Klik Yer!! Mekasih...

Monday, September 22, 2014

Raiisah Cherry Berry

Pagi tadi bawak Raiisah pergi klinik.. Sian dia kat 5 hari cirit birit.. Hari Jumaat hari tu ambik dia kat rumah mak, mak bagitau Raiisah tak nak makan sangat pastu taik cair.. Yekerrr... takper nanti tak ok jugak bawak dia ngi klinik.. Tak tau la sebab apa dia cirit, sebab susu ker or permakanan.. Sabtu tu dia cirit lagi ahad pon sama cirit jugak.. Tapi dia makan ok berselera, susu pon ok nak minum.. Takdela aku risau sangat sebab makan menyusu dia nak.. Kalo dia tak nak makan menyusu ye tu memang aku terus bawak dia pergi klinik sabtu tu jugak..

Disebabkan dah masuk 5 hari cirit ada lagi so pagi tadi bawak die pergi jumpe Doktor Koo.. Ingat pagi tadi nak keluar awal tau2 jer la klinik Doktor Koo ramai patient lagi2 hari isnin bersusun orang menunggu.. Elok nak gerak kol 8 si Raiisah berak pulakkk.. Kol 7 dia bangun berak jugak ni yak lagi..Pastu merenggek nak susu.. Pas bagi susu baru kiteorang gerak, kat kol 9 lebih gak lak sampai klinik Koo.. Tu dia bersusun orang...

Ramai sangat orang kita beli breakfast dulu..Dalam kereta dah makan roti jagung abis separuh dia makan..koko krunch lagi jangan yakk lagi ye Raiisah tunggu kita jumpe doktor kang baru yakk..hahaha Boleh nak suruh Raiisah tahan berak..

Laju jalan gaya macam orang tak sakit..Sakit nak membesar ni...

Sempat selfie guna phone mummy.. hahaha Pandai pulak dia ambik gambar sendiri..pengaruh mummy sangat ni.....

Lepas jumpa doktor Koo, doktor koo just bagi ubat cirit birit jer.. Ubat antibiotik doktor tak bagi sebab tengok dia aktif kalo macam lembik jer ye tu baru doktor bagi.. Pastu doktor bagitau masa buat susu kena cairkan tak boleh pekat and kalo tak ok jugak nanti bawak ngi klinik balik..Harap2 pas makan ubat ni ok la.. Tadi masa nak bagi dia makan ubat menjerit-jerit Raiisah mau tak ubat tu pahit gila kot.. Kita orang tua pon tak mampu nak telan apa tah lagi budak.. Sabar ye nak Inshaallah pas ni Raiisah sihat..

Lepas bagi Raiisah makan ubat tidokan dia pastu laju2 masak lauk tengahari..Teringin pulak nak makan udang petai.. Udang memang dah ada dalam peti ais cuma petai tu beli kat kedai sebelah klinik..nasib ada dah la susah nak jumpa petai..Area rumah mak sg.buloh pon takde orang jual petai susah la nak jumpe..Nasib beli tadi besar2 petai dia siap dah kopek senang sikit nak masak..hehe..

Last sekali pencuci mulut.. Mangga! pon teringin jugak.. Amboii semua teringin ni ada apa2 ker..hahaha

Ok la bye nak tengok Raiisah bangun pulak dia..

piece : kathyjem

13 comments:

arysha_fayyadh said...

Assalam kathy,
Sian raisah..
anak sh pulop kena sembelit..
takmo berak..
macam2 bebudak sekarang ni sakitnyer kan3

XRNH said...

kathy, lapar la tengok lauk ko. haha.

Zaza Abdul Latif said...

Speedy recivery Raiisah..
Kalau bagi raiisah makan mangga tu sure lagi cair yak yak dia.. hehehe

AMIIZAA@Mieja said...

moga raiisya cepat sihat....

kathy jem said...

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH : w'salam..tulakan macam2 penyakit sekarang ni..cuaca pon tgh tak menentu..

kathy jem said...

Xuriana : hahaha ni mesti ko tak makan lagi ni..kekeke

kathy jem said...

Zaza Abdul Latif :tq auntie zaza..mekasih doakan Raiisah.. =)

kathy jem said...

AMIIZAA : mekasih doakan Raiisah.. =D

mila said...

sdpnye tgk mangga tu

Pink Mama said...

Akak pun pagi tadi ingatkan nak pergi jumpa Dr.Koo....sekali pukul 8 pun dah berderet org. Terus cancel.

Semoga Raiisah sembuh segera =)

Unknown said...

faktor cuace la agknye sis..sy 1 umah semua pakat demam..haishhh mangga tu..rasa mengidam terus..:)

bobiedanbad said...

Kesian raisah...harap cepat sembuh.
Sedap tgk masakan Kathy

Dunia Mommy Comel said...

sedapnya tengok bendi dlm kari tu...