Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, April 11, 2018

Launching Fame Edisi Raya

Hai semua..hari tu dapat jemutan ke Majlis Pelancaran Raya Special Edition Set Fame Cosmetics yang berlangsung di Disenar Space, Sri Rampai KL..Meriah sungguh..Rasa macam open house pulak even Fame hari tu..Terus rasa tak sabar nak raya..😆

Masa Filla whatsapp ajak aku dengan Yana join event ni terus bagitau Yana, dia free ke tak? aku ofcoz la free dah tak kerja..hahaha..Filla pon tau aku dah berhenti kerja..kalau tak, takde dia ajak sebab event Fame tu dorang buat hari Khamis..kalau aku kerja lagi memang tak dapat la join..Nak mintak cuti susah sikit..

Bersama orang2 kuat Fame Cosmetics..Thank you Filla, Elly dan Peej jemput aku dengan Yana..terharu sangat.. =)

Masa sampai tu event dah start..Ooo baru tahu pelancaran lipstick Fame yang baru untuk raya special edition..tengok model2 tu lalu lalang depan kitaorang..cantiknya colour lipmatte Fame ni..tapi tak sempat pulak nak ambik gambar model tu sebab masa tu dok kalut cari tempat sebab baru sampai..

Bila dapat whatsapp dari Filla tema tradisional terus bukak alamari fikir nak pakai baju apa..hari event tu baru fikir nak pakai baju apa..hahaha boleh macam tu..masa korek2 dalam almari baru teringat kebaya batik, lace semua dah bagi kat orang..hahaha nasib la ada jumpa baju batik 3 tahun lepas raya punya..jadi la..tu pon ketat kat bahagian lengan dengan perut..omg kurusnya aku masa tu..bila fikir2 balik baik pakai baju kurung je kan lagi senang, tak payah pening nak berfesyen2 bagi..kata tema tradisional..



Lama tak jumpa Filla.. last kami jumpa masa event Nuffnang kat Johor last year..Si Elly lagi la lama tak jumpa..dulu masa semua aktif blog kami selalu la jumpa masa event Nuffnang..

Hi Peej..dapat jugak dengan Peej yang pemalu ni..hehehe Hari tu ada terserempak dengan Peej, Filla dengan Elly masa kelas Sifufbads..tu la last jumpa Peej..

Kagum dan bersemangat aku tengok Elly ni..Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi..aku sebagi kawan bangga dengan pencapaian dia bersama team Fame..aku doakan ko, Filla dan Peej berjaya dalam perniagaan dan kehidupan..amin

Eh eh Moon dengan Mimy pon ada sekali la..Yang berdiri sebelah Mimy tu Akma AF kan..tingginya dia..


Syok la borak dengan MUA terkenal Aizat Abdul Razak ni..aku memang follow fb dia..suka tengok dia live kt fb share tips2 mekap dengan gaya dia yang kelakar tu..hahaha Petang tu borak2 siap ajar aku dengan Yana tips macam mana nak ambik gambar bagi nampak tinggi dan cantik..hahaha


Ni lagi sorang MUA terkenal, Nuex Rosli..kehebatan dia dalam dunia makeup ni takyah cerita la semua pon tahu..Teringin gak nak collaborate Nuex dengan Kaay satu hari nanti..


Eh Chika pon ada..Chika ni pernah bekerjasama dengan Kaay Cosmetics masa mula2 Kaay baru beroperasi..Chika ni kawan Yana masa Yana pernah kerja kat Karangkraf dulu..siap tanya Yana, "Nok bila ko nak bagi aku lipstick baru ko tu, aku tunggu je ni".. hahaha Masa kiteorang nak keluarkan satu lagi produk baru lepas DD Cushion, dia la bagi idea untuk kiteorang keluarkan Loose Powder.. =)

Mimy kita pon dah lama tak jumpa kan..hahaha Walaupon office kita sebelah2 je..Mimy ni kawan blog sampai la sekarang kami masih berkawan sebab kami rajin balas komen mengomen kt social media..

Bersama salah seorang silent reader blog Kathyjem..hehehe thanks sudi ambik gambar dengan kita..walaupon blog dah suam2 kuku masa ada lagi yang setia baca blog Kathyjem..terharu sangat..

Akak..akak Kathyjem kan..suka baca blog akak..ala ala ala sweet sangat...tenkiu baca blog akak dan awak pon comel sangat..

Abis je event terus ambik Raiisah kat sekolah..

piece : kathyjem

Tuesday, April 10, 2018

Hi Si Comel Pipi Merah

Alhamdulillah tahun ni tercapai jugak Kaay nak keluarkan satu lagi produk baru iaitu Cushion Blusher..Baru release last week..sambutan Alhamdulillah tak sangka ramai yang suka dengan Juicy Blush Kaay ni..

Berbulan-bulan ok nak tunggu kualti yang betul2 kita nak..kalau boleh aku dengan Yana nak keluar satu cushion blusher lain dari yang lain..tak nak sama dengan Cushion Blusher yang ada kat pasaran..

Hampir 3 bulan setelah tolak tambah pangkah bahagi akhirnya Kaay keluarkan Juicy Blush yang ada rasa peppermint, bila dap dap tu rasa sejuk je kat pipir..sama macam lipmatte Kaay ada rasa mint tapi lipmatte Kaay rasa coklat..Juicy Blush Kaay ni bau peach sama bau dengan DD Cushion Kaay..memang lepas pakai tu rasa segar je kat pipi tu..


Kami keluarkan 2 code iaitu Sparkling Pink dan Splash Orange..Serius dua colour ni memang cantik namateyyyyy hoiiii!!! Tengok kotak orang ingat strawberry milkshake..hahaha Tu la produk Kaay berkonsepkan minuman dan makanan.. Ingat cokelat ingat Lipmatte Kaay, ingat susu strawberi ingat blusher Kaay..hehehe 😊

Size kecik sebesar tapak tangan je..senang nak angkut ke mana2..nak simpan dalam pouch bag pon takde masalah jimat ruang..yang penting ada span sekali dah tak payah pening2 nak angkut ke hulu hilir bawak brush blusher besar microfon tu..dalam bekas Juicy Blush Kaay ada span boleh muat 2 jari je nak masuk..

Harap2 stock kami oder ni cukup la sampai raya..risau gak takut tak cukup..In Sha Allah cukup..Macam lipmatte colour baru hari tu, tak sangka sambutan sangat hangat macam cempedak goreng..letak je abis letak je abis..hehe

Hari tu kat Page Facebook Kaay kami ada buat live tips-tips menggunakan produk Kaay Cosmetics dan kami buat contest untuk siapa yang share live video mekap kami hari tu..Yang best siapa share video live kami tu akan berpeluang memenangi produk Kaay Cosmetics bernilai RM200..

Korang just share jer tak payah nak caption bagai ke apa ke hanya share sajer..siapa share terpaling banyak kami akan announce nanti..cepat peryertaan masih ada lagi..pegi usha kat Facebook Kaay sekarang ni..bila2 masa je kami akan tutup contest tu..so time ni la korang nak cuba produk Kaay yang best ni tanpa keluar duit.. =)


Phewittttt!!! meletup macam si comel pipi merah tak pipi Yana..ni la kelebihan Juicy Blush Kaay ni..dia dap dap dap sikit je tapi dia punya effect sangat cantik dan tahan lama..terus pipi nampak macam telur rebus kan..hehehe

Harga berapa?? cuma RM49 je awak..satu bekas tahan 3-4 bulan ulos..jimat banyak sangat dah tu..siapa berminat nk cuba si comel pipi merah ni boleh contact number ni 011-2881 1281..

piece : kathyjem

Monday, April 9, 2018

Sports Day Terakhir Raiisah di LC

Semalam sekolah Raiisah ada sports day..sampai2 acara dah nak start terus pakai cekak ikan dolphin atas kepala..nasib tu je aksesori kena pakai kalau kena pakai sana sini tak tau la berapa aksesori tu bertahan..Sports Day Little Caliphs tahun ni berlangsung di Taman Tasik Metropolitan Kepong..ala tempat orang ramai main layang-layang..aku pon first time sampai sini..

Raiisah Awfiyah..Kakak lepas ni mummy nak panggil Kakak Awfiyah la sama sikit dengan nama anak MakIti..hehehe


Masa sampai mood Raiisah agak ceria sikit..awal pagi sebelum keluar rumah dah bagi dia breakfast kenyang2..dia ni bukannya boleh lapar sikit mula la muncung sedepa..


Tak sampai berapa minit muka dah berubah..apa la yang tak kena tu..kakak! jangan buat drama lagi ye..2 tahun dah tau mummy nengok drama awak yang sama ni..tahun ni kakak dah 6 tahun, tak mo nangis2 lagi..tahun ni je mummy dapat nengok kakak lari atas padang tahun depan kakak dah darjah 1..

Sebelum keluar rumah dan sehari sebelum sukan setiap masa mummy asyik bagi kata2 semangar dan support.."Kakak nanti run tau, laju2 lari, tak mo nangis2".. tu je mummy boleh bagi kata semangat pon..Mekcha ni hati tisu sikit, pastu tak leh bagi dia pressure nanti dari dia nak buat langsung tak nak buat..memang kena bagi ayat2 manis bersemut baru dia akan buat..


Tahun ni Raiisah team biru tema dolphin, tahun lepas pon team biru gak..masa dia 4 tahun je dapat team kuning..Ada 4 sekolah terlibat termasuk LC Sg Buloh,  LC Wangsa maju,  LC Bandar Baru Selayang dan LC Damansara Damai..


Comel je team hijau ni, tema spider..


Lagi 2 sekolah tema semut dan gajah..


Masa ni tengah tunggu perlancaran..dia dah start merengek sebab nampak mummy dia..konon mummy datang nak bagi dia air minum sekali merengek tak nak dok situ dengan kawan2, panas katanya..budak ekzema ni memang tak boleh panas..sebelum keluar rumah aku dah bagi siap2 ubat gatal sebab Raiisah memang tak boleh panas..dia kalau dah start ekzema memang mengaru la, silap2 garu sampai berdarah..jenuh la pujuk ada gak drama nangis ni..ingat takde..pujuk dia ajak beli nugget..sekali ternampak toys telur tu..melayang 5 hengget mummy kooo..ok la janji kakak lari nanti..nak bagi dia hepi je..sabar banyak mummy pagi tu..😁


Bagi upah nugget dan telur mainan..


Dah makan nugget 3 ketul baru muka ada senyum kalau tak merengek je..padahal sebelum keluar rumah dah bagi makan muffin dan minum vitagen..


Sebabkan sukan Raiisah tak start lagi Raiisah teman mummy daddy dengan makan la..mummy kenyang lagi daddy yang lapor..sama macam Mekcha asyik lapor je..hahaha

Biasa la Affan kalao ambik gambar mana ada muka suci..hahaha Tu si kenit tu intai apa tu? intai awek ekk adik..

Ketiau goreng pagi tadi masak..lupa nak bawak cili padi daaa..lupa nak bawak tikar daaa..semua lupa la..haha eh kata tadi kenyang..ala cuit2 je..


Ok masa yang ditunggu-tunggu..masa ni tengah tunggu turn Raiisah nak lari..mummy pon keluar kamera nak selfie la dengan si kerinting ni..tak perasan pon dia jelir lidah dengan tangan macam ni sebab masa tu cahaya dah memancar-mancar..dah masuk kereta belek2 gambar baru perasan..OMAIII!!! Anak ku isyarat apakah awak buat tu?? tunjuk gambar ni kat Affan..tergelek2 kitaorang dalam kerete tengok gambar Afif gaya macam tu..dik lucah sangat ni?? jangan ada orang viral gambar adik ni sudah..hahaha

Ok go Kakak go go goooo!! Ingat jangan nangis..kakak run jer..sebelum nak start lari tu siap bisik kat mummy..Mummy nanti saya nak toys..pengsan mummy ko kat situ..hahaha Ok2 Kakak lari jangan nangis nanti mummy beli toys..terpaksala aku cakap macam tu, nanti dia tak nak lari pulak..Minah drama betul Mek sorang ni..jangan masuk kereta dia tuntut sudah..hahaha

Mainan telur tu dia bagi teacher suruh simpan..mummy pulak tak perasan dia pengang mainan telur tu..

Kakak 2 tahun mummy nunggu moment ni tau..akhirnya kakak berlari tanpa nangis..good job kakak!! See adik pon bagi support kat Kakak sebelah tu..hehehe

Yeaaa go kakak..betul la ramai cakap bila anak dah masuk 6 tahun dorang dah tak nangis dah..yerla dah besarkan..tak tau la tiba2 darjah 1 dok perangai menangis lagi..huiiihhhh minta jauh..

Macam tu la kakak..baru anak mummy..hahaha Mummy dulu kecik2 memang kaki sukan..apa je acara sukaneka mummy masuk..1 2 memang dalam genggaman mummy la menang..amboii cakap besor nampak..alaaaa acah acah budjet je..hahaha

Part ni yang dia selalu tunjuk kat rumah..ooo lari dalam benda alah ni..

 pastu taruk air dalam cawan dah berjalan..

Sep sikit Kakak..Kakak berjaya lari atas padang..hidung mummy ngan daddy kembang kuncup jap..hahaha Teacher pon sampai berlari datang ke kakak peluk cakap tahniah sebab berjaya lari tanpa nangis..

Pastu acara anak dengan ibubapa..lari sambil bawak bola besar tu..part ni tak tau team mana menang?? tapi mummy dengan Raiisah berjaya lari sama2..

Last sekali penyampaian hadiah dari CAO Tn Haji Roslan kepada pemenang..

Acara sukan kali ni rasa sekejap sebab lepas abis sukan terus terima hadiah..tak macam sebelum2 ni abis acara semua baru dapat hadiah pingat..ni start kol 8.30 kol 11.30 pagi dah abis..cepatkan.. =)

Geramnya nengok rambut daddy ala2 Nick Carter zaman kegemilangan Backstreet Boys ni..bila kita tanya bila nak potong?? biar la b nak jadi Backstreet Boys..derrr...B orang dah tak buat fesyen rambut gini dah la..tkper2 kita perhati je dia dari jauh sampai mana dia bertahan rambut panjang belah tengah tu..grrrr..hahaha


Laluan nak balik tu ada orang jual ikan laga..Raiisah kemain nak ikan tu sekali daddy ko nak ambik tak nak pulak dia..tapi daddy ko dok layan tengok ikan tu berenang dalam botol terus ambik seekor..lepas dah beli rasa bersalah..hahaha dah kerja tempat baru ni ada masa ke bang nak jaga ikan laga ni..ermmm..aku la tu kena jagan nanti..

piece : kathyjem

Tuesday, April 3, 2018

Siapa cakap tak rindu? Mestilah rindu!

Assalamualaikum..halo halooo..ambik ko Jahhhhh sebulan dah tak update blog ye..ada je ni haa..baru tidurkan Afif..lega anak dah tidur..walaupon dah berhenti kerja rasa macam masih bekerja lagi..hahaha rasa macam tengah ambik AL pulak aku rasa..maklum la masa kerja jarang ambik cuti lama2..takper lama2 nanti akan biasa dan terima yang tuan badan sudah menjadi suri rumah sepenuh masa..Impian ni yang kita ditunggu2 selama ni..😊

Lepas ni rutin harian bertukar 360 darjah..bab tu nanti la aku story hari lain..tadi lunch masak lauk paling simple..lepas ni jangan terkejut la blog aku selalu update pasal memasak..hahaha dulu blog ai rajin share resepi memasak tau..dulu la..hahaha sekarang share pasal business je..sekali sekala kena la tukar channel kan..


Ni budak kerinting tak mo tidur..padahal mata dah mamai2..subuh tadi dia bangun sampai la ni tak tidur2..mummy haipp je kat dia terus jebek muka tu..tumpang tidur atas katil kakak..tepuk2 sikit tak sampai berapa saat selamat..nasi pon tak sempat nak suap sebab dia dah mengantuk sangat..ok mummy boleh sambung buat kerja Kaay..sat lagi nak pergi ambik kakak..kang keluar lambat takut jalan jem pulak..kena keluar rumah sebelum Asar..

Rasa macam dah lama tak makan sayur brokoli since tengok Yana share dekat fb pasal sayur brokoli tiruan rasa macam takut pulak nak makan..huhuhu..tapi teringin nak makan beli jer la..

Ikan goreng berlada cili api dua ekor je aku masak..ekor yang hilang tu telah di ngap oleh ku..hahaha aku seekor Affan seekor..al maklum la dah tak kerja ni kena la hari2 masak..kang suami balik kerja kelaparan pulak dia..nak jadi isteri isteri mithali kena la rajin masak walaupon ko sejenis tak pandai sangat masak..ok la nak sambung buat kerja Kaay..sok kita update lagi..

piece : kathyjem

Tuesday, February 6, 2018

21 Tahun Dah Geng Mommies Vast Ni Bersama

Halo halo..disebabkan setahun sekali je dapat berjimba dengan mommies vast harus la guna masa dengan sebaik mungkin..hahaha Last jumpa dengan geng2 sekolah ni masa raya hari tu..maklum la semua dah berfamily agak susah sikit la jumpa selalu..tapi tu bukan penyebab untuk kami tidak berjumpa..

Nak kumpul semua macam ni bukan senang..tu pon ada yang tak dapat join..Ayeen dengan Aida..Aida last minit tak dapat join kena datang office ada kerja urgent pulak..takper Aida next perjumpaan kita jumpa ok..takmo sedih2 tengok gambar kiteorang ni..hehehe *pssttt nak bagitau gambar banyak jadi jangan muntah hijau pulak menengoknya..hahaha

Sebab depa dah tau aku bab2 cari kedai makan ni memang champion..hahaha so dorang vote aku suruh cari kedai makan yang ada karok, yang senang depa nak mai..So Nu Sentral la jawabnya..Tu pon search gak cafe mana ok dan menarik kat Nu Sentral ni senang cakap yang tak serabut dan sesuai untuk kids sebab masing2 nak bawak anak..So kami pilih The Gravy Factory..tengok tempat tu macam ok je..Lagi pon member2 sekolah aku ni banyak dok area KL, aku sorang je tersesat dari Sg. Buloh..hahaha

Iena whatsapp tanya kalo ada geng2 sampai awal boleh beli kek untuk celebrate Birthday Eija dengan baby shower Anne..Masa dok tengah cari kedai kek sekali Iena bagitau dia dah jumpa kedai kek and dah beli, so aku takyah beli la..patah balik ke Gravy Factory..Elok aku ontheway nak ke atas terperasan Eija dengan anak2 dia..so menuju la kami ke Gravy Factory bersama..

Aku dengan Eija sampai awal..Last jumpa Eija masa buat spek mata hari tu..Masa tengah dok kalut dah sampai depan Gravy Factory..Iena call tanya apa tah aku dah tak ingat, sekali selamba je bagitau Iena, haa Iena kita dah bagitau Eija awak dah beli kek..Terus Iena cakap, "Laa awak dah bagitau Eija ke kita beli kek?? Kan kita nak buat surprise kat dia, awat bagitau..kakaka demmm Ku lupa!!! apa la Kathyjem..blur betul..hahaha lepas letak call tu dengan confident aku bagitau Eija, Iena dah beli kek awak..kakaka Memang minah blur betul..

Pastu Dieha sampai..sementara tunggu geng2 lain sampai..Dieha bagi anak dia makan ubat..anak dia baru elok demam..Dua hero anak Dieha tinggal dengan husband dia..

Pastu Nieda sampai dengan anak dia Ayman dan diikuti Ariza dan anak perempuannya Neyli..

Dah last sekali Iena yang bertudung hitam tu..ampun Iena terlepas cakap kek kat Eija..hahaha

Dah macam kakak dengan adik je kita tengok..

Mak buyung, Anne..sorang anak perempuan dengan husband dia...sorang lagi dalam perut..sikit la meletup la tu..3 orang dah anak Anne..

Eija bersama anak2 nya, Nina dan Mika..besor2 dah anak Eija..Kemain Mika request nak beefsteak sirlion..hahaha Pitam auntie tengok harga dia nak..

Mia abang dengan adik napa tak ikut?? hehehe Dieha pon sama macam adik dengan kakak je kan..

Nieda bawak hero tapi hero malu pulak nak bergambar..

Iena bawak anak dara sorang jugak tapi lupa nak suruh dia bergambar sebelah mama dia..Antara semua geng Iena yang kawen paling awal..kan Iena..ker Molly kawen dulu..hahaha lupa dah aku..

Si kecik molek ni nama dia Molly..weiii lama kan kita tak jumpa..Molly ni dari dulu kelakor dengan muka blur2 dia..hahaha Dulu masa sekolah suka sebut perkataan "Eceh" hahaha sampai2 geng2 lain pon terikut perkataan "Eceh" tu..

Sebabkan Molly dengan aku tak bawak anak..so kite bergambar berdua je le..Napa tak bawak Raiisah?? mummy tak koser..kasi can mummy nak berjimba dengan geng sekolah..bukan selalu mummy dapat jumpa geng sekolah mummy ni..setahun sekali..hahaha next perjumpaan mummy bawak Raiisah ok..

Ok geng2 mommies vast dah complete..jom oder makanan..sambil2 makan apa lagi gosip la..hahaha best giler borak2, mau tak best giler tak lama gelak ketawa macam ni..

Makanan kat Gravy Factory ni ermmm boleh la..Aku oder chicken chop sos black pepper dia cair sangat..boleh la nk kenyangkan perut..

Boleh la makanan kat sini..dah laporkan memang abis la makanan tu..

Urusetia dah start menyusun hadiah dah..2 tahun lepas dorang jumpa aku tak join masa tu tengah sarat mengandungkan Afif..memang mood nak jumpa orang ke laut masa tu..

Setiap kali jumpa tradisi menukar hadiah wajib ada..Hadiah kita yang nombor 1 itu..hadiah apa?? ada la..siapa dapat hadiah kita bertuah sangat..hahaha

Urusetia dah start agih2 nombor untuk cabutan bertuah..bertuah la sangat..hahaha

Jom sesi menukar hadiah..

Anne dapat hadiah paling best dari tuan punye blog..harap awak suka hadiah kita bagi tu..hehehe Hadiah dia ofcoz la lipstick..dah kata jual lipstick..hahaha eh terbagi tau pulak..

Tuan blog dapat hadiah sabun wangian bodyshop dari Ariza..Thank you awak..

Ariza dapat hadiah dari Molly..

Iena dapat apa tu??

Dieha dapat hadiah dari Eija..

Eija dapat beg mekap dari Iena..so comel..

hahaha ni lawak..dua2 beli waktu sama..so Nieda dapat hadiah dari Anne..padahal Nieda pon dah beli apa yang Anne bagi tu..Nieda cakap kalau tau dapat hadiah dari Anne baik takyah beli..hahaha

Molly dapat hadiah set wangian dari Bath & Body Works..

Selesai cabutan bertuah mommies2 vast..lepas ni kita buat cabutan hadiah emas pulak..baru la gempakkan..hahaha..baru la blink blink..lepas tu sesi memberi hadiah kepada birthday girl, Eija..dah 34 dah kita semua ni kan..tapi kita lambat lagi masuk 34, tunggu bulan September ni nanti..hahaha Happy Birthday sekali lagi khas buat Mama Eija..semoga dimurahkan rezeki, ceria2 selalu dan dipercepatkan jodoh..giteww..

Surprise dari kami mommies vast buat Anne dan Eija..

Kandungan Anne dah 8 bulan..next month pop pop la dia! jangan lupa roger mommies vast ok..Semoga dipermudahkan awak bersalin nanti..

Ya Allah..

Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak.. insya-Allah

Sayang korang ketat-ketak..harap friendship kita berkekalan sampai ke anak cucu cicit walaupon kita jarang berjumpa..sayang dari jauh jer..

Kiteorang kawan dari tingkatan 1 tau sampai sekarang anak dah 3 4 orang..masih lagi kepala giler2..sampai anak Iena, si Puteri kagum tengok friendship mama dia..Siapa tanya macam mana mama dengan kawan2 boleh berkawan sampai 21 tahun?? kalau Puteri tak tau la boleh berkawan lama macam ni ke tak..hehehe senang je Puteri..benda remeh temeh, dengki mengdengki, iri hati, cemburu tu semua kalau boleh elakkan kalo nak friendship bertahan lama..sentiasa positif dengan kawan2, baru la kawan seronok nak jumpa, lepas, mengopi sama2..giteww auntie Kathy bagi nasihat..hahaha


Tengok ni nak makan kek pon macam2 drama..belum drama karaoke lagi..hahaha

Nieda suap kita cepat..laa dia suap ke mulut dia pulak..hahaha

Makan laju2 sat lagi nak pergi karaoke..

Ingat dalam Nu Sentral ada Redbox sekali takde la..mungkin dah tutup kot..so ke Midvalley la kita..situ je tempat karok yang dekat..bertahun dah tak karok dengan mommies vast ni..

Masing2 mengelupur bateri phone dah nyawa2 ikan..sekali Molly keluar bom daaaa..terkejut kiteorang..hahaha

Iena siap tanya kat Molly.. Molly ni power bank ke radio??

hahaha besar gile power bank awak Molly..masing2 bantai gelak nengok power bank Molly..ko jangan main2 husband dia yang bekalkan tau, siap charge kan penuh2..

Iena gelak sampai tak boleh cover..hahaha Bom kata dia..jangan meletup sudah..

Alhamdulillah perut pon dah kenyang..jom sesi bergambar sebagai kenangan..

Dengan anak2 dulu..

Selim2 kan geng2 sekolah aku ni walaupon masing2 anak dah 2 3 orang..kiteorang waktu sekolah pon badan comel2 je..memang macam ni la pon dari form 1 sampai sekarang..kalau naik pon tang perut peha punggung je la..tu memang tak boleh buat apa..9 bulan anak dok kat perut..

Mak buyung harus diutamakan..ni kalo malam view mesti lagi gempak cantik..ingat nak makan kat luar tapi memandangkan panas dengan anak2 pon ada sekali so lepak dalam la selesa sikit..

So menapak la kami ke Midvalley naik KTM..singgah dulu Smiggle, si Nieda nak beli bag untuk anak dia..alang2 kiteorang pon shopping la sekali..elok2 nak 10 minit dalam tu terus ke 30 minit..hahaha mak2 dah rambang mata nak pilih untuk anak2..sempat la rembat botol air dengan pencil box untuk Raiisah..balik ni mesti dia suka..

Dah semua mak2 ber-Smiggle..hahaha

Bertabah weii tunggu KTM..bapak lama..elok2 berdiri terus bersila kiteorang..kalau naik Grab Car dah sampai dah kiteorang rasanya..kat setengah jam kot tunggu KTM..gile lama kan..kematu dah bontot tunggu..


Masa yang ditunggu2..karok timeeee!! weehuuu..lama giler tak berdangdut dengan dorang..hahaha dulu zaman muda remaja kalau tak naik atas meja tu tak sah la kan..hahaha

Ok2 bagi anak2 puas melalak dulu..sat lagi turn mommies pulak ye anak2..

Anak siapa ni?? hahaha kemain Mika buat konsert ye..nanti boleh masuk Idola Kecil..hehehe berbakat sangat ni..


Tu dia masing kebuluq..bayar mahai2 kena makan banyak2..hahaha


Nieda, Molly, Dieha dan Ariza..


Iena, Tuan Belog dan Anne..alangkah best kalau Aida dan Ayeen ada sekali..lagi extra meriah vast vast vastttt...

Gelek duduk namanya ni..hahaha


Terima la persembahan terakhir dari Mommies Vast..sedap tak sedap belakang cerita yang penting nyanyi dulu..hahaha Mekacih korang..mana ada yang terlebih terkurang maaf ye tuan badan..hahaha next reunion  kita jumpa lagi..Bye Mommies Vas kita jumpa dalam wassapp yoo!

piece : kathyjem