Hai haluuu..hari ni tak tau nak update mana..banyak cerita tertanguh ni..ececece macam la banyak benda ko nak cerita kan padahal update masak masak masakk..hahaha
Hari ni kita story light2 je la ek..Semalam seharian rileks kan kepala..dari hari Sabtu sakit kepala sampai semalam baru la ok sikit..2 hari berturut-turut telan panadol nak hilangkan sakit kepala..dah la kena waktu event kalau kat rumah ok la jugak boleh tahan takyah makan ubat..aku ni jenis sakit kepala tak nak ajar makan panadol kecuali sakit sangat baru telan..yerla selalu makan panadol pon tak elok jugak..
Masa Kaay ada event kat KLCC hari tu Afif demam..Jumaat malam dia kena..malam tu balik dari event rasa badan dia panas ya amat..sah mesti berjangkit dengan Raiisah..Raiisah dah baik demam dia pulak kena..bagi ubat demam malam tu terus suhu badan turun..Afif jenis senang makan ubat so takde hal la nak bagi ubat banyak2 kat dia..bukan macam Kakak dia sikit punya payah..sebab tu Afif demam jarang lama..2 3 hari macam tu suhu badan dia cepat turun..tapi tu la masa dia kena demam malam tu nak kasi suhu badan turun cepat letak kain basah kat kepala dengan ketiak, punya la dia tak suka, merengek2 tak nak kain basah tu kat badan dia..
Raiisah masa baya2 Afif ok kalau kita letak kain basah kat badan dia, tak nangis pon dok diam jer..dia boleh tidur dengan kain2 basah tu kat badan..kalau Afif memang buat mummy tak cukup tidur malam la nak jaga..huhu..Sebab tu la kot kepala mummy sakit 2 harisebab kurang tidur..pastu pulak masa event hari tu dok sedap tibai sambal ikan bilis petai Nyah masak..ermm bertambah2 la sakit kepala tu..lepas makan baru perasan pasal apa la sakit bebenor kepala ni..ooo petaiiiiii..baru ingat! merasa la ko sakit kepala dengan tak cukup tidur..pakej lengkap! hehe
La ni Daddy dia pulak demam..pengsan mummy ko..hahaha orang laki ni kalau demam lagi teruk dari anak..tu laki aku la kalau laki korang aku tak tau la kan..hehe..eh rasa macam dah lama Affan tak kena demam. dia tu kalau demam ya ampun kalah Raiisah dengan Afif..manja terlebih..
Lega 3 hari event Kaay kt KLCC Convention Centre berjalan dengan lancar..tu next entry
Nah mummy lanjer gambar si kenit ni..tak tidur lagi ni..sat lagi amik Kakak kat sekolah confirm lelap dalam kereta ni..takper kita kasi dia main puas2 malam kang awal la tidur..boleh mummy buat kerja dengan tenang..hehehe
piece : kathyjem
2 comments:
memang!orang laki sekali demam tak terbangun!
Nak tanya blog ni milik siapa??
Boleh wasap.my/60193825561
Post a Comment