Klik Yer!! Mekasih...

Sunday, December 5, 2010

Perancangan Pertunangan

Entry kali ni aku nak berkongsi tips perancangan pertunangan kat korang semua.. Mane la tau kot2 korang nak bertunang dalam masa terdekat ni boley la ambik tips aku yang tak seberape ni.. hehe...

Majlis pertunangan ni kalo korang pikir macam kecik jer kan, sebenarnya memerlukan perancangan yang teliti supaya memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan sempurna..

Ok sebelum bertunang harus merisikkan.. Selepas merisik barulah bertunang.. =)

**Gambar ketika pihak rombongan lelaki datang merisik..Sebelah tu mak Afan.. =)

SELEPAS MERISIK

1. Mula2 sekali tentukan Hari, Tarikh dan Masa pertunangan..

Masa bersiap untuk diri (mekap dan pakai baju), pelamin tunang, memasak/catering, photographer, masa tetamu dari pihak lelaki sampai, masa majlis berlangsung dan masa jamuan..

2. Barang hantaran pertunangan (Beli dan siapkan 1 atau 2 bulan sebelum majlis) INGAT!!!! jangan last minute baru hegeh2 nak siapkan barang hantaran takutkan kelam kabut korang gak yang pening nanti..

- Jumlah Hantaran dan berape dulang...

- Bajet diperuntukan...

3. Persiapan Jamuan (persiapan 1 atau 2 bulan)

- Masak sendiri atau catering

- Jumlah jemputan dari pihak perempuan dan tetamu pihak lelaki

4. Persiapan diri (1 bulan awal)

- Mekap (mekap sendiri, kawan, mak andam)

- Baju (tempah/sewa/pinjam)

5. Isi kandungan perbincangan - Jika perlu ambil tahu pasal tarikh nikah, wang hantaran, barang hantaran dan lain-lain melainkan jika ibu bapa korang tak benarkan ambil tahu pasal nih.. =)

Budget: bergantung la kat kemampuan korang...

1. mekap - RM 0 - RM 300

2. baju tempah - RM 200+RM300 (kain & upah)

3. baju sewa - RM 50 - RM 150

4. baju pinjam - free

5. cincin risik & @ tunang - RM 100 - RM 1000

6. jamuan - catering - @4.50/head - RM 18.00/head

7. masak sendiri - lauk kering dan lauk basah

8. transportation - jika jauh

9. hantaran - sirih junjung/tepak, buah2an, sepersalinan, kuih muih - RM 200 - RM 2000

Alam pertunangan ni banyak dugaan nyer so korang kena banyak bersabar dan bertolak ansur dalam apa jua keadaan.. Pertunangan ni jugak la menentukan sama ada pasangan kite tu sesuai atau tidak dan korang akan melangkah satu lagi step..... =)

SELAMAT BERTUNANG PADA MEREKA YANG MAHU BERTUNANG...

piece : kathyjem

5 comments:

nex media aka jime said...

sempoi2.. tips yg agak berguna guna gak ni!:)

mRsZiRaNeY said...

tumpang share~ ^_^

Nicaa said...

tima kasih atas tips....

Eena Arrina said...

thanks.agak2 brapa? dalam 2000 macam tu dh cukup kann?

Zla Addnur said...

assalamualaikum

jomlah follow blog

http://addnurshop.blogspot.com/
http://zla-en-route.blogspot.com/

boleh kte share2..;)

mind to be blogger friend?