Klik Yer!! Mekasih...

Monday, January 28, 2019

"Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut"..

Semalam lepak tengok tv, tengah tengok tv mata tertengok fb kejap, saje la scroll phone sekali terbaca tajuk kat Facebook Page Rotikaya. "Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut". Aduiii macam ni pon ada jugak ye dalam dunia ni. hahaha Terus tunjuk kat Affan. B cuba baca ni! Lepas Affan baca terus pandang Afif. Terus kami pon tergelak-gelak sebab terbayang kalau macam tu. Huii mintak jauh.

Sebab apa aku dengan Affan terus pandang Afif pastu kiteorang gelak?

Sebab ni la.. hahaha Kalau korang ikut perkembangan Afif mesti tau dia dengan kain busuk memang tak boleh dipisahkan. Keluar je dari perut mummy terus melekat dengan baby napkin. Ke hulur hilir dengan kain busuk tu.

Bukti kain napkin dengan Afif sejak lahir. Masa ni Afif baru 5 hari melihat dunia. Mekcha 24 jam melekat nak dengan Afif. Tengah nak biasakan ada adik.

 Adik kecik2 ni comel la dengan kain busuk tu. Besok dah besar nak dating dengan gelpren tak kan nak bawak kain busuk gak. Lari tak pijak tanah gelpren tu nengok nanti.

 Atuk terlebih kreatif. Bukan takat kain di lilit kat badan tu, dengan kepala sekali atuk lilit. Baju sari atuk kata. Hahaha Bila tengok Afif ni teringat adik aku Fahmi, masa dia kecik2 aku selalu buat dia dengan gaya fesyen pelik2. haha Baya ni memang seronok la kena buli, buat apa pon dorang diam ikut je.

Nak tidur wajib kena ada kain busuk ni ye kalau tak memang Afif tak boleh tidur. Mau melalak satu malam. Sebab tu ke mana2 memang kena standby kain napkin. Macam Raiisah nak tidur kena ada dua jari tengah tu. Senang takyah pening kalau tertinggal ke apa? sumbat terus jari dalam mulut. hahaha

Minum susu pon sama kena ada kain busuk.

So cerita hari ni pasal kain busuk Afif je la ek. hahaha Azam tahun ni nak update blog sekerap mungkin. Tak nak update sebulan sekali. Asyik bersawang je blog Kathyjem ni. Jenuh setiap kali buka nak cuci habuk. Nak naikkan aura blogging balik. Gitewww..

Kat blog sesuai la ko nak cerita apa2. Rasa macam takde tersekat. Enjoy je nak menaip. Kat dalam FB Instagram macam tak sesuai je ko nak cerita panjang lebor. Lagi2 kat Instagram, orang suka tengok gambar je, cerita panjang orang tak banyak sangat. Zaman sekarang ni orang dah malas nak baca blog kan. Tah aku suka je baca, suka je menaip.

Sebab tu kalau ada apa2 cerita menarik ke apa ke ko nak bebel panjang2 ke aku suka lagi cerita kat dalam blog. Rasa puas hati dapat karang panjang2. Ni pendapat aku la, kalau korang rasa syok, best dan suka menaip panjang lebar dalam Fb teruskan. Ikut pendapat dan citarasa masing2. Yang penting ko seronok je apa yang ko buat.

Bukit dengan kain busuk lagi ye.

Afif ni kat mana2 pon dia boleh tidur. Mak cakap macam mummy masa kecik2. Atas tanah tengah main pasir pon boleh tidur. hahaha

Haa ni gambar semalam, setelah bertengkar dengan kakak nak tengok kartun. Bagi kain senyao terus. Tu la ubat dia, kalau dia melalak semua tak kena bagi kain terus diam. Ubat penenang dia.

Afif esok besar jangan macam ni tau, kang takde gelpren nak kat awak jangan nak kawen dengan kain pulak. hahaha Dunia dunia, semakin pelik zaman sekarang ni kan. Yerla mau tak pelik siap ko buat hubungan intim dengan kain selimut tu. Apa kejadahnya.... Pastu siap nak buat majlis perkahwinan besar-besaran dengan boypren dia "Selimut" tu dan siap nak panggil kawan2 saudara mara lagi. Kan ke tak pelik namanya tu. Yerla orang barat kan tak mustahil takde yang pelik. Kita sebagai orang islam jangan la terikut-ikut sangat benda2 pelik ni. Mintak jauh la semua perkara2 ni yer.

Sekian terima kaseh.


piece : kathyjem

2 comments:

Mohd Faizal said...

hehehe..macam-macam perangai orang sekarang ni kan.

Mohd Faizal said...

macam-macam perangai manusia sekarang ni