Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, January 7, 2015

Kenapa Sedap Sangat Kit Kat Rubies ni!

Hari tu dapat jemputan menjadi orang pertama untuk cuba produk terbaru dari Nestle iaitu KIT KAT Rubies..Best dapat jemputan macam ni.. Dah la aku ni pengemar KIT KAT..suka suka suka.. ^_^

Awal pagi dah terpajak depan Hotel Royale Chulan Damansara.. Masa ni tengah tunggu Filla.. Dah sampai dok mesej dia tanya parking kat mana.. Sekali si Filla bagitau dia parking kat eCurve jenuh la nak menapak.. Aku kebetulan pakai Waze..hahaha Boleh blur nak pergi Hotel Royale Chulan ni celah mane??!! padahal selalu kot lalu depan Hotel ni..hahaha

Nasib baik Kak Filla pon dapat jemputan sekali.. Ada la geng nak berselfie..hahaha.. Biaserla orang pompuan nampak cermin terus silang kaki feeling2 peha tu nampak kecik..kekeke

Ni la dia Talent Manager, Nuffnang..Melisa.. selalu bermesej2 dengan dia now jumpa depan mata..Hai Melisa..!

Sebelum event start feeling2 Princess Sofia jap depan backdrop wall KIT KAT..kekeke

Bersama Kak Filla.. Alolo Filla comel sangat riben atas kepala tu..

Bersama blogger2 yang hadir untuk pelancaran produk terbaru Nestle, KIT KAT Rubies..

Ok event dah start.. Tak sabar nak rasa KIT KAT Rubies! Emcee pagi tu, Ms Nadia Heng..

Pengarah Eksekutif Perniagaan, Nestle Sdn. Bhd, Sachin Goel memberi ucapan sepatah dua kata..Beliau memberitahu, KIT KAT Rubies dicipta bagi memberi kelainan pada kehidupan seseorang..Setiap permata coklat ini diadun dengan rasa kasih sayang daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup.. Glup! dengar die cakap macam tu terus rasa excited nak cuba coklat KIT KAT Rubies!

Memperkenalkan coklat bermutu tinggi iaitu KIT KAT Rubies..


Setiap permata coklat ini diadun dengan rasa kasih sayang daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang ranggup, dan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dalam gilapan coklat susu yang halus.. Tengok macam tu pon dah meleleh air liur belum rasa lagi..hahaha

Krim trufel coklat yang dihasilkan daripada beberapa ramuan terbaik yang didatangkan khas dari Sepanyol..Ooo patut la sedap teramat, bahan2 dia dari Negara Sepanyol..

Kiteorang diberi peluang untuk hasilkan coklat yang unik dan tersendiri dalam event..

Ni bekasnya dimana coklat tersendiri kita diacukan..

Antara topping yang disediakan untuk ditaburkan dalam coklat..

Aku campur semua topping yang ada kat situ sebab semua pon aku suka..hahaha

Dah siap masukkan dalam fridge.. tunggu dia keras baru boleh makan..

Makan cair2 macam ni pon dah sedap..Rasa dia alahai tak terkata kesedapan dia.. Kalau ikutkan nak jer abiskan saki baki coklat yang tinggal tu..hahaha Sedap sangat.. Dah la aku ni hantu coklat.. Sehari tak makan nasi dapat makan coklat pon boleh tau..hehehe

Bersama Kak Filla lagi..

"Berehat Sebentar Bersama KIT KAT"..

Cantikkan kotak dia..Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk keluarga, kawan-kawan, Anniversary, Hari Jadi or Konvokesyen..Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan.. Sekotak tak silap aku hanya RM35.90 ada 20 biji KIT KAT Rubies..

Tak tipu sangat sedap KIT KAT Rubies ni daripada Kit Kat yang biasa..Memang menawan hati dan memukau selera..Makan satu tak cukup mesti nak lagi dan lagi sedar2 satu kotak licin abis aku makan..hehehe

Ok jangan lupa mencuba KIT KAT Rubies ni pasti korang menyukainya..Tak caya pergi beli hari ni jugak..hehehe

piece : kathyjem

21 comments:

Unknown said...

sedap nyeee chocolate..nyum nyum..

Siti Asiah said...

Menarik sangat kotak dia tu, nk crik jugak la...;)

adda syuhada said...

Ok..ok.. lepas ni nk kena g cari kat kedai..jeles plk tgk pic yg makan coklat cair2 tuh....:)

DYatie ABakar said...

Oiiii. Terliur! Nak cari ah nanti

Anonymous said...

macam mana nak dapat jemputan macam akak ni....teringin gak nak join...

kathy jem said...

Nelly Sapri : serius mmng sedap nnti pegi beli try makan..hehehe

kathy jem said...

Siti Asiah : cantikkan kotak die..kat Tesco ada jual.. ;)

kathy jem said...

adda syuhada : hehehe cari tau..pas makan ni mesti tak boleh stop sebb sedap sangat..

kathy jem said...

DYatie ABakar : ok ok cari jangan tak cari..hehehe

kathy jem said...

Afidah Azmi : ni akak dpt jemputan khas dari Nestle.. =D nanti awk join Nuffnang untuk dpt jemputan khas macam ni.. ;)

FadMN said...

Bestnya dapat g event cenggini kan.
FAD

budakbandunglaici said...

kena pergi beli kat supermarket ni..

SyuQ said...

macam sedap
kene carik gak nanti ;-)

SyuQ said...

macam sedap
kene carik gak nanti ;-)

nora razalli said...

ok! skank jgk nk g crik! ..hihi

Khir Khalid said...

Menarik.. sedap tengok. Mmg kena cari ni.. :)

Dunia Zumal said...

Tak sabar zumal nak pergi cari Kit Kat nie...

Unknown said...

wahhh ....ingatkan shila hamzah makan coklet tadi ..huhu ..macam sedap ja kitkat tu ..nak cari juga laaa ..

Blog Nur Balqis Qahira said...

wah,sedapnyer kit kat tu..kotak merah lagi tu

Pojiegraphy said...

Bestnyerrrr. Ingatkan post ni ditulis oleh Shila Amzah tadi heee

SK said...

wow, nak kena try rasa kitkat baru ni.. hehehe