Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, April 11, 2018

Launching Fame Edisi Raya

Hai semua..hari tu dapat jemutan ke Majlis Pelancaran Raya Special Edition Set Fame Cosmetics yang berlangsung di Disenar Space, Sri Rampai KL..Meriah sungguh..Rasa macam open house pulak even Fame hari tu..Terus rasa tak sabar nak raya..😆

Masa Filla whatsapp ajak aku dengan Yana join event ni terus bagitau Yana, dia free ke tak? aku ofcoz la free dah tak kerja..hahaha..Filla pon tau aku dah berhenti kerja..kalau tak, takde dia ajak sebab event Fame tu dorang buat hari Khamis..kalau aku kerja lagi memang tak dapat la join..Nak mintak cuti susah sikit..

Bersama orang2 kuat Fame Cosmetics..Thank you Filla, Elly dan Peej jemput aku dengan Yana..terharu sangat.. =)

Masa sampai tu event dah start..Ooo baru tahu pelancaran lipstick Fame yang baru untuk raya special edition..tengok model2 tu lalu lalang depan kitaorang..cantiknya colour lipmatte Fame ni..tapi tak sempat pulak nak ambik gambar model tu sebab masa tu dok kalut cari tempat sebab baru sampai..

Bila dapat whatsapp dari Filla tema tradisional terus bukak alamari fikir nak pakai baju apa..hari event tu baru fikir nak pakai baju apa..hahaha boleh macam tu..masa korek2 dalam almari baru teringat kebaya batik, lace semua dah bagi kat orang..hahaha nasib la ada jumpa baju batik 3 tahun lepas raya punya..jadi la..tu pon ketat kat bahagian lengan dengan perut..omg kurusnya aku masa tu..bila fikir2 balik baik pakai baju kurung je kan lagi senang, tak payah pening nak berfesyen2 bagi..kata tema tradisional..



Lama tak jumpa Filla.. last kami jumpa masa event Nuffnang kat Johor last year..Si Elly lagi la lama tak jumpa..dulu masa semua aktif blog kami selalu la jumpa masa event Nuffnang..

Hi Peej..dapat jugak dengan Peej yang pemalu ni..hehehe Hari tu ada terserempak dengan Peej, Filla dengan Elly masa kelas Sifufbads..tu la last jumpa Peej..

Kagum dan bersemangat aku tengok Elly ni..Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi..aku sebagi kawan bangga dengan pencapaian dia bersama team Fame..aku doakan ko, Filla dan Peej berjaya dalam perniagaan dan kehidupan..amin

Eh eh Moon dengan Mimy pon ada sekali la..Yang berdiri sebelah Mimy tu Akma AF kan..tingginya dia..


Syok la borak dengan MUA terkenal Aizat Abdul Razak ni..aku memang follow fb dia..suka tengok dia live kt fb share tips2 mekap dengan gaya dia yang kelakar tu..hahaha Petang tu borak2 siap ajar aku dengan Yana tips macam mana nak ambik gambar bagi nampak tinggi dan cantik..hahaha


Ni lagi sorang MUA terkenal, Nuex Rosli..kehebatan dia dalam dunia makeup ni takyah cerita la semua pon tahu..Teringin gak nak collaborate Nuex dengan Kaay satu hari nanti..


Eh Chika pon ada..Chika ni pernah bekerjasama dengan Kaay Cosmetics masa mula2 Kaay baru beroperasi..Chika ni kawan Yana masa Yana pernah kerja kat Karangkraf dulu..siap tanya Yana, "Nok bila ko nak bagi aku lipstick baru ko tu, aku tunggu je ni".. hahaha Masa kiteorang nak keluarkan satu lagi produk baru lepas DD Cushion, dia la bagi idea untuk kiteorang keluarkan Loose Powder.. =)

Mimy kita pon dah lama tak jumpa kan..hahaha Walaupon office kita sebelah2 je..Mimy ni kawan blog sampai la sekarang kami masih berkawan sebab kami rajin balas komen mengomen kt social media..

Bersama salah seorang silent reader blog Kathyjem..hehehe thanks sudi ambik gambar dengan kita..walaupon blog dah suam2 kuku masa ada lagi yang setia baca blog Kathyjem..terharu sangat..

Akak..akak Kathyjem kan..suka baca blog akak..ala ala ala sweet sangat...tenkiu baca blog akak dan awak pon comel sangat..

Abis je event terus ambik Raiisah kat sekolah..

piece : kathyjem

2 comments:

Suria Amanda said...

Oooo dah tak kerja..so Khathy buat fulltime Kaay erk..apap pun akak doakan Khaty and Yana berjaya...nanti nak skodeg kaay product lagi la..

kathy jem said...

Amanda Suria : a'ah akak, Kathy dh berhenti kerja dh..cpt sekodeng Kaay..hehe