Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, May 17, 2016

iPhone SE Serendah RM58 sebulan!

Wahhh jatuh hati la dengan iPhone SE ni tapiiii banyak komitmen nak bayar ni macam tak mampu je nak pakai..jawabnya mengidam dalam mmpi jer la..huhuhu..betul tau setiap kali keluaran iPhone ni keluar semua berhantu la, pantang nampak iPhone baru keluar hati meronta-ronta nak jugak, nak beli jugak..Bulan puasa nak dekat ni..bila fikir2 balik macam tak mampu je nak pakai iPhone SE ni..ermm macam mana ek??

Haa nasib baik U Mobile ada tawarkan iPhone SE serendah RM58 sebulan..motif pegang 58 tu..hahaha tu maksudnya tak sabar nak pakai iPhone SE..behehehe


Dengar U Mobile tawarkan harga serendah ni terus laju2 register kat U Mobile sebab rasa berbaloi sangat sebab pakej U Mobile tawarakan rasa macam mampu di miliki..rasa tak beban sangat nak bayar sebulan RM58..

Apa U MicroCredit ni?? U MicroCredit ni adalah skim ansuran, di mana pelanggan tak perlu bayar harga phone bila pilih plan khusus iPhone SE dari U Mobile sama ada pelan pascabayar atau pelan prabayar..

Kenapa aku kata plan U MicroCredit menarik dan mudah untuk memiliki?? sebabbbbbb pembayaran balik ansuran bulanan yang rendah, ringkas dan mudah untuk memohon, pembayaran balik fleksibel selama 36 tahun, tidak perlu deposit kad kredit dan kadar faedah sebanyak %..

Bagi yang takde kad kredit jangan risau sebab disediakan skim bayaran ansuran U MicroCredit korang just perlu isi borang kat website U Mobile atau pergi mana2 cawangan U Mobile yang berdekatan..Korang just perlu sediakan maklumat seperti kad pengenalan, salinan penyata KWSP 3 bulan yang terkini dan juga penyata akaub bank..sekiranya layak korang akan diberitahu dan boleh terus pilih jenis iPhone SE berapa GB..menariknya lagi pilihan ni, pelanggan hanya perlu bayar kadar ansuran serendah RM58!

Kat atas ni ada tunjuk 2 cara mudah untuk memohon U MicroCredit ni iaitu secara dalam talian atau kunjung ke kedai U Mobile berdekatan..korang just ikut jer salah satu langkah tu and then boleh terus dapatkan iPhone SE..senang dan mudahkan..kalau nak jimat minyak or takde masa nak kunjung ke kedai korang boleh terus register online.. ^_^

Contoh kira-kira macam ni, harga iPhone SE 16GB bersama pelan i40 adalah RM1764.90..Pinjaman U MicroCredit RM1000 jadi hanya perlu bayar baki sebanyak RM849.70..Takyah pening-pening senang je kiraan dia..meh tengok kat atas ni..

Apa lagi jom la dapatkan iPhone SE sama-sama dengan kita, kita ambik pakai U MicroCredit ye..Kalau nak tahu lebih lanjut pasal plan U Mobile ni boleh usha kat website sini..

piece : kathyjem

4 comments:

zeera lily said...

umobile terbaik

Unknown said...

Saya pon tringin nk pkai iPhone SE...tapi x de duit....hahaha

Madam N said...

wah..nice info

Na said...

Lamanya kak.... "pembayaran balik fleksibel selama 36 tahun"