--Scroll down for new entry--
Hari ni dah masuk hari ke-3 di Tokyo..uwaaaa besok nak balik dah..kejap tak puas nak merayap-rayap bandar Tokyo..Hari ni just pegi 2 tempat jer..Tokyo Disney Sea dan Shisui Premium Outlets..
Masa makan borak2 jap sementara plan apa yang tak settle lagi, maksudnya nak shopping ker, nak beli souvenir ker..ermmm rasanya takde kot..
Pagi ni makan simple, cornflakes, susu yogurt, fruits dan jem sedikit untuk bagi rasa manis kalau tak tawar tak rasa apa..letak kathy jem l baru sedap sikit..bahahaha *ok tak lawak
Telur dadar..letak sikit wasabi sauce..first time tengok wasabi sauce colour kuning mustard..selalu warna hijau kan..rasa lebih kurang sama jer colour je lain..dua2 pon aku suka..tapi kena makan dengan kicap la gile nak makan macam tu, menyengat hidung..
Minum air collagen..sedap rasa jus blueberry..hari2 minum baru la kulit ai cantik gebus macam orang Jepon..auuwww..
Pagi tu makan santai, rileks2, takde rushing sangat sebab dua tempat jer nak kena pegi..
Nak jimat masa kiteorang naik teksi terus ke Disney Sea...lepas tu baru naik bus..
Kelas ko teksi2 kat Jepun ni semua pakai GPS..sebut nama jalan mana korang nak pergi tau la pakcik teksi tu nak bawak ngi mana..terus sampai destinasi yang mahu di tuju..
Aime, Nyah dan Kathyjem..hehehe Muka awal pagi, bersih & suci, ce masuk petang karang berminyak terus.. hahaha Minyak takdela banyak sangat sejukkan..light2 jer minyak tu keluar..hehe
Dekat Shinjuku Station New South Wing ada tempat JR Highway bus tikcet counter..Dari situ nak beratur beli dekat kaunter or machine pon boleh..nak cepat beli kat machine.. Kat machine ni ada je untuk bahasa english so jangan risau..
Pilih destinasi untuk ke Disney land and sea or Tokyo Disney resort semua masuk under that destination..nanti dalam bus dorang akan announce yang Disney sea turun di sini..
Macam kiteorang hari tu Aime yang belikan so dia dah biasa bahasa Jepun so tekan la bahasa Jepun..
Tiket untuk seorang dalam 2450yen RM74..
Bus ni la yang akan bawa kami ke Tokyo Disneysea..
Docomb tu line telepon paling famous di Jepun, kira macam Maxis, Celcom Digi macam tu la..
Ramai2 ni mesti nak pergi kerja..Kat Jepun orang pergi kerja majoriti pakaian dorang colour hitam putih..Lelaki majoriti kemeja putih, kot hitam bawak briefcase..kalau perempuan pulak, pon sama pakai baju hitam putih..Tapi kat Malaysia tu dia warna-warni mengelip-gelip, dari jauh dah nampak Ooooo tu si Raju tuuu.. ooo tu Pn. Fatimah tu..hehehe atas bawah baju colour merah pink.. >_<
Nasib dalam bus ada warmer, luar sejuk giler kot..suhu 2c tak silap aku..
Dapat jugak tengok Rainbow Bridge..
Dalam bus nak ke Tokyo Disneysea..kiri kanan anak2 muda..mak bapak korang mana tak ikut sekali ker??!! hehehe
Dah sampai...
Kat Disneysea ni dorang ada sediakan storage lockers..so mana yang bawak barang banyak tu boleh la simpan barang kat sini senang sikit nak berjalan..
Nampak macam panas tapi ya ampunn sejuk sampai ke tulang..
Ni student Jepun..eh tak sekolah ker dorang ni??!!
Bersama Nyah..
Menuju ke pintu masuk Tokyo Disneysea Resort..
Mana2 pergi mesti akan jumpe vanding machine ni..Jepun adalah negara paling banyak vanding machine..
Tempat untuk membeli tiket ke Tokyo Disneyland..
Tokyo Disneyland dan sebelah tu Tokyo DisneySea..Korang boleh check harga tiket di sini Tokyo Disney Resort Ticket
Ramai anak muda naik train..
Sebelum nak masuk ke pintu gate ada juga disediakan strorage lockers..sebelah tu restrooms..
Dah sama macam remaja Jepun pulak..kekeke nasib kepala tu bertutup.. Kalo tak boleh geng dengan adik2 Jepun tu..haik haik.. arigato >_<
Disediakan ruang tempat untuk menukar lampin bayi..besar tempat dia..nampak selesa.. Oo nak bagitau, toilet Disneysea ni tak ada air yer so faham2 la apa yang patut korang bawak..hehehe
Olaf (Frozen)..
Mula2 sampai dok tengok fashion dorang..Kenapa ramai pakai beg bear tu?? tanya kat Aime..Aime cakap tu karakter Duffy Bear, karakter paling terkenal dan popular di Tokyo Disney Sea..Oooo patutla ramai dok bawak Duffy Bear tu..
Punyer la ramai beratur panjang..aku rasa bukan cuti sekolah kot pon ramai..kalau cuti sekolah macam mane la ye..
Nasib kami ada pas media jadi tak payah beratur panjang..
Nyah macam nak pergi negara eskimo..hahaha
Dalam tu baju 3 4 lapis..pasai tu badan nampak macam sedikit gems..hehe
Comel budak ni pakai monster ag kat kepala..dia macam tahu aku nak ambik gambar die terus posing comel..maknya pon suporting pose sekali..
Bear paling famous di Japan, Duffy Bear.. cute nak beli la satu untuk Raiisah..
Dapat jugak ambik gambar Elsa & Anna..Raiisah tengok ni mesti dia suka..si kenit tu kan peminat tegar Frozen..Kalau nampak ni sure dia akan cakap "Mummy mummy Anna"!
Ruang menunggu bus..
Bergambar dengan clients..ko dapat pas Media lagi..hewhewhew
Buka jer pintu gate tu dia berlari2 budak Jepun..ada sampai yang terjatuh..huhuhu takut tengok dorang berlari, laju macam nak kejar apa..
Persembahan comel dari Mickey & Minnie..
Terhibur kejap..
Kenapa semua orang berlari macam ni??
Lepas park entrance dah boleh nampak giant globe ni..
Kami bertiga..silang kaki wajib..hehehe
Tu dia bersesak-sesak nak masuk..
Design bangunan kat Mediterranean Harbor ni cantik2 la..macam bangunan lama2 dekat Europe..
Tak sabarnya nak naik perahu..
Ambik feel Europe sikit..behehehe
Venetian Gondola..Kalau korang pernah dengar Venice Italy, lebih kurang macam ni la..
Sambil-sambil berdayung tu dapat dengar lagu2 Italian dorang nyanyikan..sungguh enak sekali suaranya..
Kalau korang nak tahu Tokyo Disneysea ni adalah semua taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut.. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak..Macam Disneysea ni dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa..Nanti diberi rezeki kembali di sini pasti aku akan bawak Raiisah ke sini.. =)
Nampak macam panas tapi sebenarnya sejukk hoiiiii..
Berselisih dengan pelancong lain dorang akan sebut "Hai" dalam bahasa Jepun lupa lak..hihi
Awek2 Jepun yang super duper comel tahap nak cubit2 pipi tu..nampak apa dorang gantung kat leher tu.. Duffy Bear!
Beli untuk Raiisah sebab dia suka minnie mouse..
Nyah apa tu?
Gemuk betul burung2 kat sini..tangkap bawak balik baru tau..hahaha kita datang kat dia buat dekk jer..
Lihat kami di sini..motif??!! hahaha
Eh Angela la..Ni Raiisah nampak ni mesti suka..Nak bergambar dengan Angela tapi tengok semua berebut nak bergambar dengan Angela terus tak jadi.. Cian Angela berlari2 dia, semua berkerumun nak bergambar dengan dia..
Bersama Roy travel agency dari Jepun..Tinggi betul Roy ni..Roy ni boleh cakap english so faham la sikit2 apa yang dia explain pasal Tokyo Disney Sea ni..
Kami singgah lunch di sini..dekat dengan American waterfront attraction..
Cantik decoration Dailing Day Buffet ni..boleh muat dalam 440 orang untuk satu masa..
Pelbagai salad..pastinya enak2..
Kepala mickey tu diperbuat daripada telur...atas nasi tu di tabur telur salmon..yang kuning tu tak silap aku telur jugak..
Ni boleh makan dalam dia semua seafood..
Potato Salad..
Bentuk kepala mickey tu diperbuat daripada kentang sebelah tu pon sama..dua2 aku suka sedap okey..rasa nak tapau bawak balik..hahaha
Dessert! yummeh!
Macam taufufa kan tapi takkk rasa dia lain tak sama macam taufufa..sedap jugak lupa nama dia..hahaha
puding karamel..ni paling feveret..hehehe
Laaapar nak sambung makan lagi..
Haa benda ni la yang dok tabur atas Takoyaki..
Makan ni dulu..ambik sikit2 dulu, banyak nak rasa ni..hehehe
Pastu ambik ni..
Last sekali roti dan corn mushroom soup..
Jemput makan semua..bismillah..
Masa ni dah start ramai orang..
Harga buffet untuk setiap sorang, 2,800yen (RM85)..
Lepas lunch kami ke Broadway Music Theatre @ American Waterfront..
Singgah jap minum air free..hehehe Bersih jangan risau..
Kat dalam ni takleh ambik gambar jadi bergambar kat sini pon jadila..
Acah2 candid..
Rasa2 kaki tu lenguh boleh la naik kereta antik ni..
Tak pon naik teksi pon boleh..
Cantiknya kereta antik ni nak naik tapi kereta ni tak stop pulak..
Dapat posing pon jadi la..
Aquatopia..tak sempat naik..
Kat sini untuk ticket fast pass..sebab kalau tanpa fast pass kena beratur panjang..biasenya orang akan plan nak naik ride mana, pastu scan tiket masuk tiket dekat machine2 depan tempat attraction ride untuk dapatkan fast..dekat fast past tu akan ada tulis timing..biasernya tempoh dalam 1 jam macam tu.. sementara nak tunggu naik ride yang ada fast past, biasenya orang akan naik ride yang queue tak panjang..by the time masa untuk ride yang ada fast past tu orang akan pegi balik attraction yang ada fast past tu..selalu memang ramai orang la sebab attractive best macam tower of terror, Indiana Jones..
Nampak macam real kapal terbang tersadai di situ..
Indiana Jones Adventure.. nanti nak masuk kat sini..
Dapat jugak naik ni..
Nyah bersama penjaga untuk permainan dekat sini..
Masa ni tak boleh bla..Aime dah bagitau awal.."Akak nanti saya bagitau akak senyum, akak senyum tau, masa tu dorang akan snap gambar kita and lepas tu kita akan dapat gambar kita yang tersengeh paling cantik tu..hahaha
Selesai naik rides kebetulan lalu depan toilet terusla shi shi..musim sejukkan biasala setiap minit rasa nak shi shi..hahaha..masa dalam toilet ni tak boleh bla..canggih sangatkan sampai tempat tekan flash sampai tertekan button open..hahaha Nasib Nyah dah pakai seluar kalau tak naya..tergelak2 kiteorang masa ni..
Candid dari Nyah lagi.. suka..
Bagi dorang pekara biasa laki2 Jepun bawak beg penuh dengan characters disney..macam cute jer, cer orang lelaki Malaysia pakai beg letak anak patung comel2 macam tu, mau di kata buang tabiat ke apa..hahaha
Siap bawak bear lagi..ramai aku tengok anak2 muda Jepun ni dok menggendong Duffy bear tu, ada tu sampai 2 bear sekali dukung..
Ni kalau ada Raiisah mesti dia suka..aku ni tak abis kalau ada Raiisah..biaser la jiwa mak2 sangat masa ni..asyik teringat anak jer..
Auuuw dapat jugak bergambar dengan Prince Charming Snow White..hensem! gigil nak bergambar sebab terlalu hensem sangat..terus teringat Affan..eh..hahaha
Disney Sea ni sebenarnya terletak betul2 tepi laut Tokyo Bay..
Landskap memang cantik..Cuaca pulak sejuk menggigil walaupon nampak macam panas terik..
Ha nampak tak volcano kat situ? tula dia Mounth Prometheus, salah satu trademark Disneysea..Masa kiteorang pegi hari tu tengah construction so tak dapat la tengok asap kepul-kepul keluar macam letusan gunung berapi tu..huhuhu
Untuk kembali ke Mediterranean Harbor kami kena melintasi Mysterious Island..
Vulcania Restaurant yang menjual masakan Cina....
Cantikkan..
Cubaan untuk melompat tidak menjadi.. kaki kelenguhan di situ..
Sebenarnya Disneysea ni sama juga macam Disneyland..Korang masih boleh jumpe Disney characters macam Mickey Mouse, Donald Duck time dorang buat performance..Konsep & deco building dan rides di sini lebih sesuai untuk orang dewasa dan kurang ke anak-anakan kalau dibandingkan dengan Disneyland.. Tapi seriously..kat sini memang lebih cantikk..
Supporting la gadis2 Jepun..nampak kami jalan depan dorang terus buat peace..hehehe cute jer..
Masa kami tengah ambik gambar pemandang belakang tu tibe2 Nyah puji budak Jepun dua orang ni kata, "Beautiful", terus yang baju biru tu peluk laga2 pipi dekat Nyah..hahaha suka Nyah..nasib kami ni perempuan kalau lelaki amboiii suka la korangkan..hahaha
Department Store..
Kami singgah beli aiskrim di sini..
kena beratur..
Anek pilihan aiskrim yang semuanya nampak menarik semua nampak sedap..nak ambik mana ni??
Ok saya dengan Nyah pilih yang ada kon..
Aime ambik yang ada cawan tu..
Matcha green tea, chocolate and grape..
Sambil rehatkan kaki makan aiscream dulu..
Sedanya lahai aiscream Jepun ni..tak manis sedap enak ditelan begitu sajer.. ..
Eh bawah dia ada jelly..
Lepas selesai makan aiscream, kami shopping barang2 untuk anak..ni yang ditunngu2..
Duffy Bear!
Nak ke tak nak ambik untuk Raiisah..kang beli2 dia takmo pulak..ok la nak cari Anna (frozen) untuk dia..Anna tu sure dia suka..
Gilatoni ni salah satu jugak kartun paling famous di Jepun..
Yes jumpa jugak Frozen..
nak ambik ni ker..
or ni??
atau ni..
Haaa pening, ambik ni jerla...kang beli yang kecik2 hilang susah nak cari..
Eh eh..
eh eh boleh tutup pulak..
Kat bahagian ni ramai yang borong patung kecik2 tu..
Dah beli untuk Raiisah dan Affan sekali..untuk Affan beli apa?? beli donald duck boxer je...behehehe
Selesai shopping untung anak dan suami..
Maskot Minnie ni paling ramai orang beratur.. Minnie ni kira trade mark Disney.. Kalau datang sini tak ada foto Mickey tak sah kan..hari tu nak jugak bergambar dengan Minne sekali tu dia bersusun orang nak bergambar terus cancel..
Kat Guest Relations ni la tempat kami bersolat..
Korang boleh minta sebuah bilik tetamu untuk bersolat.. Selepas bersolat kami ucapkan terima kasih dekat petugas yang bantu kami..Selesai solat, kami ke Premium Outlet..
Terima kasih juga kepada clients kami yang bersusah payah membawa kami sepanjang berada di DisneySea..siap bagi bekas untuk popcorn lagi..hehehe Thank youuu.. hanya bahasa isyarat jer kami berborak antara satu sama lain..
Bye2 Disney Tokyo..last2 dah nak balik baru tahu, Disney Tokyo ni baru dibuka pada 15 April 2013 rupanya..
Masa tunggu bus..tengok budak ni comel sangat, rasanya baya Raiisah..hai2 kat dia, malu pulak dia..aku perasan la budak2 kat Jepun ni semua debab2, lagi2 baby umur 3-12 bulan lebih, semua badan semangat..jarang nampak budak2 Jepun ni badan kurus..mak bapak dorang bagi makan apa ek..nak tahu jugak..hehehe
Cutenya bus mickey ni..
Sementara menunggu bus sampai, makan onigiri tuna..sedap betul walaupon dapat makan seketul kenyang..ingat korang! kalau datang ke Tokyo jangan lupa untuk cuba makan onigiri tuna ni ok..serius memang sedap..murah lak tu dalam RM3 jer..
Nak makan pon ada cara dia tak leh pakai telan jer ada cara nak balut dia..
Ada la dekat 25 minit tunggu bus.. dalam bus terus tido..ngantuk sangat...
Sedar2 dah sampai Narita Airport..nak ke Shisui Premium Outlet kena ambik teksi so kena lalu kat sini dulu..
Ni la bus yang bawa kami, nama dia Friendly Airport Limousine..
Smoking area..
Menarik macam nak satu jer..alaa sejuk kat luar sure tak mampu nak makan..
Last2 ambik air apple jer..
Ambik teksi nak ke Shisui Premium Outlets..
Teksi kat sini memang dorang akan explain dan bagitau berapa jumlah yang kena bayar dan berapa baki yang di pulangkan..setiap kirakan satu persatu lagi..memang dasyat betul budaya dorang ni..
Dah sampai Shisui Premium Outles..
Macam2 barangan jenama ada di sini dan pastinya murah sikit dari Malaysia..
Kat sini ada tempat solat disediakn..just pegi ke kaunter information tanya tempat solat dekat mana..so nanti dorang akan tunjukkan..
Jangan risau dorang boleh berbahasa Inggeris..
Nanti dorang akan bagi kompas dan sejadah..
Pintu masuk ke bilik solat..
Di sediakan bilik solat untuk wanita..
Tempat ambik wudhu..
Baca arahan dulu..
Ruang solat yang sangat selesa..
Siap ada ala2 dapur mini lagi..
Di sediakan ruang rak kasut..
Sebelah tempat kiteorang solat ni ada disediakan loker dan vending machine..
Nak pegi mana dulu ni...fikir jap sebab sejuk sangat..
Suhu 0c..sejuk giler tahap macam duduk dalam peti ais..jalan pon laju2 jer..
Suasana malam di Shisui Premium Outlet..bawak duit kepuk2 syok woo shopping sini..
Sana sini Sale..
Teman Aime beli handbag..
Peghak jap aku dengan Nyah..al maklum la kat Malaysia takde cakap berasap-asap macam ni...hahaha Puluh kali dok hembus2 asap keluar dari mulut..
Malam terakhir kami stay di Marroad International Hotel..
Sampai dah gelap jadi tak dapat la ambik gambar bangunan hotel..dapat ambik macam ni pon jadi la..ni la rupa hotel kami stay untuk 1 malam kat Narita ni..Hotel kami ni dekat dengan Narita Airport belakang tu jer..
Walaupon letih, penat, kaki rasa nak tercabut, lapar semua tu tetap memberi senyum manjer dekat korang semua..ewah..hehe
Selesanya bilik dia...tak sabar nk kedebummm atas katil..ok2 isi perut dulu baru leh tidur dengan aman..letak bag jap pastu turun bawah untuk dinner..
Yes wifi free..laju pulak tu..suka aku..
Macam biasa Aime jadi tukang translate kami..kalau tak, tak faham dorang cakap apa..
Nak oder apa ni nampak macam menarik semuanya..
Ok Nyah oder ni saya oder ni ok..amboii dah lapar semua nak..
Nama dia Seafood Pilaf..rasa macam nasi goreng kunyit versi beras pulut..sedap gak masak macam ni..sepinggan macam ni boleh kongsi dua orang makan..harga dalam 1,296Yen (RM39)..
Nyah oder ni mixed pizza with french fries..harga 1,296yen..sama harga dengan nasi atas tu..
Aku oder fish & chips..harga dalam 1,080yen (RM32)..
Aime oder Grilled salmon..harga 1,296yen..
Memang tak tau la nak cakap apa dapat minum hot chocolate..
Total makan semua..6,642yen (RM202).. Ok pejam mata bayar..hehehe
Selesai dinner round2 kejap nak tengok apa yang menarik dalam Marrod Internatioanl Hotel ni..ok ada mini market ala2 macam 7E..
Minuman untuk tenaga..
Souvenir pun ada jual di sini..
Mana satu pilihan anda..
Ni kalau dapat makan sure tak tidur malam ni..sayang perut dah kenyang kalau tak dah beli dah..
Ok nak berendam dalam bathtub..jangan tertidur dalam bathtub sudah..hahaha niteeee~~
piece : kathyjem
16 comments:
huhu bestnya babe... bila lah berpelung ke Jepun ni..
terbaik bilik solat diorang :")
finally, keluar jugak part 3 utk tokyo trip :)
ComelComot : caiyok2..mesti dapat pergi punyer..
salwani nordin : ok baca smpi abis tau..hehehe
jepun ni mmg cantik sangat...untung kathy dpt pergi jepun tau
Assalam kathy,
ni kalo iols nak komen ni bertingkek2 hokeyh
panjang entry uols banayk yang nak dikomen
he3
pa pun besssstttttttttttttnyer
Memang luck gua la jumpe blog ni. Keep post Pn Kathy. Thumbs up.
Memang luck gua la jumpe blog ni. Keep post Pn Kathy. Thumbs up.
tudia..panjang lebaq kathy cerita.sangat2 membantu :).
pergh...best tul...first time dengar pasal disney sea tu...
Salam cantik boot :) UGG boot ke?
Boleh saya tahu, bagaimana untuk hubungi Cik Aime? Nak tahu kos perkhidmatan beliau
Assalam, boleh tahu kalau shopping di premium outlet , boleh beli as much as u want ke and ada masalah tak kat airport???
bestnya kak kathy. mira nak kesana ntah bila ler ada rezeki kan. hrp2 entry akak ni mnjadi rujukan saya masa nak japang suatu ari nanti
bestnya kak kathy. mira nak kesana ntah bila ler ada rezeki kan. hrp2 entry akak ni mnjadi rujukan saya masa nak japang suatu ari nanti
Post a Comment