kaki la aku..hahaha.. Kakak aku jaga rumah aku merayap boleh macam tu.. Mak pulak masa tu kerja malam.. Kakak aku janji akan simpan rahsia tapi kena pulang sebelum kol 11 dan kena sampai rumah sebelum Abah sampai takut Abah dah sampai rumah aku tak sampai memang kaki kat muka la jawabnya..

Abah memang garang masa dulu.. Ko jangan harap nak keluar lepak ngan kawan waktu malam memang Abah tak bagi la.. Kalo nak ajak die sekali..hahaha Lagi satu jangan bohong dengan Abah, die dapat tahu ko menipu memang silap hari lebam satu badan.. Ingat lagi masa zaman sekolah Abah selalu warning.. *Kalo Abah nampak ko dengan jantan berkepit tangan berpeluk-peluk memang kat tepi jalan tu jugak Abah teranjang ko dengan laki tu sekali kena.. Memang takut la bila Abah nak warning macam tu.. Sebab tu zaman sekolah aku tak pernah bercinta.. Yee aku memang takde boyfriend ok zaman sekolah putus cinta pon tak pernah rase.. Serius tak tipu.. T_T Kawan2 sekolah pon tahu aku macam mane zaman sekolah tak suke budak lelaki sebab tengok budak lelaki teringat ayat-ayat Abah yang menakutkan tu..

Anti2 laki pon bab menyelinap ko terer jugakkan..hahaha Ingat lagi masa tu form 1 kes tu sampai sekarang aku ingat.. Masa tu malam dalam kol 8 aku pergi rumah kawan aku kat area taman tu jugak.. Lepak kejap kat rumah die, biaser la zaman sekolah kalo dapat jumpe kawan mesti seronok berborak tak ingat jam.. Tak sedar kol brape masa tu tau2 nampak bayang2 Abah hampir kat aku.. Eh Abah la! mati la aku.. Ko buat dik kat sini.. Haa takde jumpe kawan kejap nak ambik barang kat die.. Terketar-ketar la jugak aku nak menjawab.. Zasss kaki Abah hayun kat badan aku.. Tak sempat nak cakap apa2.. Nasib baik aku tepis kalo tak, aku rase kaki tu kena jugak kat muka aku sebab tinggi jugak Abah hayun kaki kat aku.. Kan Abah dah cakap jangan keluar malam.. Terus berdesup aku lari balik rumah.. Menangis jugak la masa tu yerla dah la mak kawan aku pon ada masa kejadian tu.. Sampai rumah tengok jam kol 10.. Ok patut la kena marah dengan Abah tak sedar kol 10 lebih dah.. T___T

Eh tercerita pulak zaman kenakalan zaman sekolah.. Yerla aku pon tak pernah cerita ni semua dalam blog.. Sajer nak ingat kembali zaman2 sekolah yang nakal tak berapa nakal tu..muahahaha

Ok dah dah bebalik pada cerita perkenalan aku dengan Affan.. hahaha Tah brape kali balik cerita perkenalan daaaa.. =P

Lepas abis konsert tu ingat nak terus balik rumah sekali tak jadi lepak kejap dengan Anne, Ariza, Saniah, Diha.. Sekali Affan lalu Diha tegur.. Eh Abang Affan buat apa sini sorang jer ker? A'a sorang saje jalan2..Yeker.. Meh la lepak sekali dengan kiteorang.. Diha pelawa Affan join lepak ngan kiteorang.. Masa tu adalah berape kawan2 Diha yang lain.. Diha ni jenis peramah ramai jugak kawan2 die yang die kenal..

Aku pon tengok jer la Affan masa tu.. Dalam hati eh macam Joe Flizzow la pulak muka abang ni.. Bisik kat Anne.. Anne abang ni muke macam Joe Flizzow kan.. Anne pon cakap a'ah ada la sikit.. Mentang2 baru lepas tengok persembahan Joe Flizzow masa tu terus nampak muka Affan macam Joe Flizzow Too Phat kannn.. hahaha Zaman tu kan semua orang tergila-gila kan lagu Too Phat yaauw auww Anak Ayam masa tu..

Ingat lagi  masa tu Affan ikat kain tuala good morning kat kepala, pakai t-shirt putih, seluar baggy,  kasut adidas line 3 yang pupolar tahun 2002 2003 masa tu.. Alaaa korang pon mesti ada kasut adidas putih tu kan.. Gaya hip hop kan femes masa tu .. Hip hop la sangat Affan masa tu kan.. hahaha Eh bukan hip hop skateboard..Mati2 ingat Affan budak hip hop.. Yerla zaman tu budak skateboard dengan hiphop kan pakaian dorang lebih kurang jer..

Pas tu bagitau Diha.. Diha suke la tengok Abang tu.. Awak kenal die ker.. Haaa kawan lama.. Nape awak minat ek.. kekeke A'ah minat suke tengok die macam Joe Flizzow.. hahaha Boley masa tu aku tengok Affan Joe Flizzow..kakakaka Gelak guling2 kalo ingat balik.. Bile dah lama kenal ingat balik celah mane la Affan macam Joe Flizzow tu kan..

Lepas abis konsert tu balik macam biaser la naik LRT berhenti Setiawangsa.. Sampai sekolah bagitahu Diha malam tu tak leh tido teringat-ingat kat abang Affan.. Suke tengok gaya die suka tengok muke die suke tengok cara die.. Hamboii belum apa2 semua dah suke..hahaha Diha gelak jer dengar masa tu.. Diha kata nak bagi nombor phone aku kat abang Affan sajer berkenalan.. Aku tak bagi yerla malu kot aku dah la tak biaser benda2 ni semua.. Diha kata takper kawan2 jer la dulu mana tau kot kot...Apa kot kot.. Kot kot Abang Affan jatuh cinta kat awak ker.. Wah sampai ke situ Diha fikir..hahaha Hambooii gatai sangat dah ni sekolah pon tak abis lagi.. Eh dah hujung2 tahun masa ni dah nak abis sekolah.. Ok la tu jatuh cinta dah nak abis2 sekolah..hahaha

Gambar lama Affan..mehehehe

Tapi kan Kathy si Saniah pon minat jugak tau kat abang Affan tu.. Kecewa kejap dengar Diha bagitau Saniah pon minat kat abang Affan.. Yeker awak.. Saniah pon minat abang Affan jugak ker.. ok la mesti takde harapan nak berkenalan dengan abang Affan yerla masa malam konsert tu Saniah pakai lawa seksi pakai hot pants pulak tu mestila abang Affan suke kat die.. Aku t-shirt body ngan jeans je malam tu mestila die tak pandang aku.. Tengok gaya Affan malam tu dah terpikir mesti taste die nak perempuan hot-hot seksi.. Eh tak la tah2 die suke kat awak..hahahaa Nampak budak gatai masa tu macam2 ko fikirkan..

Ni la di katakan cinta pandang pertama aku dengan Affan..gitew..hahaha Tak pernah aku tengok laki terus suka.. Tapi nampak Affan malam tu terus suka dengan harapan Affan perasan aku malam tu..ewah..

Tup tup dapat mesej dari seseorang.. What's up Kathy?? Affan here.. Hamboii owang putih terus bukan nak salam mekom ke apa...hahaha  Ingat lagi tu la ayat pertama yang Affan send kat phone aku.. Masa tu pakai phone cekiak yang ada antena tu..hahaha.. Bayangkan macam mane perasaan aku masa tu mau tak mengigil satu badan dapat mesej dari Affan..hahaha Apa lagi laju2 la aku balas.. Lama tu aku simpan mesej yang first Affan bagi kat aku tu.. Adalah kat 2 tahun simpan pastu dah tukar nombor hilang mesej tu semua..

Terkejut jugakla kan Affan mesej kat aku ingat dia tak minat kat aku ker apa.. Yerla aku pon tak hot kot malam tu mestila die ingat si Saniah tu jer.. Rupenya tak die minat kat aku lagi.. Awww... Pastu mesej2 la die nak jumpe aku.. Sebab malam tu die tak ingat aku yang mane.. Die ingat aku tu Saniah.. Deerrrr boley die aku tu Saniah.. Dah la malam tu aku ada offer makanan kat die boleh tak ingat kat aku...Merajuk kejap aku dengar Affan cakap macam tu..hahaha Tak la merajuk main2 jer la.. Gedik nak merajuk betul2..

Ok la mesej2 die janji jumpe kat Sunway Pyramid..Ingat lagi masa tu ada pertandingan X Games..  Ok la jumpe la kat situ.. Diha temankan aku masa tu.. Kira first date la ni..hahaha

Dah sampai Diha mesej la Affan bagitau kiteorang dah ada kat tempat XGames.. Pastu nampakla Affan.. Hai Diha.. Hai abang Affan.. dalam hati *Eh awat Abang Affan ni nampak lain, malam tu nampak macam hensem asal macam burok pulak sekarang ni..bahahaha Abis la kena maki dengan Affan balik ni..Pastu Diha kenalkan aku kat Affan.. Abang Affan ni kawan saya Kathy.. Affan buat2 tak dengar.. Puii menyampah aku masa ni.. Haaa apa Kitty Kathy Hello Kitty.. Eh tak la Kathy.. Sambil senyum2 kucing.. Oooo ni la Kathy.. Hai Kathy.. Terus aku senyum sambil mulut pon berjoget-joget malu telinga rase kembang..kakakaka

Gitew la kali pertama kami bertentang mata secara live dengan Affan..hahaha Bila dah kenal lama sikit Affan suruh buang perkataan Abang.. Kathy jangan panggil abang boleh panggil Affan jer..eeee geli la dengar.. Eeee saya pon geli sebenarnya..konon geli padahal tak geli pon sebelum ni.. Ok la nanti aku sambung panjang lebar la pulak macam novel..haha 

Amboii muka jambu air sangat masa ni.. B bile nak kurus macam ni..hahaha B tak rindu ke badan b macam ni..

Tapi tak nak kurus papan macam ni burok tak suka.. Selamba aku cakap laki macam papan..agegegee.. Eh memang kurus macam papan kan.. =P hahaha Dah lama kenal boleh la cakap macam ni baru kenal cakap macam ni awal2 kena reject..haha

Apa Huny nak b kurus macam atas tu...hak hak hak memang tak la kann..Bulat macam ni jugak yang best peluk dan sayang terlebih.. =P

piece : kathyjem

31 comments:

monalea said...

hehehehe.memang jambu betul dimasa mudanya. kurus je. sekarang...samalah...laki kita pun mcm tu..

Unknown said...

Hahaha aku kah itu *diha dlm cite ni... malu hihihi

kathy jem said...

Mona Lea : laki pas kawen abis barai..hahaha

Unknown said...

Alhamdullilah akhirnya korang bertemu jodoh... Hahaha... aku lah diha dlm cite ni ^______^ mmg sweet... smg kekal hgga akhir hayat :*

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
kathy jem said...

aidiha mohd hasni : sapa lagi awak la..hahaha..tq diha.. ;)

XRNH said...

kathy,
masa ko tak kawin lg kan kita ada terserempak dua tiga kali kat One Utama. aku ingat aku ckp kat ajib,
"Amboi jambunya bf kathy."
hehehehe.

Unknown said...

best plak baca kisah cinta orang ni..heheeee..cepat sambung tau kathy..

yang kurus cam papan tu hensem ape..

*sebaya kita rupanya*..

kathy jem said...

Xuriana : kan..sekarang jadi jambu air..hahaha ajib pon kuruih je masa tu..

Nurul Says said...

kah3x comel je entri tapi syoklah sebab takde selingan gambar korang masa mulamula bercinta

kathy jem said...

Zee Suhaini : erk hensem! pengsan jap dengar..hahaha :P

Mimy Hamid said...

comel comel ..nak lagi story dan pic kathy dulu dulu...baca sambil sengeh kerang ni hahaha...

Chekgu Azrine said...

Sweet je ..semoga berkekalan ye korang berdua

kathy jem said...

Mimy Hamid : alaaa malu la gmbr lama bnyk rambut karat..hahaha

kathy jem said...

N.Aima K : hehehe ^_^ mekasih..

kathy jem said...

Chekgu Azrine : amin..mekasih darling.. ;)

Dunia Mommy Comel said...

Hahahaha kekek baca post u babe... sweet story mory.. xtahan btol statement jgn pgl abg tu.

lizaufa said...

my husband kenal ur husband lah. orang telok intan kan? nanti senang-senang tgk ig saya @lizaufa

my husband org sri setia. saya rajin bukak blog awak, then dia nampak pic husband awak. dia cakap mcm kenal. ok memang kenal kata nya :P

ijan said...

sambung ceritaaaaa....hehehe..

kathy jem said...

ComelComot : hahaha tu la bayangkan i panggil husband i abang smpi sekarang..kekeke

kathy jem said...

Norliza Romizi : ooyekrr..husband i mmng asal teluk intan..nnti i tunjuk gmbr husband u kt die mesti die kenal..

kathy jem said...

Jan@Afzan : baik..hahahaha

Ibu Dhia Danial said...

wahhhh lama betul akak bercinta ye.. bulat tu tandanya bahagia n akak bagi cukup makan tu.. hihi

mirza said...

alkisah love story awak...sweet sgt...tp nak tahu cite seterusnya...hahaha...xcited nieyh...hihihihi

R.R.Z said...

haha! ok comel, sy takde okay kasut adidas putih line 3 tu..kekeke

seriusly zaman tu asik dgr lagu anak ayammmmm je.

*Eh awat Abang Affan ni nampak lain, malam tu nampak macam hensem asal macam burok pulak sekarang ni..**
tergelak bc part ni! adoilaaaa

applemintlady said...

Last week ada gak cr..jenuh la cari satu2 mcm mn knl ngn affan..rupanya2 br buat..pfftt..

Alyza Fisol said...

sweet sangat ceritanya...lama jugak berkawan erkk..sama kita...

ade citer seterusnya tak??buat la sambungan...syok baca... :D

lizaufa said...

heheheh x sabar nak kenalkan. sbb mmg satu kg rasa nya hehehe :P

atau tgk pic husband kat blog i

lizaufa-pink.blogspot.com

Unknown said...

pic paling bawah yg paling lucu!!!!!!!!!!!!kekekeke

NeenaAnuar said...

hihi.. nice love story! :D

Nadiah said...

macam artis k-pop masa muda2 dulu....