Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, January 27, 2015

Nasi Bungkus Delivery!

Sekarang ni mudah nak beli makan tengahari takpayah nak start enjin kereta pastu melilau-lilau mencari kedai makan mana yang sedap..kes macam ni selalu terjadi kat aku setiap kali lunch mesti timbul..sebab apa sebab dalam kepala ni macam2 nak makan almaklum la nafsu buaya..hahaha Semua gerai makanan yang ada kat situ aku nak makan..abis pegi waktu lapor semua la ko nak..

Sekarang ni tak payah pening2 nak oder makan apa untuk lunch..Call jer The Shizzles Oriental nah ambik nasi bungkus siap lauk sampai terus depan pintu ofis..

Servis tip top laju ,call terus berdesup sampai depan ofis..murahkan sebungkus macam ni RM6! Bawah ofis oder lauk ngan sayur pon busuk2 mesti 8hengget!

Jenis kerja busy 24 jam oder jer Nasi Bungkus macam ni..senang call The Shizzles Oriental Inshaallah sampai la nasi bungkus korang depan pintu ofis nanti..

Ok kawan2 jom makan lapar ni..

Ok la kan makan tengahari lauk macam ni..Ayam Masak Lada Hitam & Pajeri Nenas!

Yum yum lapor jemput makan semua! Portion dia just nice tak banyak sangat tak sikit sangat..kenyang sampai ke petang.. :)

Ok ni nak bagitau The Shizzles Oriental ni menyediakan servis makanan dan penghantaran nasi campur/bungkus dengan pilihan menu harian yang menarik yang berkonsepkan "pesan dan hantar"..

Apa yang membezakan The Shizzles Oriental ialah mereka menitik berat kualiti dan kebersihan makanan..Semua lauk di bungkus secara berasingan.. Jadi tiada masalah dengan makanan rosak atau bungkusan sememeh..

The Shizzles Oriental beroperasi daripada central kitchen di Ampang yang mempunyai 2 tukang masak yang sangat berpengalaman dengan masakan melayu dan juga 3 pekerja mahir untuk urusan operasi (membungkus dan penghantaran).

Dari segi penghantaran buat masa ni, The Shizzles Oriental tertumpu kepada bahagian bandar Kuala Lumpur akan tetapi, talian The Shizzles Oriental terbuka untuk kawasan lain di dalam Lembah Klang untuk penghantaran.. Untuk mendapat delivery percuma, oder minimum yang dikehendaki ialah 10 bungkus.

The Shizzles Oriental jugan ingin memberitahu kepada sesiapa yang ingin menjadi agen nasi bungkus The Shizzles Oriental, minum oder untuk agen ialah 30 bungkus dan initiative yang akan diperolehi lebih kurang lumayan..

Untuk sebarang pertanyaan dan oder boleh Call/SMS/Whatsapp 012-678 3639
(Sekitar Jalan Ampang, Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, Jalan Pudu, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan lain2 tempat)..

piece : kathyjem

Monday, January 26, 2015

Kejadian Pagi Tadi

Pagi tadi macam biaser hantar Raiisah kat rumah mak..Awal pagi dah keluar rumah..sebelum subuh dah kena gerak..Dah start sekolah ni kena keluar rumah pukul 6 lambat sikit sure jalan jem takut lambat sampai ofis..kalau cuti sekolah boleh la gerak lambat sikit jalan tak jem..

Sampai rumah mak elok jer nak keluarkan Raiisah terpandang kunci rumah Affan atas bumbung kereta..demmmm kunci rumah Affan atas bumbung kete gue!!! elok molek jer kunci tu duduk atas bumbung tak jatuh pulak dia..laki aku mesti tak perasan la ni kunci dia letak atas bumbung..

Masa Affan tengah pakaikan Raiisah car seat aku dah duduk kat bahagian pemandu siap2 sementara tunggu panaskan kereta..aku perasan Affan letak kunci rumah atas bumbung kereta sebab nak pakaikan Raiisah car seat..lepas panaskan kereta dalam 1 minit macam tu terus gerak..aku ingat dia dah ambik kunci rumah upernya tak ambik!!!! 

Sampai rumah Mak baru perasan kunci tu atas bumbung..Masuk rumah mak solat dulu..sembahyang pon dah tak khusyuk dok teringan pasal kunci rumah Affan..abis solat terus gerak ke rumah aku..mesti Affan tengah dok tunggu aku..tah dia perasan tah idak kunci rumah dia letak atas bumbung kereta aku..aku syak mesti dia tak perasan..

Dah sampai rumah kiteorang, aku pusing2 la satu kawasan rumah tengok kat kedai mamak bawah rumah kot2 Affan ada kat situ, kat surau pon aku check kot2 la dia dok kat situ pon takde jugak sudahnya naik atas tinggal kunci rumah dalam kasut..tawakal jer la jangan ada orang masuk rumah sudah..sebab 3 4 kali aku round cari Affan macam cari anak yang hilang.. T_T Pakcik2 kat situ pon pelik dok tengok aku melilau2 cari sesuatu..tengok jam haiyoo kol 8.15 dah ni..masuk kerja kol 8.30..T_T memang tak sempat la...

Aku decide tinggal kunci dalam kasut dengan harapan Affan akan mencari kunci dalam kasut..lepas selesai letak kunci dalam kasut terus gerak ngi ofis..dah nak sampai ofis masuk parking dapat panggilan dari Kak Yana, (kawan ofis) 

Kak Yana : "Kat kat mana??"
Aku : " Saya nak masuk parking napa Kak Yana..
Kak Yana : Jap ekk..
Affan : "Huny, B ni"
Aku : laaaa B kat ofis huny ker.. B datang naik apa..
Affan : B naik LRT..
Dengar suara Affan terus lega.. yerla risau gak dok pusing2 satu kawasan cari dia tak jumpa..ingat kena culik ke apa..hahaha..upernya gigih dia pegi ofis aku..
Aku : Ok2 Huny dah masuk parking ni nanti B tunggu kat B1, sekarang tau"

Sampai2 "Mana kain pelekat awak".... hahaha Affan dah tergelak2 tengok aku masa aku tanya kain pelekat mana??... Nasib baik awak pakai seluar pendek kat dalam kalau tak, datang la ofis huny pakai kain pelekat tu..hahaha.. Awak datang naik apa?? Naik kereta, pinjam Pakcik kedai tepi tu.. Laaa naik kereta ker kata naik LRT tadi.. tengok sempat lagi menipu.. Affan : hehehe.. bukan menipu B lupa la naik kereta..hahaha Selamba jer kan B naik kereta takde lensen.. A'ah laaaa lupa lesennnn..Ishhh B ni semua pon lupa..naik kereta pon boleh lupa..Balik ni makan vitamin banyak2 bagi ingatan kuat sikit..hahaha..

Patah balik ke parking hanta Affan..nasib baik tak sampai rumah baru ingat ada bawak kereta kalau tak*&^%$#@*..hahaha sendiri mau ingat la yer B...Abih PakCik yang bagi B pinjam kereta tu cakap apa? B ingat nak naik Bas, Pakcik tu kesian tengok B dia bagi pinjam kereta.. yeker nasib baik Pakcik tu nak bagi pinjam kereta..Pakcik kedai tu memang baik aku ngan Affan kadang2 selalu beli lauk makan tengahari kat situ..bawah rumah kiteorang jer..

Kunci rumah B ada dalam kasut huny, huny simpan kat situ.. Jenuh tau pagi tadi pusing2 cari awak..tengok tepi tangga rumah kot2 la awak tunggu kat situ..B bukan apa takut awak tak perasan kunci rumah B hilang..Takkan B nak tunggu awak sampai ke petang, tu yang B datang ofis awak.. Tak hilang la ada elok molek jer dok atas bumbung kete masa nak turunkan Raiisah kat rumah mak..Oh yeker..hahaha la awak ni !!! ishhh tu pon tak perasan..lain kali pas ni kalau apa2 jadi tunggu jer huny kat kedai mamak bawah rumah tu..ingat tu! 

Lepas ni ingat nombor phone huny..B lupa nombor yang belakang tu..tadi pakai public phone tersilap dial orang lain angkat..hehehe Hurmmmm..ok di maafkan sebab ni nomb baru kan..

Laki aku tu la dia memang dari dulu sampai sekarang bab kunci mesti ada hal..tak kunci hilang, kunci tercicir, or kunci tak tahu letak kat mana..selalu terjadi waktu nak pergi kerja..kadang tu sampai terbawak kunci aku sekali pergi kerja..setahun sekali kes macam ni mesti berlaku yer..kadang2 benda kecik macam ni boleh bawak gaduh tau.. hahaha tapi gaduh manja2 la takdela gaduh sampai berminggu tak cakap.. hahaha ..So moral of the story kunci rumah sangkut kat leher 24 jam ok B.. >_<

Nasib ada seluar pendek kalau tak berkain pelekat la la la la jawabnya..hahaha Selipar pon pakai selipar aku.. =P

piece : kathyjem

Thursday, January 22, 2015

5 sekawan di Boat Noodle

Hari tu jumpe Ash sebab dia nak terbang pegi Brisbane sambung study kat sana..petang tu dia datang ofis kemas barang..masa tu dah alaaa sedihnya... T_T Balik kerja tu kami ke Jaya One..nak dinner sama2 before dia meninggalkan kami..uwaaaa..lama tak jumpa Ash since die berhenti kerja bulan September last year..baru ni ada kesempatan dia datang ofis nak kemas barang semua tu..

Bersama Ashwinni Sarah..Jeles tengok badan ni slim melim..

Kiteorang decide dinner kat Boat Noodle.. Punye lama teringin nak makan sini dapat jugak makan..nak pergi ngan Ayu tah bile2 nak pergi..hahaha

Dia ada 2 jenis.. Ayutthaya tu sup dia light2 sikit rasa rempah tapi tak pedas sangat..Yang Pathumthani tu sup dia pulak lebih banyak rempah dan pedas..siapa kaki pedas boleh ambik Pathumthani..Nak pedas lagi jangan risau cili ada disediakan atas meja..

Siapa datang sini wajib ok oder Thai Ice Tea dia tau sedap giler kot..pekat pon pekat..sedap dari teh ais mamak..hahaha

Aku try makan 2 mangkuk dulu..rasa2 nak tambah baru oder lagi..tapi memang tak cukup pon 2 mangkuk tambah lagi 3 mangkuk..

Soup Beef Noodle..murah semangkuk baru RM1.90..

Pastu kiteorang oder Grill Beef Meatball dan Chicken Ball..


Nak tunggu makan ramai2 macam ni tunggu Ash balik bulan Julai nanti..Ash dah pulang Malaysia jangan lupa wassapp kiteorang okey!

Aishah..

 Nasreeq..

Makan banyak2 Ash nanti kat Brisbane tak dpat makan macam ni semua..hahaha

Tengah sedap2 makan Munky pon sampai dengan kawan dia sekali..

Dan last sekali kami oder Kuih tepung talam/coconut & pandan..Sedap weii, cukup lemak manis..nampak macam besar tapi kecik jer harga dalam RM1.00..

Makan satu memang tak cukup 4 mangkuk baru cukup..hahaha Kecik jer kot portion dia mana puas makan semangkuk cenonot macam tu..

Aku hanya mampu 4 mangkuk jer..kagum aku tengok orang yang boleh makan bertingkat-tingkat, maybe orang tu lapar kot..hahaha Aku sebab dah kenyang tu pasai muat 4 mangkuk jer..hahaha Kiteorang semua makan dalam 4 mangkuk..Ash dengan Nasreeq jer makan 2 mangkuk..Ash memang tank die kecik makan apa2 semua tak abis..hahaha

5 sekawan..

Amboiii Munky tangan tu tangan tu.. kemain lagi..report kat gf baru ko baru tau..larikkkkkk!

Ok Ash wish you all the best in your studies and everthing u do! don't forget me ok! Nanti balik Malaysia beli something untuk i tau..hahaha

Bye2 Ash..luv sayang!

piece : kathyjem

Wednesday, January 21, 2015

Badan Sengal

Tah tibe2 demam pulak hari ni..pagi tadi masuk ofis badan dah start lain macam.. padahal baru je baik demam hari tu die kena lagi.. Semalam ok jer takde langsung ciri2 macam orang nak demam elok lepak dengan manjer semalam..pagi tadi bangun tekak dah rasa perit..

Tula siap suruh lupa makan vitamin C.. Botol Vitamin C dok depan mata pon memanjang lupa..kadang tu dah 3 hari baru perasan tak makan.hari tu doktor dah pesan vitamin C jangan lupa makan yerla umur makin meningkat metabolisme badan makin rendah senang kena penyakit..So dari sekarang dah kena start makan suplemen untuk kesihatan badan..jangan umur dah 40 50 baru hegeh nak makan suplemen semua tu dah lambat..nak start dari sekarang sebelum umur 30thn..

Tadi lepas lunch makan ubat tidur jer aku.. Badan langsung tak leh tegak ingat nak baring jer..badan pon sengal2 macam kena cucuk jarum..Ni baru bangun..kepala pening2 lagi..Pagi tadi dah telan Vitamin C 10 biji.. minum air masak berbotol2 sampai 5 kali ulang alik pergi toilet kencing..hahaha

Harap2 besok ok la tak nak la MC awal tahu lagi kot..ok la nak sambung baring jap..amboii macam kat rumah sambung baring ni padahal kat ofis..hahaha ok la bye2..

piece : kathyjem

Tuesday, January 20, 2015

CCPA Hollywood Night

Salam Semua..Hari tu company ada buat dinner kat Bukit Kiara Equestrian & Country Resort..Department kami paling last buat dinner, department lain dah sadaqallahul azim dah..hehehe Biaserla Department paling busy..kononnnn.. =P

Hari yang ditunggu sudah tiba.. Ni pon pening nak pilih custome mana yang sesuai..Nak pakai Frozen, Elsa tapi  dah ada orang booking pulak sudahnya pakai jer la pirates..Masa sewa custome tu tengok banyak baju yang cantik tapi biaserla kalau dah tema Hollywood tu faham2 jer la, kalau tak seksi bukan Hollywood la tu.. banyak yang seksi..

Yang ni jugak yang berkenan dihati dan tak seksi..hahaha Takut tak takut tak..Takut la sangattttttt! Rasa nak menyorok bawah meja dia punye takut tu..kakaka

Kad jemputan ni kena bawak kang tak dapat Lucky Draw..hadiah la menarik rugi siapa tak datang..cantik tak Kad tu..hehehe Saya yang buat..simple jer buat design macam tu..bos nak macam tu buat jer.. =)

Dato' CEO dan wife sudah mai.. Acara dah nak start..

Kena interview dengan Emcee..Apa lah Dato' CEO nak cakap tu..

Selfie dengan Dato' CEO..Alaa laa malu pulak Dato' CEO.. "Eh tak nak la ambik gambar dengan saya, saya tak pakai custome la" Alaaa takper Dato' bedal jer..kakaka Tipu sangat la kan cakap dengan Dato' cakap macam tu..hihi

Ex staff CCPA, Munky.. malam tu mintak tolong Munky ambikkan video..Rambut tu mesti baru potongkan Munky smart semacam jer tu..hahaha sebab nak datang event kiteorang kannnn..

Sebelum acara start sepatah 2 dari En. Halem..Bos paling besar di CCPA..

Bersama Kak Yana..Makep tu sendirian berhad punyer.. tu pon main conteng2 jer.. nak nampak muka tu lanun calar balar tapi macam tak berapa nak menjadi lanun tu..

Kak Yana pakai kostum putri bangsawan zaman Inggris..ahaks.

Sebelum tu layan dulu custome2 Hollywood Night CCPAD..


Yang ni jer ada dalam kamera ku yang lain tak sempat nak ambik gambar..Rasa2 siapa pemenang best dress??

Bad ko pengang apa tu..?? eee lucah..hahaha

En. Shah dan En. Jaafar..Uittt En. Jaafar gempak pistol tu..hehehe

Munky, Afiq, Martin dan Meor..

Teka perempuan ke lelaki yang pakai custome ni..hahaha

Kak Fayeeda telah bertukar menjadi Gandalf..hahaha Ontheway nak datang sini Pak Guard kat pintu masuk tu terkejut tengok Kak Fayeeda.. mau tak tibe2 rambut kembang putih muncul kat depan dorang..tergelak2 Pak Guard kat situ siap nak ambik gambar dengan Kak Fayeeda lagi..aku dalam kereta belakang Kak Fayeeda tergelak2 tengok aksi Pak Guard masa tu..hahaha

Emcee malam tu Nirul..Sian Nirul event untuk SYABAS pon dia jadi Emcee gak.. Event untuk sendiri pon kena jadi Emcee gak..hihi

Power Hanis makeup nampak real macam The Mad Hatter..

Kak Min dan Amirul..Ingat siapa la pakai topeng hantu tu upernya Kak Min..

Kak Fayeeda dan Kak Murni..Ingat nak pakai baju macam Kak Murni tu memandangkan kena pakai rambut pelsu putih hitam terus tak jadi..pakai tudung pastu pakai rambut pelsu tu, huiit pelik2..

Reza macam ni jer kostum ko..hahaha

Doa dulu sebelum makan..Hantu pon kena doa jugak..hehehe

Makan sampai tak mampu nak makan..hahaha Banyak sangat dah tak tau nak makan apa..

Bersama mommy to be Hanis..takut makeup ko nok..macam real muka tu kena cakar..


Semua ni selamat dalam perut ku..hahaha

Persembahan dari Victor..alooo suweet Abi bagi bunga kat Victor..ada apa2 ker ni..hahaha

Pastu kena interview dengan Nirul.. sorang2 kena naik atas stage pastu perkenalkan pakai custome apa..pastu kena catwalk..

Hoii malu..

Amirul dengan Kak Fayeeda menang best custome.. Tahiah korang! dah agak mesti dorang ni menang sebab lain daripada lain dorang punye custome.. Tak sia2 sewa mahal..hahaha Especialy Kak Fayeeda..

Nombor bertuah saya "17".. Dapat kipas! yeaaa nak bagi Mak..

Bersama Azah Patry! Boleh bernafas selesa tak dalam tu..Boleh boleh..hahaha Mula2 tu ingat siapa la upernya Azah..Ingat budak laki..

Nasreeq dan Aishah..Aishah scray gile makeup ko dik.. Dia cerita masa balik tu Pak Guard kat rumah dia muka cuak gile masa tengok dia tengah berjalan keluar dari kereta..hahaha Yerla mau tak dengan darah2 kat mulut nampak macam real kot..

Dengan Kak Sal.. Comel Kak Sal pakai macam ni.. Selalu tengokd dia pakai tudung bawal dengan baju ofis pejabat jer..Kelas siap pakai tudung bawal bersama topi lagi..hehehe Cayalah Kak Sal suporting abis..

Bersama Kakak Gandalf.. =P

Eeee geram tengok bulu mata oreng ni rasa macam nak cabut2..rimas tengok..hahaha

Jangan main2 dengan gua..lu banyak cakap gua pancung kepala lu..hahaha

Tuan Blog, Mak Buyung dan Hantu Aishah..hahaha

Malam tu ada buat cabutan bertuah, penyampaian hadiah untuk long service award untuk staff, permainan suka2 CCPA..hahaha potong kek birthday dan pertukaran hadiah sesama staff..dah tu jer yang sempat aktiviti kami buat..kalau ikutkan banyak aktiviti kitaorang nak buat tapi masa tak mengizin..InshaAllah ada rezeki lagi tahun kita buat lagi okey! Cayalah CCPA team! Fun giler malam tu.. =)


Di akhiri dengan Video Celotoh dari CCPAD (Corporate Communications & Public Affairs Department)

piece : kathyjem