Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, May 7, 2014

Percutian Last Minit

Halo halo.. Last week cuti lama 4 hari aku AL.hohoho... Tak plan pon nak pegi PD sebenarnya.. Si Affan la suruh ambik cuti nak bawak Raiisah mandi laut katanya.. Lagipon Affan nak abiskan cuti tahun lepas ada lagi 5 hari.. Dah die cuti aku pon cuti sekali la..

Nak bawak Raiisah mandi laut hari tu pegi Bali ngan Langkawi tak sempat nak bagi die merasa air laut..Macam mane nak bagi merasa air laut pijak pasir pon dah menjerit macam histeria...hahaha

Bertolak hari Jumaat ingat nak bertolak hari khamis sekali tak jadi.. Lagi pon kat PD lama2 sangat pon bukan ada apa sangat setakat swimming pool ngan mandi laut jer la pon..

Raiisah sepanjang jalan tido.. Letak dalam carseat tak nak, nak duduk atas mummy gak.. Nasib baik perjalanan 1 jam kalo 3 4jam lenguh peha mummy ko.. hahaa

Kemain anak tido berselfie sorang2.. Ajak daddy takmo mamat tu mane suka sangat berselfie2 ni.. Kalo ajak die berselfie boley jadi amukan memanjang takmo.. Kalo die mahu tu kira dah hepi sangat...hahaha

Dah sampai PD...

Keluar masuk keluar masuk si Mek Echa ni..


 
Eeee seram pulak tengok die berdiri kat situ..

Lamanya tak datang sini suasana tetap sama indah sebab bilik kiteorang betul2 mengadap pool ngan laut.. ^_^

Last datang sini masa tahun 2012 masa tu umur Raiisah 3 bulan.. Ramai tanya berapa satu malam stay kat sini.. Serius aku memang tak tahu pasal sewa semua..Mintak maaf tau.. Sebab condominium ni Pakcik Affan yang punye.. Kiteorang just datang lepak tido jer.. Oh lupa nak bagitau nama die Marina Crescent Condominium.. Rajin2 korang search dalam google kot2 ada untuk sewa ker..

Mane pulak die dapat pensel colour ni.. Abis conteng muka... Kat dinding pon ada sikit.. Abisla nanti Pak Ngah marah Raicha..hahaha

Lepak jap pastu keluar cari makan.. Si Daddy dah mengantuk la tu.. Cuaca pulak panas memang ingat nak ZzZZ jer la..haha

Amboiii selfie ko nak kemain tinggi... Tu belakang tu sape punye kerja kalo bukan mek echa.. Suka sangat buat bersepah pantang benda bersusun..

 Beli barang kudap-kudapan..

 Ikan pon beli jugak nanti nak masak ikan masak stim..muahaha.. Takla tipu jer gas pon takde nak masak apanye..

 Lewat petang bawak Raiisah pegi pool..

 Sampai muka ada teruja.. Tengok Raiisah melalak ker idak.. Hari tu kat Bali kemain melalaknya..

Dengan mummy..

Ok2 bagi die perhati dulu bagi die semangat kesukanan sikit..mihehehe tibe2..

Loo tengok daddy terjun terus lari...hahaha Raiisah Raiisah.. Ingat dah berani dah.. Gaya pandang kolam tu macam dah tak sabar nak terjun...hahaha

 Lari kat mummy pulak...

Hoo apa tu membebel..

Kan dah kena tarik ngan daddy.. Daddy ko mane leh tunggu lama2 memang laju die bawak Raiisah masuk dalam kolam tu..

 Raiisah tengah menangis masa ni suruh bawa die nak naik atas.. Siap tunjuk2 kat aku.. hahaha

Cubaan daddy memujuk supaya jangan takut..

 Yeaaa daddy berjaya membuat Raiisah berani dalam pool! Akhirnya!!!!!! Dah tak menangis dahhhhh...

 Hamboii bila dah berani abis die round satu kolam tu.. Siap panjat2 lagi..

 Mummy suruh berenang la bukan berjalan...

 Macam ni la anak mummy daddy berani.. Berani tu ikut daddy penakut ikut mummy..muahahaha

Berjalan pon berjalan la janji awak dah tak nangis... Kalo nangis jugak stress mummy ko menengok..hahaha

 Makcik2 kat atas tu siap puji2 Raiisah.. eeee dah berani la die.. mula2 jer tadi menangis yer..

 Berjalan dalam air sampai lebam..

 
 
Tu lidah tu kenapa Raiisah nak minum air ke apa..

Sampai matahari terbenam tak naik2 lagi..hahaha Seronok sangat..

Ok la kasi chan lepak lama2 dalam air kalo tak, tak sampai 5 minit awak dalam pool..

Ok dah nak gelap.. Besok pagi kita pergi pantai pulak yer.. Hari ni belajar cara2 beranikan diri dalam swimming pool besok belajar beranikan diri dalam laut pulak..kekeke

Pas sembahyang terus cari makan masing2 dah kelaparan sebab berendam lama dalam kolam...

piece : kathyjem

Tuesday, May 6, 2014

Raiisah dalam GLAM Junior!

OOMAIIIII!!! O_o hahahaa

Tau pon dari Ila gebu.. Die yang tag kat dalam instagram aku kalo tak tau gak.. Thanks babe bagitau..

Hari tu ada dapat comment kat Instagram gambar Raiisah masa pergi Bali ni.. Die mintak permission kat aku nak masukkan gambar Raiisah dalam magazine GLAM Junior.. Dalam hati, eh ada ker magazine GLAM Junior, magazine baru ker apa tak pernah dengar.. Kalo magazine GLAM tu tahu la selalu gak baca..

Ok la aku pon emaillah kat dorang balik bagi nama penuh address picture Raiisah semua tu.. Dorang bagitau gambar Raiisah ni nanti akan dipilih oleh editor.. Ok la tak terpikir pon gambar Raiisah terpilih sebab mesti ada lagi gambar kanak-kanak comel yang dorang pilih...

Tup tup gambar Raiisah terpilih dalam ruangan Instagram.. hehehe Gembira! Cover Isabella & Tristan anak Serina Redzuawan.. Bapaknye dah matsalleh anak of course la comel kan...

Cari-cari mane mek echa..hahaha

Tak sangkat muka Mek Echa dalam majalah GLAM Junior untuk ruang Lil' fashionista.. Time kaseh GLAM Junior coz memilih Raiisah untuk ruang ni... =)

Selamat membaca yang pasti GLAM Junior sesuai untuk ibu bapa nak mengayakan fesyen si kecil santai dan trendy!

piece : kathyjem

Monday, May 5, 2014

Raiisah Tak Nak Menyusu Botol

Salam Isnin semua..

Dah seronok 4 hari cuti kena kerja pulak hari ni..sob sob.. Ni ha tengah pening pasal si Mek Echa ha dekat 2 minggu lebih die tak menyusu.. Tak tau pasal apa.. Last die menyusu 2 minggu lepas.. Masa tu mak call bagitau Raiisah tiba2 tak nak menyusu.. Dari pagi sampai petang die tak mo menyusu.. Nampak botol susu menangis.. Mak try bagi waktu die tengah lapar pon sama takmo jugak.. Nampak botol susu geleng2 kepala tak nak.. Makan okey takde masalah bagi nasi satu mangkuk boley abis..

Tak tau pasal apa dia tak nak menyusu, sebelum ni ok jer sehari 4 kali die menyusu.. Lepas makan dengan sebelum nak tido mesti menyusu.. Raiisah sekarang ni minum susu Isomil Plus sebab hari tu pernah bagi Pediasure die alergi susu lembu.. Pediasure tu sedap perasa Vanilla, Raiisah kalo minum mesti abis.. Tapi tu la tak sesuai pulak dengan die.. Doktor suggest suruh minum susu Isomil pulak..

Sekarang ni Raiisah dah masuk setahun 7 bulan tibe2 tak nak pulak susu botol.. Susu soya ni kan ada bau sikit, kalo panas ok lagi rase die kalo sejuk mesti ada bau.. Kite yang tua ni pon rase nak termuntah bau susu Isomil kalo dah sejuk apa tah lagi budak kan.. Waktu baby dulu ok la sumbat apa jer die minum, now dah besar pandai rase pandai makan memang tak nak dah..

Selalu budak susah nak makan yang si Raiisah susah nak menyusu botol makan ok laju jer.. T_T

Susu Isomil ni aku perasan setiap kali aku buat mesti ada tinggal saki baki jarang die abis melainkan die betul2 kehausan..Tak macam susu pediasure buat mesti licin abis die minum...

Sekarang ni Raiisah minum pakai botol Tommee Tippee dari baby dulu tak pernah tukar brand lain..

Eh ada pernah bagi die botol susu Event masa baby kejap.. Alooo rindu pulak die masa baby.. Ok kena buat adik untuk Raiisah ni..eh! hehehe Dan pernah try tukar botol susu brand MAM pon sama tak nak jugak.. 

Tak tau masalah susu formula ker botol susu ker or puting botol tu........... Semalam aku paksa bagi die minum susu botol tak menjadi gak, tak nak gak abis die gigit2 botol susu sambil nangis2 kena paksa minum... Kesian pulak aku tengok die menangis-nangis takmo susu, nak buat macam mummy terpaksa sayang kalo tak awak tak minum dah berminggu tak menyusu ni..Susah hati betul mummy dibuatnya.. T_T

Bagi susu letak dalam cawan pon tak nak jugak.. Nak bagi susu dutch lady yang kotak tu tak berani kan alergik pulak kulit die.. Tak tau nak buat macam mane lagi dah.. Kesian tengok die badan dah susut sikit tak menyusu.. Hari tu pergi Tesco beli susu Sustagen chocolate sama gak takmo pernah bagi Nestle Nan HA pon sama tak jalan gak.. =(

Ingat nak cari botol yang ada 2 tangkai tu harap die nak la.. Kalo tak nak jugak tak tau la nak bagi apa dah.. Tolong!!!! korang pernah tak ada masalah macam ni.. T_T

piece : kathyjem

Friday, May 2, 2014

Jom Join Lactacyd 'Bold pHantasies' Sekarang..

Hai semua..

Kali ni aku nak cerita sesuatu untuk kaum perempuan.. Bagi kaum lelaki kalo nak baca apa salahnya dipersilakan jangan malu jangan segan..

Kita sebagai wanita perlu tahu bagaimana untuk menjaga bahagian V.. Bila cakap mengenai penjagaan rambut, muka, badan mungkin ramai yang tahu, tapi bab penjagaan V tak ramai yang  tahu..

Ok korang kali ni Lactacyd ada buat contest! Macam mana nak menyertainya Bold Phantasies????

Peraduan ini bertujuan untuk membawa korang semua lebih yakin.. Korang rase korang jugak berani tak? Tak salah mencuba, mungkin korang adalah pemenangnya..


First sekali join dulu Bold pHantasies 

Lepas register letak nama, email, semua tu then klik kat Submit tu.. 

Kalo mane yang tak tahu macam mane nak main games ni korang boleh tengok dekat "How to Play" ada tunjuk cara-cara permainan..

Permainan ini sangat mudah dan senang.. Ok korang kena dapatkan score paling tinggi.. Bile korang dah sampai ke peringkat seterusnya korang diberi satu soalan dan korang kena jawab soalan tu untuk mendapatkan peringkat yang seterusnya..

Lagi satu kalo korang nak dapat bonus points lebih korang hanya isikan butir-butir di atas dan muat naik resit pembelian produk Lactacyd bertarikh antara 10 April - 10 Mei 2014.. Setiap yang di upload kreatif dan unik akan diberi 10,000 points..!

Kalo mane yang beli produk Lactacyd satu jer atau lepas tu nak tambah lagi resit pembelian pon boley jangan bimbang korang boleh tambah resit pembelian lagi dan lagi sebelum contest berakhir..

Mereka yang mempunyai mata tertinggi akan mendapat top ranking page dan hadiah die pasti la semuanya best!

 
Banyak hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi! Kalo korang tanya aku nak hadiah mane mestilah aku nak pilih Skydiving atau Bungee Jumping.. Harap-harap aku boley menang salah satu hadiah ni! weeeee...

Semua produk ni yang boleh aku katakan bahawa ia benar-benar terbaik untuk korang cuba.. Sebab aku dah guna sebab tu aku berani kata ia benar-benar membantu.Lactacyd mempunyai pelbagai produk yang cenderung untuk keperluan yang berbeza untuk "V". Mereka mempunyai salah satu varian - Lactacyd menggiatkan semula - yang pula mengandungi Vitamin E dan kolagen (yang kita tahu adalah baik untuk kita mengukuhkan kulit).. Semua produk Lactacyd diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi, susu dan barangan seperti asid laktik dan lactoserum. Supaya ia memastikan pH yang sesuai untuk V kita..

Lactacyd sepanjang hari segar (kesegaran tahan lama) dengan intipati herba.
- Melindungi dari bau
- Anti alahan untuk kulit sensitif


Lactacyd White Intimate (Natural Lightening) adalah mencuci intim pertama dengan kulit mencerahkan bahan-bahan di Malaysia. Ia dibuat dengan bahan-bahan semula jadi daripada tumbuhan dan ekstrak marin berasaskan. Dan adalah jawapan kepada semula jadi berkesan untuk  mencerahkan kulit.

-
Terbukti berkesan  dalam mencerahkan kulit untuk V anda
- Dibuat dengan ecstract semula jadi
- 90% daripada wanita telah terbukti mempunyai kulit yang lebih ringan di V mereka dalam tempoh 12 minggu.
- 67% daripada mereka dalam tempoh 4 minggu.



Lactayd Feminine Hygiene (Normalises PH) sesuai di gunakan ketika perubahan haid dan hormon.. Bahan yang di gunakan di perbuat dari asid laktik daripada ekstrak susu semula jadi yang menenangkan dan anti-gatal ejen..

- Membantu melindungi daripada bau dan kerengsaan
- Membantu mengekalkan pH normal
- Anti kerengsaan untuk kulit sensitif



Lactacyd Soft & Silky  (extra moisturising) dengan kelembapan tambahan dan ekstrak susu 100%..

- Membantu mencegah bau dan kerengsaan
- Anti alahan untuk kulit sensitif


Menghidupkan semula, dengan reviving vitamin E dan collagen untuk kulit yang lebih tegang!

Lactacyd All-Day Care Wipes (On-the-go-freshness) dengan asid laktik dan ekstrak susu dengan anda boleh membawa di mana sahaja.

- Membantu mencegah kerengsaan dan bau
- Mengekalkan pH normal
- Anti alahan untuk kulit sensitif

piece : kathyjem

Terbeli jugak akhirnya.. >_<

Kaki selfie mane boley tak beli monopod.. hahaha Sedihkan orang lain dah lama pakai aku baru hegeh nak beli kat online..kekeke Dulu macam fikir kalo beli nak ambik gambar guna monopod mesti segan mesti orang fikir eee budak ni mesti kaki selfie tengok tu sambil mata jeling-jeling.... sebab tu aku tak nak beli rase macam segan nak keluar batang monopod tu sambil mulut bermuncung-muncung..hahaha.. Eleh segan konon abis ko berselfie guna phone depan orang ramai kat shopping mall tu tak segan..tu lain takper.. Pandai la takper sekeh kang..hahaha...

Lagi pon rase macam mahal 60 hengget.. Takper tunggu lama-lama sikit nanti harga mesti turun..

See aku dapat harga paling murah 40 ringgit hasil berkat kesabaran menunggu berbulan-bulan.. >_< Eh yeker murah ker ada yang murah dari yang aku beli ni..

Awal pagi abang posmen dah terpacak depan pintu ofis.. Kat Kat barang ko dah sampai.. Yeaaaa Monopod yang ditunggu-tunggu! Pas ni mesti gambar akak nampak cantik takdelah bile ambik gambar kepala doraemon je nampak kaki badan nak jugek nampak..hehe

Kebetulan masa barang sampai budak-budak ofis aku ada kat ruang pintu masuk apa lagi kena rasmi ngan dorang dulu la..

Masing-masing macam teruja kecoh dapat berselfie dengan monopod.. hahaha

Ok ok tuan rumah pulak nak rasmi monopod baru...

Amboiii korang kalo berselfie masing-masing jadi kanak-kanak riang.. =P

 Dah dah pegi buat kerja selfie tu sambung petang2 sikit..buiii!

piece : kathyjem