Hari ni genap Raiisah berusia 2 tahun.. 2 Oktober 2012 tepat pada pukul 5.05 petang suara tangisan pertama yang keluar dari mulut Raiisah..Kalau ingat balik saat-saat bersalin memang aku takkan lupa sampai bila-bila..30 tahun akan datang pon still ingat saat2 berjuang dalam labour room..Terima kasih Allah pinjamkan anak ini kepada saya..Syukur Alhamdulillah..
Pejam celik pejam cilik Raiisah dah 2 tahun..Macam tak percaya eh eh dah 2 tahun dah anak aku ni..Baru semalam tengok dia merangkak-rangkak, baru semalam tengok dia terkedek-kedek melangkah jalan, baru semalam tengok dia tepuk tangan tau2 dah berlari dah anak mummy sekarang ni..Kenapa cepat sangat pembesaran awak ni Raiisah cuba slow2 sikit rindu masa awak baby..hahaha.. Masa baby dok diam jer awak.. Cakap pasal baby rindu pulak bau Raiisah masa baby..Sekarang ni bau hurmm mau masham..hahaha Abih dah berlari sana sini masham la bau awak tu, dah takde bau baby bau burung..hahaha
Dan sekarang ni Raiisah dah pandai buat macam2.. Cakap jerla tak pandai lagi.. Adalah 8 10 patah perkataan yang dah pandai sebut..Yang selebihnya bahasa korea yang akan aku akan paham..hahaha Lagi satu Raiisah dah pandai bagitau dia berak.. Pas dah berak dia menjerit bagitau kita.. Yakk!! Yakk!! tu ok lagi ada tu siap seluk tangan dalam pampers..Mii Yak! ada sekali tu aku tengah baring sebelah dia sekali terlelap sedar2 tunjuk tangan kat muka aku tepat tangan dia kat hidung aku..Apa ni Raiisah..Omaigoddd!!! taik upernya kat tangan dia dengan sekali hidung aku tepek kena tahi dia..Dia nak bagitau dia berak ghupernya.. tak perlu kot tangan awak yang ada taik tu hulur kat muka mummy..hahaha sabor jer la Mek Echa ni...
Lagi satu dia dah pandai bab2 fesyen.. amboii Raiisah kecik2 dah pandai demand nak pakai baju.. Kalo ada baju yang die tak berkenan kita suruh dia pakai no no jawapan dia ngan geleng2 kepala sekali tak nak pakai..eh eh banyak bunyi lak pakai jer la mummy dah beli..haha kan dah kena paksa pakai..kikiki..Banyak kali kena macam tu.. Biaserla kita ni mak2 lepas beli baju mesti la excited balik rumah nak pakaikan dia baju baru yang kita beli tu, kot2 la tak muat boleh tukar..sekali tak nak..Kena cakap cantik cantik baru nak pakai..hahaha
Bawah ni gambar2 Raiisah dari umur setahun lebih sampai la sekarang yang sudah masuk 2 tahun..Layan jap fesyen2 Mek Echa..hahaha
Ok Raiisah mummy berdoa supaya awak menjadi anak yang berguna dan solehah, penyabar, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, cerdik dunia dan akhirat! Satu lagi Raiisah jangan garang2 sangat tau..Cian adik2 kakak2 abang2 yang nak main ngan Raiisah..Ikut perangai siapa la garang sangat ni..hahaha Tu jer pesanan mummy & daddy..
Selamat Hari Jadi Sayang Mummy!!! Nanti kita celebrate ngan ibu, ayah, atuk, nenek ngan opah sekali yer..Mesti Raiisah tak sabar nak tiup lilin..hehe
piece : kathyjem
17 comments:
HAPPY HAPPY HAPPY BIRTHDAY RAIISAH..
semoga jadi anak yg solehah yer nak..
nanti boleh celebrate dgn auntie skali.. kita exchange present tau.. auntie punya birthday pun 28 october ;))
Assalam kathy,
Epy birthday princess echa :)
moga sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah
bahagia dunia akhirat AMIN
epi besday Raisah.... comel sgt kamoo... acik doakan Raisah jd anak yg baik buat mummy n daddy...
Kathy...anak kita sama umur... bulan pun sama... anak akak lahir 5 hb...heheee....
Happy besday Mek echa.beza 3 bulan dengan eryna.semoga menjadi anak solehah :)
FAD
Raiisha ure beautiful... just like your mom jugak hehe.. semoga raiishah jadi anak yang solehah.. anak yang mentaati ibubapa . inshaallah.. =D
Happy birthday Raisah!
Semoga selalu di bawah lindunganNya.. Amin :)
hepi besday echah...comey gaya awk.
HAPPY BIRTHDAY RAIISAH!
semoga panjang umur ye cayang..
murah rezki sntiasa
budak yg lahir bulan 10 mmg garang kot ek kathy..sbb aish pun camtu tau..sgt garang ok..kita lepuk dia lepuk kita balik..huhu
Selamat Hari Lahir Mek Ecah. Comel dak ecah ni. Tua Ecah 5 hari dari Adli.Semoga menjadi anak yang mendengar kata mak ayah ye ...
hb raisah..
cantik dan pandai bergaya sgt awak tau!
happy birthday mak ecah comel!
kekalkan kecomelanmu hehe..
^__^
hapyy bezday mek echa homel...
smoge jadi anak solehah..anak bijak..anak beguna dunia akhirat er...:) @--->---
oh i love ur collage kathy..nice..hepi besday mek echa..tak jumpa live tp sellau tgk aktiviti dia kat ig..so comel anak dara u kathy
Happy Birthday Mek Echah semoga menjadi anak yang solehah..
memang kejap jer kang esok2 dah first day school.. :-)
gerammmmm..sebab mek echa comelll sangat..happy birthday!!
Aaaa comelnya mek echah. Gewammmm tgk!
Btw hepi birthday to the little pwincess. Moga bila bsr nt awak jadi anak yang sentiasa mgembirakan ati mummy daddy awak :)
So cute Mek pecah nihh!!!
Post a Comment