Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, August 9, 2017

Riang Raya CRS Department

Walaupon raya dah abis tatap nak cerita dalam blog..Mana boleh tak cerita raya office ni, wajib tulis..mana la tau besok2 berhenti kerja boleh belek blog balik untuk jadikan ubat perindu bersama kawan2 office..hohoho

Sepanjang 10 tahun bekerja dengan SYABAS yang dah bertukar kepada AIR Selangor sekarang ni, ni la kali pertama aku beraya di department baru dan semua kawan2 baru..sangat best walaupon mula2 agak janggal berada di department baru memang rasa lain la..lama2 ok, dapat pulak geng2 kaki makan, abis berat badan naik berkilo-kilo..😂 memang tak boleh diet la dok department baru ni..hahaha

Sejenis suka ootd..tak suka jangan tengok..🙈 hahaha

Baju ni beli tahun lepas, nak pakai event Nuffnang raya ke apa tah, tak ingat..pastu dok peram dalam almari sampai terlupa baju jubah biru ni..beli baju jubah ni pon sebab mengandungkan Afif..tahun lepas baju raya semua beli hat jubah..perut memboyot mana selesa pakai 2 pcs..Beli kat Bellaamara..tahun lepas baju raya banyak beli biru tahun ni no biru..hahaha tu pon hampir2 nak terbeli gak tu..

Kak Shikin, Kak Aiza, Kak Yana dan sebelah tu lupa lak..biasa la staff AIR Selangor ada beribu mana nak kenal semua..🤣 Ni semua ex Corporate Com.

Team Data..hehe kecuali yang berbaju purple itu..Alex di mana2 sajer ada u..haha

Geng makan..

Dah kata jamuan raya, gambar raya dengan kawan2 office je la yang banyak..layan je la ek..hekhek

Boss tengah busy melayan tetamu..

Bersama Qila pon ex Copr. Com gak..Sebelah kita tu Kak Yana..dia la teman meluahkan perasan dan melayan kerenah ku dikala kepala ting tong menyiapkan kerja yang menimbum2..hahaha

Kaum lelaki dah pergi sembahyang Jumaat maka berjemaah beramai-ramai la kaum hawa dari pelusuk department datang beraya ke CRS Department..jemput makan ye jangan malu, buat macam rumah sendiri..hihihi

Eh geng gemoking ni gambor sesajer..hahaha..Jangan terkejut dalam group kami pon letak nama gemoking ni tau..ate semua pon kaki makan..

Eh eh boss lama kesayangan kita pon ada datang beraya..Hi En.Halem..🤗 Lama tak jumpa En.Halem..Sihat boss..😊

Kebetulan sama pulak colour baju dengan boss..

Ada dua orang baju colour sama..Boss bilang siapa yang pakai colour sedondon dengan dia, akan dapat hadiah misteri dari dia tapi hadiah tu dia akan bagi bulan Oktober nanti..6/10/2017 tu yang jari kena buat 6..hehe ok boss bulan 10 nanti saya tuntut kat boss..hehehe jangan buat2 lupa tau boss..hahaha Apa la boss nak bagi tu..🤔

Kalau lelaki pakai colour sama dikira gak ke boss..haha tak kannn..😝

Boss kita ni dulu pon ex Manager Event Corporate Com. gak..now pengurus besar CRS Department (Customer Relationship Services)..hampir 5 thn pernah bekerja dengan dia di bawah satu bumbung so dah tahu cara kerja dia..Thanks Abang Raof..😊 Jangan lupa hadiah saya nanti..keke😂

piece : kathyjem

1 comment:

crazyshopper said...

Hi kat,
Rindunye tengok gambar staf staf syabas...kirim salam kat semua😂. Harap dapat jumpa, insyaallah

Ezura