Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, July 14, 2016

Sudah 23 minggu, lagi 2 hari masuk 6 bulan!

Halooo semua..apo kabor?? lama nau tak update blog ni ye..sikit lagi nak berhabuk dah blog aku ni ha..hahaha apa macam raya korang best ke, meriah ke??aku nak update entry raya pon macam maleh2 je..toh ler perut makin membesar rasa macam tak larat nak buat apa dah..hohoho tapi takleh layan sangat perasaan macam tu kalau tak apa pon tak boleh ye..hari ni baru ada semangat nak mengupdate blog..sementara bersemangat tu mari la korang baca bebelan ini..hehe..

Semalam ada check up baby..macam biaser bile scan, doktor check semua kata baby ok..doktor tanya macam mana puasa hari tu, raya semua tu la..aku cakap ok puasa cuma 3 hari je tak puasa sebab tak sahur dengan tak sihat..hehehe Doktor kata Alhamdulillah, macam2 awak lalui kan Nurkhadtijah, alhdmulillah sihat dah sekarang..tu dia nama penuh doktor sebut...hahaha Kadang2 doktor panggil aku Syatilla Melvin..kakaka Syatilla Melvin celah mana tu doktor..lain sesangat..ada sekali tu doktor kata lepas ni awak ada shooting kan drama sekian sekian..aku tercengang-cengang masa doktor cakap pasal shooting drama apa tah tak ingat..dalam hati celah mana pulak aku shooting nii!!!hahaha ooo haa okkk Syatilla Melvin..kekeke Macam2 muka artis korang cakap sama, macam Shila Amzah la, Mia Ahmad la, Fazura la..tu semua tak sama langsung..jauh panggang dari api..hahaha

Hari tu masa kandungan 4 bulan aku ada bleeding sikit tapi tak serius la sebab kandungan dah masuk 4 bulan lebih..kalau awal2 tu kemungkinan doktor kata boleh gugur..mau tak hari2 dukung mekcha..pagi sampai school mengada-ngada tak nak naik tangga, nak berdukung..balik pon sama kadang manja nak dukung gak..pastu bila dalam kereta jenis tak reti duduk diam. tak nak duduk dalam car seat nak duduk kat depan dengan mummy, dah bergesel-gesel perut mummy dengan badan dia..tapi sebelum kena bleeding tu memang aku banyak bergerak sana-sini uruskan Kaay Cosmetics..tu pon salah satu jugak la kenapa bleeding..

Bile check, doktor kata ada luka sikit kat bahagian pintu rahim..memang nampak luka kat bahagian pintu rahim tu..doktor kata sepatutnya jarak uri aku dengan pintu rahim dalam 6 cm macam tu tapi sebab uri dah ke bawa jarak uri aku dengan pintu rahim 3 cm je, itu yang luka sebab bergesel..doktor kata jangan risau dia akan bagi ubat kuatkan rahim..so dapat la mc kena rehat banyak2.. tapi aku kan mana leh dok diam dapat MC ligat jugak buat kerja tapi jalan tu memang slow paling abis la..ala2 orang jepun pakai kimono pakai selipar jepang gitew..keke jenis aku ni jalan jenis tak pandai slow2, nak laju je kerja nye..selalu kena bising kawan2 office sebab jalan jenis menonong, jalan macam bukan orang pregnant..

Orang kata nak bagi uri naik ke atas selalu buat senaman baring and naikkan kaki sedikit kat dinding..so bangun pagi dan sebelum tido aku amalkan senaman macam tu..Alhamdulillah bile check uri dah kat atas, kedudukan uri pon dah betul..kencing pon dah kurang, maksudnya dah jarang ke toilet la, kalau tak sebelum tau uri kat bawah kerjanya asyik nak ke toilet je..

Alhamdulillah baby dah 23 minggu, lagi 2 dua hari masuk la 6 bulan.. kejapkannnnn.. Perut pon dah makin besar..pakai apa pon dah tak boleh sorok perut..pakai pulak baju dress jenis ada getah kat perut lagi la terserlah kebulatan itu..hahaha

Aku pakai baju ni ramai tegur kat office perut aku nampak besar selalu dorang jarang tegur perut aku..hihihi Baju ni beli masa mengandungkan Raiisah, still boleh pakai lagi..beli kat poplook..aku masa mengandungkan Raiisah suka shopping baju kat situ sebab setiap kali baju sampai try tak pernah mengecewakan..kain dan jahitan dia berkualiti and tahan lama..sampai sekarang masih beli baju kat poplook..

Berat pon makin naik..takut tengok diri sendiri depan cermin..sekarang ni nampak cermin buat2 tak nampak je sebab akan jadi down bila tengok cermin..kalau tak sebelum ni asal nampak cermin, cermin kereta ker, cermin pasaraya ke, cermin tingkap rumah ke laju2 nak tengok badan kurus ke makin sihat..hahaha orang pompuan kan memang macam tu pantang nampak cermin.. sekarang ni jangan yer mesti nak nangis tengok badan sendiri macam kena di pam pam.. T_T Kalau duduk kat bawah nak bangun dah macam penguin tergolek pastu cuba untuk bangun sendiri..selalu kena gelak dengan Affan time nak bangun macam tu..ciss! Kadang2 aku jalan dia kata, "Hunyyyy, huny jalan macam peguin la".. ko rasa nak sumbat dalam tong berisi simen ke nak campak dalam sungai yang ada buaya??

Semalam timbang berat badan naik 2 kg..naik jugak akhirnya..hahaha hari tu 2 kali checkup berat badan tak naik still 60 kg, semalam jadi 62 kg..hahaha hepi kejap walaupon dalam hati risau takut naik banyak..orang mengandung ni kena naik sikit berat badan tu takut ada effect apa2 kan..naik setakat 1 2 kg tu ok la jangan naik berkg kg sudah tu jadi lain pulak tu..

Yerla penangan raya kan ofcoz la badan akan naik..tapi tak kisah pon tunggu abis pantang nanti zazzz zuss zaazzz badan akak nanti tau..ewah!

Berat baby pon dah naik 735 gram..bulan lepas timbang 320gram..wow banyak naik tu..Alhamdulillah..doktor tanya ubat dah abis ke..aku cakap dah abis tapi masa nak bayar tak dapat pulak ubatnya..nak tanya doktor macam maleh la pulak..ada sebab la tu kot napa doktor tak bagi ubat dah..kena banyak minum susu la lepas ni..aku jarang minum susu pregnant kali ni sebab doktor dah bagi ubat kalsium makan ubat jer la..ubat kalsium tu kena makan, kalau tak kaki cepat kram ngan lenguh..ni ubat dah takde kena rajin la minum susu lepas ni..Ok anak mummy membesar dengan sihat ye sayang.. ^_^

piece : kathyjem

7 comments:

Zie Azi said...

alhamdullilah,mummy & bby sihat.
jln mcm pingu lah,jln kengkang lah,jln mcm ghost busters lah
tu biasa,mcm nak ku tumbuk ke muka mu je hahaaa

kathy jem said...

Zie Azi : tula macam2 gelaran kita dapat..hukhukhuk..sabor je ler..hehehe

Chekgu Azrine said...

tengok perut mcm boy...macam akk mengandungkan aish je..berat tak naik banyak pun masa ngandung aish...kalau girl banyak skit naik..tu exp akk la..comel je kathy mengandung..muka berseri2..dan bagi akk takde la gemuk..cntik and maintain

safurara said...

hehhehehe wahhh mmg nmpk sgt dah perut tu. hehehe. Alhamdulillah semuanya okay. raiisah tau ke dia nk jd kakak.

Ainul Mustafa said...

saya ms anak 1st anak berat sampai 13kg. anak kedua naik sikit 5 kg je. nasib baik anak ke dua lg berat dr anak 1st. semoga dipermudahkan urusan

kathy jem said...

Chekgu Azrine : hahaha naik bnyk la kak..ni sbb dlm gmbr je tngk live ngeri..hahaha >_<

kathy jem said...

safurara : dia tau..hari2 panggil baby dlm perut..hehe