Aku di beri kesempatan menghadiri event Dove di Double Tree By Hilton Kuala Lumpur..Ni kali ke dua aku jejak kaki di sini..hehehe Nasib baik jalan tak jem sangat sekejap jer sampai..
Sebelum event start gedix sat depan photo booth Dove..Awal aku ngan Elly sampai tau sebelum kol 4 kiteorang dah terpacak..
Bersama blogger2 cantik..
Cahaya lampu biru dah macam muka avatar pon ada.. Bile ambik gambar macam ngeri tengok muka sendiri..hahaha
Emcee petang tu, Aishah Sinclair..
Dove memahami sesetengah wanita banyak menghadapi masalah untuk menjaga rambut yang kering dan nipis bagi membolehkan khasiat yang diperlukan rambut mereka serta rambut idaman yang tebal dan sihat..Setengah wanita mengambil langkah eksterm untuk mendapatkan rambut tebal tetapi mendapati rambut menjadi nipis semula dalam beberapa jam..Misalnya tocangkan rambut semalam, menggunakan alat mengerinting atau menyikat rambut dari akar untuk mendapatkan rambut tebal..So dengan adanya Dove Volume & Nourishment ni dapat mengatasi masalah-masalah di atas itu semua..
Ada juga di kalangan mereka yang mengalami rambut leper, terutamanya selepas memakai hijab untuk masa yang berpanjangan, at the end of the day kalau nak lebatkan rambut balik memang payahlah sikit sebab kena blowdry semua tu..So bila aku tahu yang Dove ni boleh buatkan rambut kelihatan lebat, aku memang excited nak tahu lebih banyak tentang Dove..
Dove memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut Volume & Nourishment dengan Teknologi Oxyfusion iaitu syampu dan perapi rambut generasi baru yang mana rambut nipis dan kering akan menjadi kelihatan tebal dan bermaya sehingga 95% serta memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat..Gabungan Teknologi Oxyfusion yang melembutkan rambut tanpa membuatkan terasa berat ditambah bau tekstur yang wangi dan lembut..
Dove memanggil seorang wanita yang mempunya masalah rambut leper..mari kita lihat perubahan pada wanita ini selepas menggunakan Dove Volume & Nourishment ni..
Rambut wanita ni selepas menggunakan Dove Volume & Nourishment..nampak tebal kan..
Lepas tu kami di hidangkan tarian comel dari wanita-wanita yang menggunakan produk Dove Volume & Nourishment..syok tengok dorang menari rasa macam nak join sekali..hehehe
Pelancaran produk Dove Volume & Nourishment dari Phoenix Ho, Pengurus Jenama Penjagaan Rambut, Chin Mei Lee, Pengurus Jenama Dove dan dan John Goh, Pengurus Penyelidikan dan Pembanguanan Pengguna..
3 wanita berkerjaya dijemput untuk menceritakan pengalaman menggunakan syampu Dove Volume & Nourishment..
Bersama Elly..lama tak jumpe Elly last rasanya masa open house Nuffnang..berjinggut tak jumpa ko kan..macam2 topik kiteorang bualkan..
Selesai sudah majlis pelancaran produk terbaru dari Dove..Ok nak cabut balik..badan tak sihat masa ni demam..
Syampu Dove Volume & Nourishment boleh didapati di seluruh negara pada harga RM15 sebotol (340ml) dan Syampu perapi pada harga RM15 (330ml) sebotol..
Arahan:
Gunakan
pada rambut yang basah, fokus pada pertengahan hingga penghujung rambut dan
bilas.
piece : kathyjem
7 comments:
Menarik ni..sekurang kurangnya boleh membantu masalah rambut tipis akibat keguguran rambut..
cml mmg spesis rambut halus n nipis boleh try ni..
dulu kerap gak pakai dove..tapi sejak dah kawin ni...tak beli dah...hehehe
dove kuat sangat bau dia. sebb tu jarang pakai.
JOM FOLLOW SAYA
kathy,nk tnya cane nk pkai shawl cenggini?hihi,sorry terkeluar tajuk
dove untuk boy ada tak?
terpegun tgk kakak..cantik
Post a Comment