Klik Yer!! Mekasih...

Friday, November 7, 2014

Samsung Galaxy Note 4 Murah

Semalam aku nak beli barang rumah, round2 dengan Affan..pastu Affan pulak kata  nak survey handphone..pastu ternampak promotion untuk Galaxy Note 4.. macammmm besttttt jee..hehe so kitorang masuk la Senheng dekat Kelana  Jaya..tanya la macam-macam dekat kakak promoter yang ada kat situ..

Memang membantu la akak ni semua aku tanya dia jawab.. yang aku tak tanya pun dia bagitau..pastu dia explain sekarang Galaxy Note 4 boleh dapat di seluruh cawangan Senheng di seluruh negara..

Senheng sekarang sedang menawarkan interest AEON terendah iaitu 1% dimana kadar semasa mereka sebelum ini 1.5%..turun 0.5% rendah tu.. tak lupa juga dengan waranti 1 tahun PlusOne daripada Senheng..

So bagi korang yang mengidamkan sebuah telefon bimbit cool dan elegant, apa kata kalau aku cadangkan Galaxy Note 4 untuk korang semua, ringan, bentuk yang nipis dan mudah dibawa, ada stylus dan yang penting kamera 16 megapixels yang amat penting buat korang semua yang #gilaselfie..hehehe macam aku :p

Nila kad PlusOne tu.. nak apply boleh buat Senheng tu.. mudah je..

Akak ni pun ada bagitau kita semua boleh dapatkan tawaran PWP apabila korang membeli-belah di Senheng, korang berpeluang mendapat 8000MAH Power Bank bernilai RM179 dan Tempered Glass screen protector bernilai RM109, untuk dua barang ini Senheng tawarkan harga RM199 untuk para pembeli yang bertuah dan car charger dua slot bernilai RM69.. Senheng juga menawarkan program Trade-in telefon bimbit lama, jika korang sebelum ni pengguna Galazy S, Galaxy S3, Galaxy Note dan Galaxy Note2, korang akan mendapat rebet sehingga RM666 dengan program ni..

Ciri-ciri Utama Galaxy Nota 4:

Skrin paparan
QHD Super AMOLED
Galaxy Note 4 hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED berukuran 5.7-inci. dengan penggunaan skrin paparan QHD ini, Samsung Galaxy Note 4 mempunyai kepadatan piksel yang mencecah 515ppi.. Samsung juga mendakwa bahawa skrin paparan QHD Super AMOLED pada Galaxy Note 4 ini adalah lebih baik dan terang daripada skrin paparan QHD yang dimiliki telefon pintar di pasaran.


Reka bentuk yang premium
Samsung Galaxy Note 4 boleh dikatakan merupakan model utama Samsung yang tampil dengan reka bentuk yang elegan dan premium. Samsung Galaxy Note 4 mempunyai rangka berasakan keluli manakala panel belakang pula adalah ‘faux-leather’ yang kelihatan seperi kulit. 


Kamera
Kamera belakang Samsung Galaxy Note 4 adalah 16MP dengan OIS manakala kamera hadapan model ini adalah 3.7MP 90-darjah dengan aperture f1.9. satu ciri menarik pada kamera hadapan adalah ‘Wide Selfie’ yang membolehkan anda menggambil beberapa gambar 120-darjah dan menggabungkanya menjadi satu gambar. Kamera ini juga mampu menerima 60% lebih cahaya sekaligus menjanjikan kualiti gambar yang lebih baik dan terang.  


Fast Charging
Hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED yang lebih berkuasa tinggi. Selain itu, terdapat mod pengecasan ‘fast charging’ yang mampu mengecas bateri daripada 0% ke 50% dalam masa 30 minit dan tidak cukup dengan itu, Samsung Galaxy Note 4 juga dilengkapi dengan ciri ‘Ultra Power Saving Mode’. Stylus S-Pen dengan ciri-ciri hebat Samsung Galaxy Note 4 hadir dengan stylus S-Pen dan pengunaan pen stylus ini telah dibawa ke satu tahap yang lebih tinggi. S-Pen kini hadir dengan sokongan seperti ‘tetikus’ pada komputer yang mana hampir kesemua perkara boleh dilakukan tanpa pengunaan jari. 


Ha ni la akak yang friendly tu.. tq so much for your good service!

Kalau nak tempah Samsung Galaxy Note 4  secara online boleh dilakukan menerusi link di bawah ni :


piece : kathyjem

13 comments:

Hafiz Hafizol said...

belanja 1 kak.. hahaha

Unknown said...

mmg menggoda note4 nie.
kena tahan sket nafsu.
plan bulan doblas angkut bawak balik umah.
heeh.

kathy jem said...

Hafiz Hafizol : satu jer tak nak dua..hahaha

kathy jem said...

Shark Kay : tau takper hari tu hampir2 nak terbeli tapi tunggu dulu..hehe

Ein said...

note 4 murah ka...bole la angkat 4..huhu

Unknown said...

oohh daku sudah jatuh chentaaa

Sihatkan Jantung

Najib Ariyan Ali Basha said...

patut lah gambar kemain cantik... pakai hp baru rupanya...

Salina Hafis said...

cantik..thanks untuk info kak..mmg tengah survey..selamat berkenalan.
SalinaHafis

Azcona Nur Azleah LMF said...

Tahan liur je tgk telefon ni. Huhuhu...

zinziemeewah said...

Dah lama tergda tengok note 4 ni tapi sb tak ada color merah so berjaya tahan nafsu..heehehe..

jemput datang blog saya zinziemeewah.blogspot.com :-)

Gin said...

hurmm, i luv u kathy jem

muhd'ardhan said...

Kak beli kt sy satu..sy tringin sngat2

muhd'ardhan said...

Kak beli kt sy satu..sy tringin sngat2