Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, June 27, 2019

Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema

Giler lama dah tak kena sinus.. Tak tau la salah makan ke faktor usia ke apa. Lately ni teruk pula kena sinus.. Pagi siang malam kena bersin.. Siapa tengok ig story aku mesti perasan aku selalu soosekk sosekkk kan.. hahaha Lagi2 waktu pagi.. Rasa nak tercabut hidung setiap kali sinus datang..

Hari tu gigih pegi farmasi cari benda alah ni, Avamys Nasal Spray.. Gile lama tak pakai.. Aku rasa kat setahun dah tak kena sinus..Ingat dulu doktor pernah cakap aku punye sinus kategori bukan teruk sangat la.. Kalau kategori teruk tu kena sampai operate.. Aku berdoa je jangan sampai kena tahap tu..

Siapa baca blog aku sebelum ni, mesti perasan aku pernah mention tentang kebaikkan Avamys Nasal Spray ni.. Mekcha masa dia umur setahun dua pon pakai Avamys Nasal Spray ni.. Tak kisah kids pon boleh je sebenarnya pakai Avamys Nasal Spray ni..Once abis sebotol boleh stop, kalau nak continue pakai pon boleh takde masalah..

Sebotol Avamys Nasal Spray ni harga RM39.. Beli kat Big Pharmacy, Kota Damansara.. Big Pharmacy ni banyak cawangan dia dah, ada kat Bangsar, Melawati, Selayang pon ada.. Farmasi lain aku tak tau harga Avamys berapa tapi untuk ubat-ubatan aku suka beli kat Big Pharmacy, compare Vitacare pharmacy & CARiNG Pharmacy memang mahal sikit..

Kegunaan Avamys Nasal Spray ni ada kesan-kesan sampingan ini mungkin boleh berlaku atau tak cuma ia sangat jarang berlaku. So sebelum nak guna dapatkan nasihat doktor.. Macam aku memang dah dapat nasihat dari doktor tentang ubat ni.. So untuk badan aku takde apa2 masalah..So far so good, Mekcha pon sama ok je pakai..

Baru try ubat selsema Telfast-D.. Mana ada sinus pon boleh ambik ubat ni..Affan dulu masa muda remaja selalu kena sinus selsema teruk.. Dia la suggest aku ambik Telfast-D.. Dia kata telfast-D memang bagus.. Sinus dengan selsema cepat kering.. Aku pon ia kan jer la.. hahaha

Affan bab2 nama ubat, kebaikan ubat semua dia tahu..Kagum aku kejap.. Masalahnya nama ubat pelik2 semua dia tahu..Aku cakap kenapa tak nak jadi Doktor.. Jawapan dia, Susah nanti awek mak datin banyak mengorat.. Ek elehhh jawapan macam minta siku hinggap kat hidung tu.. hahaha

Bapak besar ubat dia..Affan cakap kena abis sepapan baru tau bagus ke tak bagus ubat Telfast-D ni dengan kita.. Ubat ni pon beli kat Big Pharmacy, RM13..Terkulat-kulat nak telan..Siapa tak suka ubat abis la nak kena makan besor macam tu..

Boleh baca entry lama aku tentang Avamys Nasal Spray ni Ubat sesuai untuk anak yang ada 'Sinus'


Lanjer muka dengan muncung berPink sejuk berangin dengan Lipmatte Kaay Cosmetics.. Jangan berangin tengok muka tuan blog sudah..hekhekhek..😆

piece : kathyjem

2 comments:

Zaza Abdul Latif said...

Ya Allah Kathy, i baru je up entry pasal sinus & ubat spray masuk lobang hidung tu hahaha. 1st time kena hidung sumbat sampai tak boleh nafas. tak tau pulak it happened sbb gejala sinus. (kalau sudi baca kat entry kita yg dah pos semalam ye).. anyway, hope u cepat sembuh tau.. kalau ada apa2 lagi info pasal sinus, pls share.. at least i tau more about sindrom2 sinus.. take care dear :)

kathy jem said...

Zaza Abdul Latif : tu la nnti zaza try ubat kathy pakai ni.. memang berkesan.. baik nnti kathy singgah blog zaza..