Klik Yer!! Mekasih...

Friday, April 21, 2017

Dark Choc Mummy 6 months!

 
Hai kakak2 semua..Semalam 20.04.2017 saya genap 6 bulan..

Cecece macam beria dia bercakap kannn..semalam bawak Afif cucuk..kali ni cucuk menjerit kuat giler, sampai satu klinik boleh dengar suara dia..kuat ooo Afif menjerit..bergegar badan mummy..hahaha Over nau mummy sampai bergegar badan tu.. >_<

Dan semalam for the first time Afif mamam puree..ni la saat yang ditunggu2.. macam apa je kan menunggu bagai padahal nak bagi anak makan je kot..excited sampai tak tido malam dibuatnya..kakaka ok over sekali lagi..Eh ello mummy, ni anak nombor dua kot, jangan nak kalut sangat boleh..hahaha kalut macam anak pertama..yerla kalut la kejap..raiisah pon dh 5thn..

Untuk kali pertama buat puree carrot & sedikit nasi..kalau ikutkan aku nak bagi Afif mamam puree carrot je tapi mak suruh letak nasi sikit pastu lenyek..mak tak nak pakai blender nak lenyek cara orang dulu2..kang blend panas2 takut rosak pulak blender tu..ok mak..kalau mak buat, ok la manual..kalau suruh saya blender la jawabnya..hahaha orang skang semua nak cepat..mak2 kita dulu macam ni la cara nak bagi anak makan..lenyek2 je pakai sudu..sihat panjang je anak tu..😁

Mula2 buat muka terkejut tengok puree depan mata..taruk kat mulut sikit terus terkebil2 dapat rasa..mesti dalam hati Afif berkata-kata macam ni..apakah ini?? apakah ini??

Carrot tu kan ada rasa manis, sedap la sikit Afif nak makan..nurse semalam awal2 dah pesan, dalam masakan Afif, Puan jangan letak garam, jangan letak minyak, jangan letak tambahan perasa dalam masakan..once dia dapat rasa abis la..lagi pon dia masih baru lagi, so jangan la bagi ye Puan..baik nurse..

Tak cedap ke dik..

Tak pandai lagi nak telan..setelah berkali-kali menyuap akhirnya Afif sudah pandai menelan..macam tu la anak mummy, suka makan macam mummy..

Pasni susu jatuh nombor 2..nurse bagitau Afif kena bagi makan kalau boleh sehari 3 kali..ermmm sehari 3 kali...ermmm bukan baby baru start makan kena bagi 2 kali je ker..nurse bagitau semalam baby baya Afif ni makan macam kita jugak, kena sehari 3 kali dan nurse suruh aku makan 5 ekor ikan sehari untuk memperbanyakkan susu, takpon 2 ketul ayam dah sedikit nasi..nasi jangan skip kena makan..ibu menyusu tak boleh diet nasi..sian kat anak nanti dapat susu yang tak cukup nutrisi..

Ayam 2 ketul tu aku ok lagi..ikan 5 ekor sehari makan, macam tu tak boleh hadam je..hahaha banyak weiii sehari 5 ekor..dua ekor ok lagi masuk 3 ekor terkulat-kulat nak abis..

Diakhiri dengan gambar kakak..siapa cakap muka Afif dengan Raiisah sama..lain sangat kan..Afif mummy pesan ni, gigi jangan macam kakak tau..hehehe Ok bui~~

piece : kathyjem

3 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

comelnya afif..haha...muka macam terpaksa makan je kan.nanti dah pandai makan,tak sempat nak ambil dah bukak mulut gaknya

efa said...

alahai comelnya..

Zuana said...

alolooo sian dia.. sakit tu kena cucuk...
sian afif..