Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, December 20, 2017

Siapa Nak Produk Cetaphil?

Halo halo halo! hari ni nak share pengalaman sendiri menggunakan produk Cetaphil..Sebut Cetaphil semua pon tahu kan produk Cetaphil adalah dermatological skin care brand nombor satu di Malaysia..Sebab apa nombor 1 di Malaysia? sebab dia terbukti dapat membantu orang ramai di luar sana mencapai kulit yang lebih sihat dan segar. Kulit muka dan selurah badan juga dapat digunakan. Best lagi dia dipercayai dari ahli dermatologi dengan formulasi lembut dan klinikal. Dengan kulit yang baik, pasti kita boleh rasa keyakinan yang lebih tinggi.

Cetaphil ni dia non-comedogenic which is dia sangat sesuai untuk kulit sensitif..Kulit aku ni pon kadang2 keluar gak jerawat ruam2 atas dahi kalau tak cukup rehat or terlebih makan makanan yang oil..so nak kurangkan ruam halus2 kat atas dahi basuh dengan Cleanser Cetaphil..

Hasil dia boleh nampak dalam 2 3 hari..Bila guna pagi dan malam sebelum tido, esok bangun dah nampak jerawat halus tu kecut sikit..Cleanser Cetaphil ni takda bau dan berbuih..Memang lepas basuh kulit muka rasa segar dan lembut bak sutera giteww..

Fungsi Moisturizing Cream ni sebagai pelembap wajah dan badan..Bukan hanya untuk aku je pakai, Raiisah & Afif pon aku pakaikan juga..

Calit sedikit jer dah boleh cover satu tangan..Cepat meresap dan senang diratakan..Best tak melekit langsung..Tambah pula dia ada sweet almond oil dan emolien semula jadi which is very good for skin kan..

Moisturizing Cream ni memang tak berminyak langsung..Untuk jadikan base makeup pon boleh..sebelum taruk foundation calit nipis Moisturizing Cream ni kat muka..Kulit memang tak rasa malnourish..Duk dalam aircond pon takpe, kulit maintain lembap..Sesuai untuk semua peringkat umur dan nak gunakan setiap hari pon boleh takda masalah..

So sempena Cetaphil meraikan ulang tahun yang ke 70 di seluruh dunia, Cetaphil mengajak korang semua untuk menang 70 hamper untuk 70 orang dengan hadiah bernilai RM270..Macam mana nak join? Senang je nak, just 'Komen bawah dan ceritakan kisah kulit anda dan bagaimana Cetaphil boleh membantu? Cerita tulen yang paling menarik akan berpeluang memenangi hamper produk Cetaphil bernilai RM270..

Korang try jer mana tau rezeki berpihak dekat kita dan terpilih boleh la dapat hamper yang mangandungi Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Cetaphil Moist Lotion dan produk Cetaphil lain..Bestkan! so apa lagi harus la ko join..

Untuk T&C boleh check di Fb.com/cetaphilmalaysia

piece : kathyjem

21 comments:

wanie md zain said...

Assalamualaikum khaty….wah seronoknya kalau dapat produk Cetaphil ni…wanie kalau ada peluang dan ada rezeki nak sgt produk ni…pertamanya untuk wanie..sbb kulit wanie jenis kusam..harapnya dgn produk cetaphil boleh membantu wanie mendapatkan kembali kulit muka yg segar dan bermaya..wanie jugak selalu ada jerawat2 pasir di dahi..dengarnya Cetaphil boleh membantu selesai masalah ini……keduanya untuk dikongsi dengan anak wanie yg mengalami masalah kulit gatal sbb allergic..kesan dari garu2 kulit dia jd xcantik…harap sgt dpt produk ni…lagipun produk Cetaphil ni selamat utk digunakan pada kanak2…
Semoga Ada rezeki wanie dan anak..tQ kahty..Tq Cetaphil…

Mrs Pip said...

Ramai yang bagi review baik utk produk Cetaphil ni. Mrs pip mmg dari dulu sampai sekarang mengalami kulit wajah kusam dan berjerawat. Haish, memang letih juga mencari produk yang sesuai utk hilangkan masalah kulit kusam n berjerawat ni. Selepas bersalin anak pertama, mrs pip mengalami masalah kulit kering di sekitar pergelagan tangan ... ni pun mmg mrs pip dah cuba byk produk, tapi masih kurang berjaya utk atasi kulit kering ni. Jadi mrs pip berharap Cetaphil mampu membantu mrs pip mengalami masalah kulit kusam, jerawat dan kulit kering ni ...

Izafiza said...

salam kathy..saya mempunyai masalah kulit muka yang tak sekata. sebab pernah pakai produk yang tak selamat. Sekarang nak pakai produk apa pun takut muka makin teruk. Bintik2 hitam pun nampak makin kelihatan. Saya harap Cetaphil dapat membantu mslah saya sebab cetaphil ni produk yg selamat untuk kulit kan.

kami87 said...

Congratulation dan Selamat Ulangtahun Cetaphil yang ke 70!Sebelum ni kulit saya sangat sensitif. Tak boleh salah makan dan terdedah pada habuk. Pergi klinik, doktor suggest guna Cetaphil. Start guna Cetaphil since tahun 2012. Hampir 5 tahun dan hari ini kulit semakin sihat dan tiada masalah alergik langsung. Alhamdulillah sejak itu saya setia dengan Cetaphil dan takkan berhenti menggunakan Cetaphil. Semoga ada rezeki saya.http://kamisahaja87.blogspot.my/2012/02/poliklinik-nur-putrajaya.html

azrini jaafar said...

hi kak kathy!

meh saya story pasal cetaphil ni. apa yang best? best sangat2. saya kenal cetaphil ni masa bersalin anak no 2. dapat free sampel cetaphil ni. nak dijadikan cerita baby no 2 kulit sensitif sikit. x sama macam kakak dia. so cetaphil sangat2 la membantu. saya syak anak no 2 saya ni ada mild eczema. sebab kulit dia kejap ok kejap x ok. mula2 lupa pasal sampel ni. yela. saya pantang di kl. bila balik jb baru teringat pasal sampel ni. lepas cuba terus nampak perubahan pada kulit anak saya. saya dapat 2 sampel cetaphil ni. 1 baby moisturizing bath & wash and 1 lagi baby daily lotion. lepas pakai terus ok muka anak saya.

now saya pon dah join sekali pakai produk cetaphil ni! memang best sangat2 pakai cetaphil cleanser. saya pon pakai kt muka je ganti pencuci muka sebelum ni *cheapskatemode*. terus feeling2 muka macam baby juga. macam saya muka xde banyak jerawat ke apa. tapi kulit sangat2 la kering. tak semua pencuci muka sesuai. tapi dengan cetaphil seriously ok. best sangat. muka pon jadi fresh! setakat ni tu je la yang saya dah cuba. dari baby sampai ke mak masih lagi pakai cetaphil! harap2 ada la peluang untuk saya menang hamper cetaphil ni. hehe :)

Hafiz Yusof said...

nak join lah...hihihihi

Cici said...

I start pakai Cetaphil masa pregnant anak no 3. Before this memang tak pernah ada masalah kulit sensitive, tiba tiba je kulit naik merah merah and gatal. Time tu stop semua skincare and makeup, pergi klinik panel. Doc tu kata maybe allergic. Dia suggest Cetaphil. Tak pernah dengar pun time tu so gigih la Tanya sana sini

Bila dah try, eh okay pulak. Hadiah beranak pun colleague bagi brand Cetaphil utk Mommy and baby.

So semenjak tu memang tak pernah tukar brand lain dah. Baby pun pakai mandian ni jugak

ciknadrahismail said...

Nama : Siti Nadrah Ismail
Email : ctnadrahismail@gmail.com
Phone : 012-9506694
Saya ingin menceritakan pengalaman menggunakan produk Cetaphil untuk bayi saya. Bayi saya kini berusia 1 tahun 5 bulan dan pernah menghidap Eczema sejak berusia dua bulan . Bintik- bintik ruam merah naik begitu banyak di bahagian muka lengan dan badan.
Puas saya mencuba pelbagai produk mandian dan lotion yang sesuai dengan anak saya. Sehingga saya mencuba sendiri produk Cetaphil Baby yang mana di reka khas untuk penjagaan kulit bayi.
Sehingga kini saya masih menggunakan produk “Baby Moisturising Bath & Wash” dan lotion. Produk ini sangat disarankan kerana dapat mengekalkan kelembapan kulit bayi saya dan bintik-bintik merah semakin berkurangan.
Dan kali ini, saya pula telah hamil ank kedua. Wajah saya naik bintik-bintik merah dan kusam berikutan hormon awal kehamilan. Saya berharap dapat memenangi hamper ini dan dapat mencuba produk Cetaphil yang terbaik ini. Semoga ia dapat merawat masalah kulit saya.

Terima Kasih

chiku the chucuru said...

Masa bersalinkan baby no 2, kulit dia ni macam lain sikit. Asyik naik ruam aje. Rashes merah2 kecik2 tu. Kesian sangat tengok. Bila bogel mandikan dia, memang penuh ruam tu especially kat belakang badan dia. Tak tau juga mula-mula tu nak buat macam mana. Google sana sini, ada la baca mungkin sebab sabun dia mandi tu kasar atau tak sesuai dengan kulit dia. OK lah.. maybe jugak. So, masa dekat farmasi, ternampak produk Cetaphil ni, and pernah juga baca review orang kata Cetaphil ni bagus untuk kulit sensitif. So, saya pun ambikla try. Alhamdulillah, memang berkurangan ruam-ruam kecil tu dan pakai secara berterusan, maka hilanglah ruam-ruam merah tu. Al-kisah suami saya pun berkulit sensitif. Lepas saya belikan Cetaphil untuk anak saya, saya minta dia cuba juga. Lepas dah cuba tu, suami saya pun cakap bagus sabun ni. So far, Cetaphil memang membantu dengan masalah kulit sensitif dalam keluarga saya. Tq Cetaphil!

ain.ya.nun. said...

'Komen bawah dan ceritakan kisah kulit anda dan bagaimana Cetaphil boleh membantu? Cerita tulen yang paling menarik akan berpeluang memenangi hamper produk Cetaphil bernilai RM270.


Cetaphil

Selalu nampak posting famous blogger tentang produk Cetaphil dan bila baca memang nampak macam produk Cetaphil ni terlalu lah bagus dan sedikit sebanyak kita jadi terpengaruh. Adakah disebabkan blogger terpilih tersebut memang dibayar untuk membuat promosi produk atau produk tersebut sememangnya sangat-sangatlah bagus?

Sekiranya diberi peluang, memang nak sangat menang produk Cetaphil! Ini kerana saya mempunyai masalah kulit muka yang senang mendapat ruam-ruam halus pada muka apabila berjogging dan membuat aktiviti luar yang berpeluh. Sebagai seorang yang aktif, kulit saya juga terdedah kepada cahaya matahari dan memerlukan perlindungan. Mungkin produk Cetaphil dapat membantu masalah saya. Bantulah saya Cetaphil =)

Unknown said...

Assalamualaikum, hai kathy.. Boleh paggil saya memey. Saya tertekan dengan keadaan sekarang disebabkan masalah kulit yang teruk. Buat pengetahuan awak, saya mengalami ruam-ruam halus yg berbiji-biji tu di sekitar perut, dada, leher dan tangan. Hal ni makin teruk bila kandungan saya semakin meningkat usia. Sekarang saya mengandung 33minggu. Tiap malam saya tak dapat nak tidur lena disebabkan gatal dan makin saya garu makin merebak. Saya ada juga rujuk ke klinik dan telah mendapatkan preskripsi ubat, doktor bagi ubat alahan dan ubat sapu. Buat masa sekarang ubat sapu memang mujarab tetapi masih juga gatal, macam-macam cara dah saya cuba. Kini saya cuba bersabar dan menggunakan ubat yang diberikan untuk tidak menjadi semakin parah. Saya pernah terbaca berkenaan produk centaphil sesuai untuk alahan dan gatal-gatal. Saya berharap centaphil memberikan peluang untuk saya memenangi hamper bernilai Rm250 tersebut.. Kathy doakan kandungan dan kesihatan saya ye.. Kini tak sabar tunggu hari melahirkan. Semoga keadaan saya kembali sediakala tanpa alahan, gatal-gatal dan ruam.

Terima kasih centaphil n kathy..

Maie said...

Hai kathy, kulit kite jenis kering n ada jrawat halus2 tu.. bila kulit kering kdg jd gatal tiba2 n merah je.. lps tu bila dduk ofis duk dlm aircond lg lah.. rimas sbb kulit mngering n jd gatal.. pkai mcm2 dh untuk moist kn kulit tp xde yang dpt tahan dr kulit jd kering.. harap2 dpt lah try cetaphil ni untuk kulit kering kite.. n xnk merah2 dh kt pp hidung semua 🙂 Tq kathy..

Jepun Mari said...

kathy..
sy kan sebenarnya takde masalah kulit, tp selepas beranak terus naik gatal2 kat pelipat, siku, leher gatal ya amat sangat, kenkadang tak tahan sangat garu paki sikat sampai berdarah & luka.. mcm2 iktihar dah cuba dari ubat hospital sampai la petua macam2 dah try, still tak berhasil..nti berair bila garu merebak kat tempat lain pulak.

sejak setahun yg leps sy try produk cetaphil ni smpai sekarang, maintain guna.. kulit makin sihat dan gatal berkurang.. tu la asyik dengar org bercerita tentang produk ni bagus, now dah cuba memang berhasil elok.

anak sy yg sulong pon kena macam sy kulit sensitif, tak boleh kena habuk, berpeluh sikit naik ruam, kalau sabun tak sesuai boleh gatal satu badan, now family pakai produk Cetaphil ni dari mandian sampai cream.. memang elok.

Zulfahmi Ab Salam said...

Seperti menjadi kebiasaan pada masa sekarang di mana anak anak kecil mempunyai masalah kulit seperti eczema. Anak anak saya juga seperti yang lain sering mengalami masalah kulit. Jika terkena habuk atau berpeluh sedikit, sudah pasti penyakit kulit akan timbul membuatkan mereka rasa gatal dan tidak selesa. Anak kecil bukannya tahu untuk menahan gatal jadi bila akan terus menggaru tempat gatal membuatkan mereka bercalar calar dan berdarah. Sudah banyak produk yang sudah dicuba namun masih lagi belum mencuba Cetaphil kerana faktor harga. Diharapkan dengan hamper Cetaphil ini, kami dapat mencuba produk Cetaphil. Jika berkesan, selepas ini pasti akan membeli lagi walaupun agak mahal demi keselesaan anak anak.

Wanie said...

Assalamualaikum, terdetik di hati saya untuk ceritakan pengalaman saya di blog awak. Walaupun terdapat banyak blog untuk promosi iklan tapi bagi saya awak ada anak dan mesti awak faham keadaan anak-anak kita bila ada masalah kulit.

Anak saya Ana Nabila dilahirkan pada 30 Ogos 2017. Nabila tiada masalah kulit semasa bayi tetapi selepas hantar ke Taska terdapat perubahan pada kulit muka dan badan anak saya. Pada 18 Disember 2017 badan dan muka anak saya menjadi merah-merah dan kering. Bila merah-merah dan kering anak saya akan cakar dan menggesek-gesek mukanya dan saya terpaksa memakaikan mitten untuk elak muka menjadi teruk. Sebelum jumpa doctor, saya try & error dengan mencuba dan membeli pelbagai lotion, cream dan oil. Saya mencuba aqua cream dan kulit anak saya semakin merah. Kemudian saya cuba minyak organic iaitu minyak kelapa dara. Hasilnya kulit anak saya lembab tapi tidak dapat mengurangkan merah-merah di muka dan badan. Kemudian saya mencuba produk baru untuk bayi di kedai baby dan sales person maklum sesuai untuk bayi dan saya terus beli dan mencuba pada anak saya dan keesokannya muka anak saya menjadi bengkak dan merah menyala pada kedua-dua belah mata. Keadaan menjadi serius, saya bawa anak saya berjumpa doktor pada 23 Disember 2017 dan doctor mengesahkan Nabila Mild Eczema. Saya panik dan saya minta pandangan doktor apa yang perlu saya buat. Doktor menyarankan dan senaraikan jenama-jenama sesuai untuk bayi yang boleh dapat di farmasi. Saya terus ke farmasi untuk mencari jenama produk yang disarankan. Semasa mencari-cari, saya terpikat dengan jenama Cetaphil kerana Cetaphil ada range baru untuk BABY. Saya terus beli set Cetaphil Baby Value Pack ada Bath & Wash dan Lotion dan harga pun berpatutan. Pulang ke rumah saya terus mandikan anak saya dan sapu lotion satu badan. Saya kerap sapu lotion pada anak saya. Alhamdulillah tanda-tanda merah dan bengkak pada muka anak saya beransur pulih dan badan anak saya juga tidak kering dan mengelupas selepas menggunakan cetaphil for baby ini. Bath & wash Cetaphil saya beli extra untuk saya letak di rumah, di taska dan standby untuk travel. Saya bersyukur kerana saya bertindak awal dengan menyelamatkan kulit muka dan badan anak saya daripada serius eczema. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah sekarang kulit muka anak saya sudah normal dan kulit badan beransur pulih. Pertama kali menjadi ibu apabila anak kurang sihat dan mengalami masalah kulit membuatkan saya bersungguh-sungguh untuk mencari penawar untuk anak saya. Terima kasih Cetaphil.

Yang benar,

Nur Hazwani binti Samsudin
wanie_1983@yahoo.com
ig : bebsamsudin

aida said...

hai, kulit muka saya agak teruk selepas tersalah memilih produk. dan cetaphil banyak membantu dan merawat kulit muka saya. di samping itu, ianya juga membantu merawat eczema yang saya hadapi.

mija mija said...

salam kathy,

bagi saya, guna cetaphil ni sangat multi function..bukan utk kulit muka je malahan utk seluruh badan...kulit tangan sy sgt kering dan sekarang mcm naik gatal2 plak..aper lg..sy sapu moistuzing cream cetaphil tu terus settle masalah..untuk kulit muka mmg hari2 setia guna cleanser cetaphill..ada sesetengah produk kalo lepas cuci muka..muka akan jd tegang sbb dia keringkan muka kan..tp pakai cetaphill ok je muka kita..xde rasa tegang2 tu..mmg sekarang kita guna cetaphill je dah tak pandang yang lain..da la xde chemical lepas tu harga pun berpatutan sangat..hihi..harap2 ada la rezeki kita dapat hamper cetaphil..boleh la kita tambah stok cetaphil yg da ada kat rumah tu..hihi

Fatin Shahrizam said...

Cetaphil terbaik. Dah hampir 4 bulan stay dengan cetaphil.

ZaridaIshak said...

belum cuba lagi... tunggu gaji depan baru nak pi cari kat Watson... huhuhu

Mrs. A said...

Wah! baca semua testimoni bagusnya Cethapil ni.
Mrs.A pun nak cubalah sebab sekarang anak perempuan Mrs. A si Aryssa memang ada masalah gatal-gatal kulit di panggal lengan dia sebelah kiri dan kanan.

Sekarang sedang consume ubat klinik tapi ingat lepas ni nak tukar toiletries dia kepada Cethapil.

Clipping Solutions said...


Thank you So much for this Important and Useful Information
clipping path service

Photo Retouching Services
raster to vector conversion service