Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, April 7, 2016

Mekcha's Sports Day

Halo semua..hari tu skolah Raiisah ada sports day kat Stadium Titiwangsa..Start dari kul 2 ptng sampai 5 ptng..masa sampai tu jenuh berpusing-puisng cari parking, semua parking penuh..sampai orang park kat tepi2 jalan..

Kalau tak, sports day Raiisah buat hujung bulan Mac tapi sebab cuaca masa tu tengah di landa el nino, tunda ke awal bulan April..tu pon kebetulan ada orang cancel last minit event kat stadium Titiwangsa, ada la kekosongan..kalau tak postpone lagi aku rasa..

Malam sebelum tu Raiisah bersemangat giler asyik kata, nak run nak run..siap tunjuk gaya orang tengah berlari, kekonon..haha gaya je lebih, lari tak jugak, situ jugak dirinya..Raiisah besok mummy nak tengok Raiish run laju2 tau..run sekuat hati..macam mana la gaya Raiisah bersukan nanti..jangan dia tak lari sudah..bersemangat daddy ngan mummy ko beri kata2 semangat malam tu..dia pon angguk2 kepala je lepas aku bagi kata semangat kat dia..hehe

Cuaca panas betul petang tu..nak cari parking kosong punye jauh dari stadium..merasa la jalan kaki matahari mencanak atas kepala..hahaha..kiteorang pon sampai lambat..teacher Raiisah sampai whatsapp takut Raiisah tak join perbarisan..

Baru keluar kereta terus mummy debor2..haha debor + excited nak tengok Raiisah bersukan nanti..selfie berdua jom Raiisah..

Masa ni mood dia happy lagi..suruh pose kemain macam2 gaya dia bagi..

Ceria kan..happy kannn..Tunggu sampai stadium nanti terus berubah 100%..

Mummy dan Raiisah..sekeping ni je la gambar mummy ngan Raiisah masa sports day hari tu..tah hari tu macam kureng pulak nak bergambor..sebab petang2 ni mood ibu mengandung ni lain macam sikit..bukan apa cepat rasa letih + mual2..

Sampai2 orang dah penuh dalam stadium..terus bawak Raiisah masuk untuk perbarisan..

Tema tahun ni Sports Day Little Caliphs, Kampung Style..Team dari Sg. Buloh bercolour kuning..

Masa sampai terus bawak Raiisah masuk perbarisan sebab masa ni kawan2 dia semua dah beratur untuk tunggu acara start je..sekali Raiisah jerit2 tak nak..alaaaa mood dia tak ok pulak..tadi sebelum sampai ke main semangat berkobar-kobar, dah sampai jadi lain pulak..maybe dia tengok orang ramai, pastu bising2 tu yang takut & cuak tu..

Pastu tunjuk kat kerusi nak duduk..pulak dah nak duduk..mummy suruh masuk perbarisan la sayang..jap lagi nak berarak ngan kawan2 Raiisah..jenuh lerr pujuk..

Perbarisan dah start..Raiisah masih tak nak join perbarisan..bila bawak dia beratur nangis tak nak..teacher2 dia pujuk pon sama tak nak jugak..

Little Caliphs Gombak sedang berarak..

Eh eh terbabas masuk Kampung Buloh pulak...hhehehe

Masih berpaut di kaki mummy..

Pujuk pujuk pujuk..tak nak jugak..no no no kata dia..duduk cangkung la situ sampai lebam..tak nak kawan Raiisah..

Last sekali Little Caliphs Sg. Buloh berarak..

Alo tomei2 budak2 ni semua..terbayang Raiisah berjalan sambil senyum dan melambai-lambai kat mummy ngan daddy..huhuhu

Ada la jugak 2 3 orang kawan Raiisah macam Raiisah jugak..nangis2 tak nak masuk perbarisan..ada tu nangis, nangis jugak, jalan tetap jalan jugak..hahaha lawak pulak tengok ragam anak2 berarak masa ni..ok la kan nak jugak dorang masuk perbarisan walaupon muka tengah menangis, mata melilau-lilau mencari mak bapak dorang..

Tengok Raiisah..daddy dia suruh masuk perbarisan..dia boleh bantai lari dok belakang tu..

Aku pujuk tak jalan..daddy dia pon lagi tak jalan..hahaha sudahnya masa acara perbarisan tu teacher dia dukung je..yerla buat petang kan..budak ni petang2 faham jer la memang waktu untuk dorang tido..muka pon masing2 monyok je aku tengok..Rasanya kalau buat pagi mood budak2 lagi ok kot..pagi kan semangat sikit, badan pon rasa fresh lagi..masuk petang faham2 jer la, lemau..

Team berbaju blue dari Little Caliphs Selayang, yellow dari LC Sg. Buloh dan green dari LC Gombak..

Red dari LC Damansara Damai dan purple dari LC Wangsa Maju..

Perasmian dilancarkan oleh pengasas & CEO Little Caliphs iaitu Puan Hajah Sabariah Faridah..lepas pelancaran acara pon bermula..

First game dari adik2 berumur 4 tahun..Raiisah masa ni teacher dia panggil suruh beratur..sekali lari2 tak nak..apa ni Raiisah semua tak nak.. T__T

Daddy dia siap bagi kata2 semangat..macam2 ayat daddy dia try pujuk, bodek dan cakap..muka tu macam "Ok daddy, Raiisah ikut cakap daddy" tengah daddy dia bebel2 rileks je dia bangun sambung hisap lolipop..hahaha..sabor je ler..

Pastu berdiri kat belakang kawan2 dia..suruh rapat sikit tak nak..takut kena masuk..

Alololo tengok adik tu, sampai 3 orang teacher pegang dia suruh lompat..homei hangat..

Tengok je la kawan2 dia main games semua tu..teacher dia bagitau masa latihan dia ok semua dia join..maybe ada mummy ngan daddy dia, tu yang ngada2 tak nak main..

Bersemangat kawan2 Raiisah berlari..

Raiisah dok tepi hisap lolipop..

Orang marah ke bebel ke dia apa kisah..janji ada makanan dalam mulut..daddy dia hangin je petang tu tengok anak dia macam tuu..hahaha

Affan : tu la Raiisah tau makan makan makan..suruh lari tak..hahaha daddy dia dah hangin tahap tunggu masa jadi Incredible Hulk..menahan je tengok anak dia mengada petang tu..tadi sebelum datang stadium dah bagi dia makan McD puas2, nak bagi dia happy..

Mummy pon hangin jugak tengok Raiisah petang tu..mau tak, dah la sports day dia yang pertama sekali satu aktiviti pon tak dapat tengok dia buat..makan, posing tu la dia tau..eeee geram nengok..sekeh nak..hahaha

Dah ambik udara pastu masuk balik stadium dengan harapan games ke dua Raiisah akan join..ermmm jangan harap, sama gak..sudahnya kiteorang balik..aku pon dah tak larat dah masa tu..dengan bahang dalam stadiumnya, dengan Mekcha nye buat perangai..sudahnya balik..satu pingat Raiisah tak bawak pulang..sob sob...takper la nak kita cuba tahun depan ye..Tahun depan Raiisah dah masuk 5 tahun..harap2 matang dah sikit perangai tu..hahaha Perangai macam ni jugak tak tau la mummy nak cakap..

Masuk kereta muka monyok kena bebel ngan daddy sebab buat perangai..hahaha sian dia ye kena marah ngan daddy..dah la daddy bersemangat nak tengok Raiisah bersukan sekali satu aktiviti pon tak dapat tengok..

Masuk kereta tak sampai berapa minit..ZZzzzZZ terus..ngantuk rupanya..alooo cian dia..rasa bersalah pulak tengok dia macam tu..

Isnin masuk school terus dapat pingat..hahaha tak main games pon dah pingat jugak..weeehuuu!!! ada pingat jugak untuk Mekcha..Hari sukan tu kan kiteorang balik awal so teacher dia simpan pingat untuk Raiisah..Pingat dah nak sama panjang ngan tuan badan..hahaha

piece : kathyjem

16 comments:

strawberi said...

alahai..cian dia..xpela..at least dh bwk gi stadium...kira pendedahan utk dia jugak..

Diana said...

Anak saya umur 4 tahun pun macam tu gak..
Masuk 5 tahun ok sikit.
Masuk 6 tahun ok banyak..

Tahun depan mesti dia ok tu..insya Allah..

wani ezryl * said...

ye kot nampak org ramai2 kt stadium, xjadi nak berbaris. tp ok tu jumpa kawan2 semua ^^

ijan said...

lalalal mekcha ni...dia ngantuk kot... dan satu lagi maybe betul ckp kathy, dia tgk ramai sgt org, serabut2 bising lak tuh... tu yg dia makan dan posing je. hahaha.

takpe mekcha...tahun depan masuk sport tau...

chempaka said...

Salam..bila baca cerita mekcha, teringat cerita ank saya pulak.. sama sebijik tak nak join sukan..mama papa excited akhirnya hampa...hahahahah

terus carik cerita tu balik..nak gelak...

http://ch3mpaka.blogspot.my/2013/07/hari-sukan-little-caliph-sri-serdang.html

kathy jem said...

strawberi : tu la at least dia merasa suasana orng ramai..harap2 tahun depan ok la sikit..huhu

kathy jem said...

Diana : ooyekerr...hehehe tu la harap2 mekcha tahun depan ok sikit..

kathy jem said...

wani ezryl : ngn kawan2 pon tak nak bertegur..dia buat hal dia jer..

kathy jem said...

Jan@Afzan : tu la harap2 tahun depan perangai tak macam ni lagi..hahaha

kathy jem said...

chempaka : dh baca entry u bagi ni..hahaha lawak pulak i baca..situasi kita sebiji sama..pulang dengan kehampaan..kekeke

Cik Ann said...

haha biasa 4 tahun ni belum ada keyakinan diri..sama la anak saya..lagi la atuk nenek n makcik2 konon datang support..haha bawak sekampung sbb mak nye sarat bawak perut takut terberanak tgh padang...nasib ada aktiviti utk mak bapak..so tengok nenek n bapaknye beraksi je la..huhhuuu...

Unknown said...

Hahaa.. mekcha brjaya jgk akhirnya. Biasala bdk2 mood diorang. Lagi2 kalo jnis yg manja2 sikit. Esok dah ada adik msti raicha x mcmni da.. cuma tulaa bila tgk anak org lain smua ok.. rasa frust jgk. Dulu anak sy pun camni gak ms playgrup.sy buat2 muka sedih mcm nk nangis.. anak sy trus pi join main x smpai hati tgk omaknya sdih.. hahaa.

I am LZ said...

eeeeiiii geram sungguh tengok Raiisah bergaya buat memek muka comel camtu.. Pandai bergaya sekarang.. :-)

Dunia Mommy Comel said...

ahahah kelakar, baca dari mula sampai last asyik nk tergelak je. Sabar jela Raiisah.. nanti dah besar mesti malu kalau baca balik drama hari sukan die hahah.. adoiyaii..camne lah Azriel nt.

Hafiz Yusof said...

Comeynyaaa....

Si sepet said...

Raisyaa ..akak sterss tunggu upu ..tu layan blog mummy jap tu.....nape comel sangat niee