Tinggal hari ni dan besok jer sistem GST akan dilaksanakan di seluruh Malaysia..why ada GST, why why Malaysia, whyyyy??!!! *sambil tarik2 tudung..ata nak buat macam mana dah dok kat Malaysia terima jer la macam2 cukai dikenakan.. Tak suka jangan duduk Malaysia pergi dok dalam hutam..hahaha
Ok la tak nak cakap lebih2, kan cakap merepek lebih2 jadi benda lain pulak..cakap pasal hal negara ni sampai ke sudah tak abis..Kat bawah ni aku ada kongsi tips yang boleh memberi manfaat pada korang semua.. manfaat la sangatkan..hahaha =P
1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atatu tidak.
2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (Akta SSM) dan juga nombor pendaftaran GST. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.
3 Setelah berurusniaga, semak nama dan nombor pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.
4. Jika syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. Peniaga boleh dikenakan denda RM200,000 jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, JANGAN BELI.
Selamat BerGST semua! hewhewhew~~
piece : kathyjem
6 comments:
start 1 apr mmg rmi kena belek resit la kot tertipu kn
mama tisya : tu la lepas ni setiap kali beli kena check satu2 barang..huhuhu
Good info.. boleh lah I repost entry ni kat blog I eh.. sharing is caring hehe
Zaza : takde hal la, boleh jer share.. ^_^
salam sis..info berguna..nak print kasi mother in law sb dia byk beli barang2 utk renovate umah kecil kecilan..tkt kn tipu..and lgi 1..sis..bole x sy nk copy entry ni nk post kt blog jgk?
Salam Fya..boleh jer nak share.. =)
Post a Comment