Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, October 11, 2016

Selamat Hari Lahir Mekcha

Mekcha dah 4 tahun dahh..kejap nau masa berlalu..sebenarnya plan nak celebrate birtday dia kat PD sekali tak jadi..hujung2 ni mummy tak berapa larat dah dok dalam kereta lama2 , lagi pon nak kemas barang baby yang dok tertunggak berhari2 nak kemas tu..Kita cari kek je la untuk mekcha..lagi pon dia memang selalu berangan tiup lilin kek..

Lepas selesai urusan mengemas barang adik dia pagi tu , petang terus cari kek kat Secret Recipe..Kek kat secret recipe mekcha suka makan, lagi pon banyak pilihan..kedai kek lain takut dia tak berapa nak makan sangat..

Mummy nak mekap dia pon sama nak mekap sekali..

Pastu pakai lipstick pulak..curi2 ambik gambar dia.. Birthday girl kan takper kita kasi dia chan nak melaram..hahaha

Sampai SR terus cari kek..tunjuk kat dia nak kek mana?? dia pilih kek cokelat..satu slice je untuk dia..nak ambik kek bulat tu rasa macam membazir pulak..kalau celebrate ramai2 taker gak ambik seketul kek.. nak tiup lilin je sebenarnya..

Ni first reaksi Raiisah bile mummy dengan daddy nyanyi lagu happy birthday untuk dia..

Kek sampai nyanyi la lagu happy birthday untuk dia..sekali tu dia menangis..aikk masih menangis lagi??!!! ingat dah masuk 4 tahun takde dah feeling air mata drama astro , nangis jugak..siapa ikut perkembangan mekcha mesti tau macam mana sambut hari jadi dia kan..dia ni memang tak suka orang nyanyi lagu happy birthday untuk dia..mesti dia akan menangis, menjerit..nooo nooo tak nakkkkk..

Yerlaaaa..mummy dengan daddy tak nyanyi..dia nyanyi takper jangan kita nyanyi..tah apa2 peel tah.. mummy dengan daddy baru nak hepi2 nyanyi lagu hari jadi unuk dia..sekali dah menjerit sampai satu secret recipe toleh ke kami, okey fine!!! nyanyi sendiri..hahaha

Happy birtday to Raiisah...Happy birthday to Raiisahhhhh..happy birthday to Raiisah...happy birthday to Raisahhh..haaa yerla birthday girl syok sendiri..hahaha layankan jer la nyanyi sorang2..

 Yeaaa....!!!

 Muka ada gembira dapat nyayi..

Fuhhh kanan fuhhh kiri..

Kemain muncung2 mulut tiup lilin..

Pregnant ni suka nau air coffee..padahal bukan addicted kopi pon..

Dah tiup lilin sambung makan pulak..oder untuk Raiisah je , kitaorang nak oder kenyang pulak sebab tengahari tu melantak 3 pinggan nasi..hahaha

Mummy nak tiup lagi..

Tengok la kek tu sampai dah nak hancur dia potong..nasib baik ambik satu slice kalau ambik seketul kek , jahanam..haha

Happy birthday sayang mummy..mummy doakan Raiisah membesar dengan sihat, jadi anak solehah dunia dan akhirat..ni je mummy dengan daddy mampu buat untuk gembirakan Raiisah..tahun depan ada rezeki kita celebrate dengan adik sekali ye..kebetulan adik pon nak keluar bulan 10 ni.. senang celebrate sekali..

 Kita layan mekcha tiup lilin yang ke 10 juta kali..

Mmuah cikit cayang mummy bucuk masham ni..

Nak tiup lilin lagi..ingat dah abis dah sesi meniup lilin..ermmm layankannnn..

Dengan daddy pulak..

Daddy dah kerut2 muka malu tengok anak dia menjerit2 nyanyi lagu happy birthday..

Kemain mulut nganga nyanyi macam tu..over nauuu..anak siapa ni?? tah anak siapa tah..hahaha

Tak lenguh ke mekcha mulut tu dok meniup je...lilin pon sampai dah cair jadi kontot dah..

Alololo suweet sangat cium daddy dia..

 Opah baru sampai..Umi lambat sikt sampai sebab ada urusan..

Ok nyanyi lagi lagu happy birthday dengan opah pulak..

 Fuuhhh lagi..sukanya dia dapat tiup lilin 10 juta kali..

Fine! muka dah melebor..tengok Raiisah sempat lagi tu..

Bapak mertua je takde..Pak Gafur balik ke kampung ada emergency hal..

Birthday girl jadi horse..mummy nengok horse! tu bukan gaya horse sayang, tu gaya kangaroo..

Pastu bawak Raiisah main mainan yang bayar token tu..ingat nak bawak dia main kidz playground kat bahagian atas, sekali tengok jam dekat maghrib..takper la lain kali la bawa dia main , lagi pon Metro Point ni dekat je dengan rumah..5 minit je dah sampai..hihi Main macam ni pon dia dah hepi sampai tak nak balik..

piece : kathyjem

3 comments:

Sd.,.xphafurayyyu I'll try to be a great Rahman said...

happy besday mekcha!!!comelnya dia..smoga jadi anak yang solehah..

sinuha said...

Happy Birthday Raiisah! comel je dia ^_^

Adam said...

Selamat hari jadi.
From:

http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my