Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, December 7, 2017

Minuman Jus Buahan Paling Berkhasiat

Makan buah laju, nak potong buah ya ampun sikit punye maleh..hehe Sejenis rajin beli lepastu berminggu-minggu dok dalam peti ais sebab lupa nak makan..hahaha boleh macam tu..pastu kat rumah yang selalu rajin potong buah abah la sebab abah yang rajin beli dan suka makan buah..anaknya tukang ngap dalam mulut je..Zaman sekarang ni buat apa semua nak kena cepat..memang awak, lagi2 kita ni ha yang bekerja makan gaji memang tak dan kadang tu pagi2 nak potong buah bawak pergi office..masuk kereta eh eh eh buah beli semalam lupa nak bawak..mereput dalam peti ais tu..

Mujur ada MARIGOLD PEEL FRESH ni..tak payah pening2 nak potong buah, nak blend buat jus bagai..beli kat pasaraya zaaa boleh terus minum terus..Kebetulan MARIGOLD PEEL FRESH ada buat roadshow kat Angsana Johor Bahru Mall hari tu..memang enjoy aktiviti yang mereka anjurkan hari tu..

Bersama geng blogger, Daphne Charice dan Filla!

Lama tak jumpa Filla..akhirnya ketemu juga kita di event MARIGOLD PEEL FRESH ni..Mekcha ada hari tu teman mummy..Afif daddy dia jaga kat hotel sebab tak berapa sihat..


Selebriti terkenal dan pelakon popular, Lisa Surihani..

Lisa share pengalaman dia sebagai ibu kepada 2 orang cahaya mata yang sentiasa sibuk dengan bekerja tapi masih dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat..syok dengar Lisa cerita kisah hidup dia macam mana nak bagi anak dia suka pada sayur..Yerla tak semua budak suka makan sayur..Raiisah kecik2 suka makan sayur dan besar ni semua sayur dah tak nak makan..So boleh ikut tips Lisa share masa event hari tu..Lisa gantikan khasiat sayur dengan jus buah yang mengandungi vitamin A, C, E dan antioksidan..

Sedap pulak tengok Lisa Surihani minum perisa baru dari MARIGOLD PEEL FRESH, Mixed Kale & Veggie yang takda gula tambahan.. made from 17 jenuis buah-buahan dan sayur-sayuran…

MARIGOLD PEEL FRESH ni minuman jus buah pasteur pilihan nombor satu di Malaysia yang merupakan jenama tempatan yang banyak membekalkan khasiat pemakanan dan kebaikan jus buah-buahan untuk family..

MARIGOLD PEEL FRESH ada 9 perisa regular iaitu  Orange, Apple, Tropical Mango, Guava, Pink Guava, Mixed Carrot Fruits, Mixed Apple Aloe Vera, Mixed White Grape Aloe Vera, dan Mixed Blackcurrant Cranberry.

No Sugar Added ada 6 perisa, Orange, Apple, Mixed Powerberries, Mixed Powerveggies & Fruit, Mixed Fruit & Mangosteen dan yang flavour baru tu Mixed Kale & Veggie..

Pelancaran minuman baru jus MARIGOLD PEEL FRESH NO SUGAR ADDED Mixed Kale & Veggie..

Games dia semua best2 harus la kita cuba main..menang kalah belakang cerita yang penting main je..haha Jangan main-main 2 kali okey bola masuk walaupon first time pegang kayu golf..kakaka *ok tipu.. =P

 Lepas tu try game 'Balance The Scale'..

Kena pilih kotak mana yang sama dengan berat 'Kebaikan Buah-Buahan Harian'..So aku pilih kotak yang berat..yesss sama berat..

Seronok pulak tangkap2 kertas dalam tu..dapat hadiah apa?? dapat notebook..Raiisah setia jadi penonton mummy sebelah tu..

Bagi Raiisah main game pulak..cian dia asyik tengok mummy main je...Raiisah cari buah tersembunyi..

Dah jumpa nak bawa balik pulak dia..eh eh kang kena marah dengan kakak tu nanti..

Dah penat main game basahkan tekak dengan jus orange..favourite Raiisah jus orange..Raiisah memang suka minum MARIGOLD PEEL FRESH orange ni sebab dia memang tak sentuh buah langsung ok..ni la cara aku bagi dia makan buah dengan minum jus buah-buahan MARIGOLD PEEL FRESH ni..

Kita ni kena makan at least dua hidangan buah setiap hari..Lisa ada share dia kata kalau kita suka makan buah mango jangan pagi petang malam makan buah mango je, no no no tu gaya pemakanan tidak betul tu..so kita kena la seimbang, sebetulnya makan buah untuk sehari hanya sebesar tapak tangan je..

First time nk try minum jus MARIGOLD PEEL FRESH No Sugar Added Mixed Kale & Veggie..tengok Lisa minum nampak macam sedap..meh kita rasa..

Ermmm sedapnya! serius memang sedap..Sesuai untuk anak2 yang tak suka makan sayur or buah boleh try jus MARIGOLD PEEL FRESH No Sugar Added Mixed Kale & Veggie ni..rasa minum jus kita blend kat rumah..rasa fresh!

Lepas minum perlu disimpan dalam peti sejuk..Kalau tak, ia akan rosak.. MARIGOLD PEEL FRESH ni juga sesuai diambil ketika sedang menjamu selera dengan family or beriadah bersama teman-teman..

MARIGOLD PEEL FRESH kaya dengan khasiat buah-buahan sesuai untuk dinikmati tidak kira usia..

Marigold Peel Fresh kaya dengan khasiat buah-buahan sesuai untuk dinikmati tidak kira usia..

Thank you kakak teman mummy event hari tu..dah besarkan pandai bawa diri dah Kakak..nanti ada event lagi mummy bawa kakak ek..

Nak tahu lebih lanjut tentang MARIGOLD PEEL FRESH boleh tengok di fb.com/ilovepeelfresh.my 

piece : kathyjem

1 comment:

ray said...

hii jom join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html