Klik Yer!! Mekasih...

Friday, September 2, 2016

Bye bye corporate com....

Salam semua..tengah packging2 barang office sebab next week masuk department baru, suasana baru..hari ni last aku kat corporate communications department..sedih memang sedih la. ate dah kat 9 tahun kerja kat department cor.com mesti la sedih kan takkan nak cakap aku happy tinggalkan dunia paling aku sayang ni, dunia creative & multimedia memang dah sebati dengan jiwa aku..tak tau la masuk department baru ni macam..boleh ke tidak buat..department mana?? department call centre uolssss..lari sangat dengan bidang aku sebelum ni..hahaha..takper kathy jangan fikir banyak sangat..try dulu macam mana..kalau ok terus kan, kalau tak ok cari kerja lain..hahaha >_<


Memang takde pilihan..since pengurusan baru iaitu AIR Selangor ni banyak rombakan dan pertukaran staff berlaku..ada tu dok kat KL tiba2 tupppp kena transfer nun jauh kat Sabak Bernam..tu lagi sedih..family semua kat KL..banyangkan dari KL nak ke Sabak Bernam hari2 macam tu dengan tol minyak semua tu..huihh takleh bayangkan kalau kena macam tu..mesti ramai yang tak tau lagi kan..Sekarang ni SYABAS dah bertukar nama, bukan SYABAS lagi, sekarang ni Pengurusan AIR Selangor (anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor). Bos atas faham2 la siapa..hehe

Mula2 aku masuk SYABAS dari umur 24 tahun, dari zaman free hair rambut berkarat sampai dah nak masuk dua orang anak kerja kat SYABAS ni..macam2 pengalaman aku kutip..dulu sebelum masuk SYABAS aku kerja company publishing. masa tu la kenal Yana dengan Eira...lepas setahun kerja company publishing dapat offer kerja company advertising kat Shah Alam..tak kerja lama pon kat situ dalam 9 bulan macam tu..yerla kerja advertising kot mana larat hari2 kena ot, hari2 balik kol 12 malam, sabtu ahad kena kerja..hari2 kejar dateline pastu kerja tak pernah abis..sehari 5 6 job kena buat..sampai rabun la aku kerja kat situ..hahaha kalau bujang ok la kerja advertising ni , kalau dah kawen rasanya kurang sesuai kot..ko bayangkan masa aku kerja advertising, pergi kerja pakai t-shirt seluar jeans selipar..takde maknanya rambut kepuk2, makeup tebal2..pakai lipstick bedak jalan..hehehe

Bila dapat offer kerja kat SYABAS rasa bersyukur sangat2..boleh fikir untuk kawen..kekeke boleh fikir macam tu..yerla aku pon dah lama kenal dengan Affan..masa tu dah ada simpan sikit2 boleh la fikir untuk berumahtangga..masuk jer SYABAS aku macam culture shock sikit.. yerla masa kerja advertising dah biasa masuk 8.30 pagi tangan muka mengadap PC je kecuali time lunch je tak mengadap PC..memang takde masa la nak baca surat khabar, buka facebook ke, sembang-sembang ke..memang tak sempat yer buat semua tu..sampai kawan2 kat SYABAS perli.."Cik Kathy ni bukan company advertising tau, sini kerja rileks2 je takyah beria2 sangat kerja tu, sini tak kerja dateline macam advertising"..What??!!! boleh macam tu..hahaha memang seminggu dua minggu tu asyik kena perli je dengan dorang..yerla aku kan dah biasa mengadap PC kerja kejar dateline, tak bercakap dengan siapa2..dekat sebulan lebih gak la baru aku biasa dengan culture dorang kat situ..dalam hati "Wahhh untung sangat ni dapat kerja kat sini..tak stress kejar dateline" hahaha

Panjang lebar pulak aku cerita pasal kerja ni..hehe ada ke orang nak kisah..ok la sampai sini je la aku story pengalaman hampir 11 tahun berkecimpung dalam dunia graphic design & multimedia..nk cerita lagi sampai besok aku rasa tak abis menaipni..hehehe Apa2 doakan la aku kat tempat baru..huhu cuak gak ni boleh ke tidak jawab panggilan consumer complaints niiiii..positif kathyyy positiffff..okey okeyyy.. =P

piece : kathyjem

3 comments:

wani ezryl * said...

wah besar2an diorg buat rombakan, smpai staffs semua kena tukar divisions. ingat org atas je berubah.. hihi. apapun you can do it, kathy! insyaAllah org ckp campak ke darat jadi gunung, campak ke laut jadi pulau.

Chekgu Azrine said...

all the best kat tempat baru ye kathy

I am LZ said...

Assalamualaikum Kathy,

Aduhai sedih baca bila Kathy transfer ke Call Centre.. Saya kenal Kathy & gang Corp. Comm sebab kita beratur sebelah2 masa assembly kat SYABAS.. Dah 6 tahun saya meninggalkan SYABAS..

Faham sangat camne rasanya bila berpisah dengan officemate, sob..sob..sob sedey. Apa pun Kathy all the best to you in the future..