Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, March 19, 2014

Latih Anak Berus Gigi

Penjagaan gigi haruslah bermula seusia 6 bulan.. Macam Raiisah tumbuh jer gigi terus laju-laju aku pi gosok gigi die..hahaha Masa baby tu just tenyeh-tenyeh manja kat gigi tu supaya plak tak melekat kat gigi.. Gigi kanak-kanak akan tumbuh semua pada usia 3 tahun yang di panggil gigi susu.. Masa tu la kite nak kena jaga betul-betul..

Mana yang baby minum susu botol lagi digalakkan memberus gigi sebab lama-lama gigi boley jadi reput akibat daripada meminum susu, susu formula atau jus dalam tempoh masa yang lama..

Macam Raiisah memang aku dah ajar dari awal bagi die biase gosok gigi.. Die ni pulak jenis cepat tumbuh gigi.. Masuk 8 bulan gigi dah ada 6 batang.. Acaner.. Masuk setahun gigi dah penuh.. Gigi geraham atas bawah dah tumbuh.. Cepatkan.. Sebab tu die kalo makan seboleh nak sumbat segala benda dalam mulut tu pastu kunyah perlahan-lahan telan..hehehe Satu dua hari kalo tak digosok cepat jer plak-plak tu tumbuh.. Takleh dibiar lama-lama rongak pulak gigi Raiisah nanti..hehehe

Lihat la gigi saya sebelum digosok...

Saya kan kuat makan jadi saya kena berus gigi pagi dan sebelum tido.. Kadang-kadang saya terlajak jugak nak berus gigi waktu malam sebab mummy pon selalu lupe.. Acaner tu mummy..???? hehehe Takper yang penting pagi tu wajib kena berus gigi..

Beria gosok ni bukan gosok sangat pon die gigit2 berus gigi tu..hahaha.. Slow-slow aku ajar die macam mane nak gosok gigi and nak buang ubat gigi dari mulut, walaupon kadang2 die tertelan ubat gigi tu yerla manis2 kan mestilah die nak telan..

Pagi sekali sebelum tido sekali wajib gosok gigi.. Sehari tak gosok pitam aku bau mulut die.. hahaha Yerla dah makan macam-macam kalo masa baby tu ok la setakat menyusu jer..

Ni la ubat gigi Raiisah pakai dari die umur 6 bulan sampai sekarang masih lagi setia bersama Kodomo Lion..hehe


Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut

Pertumbuhan gigi
Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi sekitar usia enam bulan.. Ada sesetengah bayi tumbuh gigi seawal usia empat bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur setahun.. Macam Raiisah umur 5 bulan dah tumbuh gigi.. Cepatkan.. Biasanya bila anak genap usia dua tahun set gigi susu akan tumbuh dengan lengkap.

Penjagaan gigi
Penjagaan gigi anak haruslah dimulakan sejak bayi lagi.. Apabila si manja mula tumbuh gigi pertama, korang boleh menggosok gigi seperti biase kalo boley hari2 lagi bagus.. Gunakan berus khusus untuk bayi atau tuala untuk menggosok gusi dan tunggul gigi pertamanya.. Ibu bapa haru tahu cara mengajar anak mengosok gigi sejal kecil lagi.. Tabiat menggosok gigi sejak kecil akan membuatkan anak terbiasa dengan rutin tersebut sehingga dewasa..

Pemilihan ubat gigi
Ubat gigi dan berus gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi kanak-kanak.. Ubat gigi Kodomo mengandungi 500ppm fluorida yang dibenarkan dan sesuai untuk kanak-kanak.
Fluorida membantu menguatkan gigi, mengelakkan pengeluaran asid oleh bakteria dalam plak daripada melebur atau demineral..

Selain itu ubat gigi Kodomo juga mengandungi 5% Xylitol (anti ejen kaviti) dan ia berfungsi menghalang pembentukan awal kaviti pada gigi susu..  Bahan ini mengurangkan pengumpulan plak pada gigi susu.

Formula Kodomo dengan Fluorida+Xylitol lebih berkesan untuk mengembalikan mineral berbanding formula lain. Selain itu ia adalah tanpa gula dengan pelbagai pilihan perisa buah-buahan yang menarik seperti strawberi, oren, anggur dan epal yang di gemari oleh kanak-kanak.. Raiisah paling suke oren tapi hari tu beli oren dah abis beli yang perisa anggur pon sedap jugak...

Pemilihan berus gigi
Berus gigi Kodomo direka khas berdasarkan tahap pertumbuhan gigi kanak-kanak, dari usia enam bulan hingga 12 tahun. Terdapat empat jenis berus gigi mengikut empat tahap usia kanak-kanak iaitu
a.      6 bulan hingga 3 tahun (Gigi Bayi)
b.      3 hingga 6 tahun (Gigi Susu)
c.       6 hingga 9 tahun (Gigi Campuran)
d.      9 hingga 12 tahun (Gigi Kekal)

Berus gigi Kodomo Lion dilengkapi berus yang lembut bagi memastikan gusi si manja dijaga dengan baik dan boleh membersih gigi dengan berkesan..

Nampak gigi saya sudah berkilat.. hekhekhek..... Eh tu muke tak mandi lagi tu..hewhewhew..

piece : kathyjem

Tuesday, March 18, 2014

Selamat Pengantin Baru Buat Apex & Ezzati Fazwin

Pegi kenduri lagi...Tahun ni baru dua kali pegi kenduri kawen.. First ari tu kenduri kawen Ila kat Kedah.. Eh entry tu pon aku tak update2 lagi.. hehehe Ampun ye adik2 ramai dah tanya bile aku nak update entry kat Kedah ngan Langkawi tu.. Tak leh update lagi tengah tunggu Eira bagi gambar.. Sebab banyak gambar kat kamera die..huhuhu..

Sekarang ni Yunnan masuk hospital demam panas pulak sian die.. Sekarang ni tengah musim demam la dengan cuaca tak menentu dengan jerebu lagi.. Banyak budak yang demam sampai suhu badan mencecah 40C.. Raiisah balik dari Langkawi ari tu pon 2 kali kena demam panas.. Kena kurangkan aktiviti luar sekarang ni cuaca sekarang tak menentu.. Kena banyak minum air masak..

Minggu lepas kami pegi kenduri kawen Apek dan Ezzati di Dewan Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras.. Nasib tau nak ke sini takyah susah2 nak pakai Waze..hehe

Cuaca panas sangat masa ni.. Muke kena tepek bedak tebal2 nak hilangkan minyak di muke..mihehehehe Raiisah masa ni tengah tido... Minah ni asal naik kete tido.. Ok senang mummy nak berselfie dalam kete...hikhokhikhok

Sampai2 tengok pengantin tengah menjamu selera.. Alaaa tak sempat nak tengok Apex bersanding atas pelamin.. Lama tak jumpe si Apex ni tau2 dah kawen.. Last bile jmpe die pon tak ingat bile..Apex ni kenal atas kawan jugak.. Dulu zaman muda mudi selalu lepak ngan die ..

Nasi minyak untuk Mek Echa... Nasi jer yang boley Raiisah makan yang lain semua pedas..

Ngantuk ker Raiisah.. Baru bangun tido masa ni muke mamai lagi..

Raiisah makan dulu pastu mummy pulak..

Nama betul die Zahir Ariff.. Nampak mata pon sepet dah macam cina apek sebab tu panggil die Apex..hehehe B perut tu cover sikit..bahahaha...

Bulu ketiak nak tumbuh ke Raiisah.. Gatal semacam je tu..hahaha

Lol gatai nenen pulak..hahaha Ada ajer la Raiisah ni..

Raiisah ada kawen nama die kakak Ranea..

Macam pro je gaya tu..

Eh suke pulak die.. Baik2 jahanam kang piano tu masak mummy ko nak bayar..hahaha

Bergambar beramai-ramai bersama pengantin..

Selamat Pengantin Baru buat Apek dan Ezzati.. Selamat menempuhi alam rumahtangga.. Cepat2 buat baby ok..hehehe

Mummy dan Raiisah sebelum pulang...

Tunggu daddy jap nak jumpe kawan..

Suke tengok gambar Raiisah masa ni macam klasik sangat..

piece : kathyjem

Monday, March 17, 2014

Tanpa Nuffnang Siapalah Kathyjem ini..

Siapa blum ada blog cepat buat blog..hahaha Dah nape tibe2 nak suruh korang buat blog ni.. Sebabbbbb buat blog ni boleh menjana kehidupan di masa akan datang disamping anda boleh bercerita apa saja yang anda suke, duka, ketawa bersama menangis bersama.. Ewah!..cececece Tibe2 nak suruh korang buat blog ni kenape kathyjem..

Betul tak tipu aku pon mula dari bawah zero, kosong tak tau langsung pasal blog nak buat blog lagi sedih tak tau jugak.. Hanya mampu membaca blog sahaje tapi slow-slow aku belajar menaiki bukit lama2 sampai ke puncak jugak.. Memang rase macam susah sikitla nak buat blog ni dengan ilmu menaip tahap lambat bin lembs..hehehe Sebab tu aku tak di lahirkan menjadi copywriting.. Cube bagi aku buat memo dalam masa 5 minit memang terkebil-kebil la depan pc nak menaip..hahaha Cube bagi buat design banner sebelah mata ahkak boley buat..hehehe

Aku memang bab2 nak menaip keyboard ni memang sangatlah tak pandai.. *ye akak jujur yer dik.. sebab tu kadang ayat2 aku ni selalu merapu dan tunggang terbalik..Ikut sedap hati jer nak menaip... hahaha Dah kata pon blog kan ikut suke hampa la nak tulis apa pon janji hampa selesa no.. =)

Dan sebab itu jugak la sampai ke hari ni blog Kathyjem masib bernafas..hehehe Kadang2 jer tak bernafas tu maknanye banyak kerja jadi die senyap kejap.. hehe


Hari tu pihak Nuffnang suruh datang ke pejabat dorang sebab nak update perkembangan blog aku  last year punye cerita.. Pihak Nuffnang akan berjumpe setahun dua kali dengan blogger talent dorang untuk update..


Sue Ann tengah brief apa yang terjadi kat blog aku tahun lepas dan apa yang patut aku buat untuk menjadikan blog kathyjem.blogspot ni sentiasa menarik..

Bagus jugak dorang buat macam ni sekurang-kurangnya aku tau apa kekurangan kat blog aku ni dan apa yang harus aku lakukakn untuk menambah baik blog kathyjem ni..

Terkejut menengok jumlah visitor yang menjengah blog aku.. *dalam hati ni baru aku kalo yang otai2 tu sebulan beratus ribu kot yang menengok.. O_O 

Tak sangak dapat sign kontrak dengan Churp-Churp.. Ni yang jadi bersemangat untuk terus berblogging.. Tenkiu Churp2 happy happy happy.. Nampak muke nak menahan kesedihan dan kegembiraan.. =P

Ni die Sue Ann orang kuat Nuffnang yang sangat peramah ceria.. Tenkiu Sue Ann coz memberi kepercayaan kepada kathyjem.blogspot untuk menjadi salah sorang blogger talent Nuffnang...

Sain agreement baru.. Caiyok kena usaha lebih keras lagi lepas ni.. Terima kaseh sekali lagi Nuffnang dan Churp Churp..

Kadang2 tu tak terpikir pon buat blog boley dapat duit dengan hanya menaip ajer.. Setiap hari kite mencari rezeki yang halal untuk dinikmati dan kadangkala tanpa kita sedari.. Alhamdulillah..

tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan dan yang sedikit akan diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan untuk menguruskannya. - See more at: http://shakiddo.com/limpahan-rezeki-yang-tak-disangka/#sthash.VudbH2oR.dpuf
piece : kathyjem

Thursday, March 13, 2014

Doa dan Tazkirah seorang Habib untuk Pesawat MH370..

Sedang rakyat Malaysia diselubungi kesedihan berhubung tragedi pesawat #MH370‎ yang hilang dari radar sejak 8 Mac yang lalu marilah kite mendengar Doa dan tazkirah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid..

)

"...kita semua adalah milih Allah SWT, dan hanya kepada Allah SWT kita akan kembali"
(Al Baqarah : 156)

Tuesday, March 11, 2014

Pesawat MH370 telah mendarat dilokasi rahsia?

Kenapa pakar pun takut buat spekulasi? Spekulasi tiba-tiba sahaja menjadi satu jenayah padahal kaedah spekulasi telah banyak menyelesaikan pelbagai jenis siasatan.

Ya, hal ini adalah disebabkan oleh sikap pengguna media sosial yang mempunyai pengaruh setara dengan media arus perdana. Malah media sosial pula dijadikan sumber kepada surat kabar dan berita TV. Sesiapa sahaja dengan kelengkapan semudah telefon bimbit boleh mengeluarkan berita yang sampai keseluruh dunia.

Hari ini saya nak buat spekulasi. Setelah hampir 40 jam mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MAS B777-200 yang menuju ke arah Beijing China ini, saya berpendapat mungkin pesawat ini telah dirampas pengganas dan telahpun mendarat dilokasi rahsia. Ia disimpulkan atas informasi seperti berikut.

1. Tiada isyarat "MAYDAY" atau sebarang signal kecemasan diberikan oleh juruterbang. Telah disahkan oleh pakar penerbangan bahawa peristiwa ini sangat ganjil kerana pesawat paling canggih seperti B777 ini mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan pihak luar. Mungkin hal ini (hilang dari radar dan tidak menghubungi menara kawalan) disengajakan  oleh juruterbang atau juruterbang dipaksa oleh pengganas (2 individu beridentiti palsu). Tidak mustahil pengganas turut bekerjasama dengan juruterbang untuk memudahkan rampasan. Pakar mengesahkan melalui Astro Awani bahawa alat komunikasi transponder yang menyiarkan kedudukan pesawat setiap saat boleh dipadamkan.  Mengikut akaun FB juruterbang, beliau merupakan penyokong tegar parti politik pembangkang di Malaysia. Kebetulan Ketua pembangkang melalui saat yang paling genting dalam karier politiknya. Anda lengkapkan sendiri spekulasi ini. Mungkin ia agak keterlaluan, namun Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan dan kini KDN pun sepatutnya dianggap keterlaluan kerana mengaitkan pembangkang sebagai dalang dalam pencerobohan Lahad Datu. Sehingga kini dalangnya tidak didedahkan dan Zahid Hamidi pun tidak disaman. Hanya rakyat ditinggalkan dengan seribu satu persoalan.

2. TIADA LETUPAN. Hal ini disahkan oleh agensi pengesan letupan Amerika Syarikat yang boleh mengesan letupan yang berlaku seluruh dunia. Ini bermakna MH370 tidak terhempas, tetapi telah dialih arah ke destinasi yang lain dan mendarat dilokasi yang tidak  diketahui. TURN BACK seperti yang dikesan oleh radar pihak tentera adalah petanda pesawat telah dialih arah ke Malaysia, Indonesia atau Singapura. SINGAPURA mungkin tempat yang menjadi pilihan untuk mendarat berdasarkan peristiwa rampasan kapal terbang pada 1977 yang mana destinasi yang sama dipilih namun terhempas di Tanjung Kupang. Jangan terlalu berbaik sangka dengan Singapura. Melalui blog pertahanan Military Of Malaysia menjelaskan sudah beberapa kali negara berjiran itu hampir terjerumus dalam kancah peperangan dengan Malaysia.

3. RANCANGAN AWAL PAGI. Pesawat tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk divert dan waktu awal pagi dipilih bagi mengelakkan tindakan mereka dari dikesan ketika ramai orang masih tidur. Seperti yang dijelaskan di TV, mengisytihar secara public berkaitan aktiviti pesawat yang dikesan membuat pusingan U setelah hilang daripada radar airport adalah pendedahan tentang rahsia keupayaan aset pertahanan negara yang tidak sepatutnya berlaku. Ada yang berpendapat pesawat sebegitu besar tidak boleh hilang dari radar namun jelas pesawat itu telah hilang dan dikesan pula melakukan penukaran arah. Malah sumber melalui TV telah memaklumkan misi mencari dan menyelamat kini diluaskan hingga ke Selat Melaka. Ajaib bukan? Ajaib jika ada yang masih tidak percaya pesawat itu telah lolos dari radar konvensional milik airport. Sekiranya pengendali radar tentera itu tidak tidur dan memantau pergerakan pesawat, kemungkinan besar di mana pesawat itu didaratkan boleh dikesan dan tindakan pantas dapat dilakukan. NAMUN hanya bertindak apabila pesawat disahkan tidak sampai di Beijing sudah pasti hal ini telah terlalu lambat itu dilakukan dan pesawat mungkin telah mendarat dan disorokkan.
4. Sejak bila semua keluarga mangsa dikumpulkan dalam satu kawasan diputrajaya? Kenapa tidak dibenarkan pulang sahaja padahal misi mencari mungkin akan mengambil masa yang sangat lama. Adakah mereka terlibat dalam satu penerangan rahsia antara pihak kerajaan berkaitan dengan rampasan?

5. Terbaru seorang ahli keluarga mangsa berjaya membuat panggilan talefon secara live di kaca TV yang kemudiannya terputus sebelum sempat dijawab. Ini adalah bukti terbaru mengesahkan mereka selamat dan masih hidup. Cuma mereka tidak bebas atau pergerakan mereka disekat.

KESIMPULANNYA Keganjilan kejadian hilangnya pesawat ini adalah bukan masalah teknikal. Ia adalah disebabkan sikap manusia yang menyalahgunakan kepintaran akal fikiran mereka demi dendam peribadi. Malah media pembangkang mungkin menyedari hal ini kerana sering mengeluarkan post menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana kerajaan Malaysia seolah olah cuba merahsiakan kejadian sebenar. Rampasan kapal terbang adalah satu tindakan sabotaj yang strategik untuk mengambil perhatian dunia kerana ia melibatkan rakyat dari pelbagai warga negara. Sikap wartawan asing yang sangat agresif seperti cuba membongkar kelemahan kerajaan juga adalah modus operandi biasa media asing yang kita sedia maklum sentiasa menyebelahi pembangkang dalam menyerang negara.

Adalah diperingatkan bahawa penulisan ini adalah spekulasi peribadi semata-mata. Terpulang sama ada ingin menerimanya dengan hati yang terbuka atau sebaliknya. Moga menjadi pencetus kepada pihak berkuasa agar bertindak tepat untuk menyelesaikan masalah. Jika operasi hanya bertumpu kepada search and resque dengan masih menganggap kapal terbang tersebut terlibat dalam kemalangan dan bukan dirampas, maka sampai bila-bilapun kita tidak akan menemuinya.

Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka. Ingat tiada apa yang terlalu misteri melainkan ia memang diinginkan dalam keadaan misteri.

copyright dari http://zulhairifetani.blogspot.com 

piece : kathyjem

Friday, March 7, 2014

Raiisah Dalam Majalah Ibu&Anak Edisi MAC 2014

Salam Jumaat semua.. Dah jumaat dah kan.. Kejap jer besok dah sabtu cuti.. Apa plan korang besok.. Ceh tibe2 tanya plan ni..hahaha Mesti korang plan nak bawak family jalan2 kan yerla tengah musim takde air kat rumah ni.. Nak buat apa pon tak boley..

Aku tak tau nk buat apa tapi dah plan ngan Affan nak buat macam2 sebab dah 3 hari takde air kat rumah.. Baju kotor jangan cakaplah bergunung nak basuh.. huhuhu Ni yang rase nak cari Dobi ni.. Harap2 hari ni dah ada air kalo tak terpaksa jugak cari Dobi nak basuh baju macam gunung everest tu..

Seminggu ni pon ulang alik dok rumah mak Sungai Buloh.. Pengsan nak nangis hadap jem hari2..  Kalo dari rumah aku ok lagi ni dari rumah mak memang gelap2 dah kena keluar rumah..sob sob..

Sape dah beli majalah Ibu&Anak.. Sila angkat jari..hahaha

Comel betul budak yang jadi Cover Majalah Ibu&Anak ni.. Ni mesti salah sorang mak bapak die mix mat salleh.. Dah besar sure lawa..

Eh eh terselit pulak gambar Birthday Raiisah kat dalam ni..hehehe Terima Kaseh sekali lagi Pija.. =)

piece : kathyjem

Thursday, March 6, 2014

Cara Menghentikan Anak Dari Menghisap Jari

Terpikir apakah cara dan jalan terbaik nak bagi Raiisah berhenti hisap jari.. Pernah mak letak peria kat jari Raiisah pon tak menjadi jugak.. Memang la peria tu pahit lama2 hilang jugak.. Pastu hisap balik jari tu..arghh stresss!

Dari pantang sampai dah masuk setahun lebih tak berenti hisap jarinye.. Mak ngan abah bising, tu la ko tak bagi die hisap puting lagi.. Puting tu lagi senang nak berhenti dari hisap jari.. Yeker rasenye hisap puting lagi susah nak berhenti.. Tak la ko dulu masa baby puting jer mak bagi senang jer nak berhenti.. =____= Hurmm yerlaaaaa....

Sekarang ni baru risau tengok gigi Raiisah macam nak ke depan.. Tak leh jadi ni kalo biar lama jadi gigi jongang anak aku ni..hahahaha Ingat hisap puting jer boley jong hisap jari pon boley tau..hehe

Yerla masa baby tu kite bagi la die hisap jari dengan harapan dia akan berenti sendiri.. Huuuu salah angapan ku itu..huhuhu Memang die takkan berhenti sendiri ye puan puan kakak kakak.. Sekarang ni setiap kali die hisap jari aku laju2 tarik dari mulut die.. Sehari dua boley la ko buat macam tu takkan 24 jam ko nak hadap die hisap jari sepanjang masa, kalo tido macam mane pulak.. memang tak mampulah kan..

Ada orang kata letak garam.. Garam.. hurmm tak pernah try lagi.. Kite try letak coffee dulu..


Muke stress kena letak coffee kat jari.. Mummy kena buat macam ni sayang jari awak tu dah ada bekas gigi dah, dah nak kecut dah..

Mula2 letak coffee kat tangan die kemain bising mulut die.. Siap tunjuk2 jari kat kite suruh basuh...

Ni hari ke empat nenek letak coffee.. Bayangkan mula2 letak satu hari merengek menangis semu tak kena tak dapat hisap jari.. Bile hilang jer serbuk coffee kat jari tu, nenek cepat2 taruk lagi..hehehe Haaa time taruk tu die agak mengamuk la kan..hahaha Terpaksa la nak kalo tak awak memang tak akan berhenti hisap jari tu.. Mak2 nak buat macam ni kena jiwa kental kalo tak sanggup jangan buat..hehehe

Pagi, tengahari dan sebelum tido ini la pekara yang kite lakukan.. Ada yang tanya menjadi tak buat macam ni.. Harusla menjadi dah 4 hari die tak hisap jari tau.. Kena try seminggu buat macam ni.. Cume kadang2 die bising sebab coffee tu kan kaler hitam macam melekit geli die nak pengang barang tu yang kadang2 bising sekejap.. Tapi lama2 die diam..

Sudahnye Atuklah kena layan garu kat belakang badan die.. Siap datang kat Atuk bagi isyarat suruh garu badan.. Nak buat macam hisap jari dah tak boley..hahaha

piece : kathyjem