Klik Yer!! Mekasih...

Monday, May 23, 2016

Kelakar Abis Tengok The Angry Birds Movie Ni

Baru-baru ni dapat peluang menjayakan majlis tayangan filem Angry Birds The Movie di TGV One Utama bersama 10 buah rumah kebajikan anak-anak yatim..

Sebelum movie start kat pawagam lagi Raiisah excited nak tengok movie Angry Birds ni..punya la menunggu hari tayangan ni tiba, nak jadikan cerita Raiisah demam pulak..jenis demam on off..kalau ikutkan tak nak bawak dia, aku pergi sorang je tapi dah janji nak bawak dia tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia..Tengok pulak mummy dah siap lawa2 lagi la dia sedih..siap halang2 depan pintu tak bagi aku keluar rumah..pastu buat muka kesian dengan harapan mummy akan bawak dia..disebabkan tak sampai hati tengok dia sedih menangis macam tu, bawak la jugak tapi sebelum keluar rumah bagi dia makan ubat demam siap2..Angry Birds punye pasal laju je makan ubat kalau tak bersilat-silat nak bagi makan ubat..

Masa sampai TGV terus nampak maskot-maskot Angry Birds..Raiisah excited giler nak bergambar dengan Red & Chuck..sekali dah sampai depan Red & Chuck terus dorang pon bla..bodyguard yang jaga Red & Chuck tu kata dorang kena naik atas sebab event dah nak start..terus Raiisah muka monyok tak dapat bergambar dengan Red & Chuck..hahaha

Ni la dia Red & Chuck..comel betul yang Red tu..baru nak peluk dia kena naik atas pulak..

Budak merajuk tak dapat bergambar dengan Red & Chuck..hahaha Ok2 nanti kita naik atas bergambar dengan Red & Chuck yer sayang..takmo monyok macam tu..Monyok2 pon tetap beri pose seksi gitew..

Dah macam gaya apa je mummy pujuk dia suruh pose elok2..nasib baik demam dia dah kebah sikit masa ni..

Dah sampai atas tak nampak Red & Chuck, nampak Bomb pulak..Raiisah tengok Bomb tergaman terus..elok diri sebelah terus menjerit..takutttt, mummy takutt nak balik.. tengok Bomb terus nak balik..hahaha sudahnya dapat la gambar Raiisah blur berdiri sebelah Bomb..

Apa la Raiisah dengan Bomb pon nak takut..mesti dalam hati Bomb berkata-kata, "Mentang-mentang la aku hitam gemuk" budak ni tak nak bergambar dengan aku..

Sebelum tayangan bermula sumbangan ikhlas dari Ronald McDonald House Charities (RHMC) kepada Rumah Kebajikan yang terlibat..

Sumbangan RM5,000 untuk Nur Barakah Management

 Sumbangan RM5,000 untuk Joy To The World Community Services..

Sumbangan RM5,000 untuk Rumah Bakti Nur Syaheera Kuala Lumpur..

Sumbangan RM5,000 untuk Persatuan Rumah Kebajikan Rita..

Sumbangan RM5,000 untuk Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary K.L..

Sebelum movie start Ronald menghiburkan kanak-kanak dulu..terhibur tengok aksi Ronald masa ni..aku pon join gelak sekali dengan adik-adik dalam ni..

Bile tengok gambar dorang masa ni rasa tersentuh hati pulak..macam mana la perasaan dorang bila tengok wayang dan tak dapat merasai keseronokan dalam wayang tanpa ibu bapa kan.. T_T

Bersama Fiona, Michelle and Audrey..

Kemain pose mulut menyenget macam tu..

Ni la manager baru kita, Fiona.. ^_^ Tengok Raiisah apa yang dia buat itu..menyempat lagi pose senget macam tu..

Mummy sangat bersyukur dapat meraikan kegembiraan menonton wayang Angry Birds bersama kanak-kanak ni..peace dulu sebelum wayang start..hehehe

Last jumpa Audrey masa shooting kat Sogo hari tu..Hi Audrey!

Happy Raiisah lepas tengok Angry Birds movie..enjoy je dia dalam wayang..movie start je ketawa mengekek-gekek..aku bukan ketawa tengok Angry Birds tu, ketawa tengok gelagat dia..baru start beria-ia gelak..hahaha best giler movie ni..aku bagi 4/5 bintang terus..

Mana yang cadang nak bawak anak-anak tu memang aku suggest la korang bawak anak korang tengok Angry Birds ni..lepas tengok Angry Birds ni sure korang teringat-ingat aksi Red dengan kawan-kawan dia..paling aku suka part Red belasah patung depan rumah dia..kelakar hoii..Pasal bunyi annoying tu pon boleh buat dia marah sampai tahap macam tu..Siapa yang pernah main game Angry Birds ni mesti perasan karakter2 dalam movie ni sama sebiji..

So aku tak nak cerita lebih2 baik korang pergi tengok sendiri tapi sebelum tu nak say thank you pada Ronald McDonalds House Charities couse sudi jemput Kathy and Raiisah bagi meriahkan majlis bersama-sama anak-anak yatim yang hadir..

Ok korang jangan lupa pergi tengok The Angry Birds Movie di pawangan berdekatan.. =)

Nak tau lebih lanjut mengenai apa yang Ronald McDonald House Charities (RMHC) lakukan untuk membantu kanak-kanak, sila layari http://www.rmhc.org/

piece : kathyjem

6 comments:

Jueliza Jamani said...

best eh kak citer ni.. boleh bawak bebudak ni.. kang takut depa bosan tgk kartun mcm ni.. tu tak berani bawak...

kathy jem said...

Jueliza Jamani : besttt kelakar cerita ni..jgn risau dorang mesti tak busan punye..

nora razalli said...

ade budak2 nk tgk syok la tgk angry bird ni layan diorg :)



JOM JOIN GIVEAWAY MG :)
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/05/giveaway-comeback-cashmoney-by-mg.html

Madam N said...

cute betol angry bird mascot tu.hahah

Radin Fadli said...

comelnya si kecil tu. Best ye angry bird? tak sempat lagi nak menjengah ke pawagam nak tengok, walaupun pawagam berhampiran 2 minit je dari rumah.

SpendaLusuh said...

mcm best jer... nak gi tengoklah camni...


http://spendalusuh.blogspot.my/2016/05/sedikit-kisah-ketabahan-adik-perempuanku.html