Bila tengok baby baru lahir teringat Raiisah mula2 keluar dari perut mummy..Masa Raiisah duduk dalam perut mummy, mummy dah janji kat diri sendiri yang mummy akan menyusukan Raiisah sampai umur Raiisah setahun hingga 2 tahun..
Kali pertama bagi Raiish menyusu badan masa lepas beranakkan dia di hospital..Hari pertama melahirkan Raiisah tak dapat tengok muka dia sebab nurse suruh berehat, lagi pon Raiisah kepala dia sakit sikit sebab kena vacum..Esok tu baru dapat tengok dia secara dekat..Ingat lagi hari kedua lepas bersalin, pagi tu bangun terus nurse bawa Raiisah bagi kat tangan mummy..Puan Khatijah, anak puan nak menyusu..Puan kena kena menyusukan dia..Nah anak puan...ek bagi susu..dalam hati la cakap macam tu..terpinga-pinga dengar nurse kata kena bagi susu kat Raiisah..masa tu la baru dapat tengok wajah Mekcha sepenuhnya..Alololo comel anak mummy semalaman tak dapat tengok and dukung dia..dapat jugak tengok, akhirnya..macam tak percaya mengandungkan dia selama 9 bulan tau2 dia dah keluar dalam perut mummy..
Time nak menyusukan dia memang kekok gile nak pengang Raiisah pon tak pandai, nak bagi Raiisah susu kat dia lagi la tak pandai..yerla first time beranak mesti la takda pengalaman nak menyusukan anak..mesti la cuak2 sikit, eh bukan sikit banyak..hahaha..
Lepas nurse letak jer Raiisah kat tangan aku, eh eh nak bagi hisap tang mana ni? nenen belah kiri ke belah kanan?? eh eh tak retiiiii..tulung nurse tulunggg saya tak pandai..Macam mana ni nurse? saya tak pandai la macam mana nak bagi menyusu..hehehe..hanya mampu sengeh depan nurse tu..Ooo tak tau ek..a;ah tak tau langsung..ok macam ni, awak pangku die mengikut keselesaan awak..badan kena tegakkan sikit jangan bongkok..ok slow2 rapatkan nenen puan dekat mulut anak puan..Nyott nyott Raiisah dapat menyusu walaupon mula tercari-cari nenen mummy di celah mana..hehehe Perasaan masa tu Allah jer yang tahu..Ooo macam ni rasa dia menyusukan anak untuk kali pertama..
Gitew la pengalaman pertama menyusukan Raiisah kat hospital..memang takkan ku lupa sampai sekarang..Alhamdulillah dapat jugak menyusukan Raiisah sampai dia setahun lebih..Korang kena menyusu kat anak seeloknya dari bayi lagi..Susu yang paling bagus dan paling berkhasiat adalah susu yang mula2 keluar dari payudara kita.. Susu badan ni membantu bayi melawan infeksi semasa bulan2 pertama kehidupan bayi..Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi daripada penyakit seperti kuman dalam perut, cirit-birit, selsema, infeksi urinari, jangkitan telinga, megurangkan risiko bayi mendapat alergik seperti asma dan ekzema..Penyusuan badan merupakan pilihan paling sihat untuk korang beri pada bayi..Ia juga mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser payudara..
Muka baru lepas menyusu..behehehe
Susu ibu ni sangat penting untuk membantu perkembangan otak bayi..Secara teori bermaksud penyusuan badan boleh membuat bayi jadi lebih pintar..Dari sudut praktikal sebenarnya susu ibu sangat mudah dan senang diurus..Tak ada apa yang perlu nak di cuci, disteril atau nak disediakan..selat baju nah sumbat susu kat mulut anak..senang ajer..hehehe..
Ingat lagi masa menyusukan Raiisah badan cepat jer turun..mau taknya mummy cepat kurus, baru lemak2 mummy nak hidup Raiisah dah sedut..hehehe
Kebaikan susu ibu ni memang tak boleh di sangkal lagi..so dari sini kita dapat tengok betapa pentingnya semua anugerah tuhan and tanggungjawab kita untuk menjaga dengan sebaik mungkin...termasuklah payudara kita...ini anugerah Allah bagi pada wanita..tapi tak lupa juga dengan orang yang tak bernasib baik yang menghidap breast cancer..so bagi yang masih sihat kena la berjaga-jaga..orang kata lebih mudah menjaga daripada merawat..kan banyak sekarang program2 untuk breast cancer awareness macam yang famous kempen 'Pink October' tu..dalam sibuk tengok segala kempen kita terlepas pandang fungsi breast kita untuk berikan susu ibu iaitu anugerah terbaik kepada anak kita.
Jadi kat sini aku nak ajak ibu-ibu semua berusaha lah untuk susukan bayi dengan susu badan sekurang-kurangnya selama 6 bulan..tapi kita tau dalam islam adalah terbaik kalau dapat sehingga 2 tahun.. tapi korang jangan ingat aku tak faham pulak yang ada jugak ibu-ibu yang tak mampu nak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya tapi aku tetap salute! sebab semua ibu nak yang terbaik untuk anak. Aku just nak share kebaikan susu ibu dan aku rasa benda ni membantu bakal-bakal ibu kat luar sana untuk terus usaha nyusukan anak..Jangan lupa set your mind siap2 bakal ibu semua untuk cuba nyusukan anak korang dengan susu badan selama mana yang boleh! In Sha Allah.. =)
piece : kathyjem
8 comments:
Comelnye Raiisah.. :)
http://azzifarunnurafizza.blogspot.my/
alahaiiiiiiiii...comelnya la pic baby lepas menyusu.. geram tengok.. nak je gomol-gomol.. "PAU" pipi tu geramm.. putih lak tu...
comellllnya.... alahaiii.. geram pulak kita nengoknyaa pipi "pau"
Subahanallah.. Allahu Akhbar...!!
indhanya ciptaan Allah.. comel sangat melebihi paras bahaya punya comel ni... hehehehee... :)
Alhamdulillah rezeki anak dapat menyusu badan. Pengalaman saya pertama kali bagi susu pun memang lawak sikit. Nasib baik kakak ipar ada masa tu. Kakak ipar tanya dah bagi susu kat baby? Saya terpinga-pinga bila ditanya macam tu. Haha Memang kenangan!
comelnyeee baby! <3 sy pn masa lepas bersalin mmg kekok habis nk bg susu..susu pun tak brapa nk keluar, baby pulak asyk nk tdooo aje, stress rase. anak first lelaki,anak kedua gegel.beza sgt, yg laki kuat sgt menyusu..hehe..moga jadi anak yg soleh solehah semuanya aminnnn....
Wah mcm mcm dugaan jugak nak bf anak ya. I pon di fasa nak belajar bf dengan betul. You dlu ada try milkbooster ke? Tu lah i risau susu tak banyak. Nak standby awal awal milkbooster jugak I adalah jumpa some milkbooster. Penah dgr pump it milkbooster? It's like natural blends of essential oil. Jatuh cinta i read pasal this product cuz dia just sapu di area breast. For nipple y crack pun ada jugak. So glad I found this earlier. Takdah risau mna taw susu drop nnti, right :)
Perkongsian yang sangat bermanfaat.Terima kasih sharing.
Post a Comment