Klik Yer!! Mekasih...

Monday, April 18, 2016

Hasil Kerja Tangan Masa Zaman Study

Tak sangka aku post lukisan2 aku kat fb ramai cakap cantik..Malu giler bile dengar komen2 kawan cakap macam tu..hahaha i ni tak biasa kena puji..dengar puji-pujian ni mula duduk tak tentu hala, makan tak kenyang tidur tak lena..bahahaha over ler ko kathy..

Aku pon tak sangka bila belek2 balik hasil kerja ku masa zaman study kat kolej rasa macam wow, aku ker yang melukis & mewarna ni?? macam tak percaya boleh buat macam tu..masa zaman study aku ambik course graphic design & multimedia..zaman sekolah lak aku memang minat melukis dan mewarna...kalau ada masa terluang mesti mewarna..

Dari umur 5 tahun mak dah dedahkan dunia seni lukis..kadang2 ada masa mak lukis pokok kelapa, rumah tepi sawah padi, gunung-ganang, burung2 berterbangan..dari situ aku mula minat melukis & mewarna sampai la masuk ke alam persekolahan..ingat lagi masa zaman sekolah menengah hasil2 lukisan selalu cikgu ambik..kadang tu rasa sayang nak bagi cikgu tapi cikgu cakap akan pulangkan balik tapi sampai dah nak abis SPM lukisan tak dapat2 balik..hahaha..tah2 lukisan2 aku ada lagi cikgu tampal kat bilik seni lukisan..hehehe..perasan!

Berbalik pada zaman study, konon2 ambik graphic design boleh melukis lebih mendalam lagi la..hahaa memang melukis mewarna semua tu tapi lebih kepada penggunaan komputer..bila dah masuk kolej baru faham apa itu graphic design..ingat graphic design melukis mewarna je..mula study tu rasa macam susah giler nak melukis and edit guna komputer tapi lama2 ok boleh buat tapi zaman komputer masa tu bukan macam sekarang..Adobe photoshop & Illustrator semua banyak manual..nak edit part muka je terklik sana sini..kira tak semudah macam sekarang la..Adobe sekarang canggih2..klik jer terus siap..hahaha

Yang paling atas tu ce teka siapa?? tu Pamela Anderson..banyak2 artis Pamela Anderson yang aku pilih..hahaha masa tu lecturer suruh lukis gambar artis paling kita suka..bila fikir balik why la aku pilih Pamela Anderson kan?? ermmm..tah tak ingat kenapa aku pilih Pamela Anderson..kikiki

Weekend hari tu pergi rumah akak aku..sajer melawat anak buah..sekali dah lama lepak kat rumah kakak aku, sekali terpandang satu lukisan kat dinding, Eh! macam kena je lukisan ni..tengok lukisan satu lagi..eh eh eh ni lukisan aku ni..macam mana leh ada kat sini pulak..Kakak aku cakap dah lama dia frame lukisan2 aku masa dia duduk kat Sarawak lagi.. boleh aku tak ingat..maknanya dah lama la akak aku frame semua lukisan2 aku ni semua..sebenarnya banyak lagi lukisan aku simpan tapi tak tau letak kat mana sebab banyak kali pindah randah..ada jugak 3 4 lukisan yang aku sangat2 sayang masa study tu tapi lecturer aku ambik and simpan kat kolej..sedih betul kalau ingat balik peristiwa tu..tak silap aku lukis poster The Lion King..huhu sayang betul lukisan tak dapat ku simpan..

Lukisan burung dan pemandangan hutan..hahaha ni akak aku letak kat tangga menuju ke bilik..rasa2 kalau jual ada orang nak beli tak..kakaka memang tak la orang nak beli..macam kanak2 punya lukisan jer.. =P

Antara banyak2 yang aku letak, lukisan ni paling abng ipar aku suka..aku tak pasti bangunan yang aku lukis tu dari negara mana..tak ingat langsung..

Ni pemandangan laut waktu matahari nak terbenam..

Tengok balik, Ya Allah keras nau deco cafe aku buat ni..hahaha masa ni baru nak belajar dunia Adobe Illustartor..trace gambar pon nampak tak kemas..hehehe gambar ni akak aku letak dalam bilik tidur anak dia..

Haa ni lagi lukisan macam kanak2 sekolah rendah..colourfull betul..hahaha..tah apa2 lukis susunan ikan macam tu..burok benor..haha lukis & warna atas kotak yang bergerigi tau bukan kotak plain biaser tu..mencabar jugak nak mewarna atas kotak bergerigi..jadi la janji ada rupa suasana dalam laut..hihi

tu je hasil lukisan yang sempat aku kongsi dengan korang semua..kalau ikutkan banyak lagi lukisan2 aku buat masa zaman study tapi dah tau mana hilangnya..kadang2 Affan selalu bising kat telinga aku..dia tak abis2 suruh aku melukis pastu jual kat online..eeee tak kuasa la dah kawen ni nak lukis2..kang lukisan tak ke mana anak tah ke mana, laki tah ke mana..hahaha tah la rasanya dah bertahun kot aku tak pengang batang brush, watercolour semua tu..kalau lukis muka orang ni tah rupa apa tah nanti.. tangan dah keras nak buat aktiviti seni macam ni balik memang tak dapet ler..

piece : kathyjem

10 comments:

wani ezryl * said...

wahh lawa2 lukisan kathy! sy pun zaman belajar2 dulu minat melukis. ada jugak sketchbooks tapi semua tu dok kat rumah parents hihi. sekarang dah ada family sendiri semua ni busy sana sini memang langsung tak sempat melukis. cuma kadang2 nak dekat raya kalau ada rajin lebih (KALAU la haha) baru menyempat nak buat hand made raya cards. :D

Cici said...

wah semua cantik. and and benci betul AI tu zaman study. benda paling cantik I buat pun ialah kepala Mickey. ahahha basic thing

amani jibriel said...

yg last obor-obor tu sgt comel, tegak jer... yg sbelah dia tu segerombolan lipan ker... hihihi.

aziekz said...

Hebatnya..dpt anugerah khas..jari jemari seni...

Meh sek sye..tlg buat mural☺

Miss Moon said...

hebat la Kathy ....kagum akak tgk. Cantik2 lak tuh

Mya said...

Lawa!!! Semua lawa kathy!
Berbakat sungguh awak.
Kalau akak ni, lukis kucing pun orang ingat lembu. :(

Unknown said...

Wahh.. kathy!! Sumpah meletop lukisan kathy. Semua cantik2 blaka... jgn sia2 kan bakat yg ada tu. U r really talented dear..

Unknown said...

kathy...cantik dan menarik hasil lukisan...nampak real..memang berbakat la..

nhm said...

uihhhh..cantik nye...i tau lukis org lidi je dari dulu kini dan selamanya...
u mmg terror la...

Nur Aishah said...

cantik lah kathy! cantik sgt dah tu pada kami yg buta kayu ni. lukis orang,semedang idung kembang..huhu. thats kathy dari sisi lain. ur quality side. skrang tak melukis lagi dah ke?? take care ye kathy...