Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, May 16, 2019

Posting Carca Marba

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan yang ke 11. Dahhh puasa 11 hari kita ni kan.. Ada puasa bocor ke dah tu?? hahaha boleh geng dengan kita.. Kalau ikut semalam nak update blog tapi dah dok kelam kabut siapkan oder Promo Kaay Simple Raya untuk agen2 customer terus terbantut nak update blog.

Gigih ko ambik gambar sendirian berhad nak oh ohtd punye pasal pagi tadi. Muka pon selenge je masuk ofis. Macam tak kuasa nak melawa pagi tadi sekali dah masuk ofis eh eh macam nak buat video mekap la kat IG Story. Rasa macam dah lama tak up video mekap kat IG since macam2 hal berlaku kebelakangan ni kan. Tapi kenapa nampak tinggi nau angle tu.. Terbayang kalau aku tinggi macam tu.. hahaha Boleh jadi model. (sambil jeling dinding itu)


Pagi tadi sempat snap depan freeze sebab si Afif nak breakfast sekali buka freezer tu dia chocolate ferrero roche penuh dalam peti ais. Nasib baik tak puasa takde la terliur sangat.. kakaka

Untung adik aku, dapat sejambak chocolate ferrero rocher. Siapa la gelpren yang kaya raya tu sampai dapat 2 hadiah chocolate bouquet dengan belon bagai. Bila tanya siapa girlfriend ko tu, kemain senyum tak nak jawab. Jangan mak datin sudah. Sebat bontot tu kang.


Adik bongsu buka dengan kawan2 semalam jadi dia bawa balik kek span. Kata dia kawan2 beli pastu makan tak abis. Bawak la balik dari membazir macam tu.


Macam kek span yang orang dok viral tu. Satu kek span cheese, satu lagi kek span cheese jugak tapi cheese dia letak penuh. hahaha Afif makan dia tak suka, uweekk2 kata dia. Dia suka kek span yang hitam tu.. Aku lak tak suka pahit. Dark coklat kot aku rasa. Eh kantoi makan.. hahaha

Sebenarnya nak story pasal berbuka kat ofis semalam. Tak sempat jadi kita story hari ni. Menu simple berbuka kat ofis. Kemain simple apa nya meriah tu.. hahaha Nachos kebab tu ya ampun sedap betul. Teringat2 pulak tapi jauh kakak aku beli kat bazar ramadhan Wangsa Maju.

Aku request kat kakak aku nak nasi kerabu sekali dia beli vegetarian daaa. hahah lauk tak dak. Boleh kakak aku ingat lauk memang ada dalam nasi tu, patut masa dia bayar tanya dalam hati kena murah sangat nasi kerabu ni. hahaha adoii la kakak aku.. Nasib baik ada nasi beriani lauk daging tu.. Boleh cuit2 makan dengan nasi kerabu vege tu. Kalau tak terkulat-kulat aku makan nasi kerabu tanpa lauk..


Dah abis berbuka sambung balut parcel untuk agen dengan customer punya oder. Alhamdulillah ramai tak nak lepas peluang grab promo set Raya Kaay Cosmetics ni. =)

piece : kathyjem

5 comments:

Cik Jaja said...

cantiknya packaging :)

Barracuda Essen said...

Terimakasih banyak infonya,.. http://bit.ly/2JGV5Ta

ijan said...

Meriahhhhh... Kita pun tak puasa..seronok makan sambil sediakan bekal anak.. Esok puasa dah, takut lupa pulak termasuk mulut.. 😅 😅 😅

aisyahumaira said...

Kak khaty, selamat hari raya! Saya tunggu post entry raya raya,mesti meriah ;)

aisyahumaira said...
This comment has been removed by the author.