Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, October 12, 2016

Dah Sedia Semua ni??

Selesai packing barang baby..ni semua barang2 penting untuk bawak ke hospital..dulu masa mengandungkan Raiisah semua benda aku nak bawak last2 tak guna semua pon..yerla first baby kan semua benda la rasa perlu bawak padahal kat hospital banyak dah disediakan..macam untuk ibu set mandian pihak hospital disedikan, dalam tu ada towel, sikat, shower gel, cotton bud, sapu tangan..tu masa beranakkan Raiisah kat PMC, Sg. Buloh, 4 tahun lepas..hehe Yang kat Annur Bangi ni tak tau la dorang sediakan ke tak..selalu hospital berbayar dorang sedikan..macam susu formula pon pihak hospital sediakan kalau ibu kekurangan susu or ada masalah faktor lain..


Senang pack dalam plastik macam ni..susun siap2..takdela berterabur masa nak ambik nanti..yerla kalau dah dok dalam hospital tu mesti dah kelam kabut punye..lagi2 bila baby dah keluar..Plastik tu beli kat Ikea..tu plastik untuk simpan makanan sebenarnya pon boleh dijadikan simpan pakaian..hehehe

Senarai keperluan barang baby dan mummy :

1. Sabun mandian, baby oil, minyak telon, sabun pencuci botol susu, vicks (lupa nak letak dlm tu).. botol susu pon lupa nak masukkan sekali dalam ni tapi dah letak dah dalam beg biru tu..

2. Nursing bra bawak dalam 2 3 helai dan panties pakai buang, beli kat guardian or farmasi..

3. Baju baby standy dalam 3 4 helai, 2 helai romper, 2 helai lagi baju sleepsuit lengan panjang yang ada butang or zip..nanti baby berak senang nak tukar..

4. Pampers bawak la dalam 10 helai macam tu sebab baby baru lahir memang kerap berak..masa Raiisah tu sehari 5 6 kali tukar pampers..so aku sarankan kalau siang pakai je pampers yang murah sedikit macam pet pet ke diapex..tapi untuk newborn orang kata pet pet bagus and berbaloi..masa Raiisah dulu siang aku pakaikan dia Whoopee, malam pakaikan mamy poko sebab malam dia jarang memerut..

5. Jus kurma..boleh standby jugak biskut ke, milo 3 in 1 ker, air zam zam..makanan pon penting bawak supaya ada tenaga masa nak meneran nanti..

6. Baby wipes sangat wajib bawak..nak lap berak baby, nak lap muka baby..so bawak lebih pon takper..

7. Sarun tangan baby..bawak dalam 3 4 helai..selalunya pakai 2 helai je..ooh lupa topi baby jangan lupa bawa..nanti nak bawa baby keluar dari hospital kena tutup kepala baby..

8. Bedung baby bawak dalam 2 helai je dan towel baby pon bawah 2 helai je kot2 nak lap baby lepas menyusu or muntah susu ke..

9. Baju, seluar, sweater dan kain batik mummy jangan lupa bawak..hekhek alat2 makep jangan lupa bawa ye..takde la nanti muka pucat lesi macam apa je kan lepas beranak..kena la berangan jadi macam Che Ta lepas beranak pon maintain cantik bermekap.. tu pon kalau ko larat dan tak kelam kabut la..jangan mekap tah kemana baby tak kemana sudah..hahaha kamera jangan lupa dibawa..pakai phone pon boleh ajer nak ambik gambar baby..simpan kenangan katanya..hehehe ibu blogger memang macam ni..

10. Pam susu..beli jenis silicone breast pump..beli masa baby expo hari tu..dapat murah RM69..

11. Stoking kaki mummy bawah sehelai je cukup..

12. Barut baby bawak la dalam 3 4 helai..

13. Pads dan nursing pad..nursing pad pon wajib kena bawak..masa Raiisah hari tu susu terkeluar sampai basah bra..jenuh tukar..harap2 yang adik ni pon susu mummy melimpah ruah jugak..amin..

Tu jer barang yang wajib bawa ke hospital..haa lupa dokumen2 penting jangan lupa bawak, ic number, medical card, borang untuk kemasukan ward bersalin..apa lagi ekkk..ermm tu je la kot..tinggal lagi 2 minggu je nak beranak ni..debor la pulak walaupon dah masuk anak ke dua ni..huhuhu..

piece : kathyjem

6 comments:

lady syaliz said...

jgn lupa bawak selipar utk gi toilet.... nanti socks basah gi toilet... socks tu bawah lebih pun takpe kot..... minyak urut mummy bawak tak?? sakit badan ok lepas bersalin

kathy jem said...

harus la kena bawak..lupa nk mention dlm ni..socks sehelai cukup kot..hehehe

Chekgu Azrine said...

i baca i yg excited...cmni nih...hahahahaha

Unknown said...

Jangan lupa juga bawa beg lipat-lipat yg paling nipis (untuk persalinan ke tandas), supaya senang nanti bila ke tandas, tak adalah barang yang tertinggal. Almaklumlah, persalinan untuk ibu selepas bersalin ni banyak juga. Sekalipun wad nanti sebilik seorang, dah tentu masih tak selesa untuk bersiap di dalam bilik nanti.

Unknown said...

lama tak blogger...selalu baca story akak, tetiba on blog tgok akak dh peknen lol dah nak bersalin dah pun..huuuu ..btw tahniah akak kety ..hihihiiii

Khadijah Zulkefli said...

kalau bersalin dekat annur, toiletries mmg hospital dah bagi. mandian baby tak perlu sbb baby nanti duduk di nurseri, baby akan diberi bila kita request. pampers baby hospital sediakan (diorang provide pampers huggies dry). baju baby bila nak discharge baru staff nurse akan mintak baju baby dengan kita. hari lain, baby semua pakai baju hospital punya. :)

saya dah bersalin kt annur bulan 8 hari tu secara ceaser dan duduk disana selama 4 hari. baby mmg kuat berak. smpi hospital provide 2 packs pampers untuk kegunaan baby.

masa saya takde susu, saya request staff nurse susukan baby dengan susu formula. lepas tu, saya diminta untuk sign form kalau saya nak guna susu formula masa dekat hospital.