Klik Yer!! Mekasih...

Monday, December 30, 2013

Kelebihan dan Khasiat Sarang Burung untuk Bayi & Ibu Mengandung

Masa mengandungkan Raiisah aku amalkan minum air sarang burung sebab bagus untuk ibu dan baby dalam perut.. Ada jugak aku tanya doktor ok ker minum sarang burung ni ada effect tak kat baby ngan ibu.. Doktor kata bagus minum air sarang burung ni dan amalkan..

Dengar doktor kata bagus lagi aku bertambah confident sebab kakak aku masa die mengandungkan dua orang anak die pon memang die amalkan minum sarang burung ni.. Tengok kulit anak buah aku yang si abang tu masa baby putih gebu cume dah besar hitam sikit la sebab dah besorkan suke berjemur.. hahaha Yang si adik pon sama keluar jer dari perut kakak aku, putih bersih kulit takde mengelupas pon..

Ada yang tanya aku minum brand apa.. Banyak brand aku minum sebenarnya..hahaha Saje nak rase air sarang burung mahal murah macam mane rasenya.. hahaha Gedik haih..ekekeke.. 2 brand bawah ni jer yang aku ingat ada lagi 2 brand tak ingat..hehehe

Gambar kat atas ni paling sedap tapiii mahal sikit la.. Kalo nak lagi bagus ambik yang banyak sarang burung die lagi banyak khasiat bagus untuk baby dalam kandungan.. Kalo yang banyak air kuranglah die punye sarang burung tu tapi khasiat jugakla.. Rase die hurmm dap dap..Sebenarnyaaaaa takde rase pon..muahahahaha Rase manis jer tapi serius memang sedap takde hanyir... Kalo brand BRAND'S tu die hanyir sikit tapi masih sedap boley minum... =)

Brand Niah Bir's Nest kat farmasi takde jual tau ada jual kat shopping mall macam Midvalley ker yang memang jual khas sarang burung.. Ha kat situ ko tengok la harga sarang burung tu yang hitam yang putih yang kering semua ada harga jangan cakapla sampai ribu raban pon ada.. Yang tu dieorang ambik dari gua Sarawak sebab tu mahai..

Yang brand BRAND's ni murah sikit la tak silap aku 1 kotak ada 5 ker 6 botal harga dalam rm90 macam tu.. Kat farmasi ada jual.. Aku selalu beli Guardian or Watson.. Seminggu elok minum satu botol tu.. Nak bagus minum 2 botol seminggu tapi banyakla ko nak kena beli 2 kotak sebulan mampu.. =P

Telan jer macam tu takyah campurkan dengan air ke apa ker minum jer.. Lagi sedap ko simpan dalam peti ais minum sejuk2 macam tu... Tapi ingat kalo dah bukak korang kena terus minum tak leh simpan lama2 nanti takut khasiat die hilang.. Gitew..

Kalo mane yang tak tau dan malas nak google apa kelebihan dan Khasiat Sarang Burung Layang-Layang ni kat bawah aku ada terangkan sikit.. Sila la baca kalo rajin.. ;)
 
1. 'Gen Kecantikan'
Sarang burung terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit ("EGF"). EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan. Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.
 
2. Untuk rawatan penyakit pernafasan
Sarang burung berfungsi ajaib untuk penyakit yang berkaitan sistem pernafasan. Beberapa buku perubatan purba menekankan terhadap kebergunaan sarang burung ke arah sistem rawatan penyakit paru-paru. Ini kerana, ia bertindak sebagai "agen pembersihan paru-paru" untuk perokok tegar.
 
3. Mengkuatkan Jantung, Kesan Antihipertensi
Ekstrak daripada sarang burung mempunyai keupayaan mengukuhkan jantung. Pengambilan kerap ekstrak sarang burung juga menunjukkan keputusan penting dalam menurunkan tekanan darah.
 
4. Anti-pengoksidaan, Anti-Penuaan
Kajian perubatan menunjukkan sarang burung adalah makanan yang mengandungi antioksidan di mana membantu dalam detoksifikasi. Penggunaan jangka panjang sarang burung juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.
 
5. Produk kesihatan terbaik untuk wanita hamil
Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia. Sarang burung mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik. Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan SA yang tinggi.
Mengikut kajian Jepun, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi.
Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu,dan meningkatkan imuniti
.
 
6. Anti-Penuaan, Memperbaiki Saluran Pencernaan
Ia membantu menguatkan tenaga,meningkatkan gaya hidup aktif dan meningkatkan keupayaan memori terutamanya bagi golongan orang tua.
 
7. Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik
Mencantikan kulit dan menjadikan kulit licin dan cerah. Serta boleh mengurangkan kedutan dan jerawat, menstabilkan kitaran haid, membantu melegakan sakit haid.
 
8. Mengelakkan arteri tersumbat, tekanan darah tinggi (hypertensi) dan penyakit- penyakit yang berkaitan dengan jantung.
 
9. Lain-lain faedah
Membantu melegakan kesakitan sendi dan Mesopotamia, menguatkan bahagian belakang dan menyihatkan buah pinggang. Melegakan keletihan dari tekanan.
Menguatkan daya tahan tubuh untuk mencegah demam, selesema, mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Berkesan dalam rawatan sirosis hati Hepatitis B.

Ok tu jer kesimpulan yang aku boley terangkan sikit apa khasiat air sarang burung layang-layang ni... Selamat membeli dan mencube..

piece : kathyjem

17 comments:

~♥dieyba_baby♥~ said...

thanks akak.. infoo

Dunia Mommy Comel said...

saya mmg makan sepanjang tempoh peknen alhamdulillah kulit saya dan bayi terhindar dari sbrng penyakit kulit..jugak kesan dari amaln makan sarang burng saya xdapun sm kat perut dulu kini insyallah selamanya kesan parut seasor pun xnmpak. Tapi saya makan walid gold

Anonymous said...

blh minum dr awl pregnant ke

Unknown said...

Sy de mnjual sarang burung y segar...1bekas rm40....sarang burung ni sy proses sndri mggunakan air tasnim gau....sarang burung ni sy ambil dri rmh burung y sy usahakan brsama family..sarang burung y ori xde cmpur pe2 bahan...xboleh mkn byk sgt takot panas...panas mcm mkn durian y byk...wt masa ni sy jual sarang basah...xdkeringkn sbb lbih mudh utk dmkn..simpan dlm peti sejuk...sarang burung basah xleh simpn melebihi 2mggu...selalunye xsmpai 2mggu pon dh habiz dh..xprlu risau..skali mkn hanya sebesar ibu jari tgn shj...3x sehari..pg lg elok sblm mkn pe2 mkn sarang burung dulu baru mkn bnde len... tgh hr dan mlm sblm tdo..
.klo brminat boleh whatsapp / call sy 0187616617..
Terima Kasih..

Unknown said...

Ye boleh kak...dr awal smpai lh baby lahir...dlm pntang lps bersalin sy xtw la boleh mkn ke xsarang burung ni...kne mnx ncht doctor..

Mrs Ad said...

If nak cuba air sarang burung walit assunah leh contact sy..0133312109-lin

Unknown said...

Kalo dari kandungan 2 bln pon da blh minum la ya kalo gitu.. sy tgh minum ni.. thanks ya info

Anonymous said...

Kala tau drpd awal2 pregnant tuari dh minum..ni dh 7bulan baru nak try ..ruginya..����

Unknown said...

Terbaik la...tima kasi ilmunya..😍😍😍

Zulhilmi said...

Tuan Tanah, nak tahu, kalau area Mid Valley tu kat mana yang diorang jual sarang burung ni, or if kat area luar shopping mall kat mana boleh dapatkan jenis sarang burung ni ye, samada raw atau yg dah process. thank you tuan tanah.

Unknown said...

seawal bebarape minggu kandungan pon boleh minum ye sarang burung ni

Unknown said...

kalau ibu menyusu boleh ke minum sarang burung with collagen jenama ecolite

Unknown said...

Kalau ibu menyusu boleh ke minum air sarang mcm jenama ecolite yg ade perisa laici tu

Unknown said...

Kalau ibu menyusu boleh ke minum air sarang mcm jenama ecolite yg ade perisa laici tu

Unknown said...

Betul ke sarang burung walot Ni blh minum jika mengandung... Sy mcm takutw aje

Unknown said...

Saya jual pure birdmest dari sysfel..1kotak ada 14sachet rm120shj
93%birdnest 7% rock sugar,water and ginseng..boleh whatsapp saya 0135222782

Unknown said...

sis org mnyusu badan buleh ka minum sarang burung