Perjalanan
mengambil masa 7 jam..Bertolak pon dah malam sampai2 hari pon dah cerah.. Cuaca
kat Tokyo pagi tu Alhamdulillah baik..
Sampai2
terus pakai trench coat..dah stanby sebab dah tahu sejukkan..Tak pernah
pergi negara sejuk so tak tau feel dia macam mana..harap badan ni dapat
bertahan la..Ok masa ni baru perasan seluar long john tak bawak dalam luggage
bag.. T_T
Masa kat airport dah boleh rasa aura2 kesejukan kat luar tu..agegege boleh tahan ker tak ni.. Sejuk kat ofis pon dah gigil2 ni kan pulak kat negara sejuk..mau beku tak gerak2 aku kat situ..hahahaha Over sampai kat luar airport pon tak lagi.. =P
Masa kat airport dah boleh rasa aura2 kesejukan kat luar tu..agegege boleh tahan ker tak ni.. Sejuk kat ofis pon dah gigil2 ni kan pulak kat negara sejuk..mau beku tak gerak2 aku kat situ..hahahaha Over sampai kat luar airport pon tak lagi.. =P
Saya berada di Tokyo sekarang ni..Tidak percaya..!
Nyah awal2 dah pakai glove sejuk katanya..senang pakai siap2..hehehehe
Masa ni
baru pukul 7.20 pagi..Jepun dengan kita cepat satu jam jer..Contoh Jepon 8.20 pagi
kat Malaysia 7.20 pagi..giteww..lebih kurang macam tu la.. Sebelum keluar
airport cari toilet dulu sebab nak shi shi..hahaha Ada kejadian masa kat toilet
ni tau..nak cerita pon malu la takyah la cite mesti korang gelak2.. yerla first
time kan datang Jepun..hahaha
Sampai
kat airport ada orang jemput.. Tour guide dari Jepun, Aime nama dia..Dia la
yang akan bawak aku dengan Nyah selama 4 hari berada di Tokyo..
Ok kena beli tiket dulu..
Dari
Narita station kita semua naik Keisei Skyliner untuk sampai ke Nippori..
Ni la Cik Aime kita..Aime ni orang Malaysia belajar kat sini..boleh berbahasa Jepun dan Melayu..Cakap laju macam orang Jepun gak..Yerla 5 tahun dah die dok kat Jepun memang fasih la cakap Jepun..
Nak naik Keisei Skyliner..
Tambang untuk naik Keisei Sky Liner untuk ke Ginza Subway Line ni dalam 1,240yen untuk seorang..
Kami
diberi phone untuk emergency call..terkejut masa Aime bagitau phone ni
takyah charging selama sebulan terus muka tercengang-cengang..biar betul Aime
sebulan takyah charging.. ye kak sila la percaya..hahahaha
Perjalanan
mengambil masa sehingga 39 minit..lama tu boleh tidur jap..
Menikmati permandang bangunan & rumah2 di Tokyo...Macam tak percaya di negara Tokyo..rasa macam sedang melihat tv dalam drama Jepun..hehe
Sempat bergambar dalaam Keisei Sky Liner..Alamak polis kat belakang la..hehehe eh bukan polis la satff station keretapi buat rondaan.. =P
Nak
singgah pergi toilet sekali ternampak vending machine dalam tren okey.. Canggih
betul..Rasa2 lepas shi shi, haus boleh beli air kat vending machine ni.. =P
Toilet dia canggih gile dah macam toilet hotel..
Semua toilet dia tekan button je takyah nak tarik pintu toilet tu..Tekan button hijau Open la pintu tu, yang merah Close..senang & mudahkan..
Disediakan ruang yang besar untuk letak luggage bag..
Pintu dari gerabak ke gerabak lain hanya touch sajer ye takpayah keluar tenaga nak tarik pintu..
Aku
perasan la rumah dorang ni kebanyakkan semua colour lebih kurang sama tak macam
Malaysia ada rumah colour hijau pink oren.. Rumah Jepun pulak kebanyakkan
colour pastel.. tu yang nampak kemas dan tersusun je..suka la strukur bangunan
rumah macam tu..Dan kebanyakkan ruang rumah dorang tak besar muat2 untuk letak
katil almari jer sebab ruang terhad..
Dapat jugak bergambar dengan Keisei Sky Liner..salah satu keretapi limited-express airport train service..
Yeee dah sampai Nippori Station..
Pastu naik JR Line untuk pergi ke Shinjuku Station..Sebab Hotel kami kat Shinjuku..
Escalator takda uwaaaa....
Gigih ko
bawah bag besar gajah turun tangga..hahaha.. kat Jepun kebanyakkan station
keretapi dorang jarang ada escalator sebab rakyat dia suka exercise..sebab tu
badan orang Jepun kedil2 sebab dorang jarang bawak kereta time weekend dorang
bawak kereta hari biasa naik train..
To
Shinjuku..Kat sini aku perasan tren dorang takdela susah mana cuma kita kena
tahu tempat mana yang nak pergi kalau tersilap tu yang pening..
Kat
Shinjuku Station dorang tampal poster SALE....ada sale besar-besaran dekat
Lumine Department Store..so memang murah nanti kita akan ke situ tapi kena
letak bag semua kat hotel dulu takkan nak bershopping bawak luggage bag tu sekali..gile..hahaha..Masa
ni Aime tengah tanya guard kat situ ada escalator yang berdekatan..Sebabkan
kiteorang kan bawak bag gajah kan mana larat naik tangga..
Dah
sampai JR Line station masa perjalanan hanya 4 minit.. Masa ni kaki dah start
sejuk membeku sebab tak pakai long john kan..Cari toilet bukak bag terus pakai
long john..baru lega sikit kalau tak rasa macam jalan dalam peti ais..
Naik
tangga lagi..Cayala Nyah...hahaha Aime tu kan dah biasa kat Jepun jadi jalan
pon dah mcam orang Jepun laju jer.. tinggal la kami tergedek-gedek macam itik
kat belakang ..hahaha Akak sori tau kalau saya jalan laju bagitau nanti
saya slow sikit..hehehe dah terbiasa
kan..Yee takper takde hal la akak faham..nanti Aime kat depan akak kejar okey..
=P
Tengok
gambar makanan ni semua terus lapar..dah sejuk2 ni cepat nau lapar..padahal
dalam flight dah melantak nasi..
Gigih membawa bag gajah akhirnya sampai kemuncak..agegege sejukk!!! nak mencari hotel pulak..
Hotel kami seberang jalan tu..Eh eh Kimura Takuya..Dulu minat gile kot kat Kimura Takuya ni..tengok drama dia kat tv tak tinggal ok..setiap episod aku tengok tau, tak miss okey..hehehe Orang Jepun panggil dia Kimuta..hehe
Tempat parking basikal.. takleh letak basikal merata-rata..
Kena seberang
jalan..gigil2 jugakla masa ni nak berjalan ke hotel..Nampak macam tak sejukkan
tapi ya Allah tuhan je tahu sejuk dia macam mana..Takper baru hari
pertamakan..esok lusa biasa la tu..
Labi Shinjuki..Tempat barangan gadjet..
Ingat tempat apa la sekali Aime bagitau ni la kak tempat orang Jepun karaoke..Jepun memang terkenal dengan aktiviti karaoke ni..dorang lepas penat berkerja ni la tempat dorang berhibur..
Test
vokal jap..alalalaala..hahaha Ok uncle malam karang saya karaoke sini
tau..hahaha Macam la uncle tu faham kan.. =P
Masa
kiteorang tengah lalu tiba2 ada orang menjerit kat teksi hijau tu..Nampak teksi
hijau tu yang dok atas line putih tu..Sepatutnya teksi tu kena belakang dari
garisan putih tu..Tu kira dah melanggar undang2 jalan raya..
Mamat
yang baju biru tu marah sebab tak ikut udang2 jalan raya..Siap call sape tak
tahu la rasanya polis la kot..Buat report pasal teksi hijau tu melepasi garisan
putih..dasyat orang Jepun ni on the spot call terus..
Escalator
tutup sebab awal lagi..sbb diorg
bukak pkul 11am..
Hotel kami dekat dengan Seibu Shinjuku Station..Naik 1st floor dah sampai…
Dekat jer
dengan hotel kami.. Kalau korang nak tahu Shinjuku adalah antara 23 bandar
utama di Tokyo.. Shinjuku terkenal sebagai pusat beli -belah, hiburan dan
perniagaan.. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling
sibuk di dunia..Antara tarikkan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Goverment
Office, Kabukicho Red Light District dan pelbagai pasaraya seperti Isetan, Takashima,
Odakyu Department Store, Keio Department dan Big Camera..
Setelah meredah lautan sejuak sampai jugak hotel kami Shinjuku Prince Hotel..hehehe
Sampai2 Aime uruskan bilik kami..Kiteorang just checkin letak bag sebab banyak tempat nak pergi ni..Malam karang baru balik hotel..
Lepas letak bag semua tu kami ke Seibu Shinjuku PePe nak shopping..
Kasut kat
sini cantik2 dan murah sebab tengah Sale kan tapi kali dengan duit kita mahal
la kot..
Lawanya baju dia..Nak beli satu bawak pegi Korea la..eh..hahaha
Seibu
Shinjuku Pepe ni actually ada 8 tingkat, semua underground banyak baju dan
accessories.. cakap jer nak contact lens, makeup, beg semua ada cuma pening tak
pening je nak pilih..masa ni dorang dah start jual barang spring..
Cantikya kedai accessories ni..
Jalan2 melihat sekitar bandaraya Tokyo..
Kat Ginza ni kawasan jual barang-barang berjenama macam LV, Prada, Gucci semua tu, kiranya kawasan ni macam ala Pavillion la..Kawasan shopping untuk orang2 kaya.. tapi tak beli pon tak mampun dik non..mampu lihat jer..jenis ahkak ni tak kisah jenama apa pon..pakai beg Zara, H&M pon ok janji cantik dan murah..hehehe
Big Camera.. Kedai elektronik terbesar di Jepun..
Eh eh bunga..rasa macam nak petik satu..hehehe geram jer tengok..dekat Jepun ni banyak pokok2 bunga kecil macam ni taoi cantik..Mungkin bunga macam ni sesuai dengan iklim sejuk..
Beli
tiket nak ke Harajuku...
Senang je nak guna mesin ni..Macam biasa masukkan duit dan pilih destinasi mana nak pergi..tapi kiteorang beli touch and go Jepun dari machine ni, nama card dia Suica..cara dia, masukkan duit, pilih nak beli card, pastu dia akan keluar kad hijau..harga card ni 500yen (RM15)..
Kiteorang hari tu topup dalam 200yen (RM6)..lepas abis boleh topup lagi..Nak senang beli card ni terus, takyah beli tiket kat machines setiap station..
Masa
nak ambik gambar train ni laju2 suruh Nyah ambikkan..Aku rasa jauh lagi kot
train tu bile toleh kanan zasss depan mata..laju weiii dah la aku berdiri kat
situ rasa macam angin taufan lalu depan aku berderau jantung nasib baik tak
melayang kat train tu..
Dalam
train bersama Aime.. dia la yang akan translate kat kami apa yang orang Jepun
cakap or apa yang kami tak faham..
Kami di sini..
Kalau korang nak tahu Takeshita Street ni adalah pusat peragaan fesyen remaja paling extreme di Jepun.. Kat sini banyak butik pakaian yang terkenal yang menjual pakaian yang unik dan aneh..haaa pakaian pelik2 korang boleh tengok kat sini..Nampak jalan tu macam berlaga2 bahu kan tapi sebenarnya tak pon..Dan kalau nak datang sini kena datang hari Sabtu dan Ahad sebab golongan remaja kat Jepun ni akan berkumpul kat Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian custome yang comel macam watak anime semua tu...
Sekali ternampak Harajuku Crepe! selalu baca dalam blog jer now dapat makan..So siapa2 datang sini wajib try crepe dia tau sedap sangat!
Ok nak pilih mana ni semua pon menarik macam2 perisa ada..satu crepe harga dalam 500yen (RM15)..Kena beratur dulu..
Aku pilih Gelato Berry Berry & Cream harga dalam 550yen (RM16)..
Sedap
weiiii serius tak tipu walaupon sejuk still mampu makan sebab waktu makan ko
takkan rasa tu macam makan aiskream..hehehe
Beli souvenir
kat sini murah..harga dalam 350yen (RM10) compare tempat lain mahal so korang
beli souvenir kat sini tau..
Kasut pon lawa2..nak jugak rembat satu kali duit kita uwaaaaa tak mampu..hahaha
Apa macam ada gaya penyanyi Jepong tak..hahaha Tibe2..
Sejuk2 pakai kasut ni best ni..cakar orang pon sedap..
Pastu kami try Purikura Machine..saja nak mengedik bagi muka nampak cute ala orang Jepong..
Masukkan duit dulu..
Boleh
pilih nak angle macam mana..nk full nak separuh semua pon boleh..Kiteorang
ambik dua2 sekali...Dah lama tak ambik gambar pakai guna Purikura Machine
ni..dulu zaman sekolah pernaha gak buat tapi tak secanggih macam kat Jepun ni
la..itu 10 tahun lepas punye cerita..
Siap boleh
pilih nak naturalkan muka boleh nak flawless extra putihi macam Qu Puteh pon
boleh.. Baru la Putih! =P Boleh pilih effect yang korang suka, macam aku
belasah jer janji cantik dan chumel..eh!
Takut pulak tengok muka aku macam tu..Kalau real macam larik tak pijak tanah orang tengok..hahaha
Sekali sekala rasa diri remaja padahal dah mak orang..hehehe
Banyak machines purikura ni, kita boleh pilih mesin mana yang kita suka..
Tshirt2
macam I Love Tokyo semua tu ada jual kat sini tapi tak beli sebab rasa macam
rugi sebab TShirt simple harga dalam RM45!..uwaaaaa...
Kepada
yang suka shopping kat sini memang seronoklah untuk menggunakan YEN..kepada
yang tak nak shopping boleh ajer datang cuci2 mata or bersiar-siar ajer...
Eh Mcdonalds.. kat Malaysia pon boleh makan..hehe
Yeaaa
jumpe jugak Daiso Pinky! Lebih murah dari Malaysia sebab kat sini 100yen
(RM3)..oklaa 108
yen termasuk tax, tp still lg dlm linkugan RM3..hehe
Makanan pon semua 3ringgit..
Tangan sejuk tumpang sat..hahaha
Jumpe
jugak fesyen pelik2 ni..walaupon dorang pakai pelik tetap unik tau..comel pulak
tu..rasa nak cubit pipi2 dorang ni..
Beli
souvenir lagi sebab dapat murah kat sini..beli untuk teman2 rapat jer la kalau
nak beli satu ofis kopak makencik mahal kot..hahaha Satu fridge magnet pon
dalam 10 ringgit..kawan ofis ada 40
lebih..kali la berapa nak kena beli..pengsannn..memang tak laaaa..
Ingat tempat apa ramai2 kat dalam tu..
Rupanya tempat jual gambar2 collection artis Jepun..nama kedai ni "Idol On Stage" alaaa comel2..
Kasut dia
lawa2 ingat nak ambik satu tengok harga pengsan rm300-600..tak mampu I nk
bayar..korek2 poket tak cukup..hehehe letak balik kasut takper jalan2 kat depan
mana tau jumpe yang murah sikit..
Kat
Takeshita Street ni pakaian pelik2 semua ada jual kat sini..
Macam nak
beli satu tapi kang pakai kat Malaysia tidur mesti kena pasang aircond paling
kuat..hahaha
Kit Kat Green tea! murah! sapa suka KitKat Green Tea kena beli kat sini sebab aku beli kat airport mahal dalam 500yen.. T_T
Barang makeup murah2.. tapi tak beli pon sebab makeup yang ada pon tak pakai sampai nak expired..hehehee
Pencuci
muke biore RM6..
Shampo Pantene..
Aime dengan
Nyah borong barang makeup..
Tsubaki..Shampu
paling famous di Jepun..
Toner and cream muka yang murah dan bagus di Jepun..tp kalo beli kat pharmacy Malaysia
mahal kot..
Lip balm
chulip ni murah dalam 648yen (RM19) hari tu tengok kat Guardian dalam RM25.. O_O
Nak beli
ke tak nek beli ke tak sebab lupa nak bawak sunglasses..
Tengah jalan2 ingat celebrity rupenya dorang ni tourist..
Lapar nak
makan kebab.. masa tengah beli tak sangka orang Jepun suka makan kebab
sebab beratur panjang kot masa ni..
Kebab
ayam..sedapnya da tengah lapar dapat makan kebab heaven tapi tak abis sedap
portion dia besar..
Orang
Jepun ni kan sangat prihatin tentang kelihatan cantik dan fesyen adalah
bagaikan agama terutamanya di bandar2 besar macam Tokyo & Osaka..Tak
kira siang ke malam, naik keretapi atau berbassikal, pergi membeli belah atau
pon ke taman tema dorang tetap bergaya..Nampak kasut tumit inggi tu kalau kita
terkangkang nak jalan dengan kasut macma tu..kagum aku dengan budak2 Jepun ni..
Ni lagi
satu terserempak fesyen comel ni dalam Laforet Mall..Chumelkan..Nak jugak la
pakai macam tu..hahaha
Dari jauh ingat dorang beratur untuk apa rupanya nak beli popcorn garrett..ingat apa la tadi beratur panjang...
Depan Harajuku Station..
Displin orang Jepun ni walaupon kereta takde tetap menunggu sampai lampu bertukar warna
hijau dan tandanya jalan..
Kalau musim bunga mesti cantikkan..
Pintu dia kagum aku tengok..
Eh eh jumpe vending machine touch screen la..dasyat!
Sebelah vending
machine model lama..Aku rasa kat Jepun je kot yang ada vending machine
untuk minuman panas..
Pas tu
ternampak Uniqlo..semua pon tahukan Uniqlo adalah brand dari Jepon..So siapa
yang nak pergi ke Jepun tak sempat nak cari baju sejuk boleh cari kat sini
murah kot compare harga kat Malaysia mahal..hari tu aku beli baju long john kat
sini baru RM20..kat Malaysia RM59 kan..nampak beza banyak tu..macam baju winter
semua kat Malaysia dalam 289 kat sini baru 210 ringgit..
Seluar
tidur murah sangat baru 690yen baru 21 ringgit..rugi pulak beli satu tau beli
dua..kat Malaysia 40 kan..
Toho
Cinemas..Cer teka tempat ni untuk apa?? untuk dorang layan movies..ala ala
macam tgv & gsc semua tu la..
Kat Jepun
motor2 dorang comel..kalau hujan mesti tak basah..hahaha
Tengah
jalan2 ingatkan apa rupenya dorang ni semua tengah promosi produk
makanan..ingat apa la tadi..sampai nak lalu pon dah cuak2..hahaha
Yeaaa dapat biskut & coklat free..balik hotel nanti boleh makan..
Lori
belakang tu tengah promosi artis baru..Nama kumpulan tu Group Levo..Dasyat
jugak cara dorang buat promosi untuk artis baru..
Peminta G-Shock mesti menangis berdarah tengok jam2 kat sini..lawa2 kot..tengok design ada tu yang murah ada tu yang mahal tapi design2 jam dorang ni takde kot kat Malaysia
Kamera
pon murah beza 200-300 duit kita..nak beli Nikon J4 tu sebab model tu best kot
tapi tapi tak beli la..kalau beli tak dapat la beli benda yang lain.. eh murah
tau kat Jepun dalam 54,000yen (RM1600)..kaat Malaysia dalam RM19++..beza banyak tu.
Segala mak nenek card ada kat sini..Memory card, SD card smua ada..
Gigih
menanya..nasib baik ada Aime kalau tak terpaksa keluarkan Translator phone..hehe
Tengah
kira2 budjet cukup tak nak beli kamera Nikon 1 J4 ni..arghhh tak cukup...sob
sob..
Pastu kami ke kedai Lush yang menjual barangan mandian, facial wash, dan lain2..masuk2 kedai ni terus rasa nyaman, wangi sangat bau kedai ni....
Colourfull betul Lush dia..nak pakai pon sayang...
Nyah dan
Aime cuba untuk produk Scrub Badan..
Kena
tunggu berapa minit baru boleh basuh..
Macam2
bahan ada..Cupcake pon ada..hahaha Mesti waktu scrub tu rasa macam nak makan..
Tak sure
ni sabun untuk apa tapi unikkan balut dengan daun macam tu..
Lepas
dibiarkan berapa minit atas tangan tu cuci..! wahhh kulit rasa lembut..apa lagi
beli satu lagi..
Bersama Nyah..
Pastu
kami ke Shibuya Scramble Crossing..Akhirnya sampai jugak aku kat tempat wajib pegi bila berada di Tokyo..masa ni baru pukul 3 lebih dah nak gelap dah kan..waktu siang
dorang memang cepat..Kol 6 ptng dah gelap gelita..
Kat sini
dorang tak kisah korang nak posing terlentok, berguling-guling takde siapa yang
kisah..
Mana la dorang ni semua datang..ramai benor..
Shibuya
Scramble Crossing ni adalah kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki paling
sibuk di dunia..korang tengok jer la dorang ni jalan laju menunu tak pandang
belakang tak toleh kiri kanan..asal lampu hijau jer laju jer dorang jalan..yang
heran tak berlaga bahu pon..Berbeza dengan Malaysia kan? kat sini pejalan kaki
di hormati.. Nampak jer kita nak lintas jalan, kereta akan berhenti beri laluan
kalau KL nampak kita melintas lagi di tekan break bukannya nak di slow..
Lepak jap Starbucks minum coffee..
Lega dapat minum air panas..
Tuan Belog, Aime dan Nyah..
Wifi
memang free tapi nak kena Login bagai semua tu terus tak jadi..macam pening
jer..banyak nau step dia..takper la balik hotel nanti baru online..
Layan
jugak minum kopi sambil2 tengok puluhan ribu manusia tah mana datangnya.
Ok last2 dah
tu peghak sangat tah berapa kali posing atas jalan tah..hahaha Nasib Affan
takde kalau ada kena jelingan maut dah dia bagi kat aku..hahaha
Masa kitaorang nak bla sekali uncle ni datang dekat Nyah, Nyah cakap kat uncle tu , walaupon uncle ni macam ni still gagah lagi..dah la dia sorang2 bergerak dengan kerusi roda tu..nasib uncle ni boleh cakap english sikit2..faham jugak apa yang dia explain..
Masa nak ke Tokyo Sky Tree dan Soramachi Town..Valentines day dah nak dekat jadi ramai orang jual coklat2 macam ni
Masuk
train senyap jer orang Jepun ni..suara kiteorang jer dengar..hehehe
Budaya dorang memang macam ni masuk train ko takkan nampak dorang sokseksoksek
sembang, senyap jer..
Dah
sampai Soramachi Town..
Shishi
tah berapa kali shishi sejukkan..Setiap kali masuk toliet setiap kali tu aku
pening nak tekang button mana sebab
semua bahasa Jepun nasib baik ada gambar berpandukan gambar jer la nak tekan
button mana..
Baca map..
Dapat
jugak bergambar dengan Samurai walaupun dengan baju..hehehe
Terliurrr!
Ni bukan kedai makanan, ni adalah kedai yang menjual sample makanan.. Jepun terkenal dgn product sample
makanan yang nmpak real..
Dapat jugak makan icecream paling sedap di Jepun..
Nyah oder
Coffee Milk aku oder Matcha Green Milk Tea..
Dorang gelak sebab Nyah tanya kenapa dia punye sikit aku punye banyak..hahaha
Matcha
Green Milk Tea ni korang wajib try ok sumpah tak tipu memang sedap..kalah
Baskin Robbins & Haagen Dazs..hehehe
Happy
dapat makan icecream walaupon tangan berbalut pakai glove..hehehe
Nyah punye pon sedap..
Ni semua barang2 skin care dr bahan natural yg dijual kt Tokyo Skytree…
Depan Tokyo Sky Tree...dekat level 4 sblum beli ticket masuk observation deck..
Cantik2 lampu yg diorg hias ni…lampu2 ni diorg panggil
winter illumination sbb winter kan suram, dgn adenye lampu2 ni winter nmpak
bercahaya..hehe
Ya ampun
masa ni sejuk tahap gigil..sebelah tu tempat main ice skating..
Jap lagi
nak naik atas tu…tinggiinyerrrrr…634m
uuu..
Tak faham
aku macam mane sejuk tahap gigil dorang boleh main ice skating..uwaaa krem kot
satu badan kat sini..eh tapi macam best pulak tengok dorang main ice skating
rasa macam nak join pulak..
Tak mampu
la nak duduk lama2 kat sini..1 minit jer pastu lari2 masuk dalam..
Depan Tokyo Skytree.. ^_^
Tunjuk pas VIP yeaaa takyah beratur panjang kalau tak macam bawah ni..
Depan kaunter..
Cantik tempat letak duit & tiket..
Kejap kang dia warna merah pastu warna biru pulak....
Cantikkan
dalam lif dia..,ade 4 jenis
hiasan dlm lift ni mengikut 4 musim di jepun..yg ni musim summer…summer popular
dgn musim bunga api, sbb tu hiasan ni pun mcm percikkan bunga api…
Yang ini pula hiasan winter, burung-burung berterbangan..Dalam masa beberapa saat jer kiteorang sampai dekat observation deck 350m..lajuunyeee tapi tak rasa..
Bandar Tokyo pada waktu malam..
Posing sket night view di tokyo
Benda alah ni nama dia monitor deck, ada 3 keping bercantum..korang boleh tengok video dari waktu siang sampai ke malam atau dikenali sebagai timelapse video yang diambil dari view observation deck Tokyo Skytree..
Kat
monitor ni jgk korang bole click mana2 area, nnt ade bende bulat ni keluar and
cerita history tempat2 tu dlm english…byk sgt history.. tak terigt den…hehe
Kalau
korang nak tahu Tokyo Skytree ni adalah menara penyiran televisyen dan
merupakan mercu tanda bandar Tokyo..Menari ini adalah menara tertinggi di Jepun
dan juga menara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 634 meter..Terdapat
dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450
meter..So pada ketinggian 360 darjah korang boleh lihat pemandangan cantik
banda Tokyo..
Alooo comel budak ni pakai kimono siap buat peace lagi..
Geram jer tengok..Rasa macam nak beli satu untuk Raiisah..
Tempat yang korang boleh tengok look through direct kat bawah menara Tokyo Skytree ni..ramai yang gayat..hehehe amek gambar pon sipi2 jer...
cool je, nasib baik I tak gayat hehe..merasa la jugak dok atas ni..
Nampak tak bangunan kat bawah tu..boleh seriau siapa yang gayat..tinggi gile kot..dah la malam tu angin kuat..
Belanja selfie satu kat toilet menara SkyTree before dinner..
Tengah Sale kan jadi pening sikit la nak pilih handbag mana yang berkenan dihati..Shopping handbag kat TOBU..
Lapar~ tengok luar restoran ni dah tau nak oder apa..nanti masuk dalam terus oder..senangkan macam ni..nama restoran ni Edomirakuchaya dekat tingkat 7, dia buka dari pukul 11pagi-10 malam...hehe
Aku
perasan la orang Jepun kebanyakkan retsoran2 macam ni baya bapak2 kita yang
berkerja jarang nampak orang muda kerja kat restoran2 macam ni..kalau kita kat
Malaysia orang muda jer kan kat Jepun tak ye sebab dorang ni jenis rajin
bekerja dah tua2 masih gigih kerja....
Lepas makan nak bayar tunjuk jer benda ni..
Makan
mana2 restoran mesti dorang akan bagi sapu tangan basah untuk lap tangan..
Edamame!
Aime oder Fried Tuna Meal..
Aku oder Tempura an Udon Meal..
Aime punye..
Nyah punye..
Saya punye..
Jemput makan lapar ni!
Tak sabaq den nak makannn...penat satu hari jalan..
Dah kenyang usap perut..hehehe dah jom balik hotel..
Ni bilik kami..Nyah satu bilik dan aku satu bilik..Bilik yang kami ambil ni semalam dalam 12,900 jpy (RM387) including breakfast..boleh booking Shijuku Prince Hotel dekat Booking.com & Agoda.com..Dua2 pon harga lebih kurang..aku stay kat sini sebab nak naik train ,senang kat tengah2 bandar..
Ok la bilik mandi dia sesuai untuk sorang yang kecok molek ni..hahaha
Ok la nanti mandi..auwww..bye2..
Sementara tu, kalau korang nak tahu maklumat lebih lanjut, sila layari laman web ni untuk dapatkan maklumat (http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/)
piece : kathyjem
27 comments:
kalaulah pengangkutan awam kat malaysia ni macam kat jepun, rela tak bawa kereta g kerja.
Mona Lea : memang tak laaaa..boleh menangis bwk beg macam tu..hahaha
kak kathy cunsss!!!! last skali words sila layari muslim guide tu...... tetttt..s**l
kene edit tu.. kiki..! typo lettew kan..;)
bestnya bestnya bestnya!!!!!!!!
applemilkshakesusu : opsss..kakaka ok dah betul..tq bgtau. ;)
dah banyak baca entri pasal Japan dan entri akak ni memang top3 yang pernah saya baca! best bangettt nak lagi lagii
Wow, bestnyer your trip! Insya Allah akan sampai Jepun juga. Loved the bit about you getting confused with their buttons in their toilets.
Do share more of your experience on your recent trip! Can't wait.
Oh, do come and visit my blog too as http://i-am-cheekykitty.blogspot.com.
Take care Kathyjem!
wow, i wish to travel to japan~
Regards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)
Wahh. Tq kathy. Mmg menanti2 info ni.. I'm going to tokyo too this june. ^^
best nye g jepunnnn
kathy..bole share contact aime tu x..? thanks dear
ease elias : boleh dear..ni nomb dia.. +81 80-8854-1359 (Aime)
Daiso dia warna pink!!!!
Salam. Kathy nak tanya.. coklat kit kat green tea yg dpt harga murah berbanding kat epot tu beli kt kedai di area takeshita street ye? Means, selain dr epot kt tempat lain lebih murah ek?
Selain tu, antara nakamise street dgn takashita street yg mana 1 lebih berpatutan harga souvenir nya? Saya booked guesthouse kt area asakusa. Jd nakamise street n canyon temple tu within walking distance.
さすが。。。いきたいな。。。
best nie.. tak sabar menunggu 20.8 nie.. misi mencari ????.
kak Kathy mahal ke kalau nk amik tour guide ni?
Wahhhh...syiokk nya pi sn... Posingg abisss..huhu..Nak tnye akk pakai kamera ape ek sbb cantek la tgk gambar2 tu sume...
Waahhh.syiokk nyaa..akak nk tnye akk pakai kamera ape ek sbb cntek tgk gmbar2 tu sume..
kathy, sorry br berkesempatan bc entry ni..vending machine kt klinik kesihatan seri kembangan ada jual air panas..milo,nescafe sume ada..bkn kt jepun je ada
seronok nyer dpt p Jepun...best la tgk gmbar2 akak...
Seronoknye dpt p Jepun...tak sabar nak pergi juga..hehehe
Kathy...nak ty...check in hotel tu pkl brp? Pastu kalau sampai pagi...boleh ke letak beg dulu kat hotel tu? Sb bln 12 nak pi jepun n stay hotel shinjuku yg kathy ddk tu...email : are_lyn79@yahoo.com
Thanks
Asalam katy ley share x mcm ner nak berhubung dgn ame tu...
Asalam katy ley share x mcm ner nak berhubung dgn ame tu...
kathy jem, nak tny awak ke sana guna tour guide ke? berapa kos awak kesana keseluruhan tak termasuk shopping
makan kat restaurant tu halal ker?
Post a Comment