Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, March 31, 2016

Ada Ovarian Cyst Dalam Perut

Salam semua..semalam ada checkup kat PMC..Alhamdullillah baby semua ok yang tak berapa ok mummy dia je..sob sob..2 minggu lepas checkup doktor bagitau aku ada ovarian cyst dalam perut..masa doktor bagitau tu cuak giler..terfikir2-fikir macam2 dah dalam kepala ni..

Masa doktor bagitau kalau Ovarian Cyst ni membesar lagi kena bedah terus rasa nak nangis..apa kena bedah? aku terbayang-bayang dah nanti bersalin kena operate..saya tak nak bersalin operate doktor.. =(

Tengok saya tak cakap pon awak kena bersalin operate..saya cakap kalau cyst awak ni membesar kena operate..terus senyum malu kat situ..hahaha..doktor cakap lain aku ingat lain..yerla aku dengar operate ni dah fikir macam2..yerla mau tau tak takut dengar operate2 ni..dah la kandungan baru 6 minggu masa tu..bayangkan kalau kena operate jugak macam mana?? takuttt... T_T

Pastu doktor explain la apa tu ovarian cyst tu? aku pon first time dengar ovarian cyst..selalu dengar pasal fibroid semua tu pasal ovarian cyst tak pernah tahu..lepas doktor explain baru aku faham apa itu ovarian cyst..

Ovarian Cysts atau lebih dikenali cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari..Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada di antaranya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Cyst kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang berik simtom atau gejala..Ia akan sedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan..Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita..Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst..Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan..

So dah tau la kan apa tu Ovarian Cysts ni..

2 minggu lepas check size cyst tu 5cm, semalam check dah naik sikit jadi 6 cm..uuwaaa... T__T

Cuak ni..doktor bagitau kalau kandungan dah masuk 3 bulan, cyst makin besar lagi memang kena operate..macam mana nak buat ni? kalau boleh tak nak operate la kan..sian baby dalam perut nanti..Cyst yang membesar memang kena buang, takut dia pecah..doktor kata kalau nak operate sekarang tak boleh lagi sebab kandungan kecik tunggu masuk second trismeter baru leh operate..doktor kata jangan angkat berat2 and lasak2 takut ovari cyst tu tersimpul lagi teruk kena buang ovari terus..

Korang ada apa2 petua tak macam mana nak kurangkan size cyst ni dari terus membesar?? aku try search google ada cakap minum produk shaklee Omega Guard dan B Complex ok minum, cyst akan mengecut..pastu doktor ada bagitau suruh stop makan ayam, soya, tahu, tempe goreng semua tu..yang mana mengandungi produk berkaitan soya doktor tak bagi sentuh langsung..doktor suruh minum minyak zaitun dengan makan peria katak..doktor suruh amalkan dua benda ni dulu untuk kecutkan cyst..

So next checkup 2 minggu lagi..memang sekarang ni setiap 2 minggu akan datang hospital untuk doktor pantau cyst tu..harap2 2 minggu lagi cyst dalam perut ni akan mengecil..risau la..tak nak la cyst ni membesar lagi taku la kena operate..

Alhamdulillah baby dalam perut okey..jantung, perkembang dia semua okey..sekarang dah masuk 8 minggu..silap ingatkan dah masuk 11 minggu..hehehe..hari tu masa checkup doktor bagitau kemungkinan aku akan bersalin awal bulan 11..dua minggu lepas check, doktor kata aku akan bersalin hujung bulan 10..hehe silap la kiraan..doktor check semalam and kira dari segi size baby InshaAllah aku akan bersalin awal bulan November..doakan aku ngan baby semuanya selamat..amin..tengah risau ni.. =(

piece : kathyjem

37 comments:

Puan Eka said...

kawan saya ada beberapa org yg kena cyst masa preggy. Yang seorang tu, cyst dia kecut dan tak buat operation. Saye tanya, dia banyak makan makanan sunnah cthnya kurma, kismis. Terkejut jugaklah doctor tu sbb cyst dia kecut. Selamat brsalin secara operation sbb baby dah berak dalam perut overdue.

Kawan sy lagi 2 orang, memang kena operation. Masa tu kandungan diorang dalam 3 bulan lbih gitula. Alhamdulillah dua2 selamat melahirkan baby diorang. Sorang operation sorang normal.

Smoga dipermudahkan buat akak.

Izaramli said...

IsnyaAllah takde pe tu kak. Amalkan je la apa yang doc suruh. Saya dulu penah buat ultrasound doc kata ada cyst. Tapi dia tak sure. Masa tu xingat bape minggu. Siap dia kata ada 2 kemungkinan. Sama ada cyst or kandungan luar rahim. Terkejut dengar. Berhari-hari jugak la runsing pikir. Tapi Alhamdulillah sampai sekarang semua ok. Baby pun dah 34 minggu dah ni. Sy doakan akak ok. :)

Cici said...

pernah dengar tapi tak pernah tau pun. semoga semuanya baik baik saja ye kak kathy.

Unknown said...

jgn risau..za pernah kena cmni msa mngandung sulong.. dh 11 bulan kawe bru lekat sbb cyst ni menutup pintu rahim. jd masa baby dh 3 bulan dia lebih besar dri baby. jd za pergi cari air zam2 dan berdoa supaya cyst mengecut. alhamdulillah slepas 3 bulan cyst mngecut dan x perlu operate..

Wawa_Nadwa said...

Time wawa dlu cyst tu hilang sendiri. Mula scan 3cm. Dan doc ckp klu makin besar kena operate. Xde amalkn mkn pape cuma control mkn.jgn mkn mknan yg boleh aktifkn cyst tu. Jgn risau sgt. Insyaallah xde pape

ily♥ said...

Hi.. sy mase preggy anak first ade ovarian cyst jugak. 2 kali scan, still ade. eventually, the third scan, hilang dah cyst tu..

hopefully yours pun, either die mengecut or gone by itself. Semoga Allah permudahkan urusan dan grant u with good health, insyaAllah.

Jueliza Jamani said...

Allahuakbar.. aduii sereyaunya dengar.. kita EDD 23 Oct 2016.. ni dah kompon kena minum air gula 2x.. aduiii Kak kathy jue doakan semua selamat yaa

alis said...

SALALM, SY SILENT READER BLOG AKAK. SY TAU 1 PRODUCK NI SESUAI UTK ORG YG ADA CYST, FIBROID AND PERIOD TAK TERATUR. BOLEH CHECK INSTA KAK SITI BIDAN. SY SENDIRI PAKAI PRODUCK NI SBB BAHANNYA DR SUMBER NATURAL (MINYAK ZAITUN). IF AKAK NK TAU APA2 BOLEH TGK INSTA DIA OR EMAIL SY JE. SY TAK JUAL PRODUCK JUST SHARE INFO JE :)

Tulisan tangan said...

Salam kak kathy..saya dulu pregnant anak sulung kes sama dgn kak kathy..sangatlah risau...sampai doc kata kn cuci kalau cyst tu terus membesar...
So..saya try amalkan surah2 alquran untuk kecutkan cyst.ketumbuhan dn segolongan dgn ni..alhamdulillah lepas 2mgu amal bsungguh2 cyst tu terus hilang..kak kathy boleh try google surah2 tu sb saya dh lupa..semoga selamat semuanya ya... - yus

FadMN said...

hai kathy,insya allah kecut cyst awak nanti.ikut jer cakap doc tu kurangkan makan processed food and yg lain2 tu.untuk omega guard tu, as shaklee agen, better jangan sebab omega tu panas sikit,2nd trimester baru boleh amik untuk develop baby brain.itu mmg bagus omega.for now,makan b kompleks jer takpe and ikut advise doc.take care,pray for u yang baik2 insya allah.

Suri said...

Kak cuba consume mintak zaitun olive house kak.inshaaAllah

acikpurple said...

salam...sy silent reader akak hehe....cuma nk respon pasal olive oil...sy ada cyst jgk tp dekat kalenjar peluh..doc kata nk bedah xbleh sbb kecik je..tp lelama akn besar jgk...so sy try myk zaitun.....almost 5 botol dah..jenma biasa2 pun sy belasah hehe....alhamdulillah sy dh xjd bengkak di kalenjar peluh tu dah..kalau x dlm sebulan,2 or 3 kali sy akn dmm cyst tu bengkak or ada infection....so bleh try...cuma bila kita amalkan apa2 supplement mmg kena isitqamah and lama....sy mkn dua sudu minyak tu setiap pg.

PeRdU cINta said...

in sha Allah..cubalah amalkan apa yang doktor sarankan tu dulu tengok macam mana..lebihnya banyakkan berdoa..mohon pada DIA sungguh-sungguh..

Miss M said...

Akak..buat la satu tag untuk pregnancy journey. Hehe

Unknown said...

kena stop makan makanan berhormon, fast food, mkn yang organic je, insyaAllah ok.

kontahadif said...

kathy try puteri vanila.
in syaa Allah bole kecut cyst tu.
yg penting ko usaha...

kontahadif said...

atau...consume skinrich dr ehps

lexthary dalova said...

Salam,hi kak kathy.

Jangan risua la psl cyst ni. inshaallah akan kecut sebab sy pun kena mcm ni ms scan 7weeks hr tu. terus menangis keluar dr blik doctor. punya la risau.

Tp biasanya early pregnancy ada cyst ni, biasa tu cyst yg tolong supply kan hormone and lain2 kat baby sbb baby kecik sgt x dpt nak produce sendiri so nnt makin baby besar benda tu makin kecil and hilang.

Sy terus kena refer hospital sebab lebih krg mcm size akk jgk 5x4cm. tp alhamdulillah check up ms 14 weeks last week. cyst tu dh hilang. doa banyak2 yee. inshaallah takde apa. tapi still kena pantau la. takut cyst yg lain jee tu.


jaga diri :)

Nadiah said...

Salam... Kak kathy kita beza sebulan je ye.... Harap2 cyst makin mengecil... InsyaAllah....

Mya said...

semoga dipermudahkan urusan kathy ya...

Nutasyah said...

Maybe u boleh consult dengan bidan aishah(ice) http://kakbidan.blogspot.my/ since u pregnant,mungkin inshaaAllah ada produk yg bersesuaian boleh dia advice.

Liyana Anuar said...

sy dulu cyst hilang sendiri..alhamdulillah

NuRuL sYafiQah said...

Kak kathy guna pad bio seleza dari hai-o banyak sangat testimoni berkenaan cyst ni berjaya diselesaikan tanpa operation..alhamdulilah sy yg jual ni happy sgt..akk boleh whatsapp sy utk testimoni 0142648138.

zeera lily said...

semoga dipermudahkan Kathy...

Unknown said...

Jgn risau sis.. in shaa Allah akan kecut cyst tu. just ikut pesanan doktor tu. Skrg mmg ramai smada masakah ni.. sbb faktor pemakanan kita fak ni. Amalkan bykj sayuran hijau.Alhamdulillah baby sihat..

Suria Amanda said...

Fikir yang baik2 je dear..jngan pening2 sgt ok..nanti kesian kat baby

.theweirdo. said...

i'm one of ur silent readers. selalu baca je sebab suka tengok your daughter hehe. tapi harini terasa nak komen sebab my cyst was found masa i pregnant. and dah selamat operate, pun masa i pregnant. alhamdulillah all went well, sekarang dah nak masuk 34w dah.

my case memang cyst tak mengecil pun (not that i'm trying to scare you), tapi all that we can do memang usaha dan doa banyak-banyak. if still kena operate pun, i'm the living evidence yang insyaAllah baby selamat, maknya pun sihat hehe.

i did write about the operation in my blog if you want to know more. but after all, i doakan semuanya okay for you and the baby. jangan risau-risau or stress too much because those too can influence your hormone and make things worse. :)

Unknown said...

Assalamualaikum Kathy
Akk kn Bartholin Cyst (pls Google) sblm pregnantkan anak yg ke 3 lg. Tp xpg buang and cek pun sbb awal2 tu cuma bengkak sdkt mcm kn jerawat. Buy during 21weeks pregnt cyst tu membesar jd 10cm diameter and sgt sakit smpi xleh ddk baring tido apa lg berjln. Pdk cerita doc advc kn operate to remove if not cyst akan pecah and kuman2 tu akn merebak and kemungkinan utk jangkitan kpd rahim and baby. Ms tu Doc bgtau mmg akan bius half body and medecine mmg akan masuk dlm body. So smada remove cyst or not baby mmg akan ada kmngkinan utk terkenan jangkitan. Alhamdulillah cyst dh removed and baby pun dah 1thn 7bln. But cyst tu keluar lg this time di sblh kanan (b4 kt kiri) same jgk doc advc to remove the cyst yg saiznya kec skkit dr bola pingpong.
Berdoa yg baik2 Kathy. Jg pemakanan and emosi. Elakkan semua mknn yg doc dh bgtau ayam soya mknn beryis...insyaAllah semoga semuanya selamat ��

supermeed said...

Akak dulu pun pernah ada cyst. jangan makan ayam, telur dan minuman bersusu. amalkan tiap pg n mlm smasa prut kosg dgn minum minyak zaitun dan madu. Alhamdulilah sebulan lepas tu cek cyst dah takda. Syukur sangat2. Cuba lah ya.

Unknown said...

as salam...saya pun pernah kena cyst ms pregnant anak kedua... ada dua cyst ms tu, sebelah kiri dan kanan...satu 10cm dan satu lg 6 cm...selpas dua minggu cyst 10cm tu hilang dan cyst 6cm tu makin mengecil...apa yg saya buat:

1. berhenti makan makanan berasaskan produk soya..

2. saya amalkan tablet noni chewable (Biodex produk)... kunyah tablet tu pagi dan malam... alhamdulillah, cyst hilang dan satu lg mengecil...

tawakal setelah berusaha...ada kwn sy yg baby dia tk leh survive disebabkan cyst tersebut makin membesar...

banyakkan berdoa dan jaga pemakanan...in sha ALLAH...

leeyanasir said...

Salam sis kathy.. just share pengalaman saya pregg anak 1st. Tapi saya tak ada cyst mase tuh tapi Fibroid(lebih kurang macam cyst). mase tuh kandungan baru 5week. bile scan kat klinik doc cakap saya ade FIBROID sebesar 8x9cm.. so besar lagi fibroid dgn kepala baby. mase tuh sedih jugak la dapat tau. So doc pantau jugak la.. sampai kandungan saya masuk 16week saya bledding n gugur. mybe tak de rezki saya mase tuh. lepas gugur doc bagi appoitment 6 bulan selepas itu untuk buang fibroid. Alhamdulillah opretion tuh dah berjaya. Tak lama lepas tuh lebih kurang 6 bulan saya pregg balik, masa tuh alhamdulillah doc cek memang fibroid dah takde dah, doc cakap fibroid saya bukan jenis berakar. So saya jaga makan terutama saya tak makan semua jenis kacang soya x kira la pape janji bukan diperbuat dari soya. sbb bende tuh yang buat fibroid tuh aktif. so sis kene jage makan, terutama fast food mase pregg nih, kalau boleh kurang kan atau tak yah makan dahulu.

Unknown said...

Salam sis,
Housemate fiya dlu ade cyst..cant rmember bape cm..tp doc dah kluarkan surat utk refer to GH n kena operate..tp housemate sy xnk operate n dia mkn pamoga..alhamdulillah makin lama makin mngecut..sis cuba google khasiat pamoga ni yea..
And nak share jgk..sy pn ade cyst..mbesar tp dlm kala yg slow (1years 2cm, sb 1tahun before pregnant dpt tahu ade cyst.so msa cnfirm pregnant doc ckp risky jgk trus sy call hosp lama utk buka record sb nk tahu dlu bape cm) (dlu 2cm smthg, msa preggy cyst 4cm smthg) then doc bg msa 1 bulan utk dtg blk check baby n cyst..alhamdulillah tahu2 je cyst tu xmbesar..tiap kali check baby mesti check cyst n result cyst lgsg xmbesar. End up cyst tu dbuang msa deliver baby :-)

sis jgn lupa try pamoga tu yea..sy doakan cyst tu mkin mengecut..and smoga sis n baby sihat hendaknya.Moga Allag permudahkan segalanya

Unknown said...

Pamoga boleh diambil semasa mengandung ke???

mataais said...

Salam..akak masa tu cyst size berape ye?cuma x boleh makan yg kak sebut tu ke..seafood dan roti2 mcm wholemeal boleh mkn ke?

Banina said...

Syukurr alhamdulillah.. Asbab makan noni chewable biodex.. Dengan izinNya.. Cyst sebelah kiri ovari dah hilang. Sebelah kanan dah mengecil dari 6cm kepda 2cm.

Cuna said...

makan herba untuk cyst ini 5 biji pagi 5 biji malam. konsisten 3 bulan. ada banyak testimoni cyst yang kecut dan hilang. cuba amalkan penawar cyst ini ye

miszA said...

Salam.jenis cyst sis apa y?sbb sy pun Ada cyst jenis coklat.nk taw kot2 Sesuai dgn biodex ni.