Klik Yer!! Mekasih...

Monday, July 14, 2014

Bola bola..

Siapa geng Germany leh laga buntut ngan aku sebab aku memang dari dulu setia pada pasukan Germany.. hahaha.. Mula2 ingat yang akan ke final Brazil dengan Germany sebab tengok corak permainan pasukan Brazil macam leh ngi jer sekali bila Neymar keluar terus merudum corak permainan dorang..

Ingat balik masa Brazil lawan Colombia pemain pertahanan Juan Zuniga tu nampak sangat nak cederakan Neymar konon tak sengaja padahal kepala lutut ko sajer attack belakang Neymar kan.. Eh emo pulak aku ingat balik benda tu..hahaha Bukan apa aku pon minat jugak corak permainan Neymar tapi sayang tak luck die hari tu..

Dan paling kesian kat Brazil 1-7 lawan dengan Germany.. Takper jangan sedih penyokong2 Brazil 4 tahun lagi cuba nasib lagi yer Brazil..


Semangat nak tengok final malam tu kunci jam awai sikit selalu kol 4 lebih dah bangun sahur.. Nak masak sahur nasi ada sebab malam semalam berbuka rumah mak mertua, balik tu mak mertua bekalkan nasi jagung  ngan ayam masak ros.. Tengah syok layan bola tibe Raiisah muncul depan kiteorang.. eh bangun pulak die.. Ni mesti kes golek2 tengok mummy ngan daddy takde kat sebelah terus yang terjaga.. Dengar pulak bunyi tv..

Si Affan lagi la.. Aku gerak2 tak nak bangun.. Tau2 jerit Yeaaa bola dah start! Eh second game dah ker.. Yerla second game dah huny gerak b tak nak bangun.. Looo...

Haa elok dua beranak tengok tv last2 tv yang tengok dorang..hahaha

Mak Echa sudah menangis.. Sekejap jer tengok bola pastu merengek nak tido balik.. Letak atas katil tak nak, nak tido atas riba mummy.. Rambut tu disebabkan amukan yer harap maklum..hahaha.. Tak la rambut die memang macam tu  pas bangun mesti jadi kembang sekampung..

Sudahnya tido macam ni.. Layankan ajer.. 

Tau2 dah lelap.. Daddy masih gigih tengok bola.. Affan pilih Belanda tapi Belanda kalah dengan Argentina so die pilih Germany..

Debar masa tunggu saat2 akhir game.. Sape yang gol ni Argentina ker Germany! Tengok dari segi corak permainan pasukan Argetina memang bagus tapi harapkan Messi jer la yang lain hurmmmm.. Macam Germany semua permain aku tengok boleh harap takde la orang tu orang tu balik..hahaha..

Abis bola siap2 mandi ngi kerja.. =) Abis dah demam bola..Buiii

piece : kathyjem

Friday, July 11, 2014

Rugilah Tak Tengok Transformers 4

Hari tu bawak mak ngan abah tengok movie.. Dah lama rasenya tak pergi tengok wayang bersama family.. Ni pon adik aku si Fahmi yang nak tengok Transformers dah alang2 bawak mak ngan abah sekali baru la meriah dalam wayang nanti.. Affan mane? Affan macam biaserla kerja kerja..sob sob.. Nak cari duit raya lebih terpaksa korbankan demi keluarga tercinta..Ewah! hehehe

Tengok movie dekat Curve.. Ampunn ramai betul orang kat Curve hari tu.. Yerla weekend yang terakhirkan mestilah ramai family bawak anak2 pergi tengok movie.. Tiket memang aku dah beli siap2 so senang takyah beratur panjang.. Hari tu nak tengok hari tu nak beli tiket memang kirim salam la dapat seat kalo ada pon sure paling depan sekali.. Tiket hari tu fully booked!

Happynya Raiisah.. Sampai Curve terus mulut bebel apa tah nak bagitau atuk ngan nenek pon ada sekali bestttt..!

Bekalan dalam wayang.. Oreo tu kena ada, biskut kegemaran Raiisah.. First tima bawak Raiisah tengok movie ni.. Harap2 dalam movie nanti tak banyak meragam la die.. Meragam nanti bagi die makan Oreo sure diamnya.. hehe

Naik escalator pon happy..

Mak dan abah..

Ok wayang dah nak start.. Tak sabar nak tengok Optimus Prime dan Bumblebee.. Tengok trailer die pon dah gempak apatah lagi ceritanya kan betul tak?

Atuk dan Raiisah..

Aksi Raiisah bila wayang start, terbeliak-beliak biji mata tengok screen besar tu.. Selalu tengok tv jer now screen sebesar rumah depan mata die dengan sound system bommbommm..hahaha Tapi masa ni Transformers tak start lagi iklan dulu..

Nasib baik die tak terkejut nangis ke apa.. Dok diam concentrate sambil layan makan Oreo.. Gud girl macam ni la..

Sebelum movie start kasi layan ini Oreo dulu..

Ini la saat gembira bersama family menonton Transformers..

3 jam Raiisah dalam wayang sangat behave.. Gudddd!! Pasni mummy boley bawak Raiisah tengok movie lagi ok!

Kesimpulan Transformers 4 Age of Extinction ni adalah sangat best! Serius best gile! Nak tahu cerita die macam mane takyah la aku cerita korang pergi tengok sendiri baru la tau best ker tak best..haha Aku sampai terngaga2 mulut tengok tau.. Abah sampai nak terbangun2 tengok.. Serius best korang tak menyesal tengok.. Pergilaa tengok bawak anak2 sekali..

Adik bongsu saya..

Eh eh malu2 pulak die..

Macam mane mak, abah, fahmi best tak jalan cerita Transformers ni.. Mesti la best puas hati la tengok.. ^_^

Oh lupe nak bagitau korang hari tu kan aku ada join contest Oreo Transformers kan.. So aku nak bagitau korang sekali ajak join contest tu sebab hadiah2 die menarik seperti Ipad Mini, Transformers Merchandise seperti backpack, travel luggage, tumblers, t-shirts dan movie tickets. Hadiah terhad kepada 10 pemenang harian sahaja.. Paling best Grand Prize die adalah melancong bersama keluarga seramai 4 orang ke Universal Studio, Hollywood secara PERCUMA.. Ok korang cepat join main game tu  mane tau boleh menang ker.. 

Senang je cuma perlu beli biskut Oreo Transformers, masukkan code kat www.oreotransformers4.com dan start game! Ok korang cepat join main game yang menarik tu  mane tau boleh menang ker. Di samping itu boleh gak berbonding ngan family!

Tengah ambil gambar dengan Raiisah masa ni tibe2 ada orang tegur.. Ingat siapa yang tegur rupenya silent reader blog kita.. hehe Mekasih awak baca blog kita..Kebetulan husband dia abah kenal apa lagi borak2 la kejap..

Cepat la mummy saya lapar ni..

Hamboii macam 10 tahun tak makan rupenya ni..hahaha


Seronok dapat bawak mak abah ngan adik tengok movie, belanja dorang makan.. Paling penting bagi mereka ini semua happy.. Balik nanti nak main Transformers again..nak free trip ke Universal Studio gak!! Korang pun join lah main game Oreo ni www.oreotransformers4.com

piece : kathyjem

Tak Sahur

Salam Jumaat semua..

Uwaaa tadi tak sempat bangun sahur first time ni tak sahur.. Padahal dah kunci jam kol 4.45.. Sedar2 dah Allahu Akbar...... Gerak Affan.. B dah masuk azan la.. T_T Tak sedar bunyi jam... Nangis jap atas bahu Affan..hahaha

Harap2 dapat bertahan la sampai petang ni... Perut aku ni dah la kena makan nasi kalo tak petang dah lembik.. Semalam pulak aku buka makan kuih dengan bubur lambuk jer.. Sob sob...

Eh rase macam dah kurus la..bahahaha Muntah la orang dengar puji diri sendiri Kak Jah hoiii.. Kotak tu abaikan biaser la program macam2 kat ofis ni..

Ni la last makanan yang aku makan malam tadi sebelum nak tido Lompat Tikam... Tu pon makan sikit sebab simpan dalam peti ais nak bagi sejuk nak makan masa sahur nanti.. T___T

Kejap jer kan hari ni dah jumaat.. Tinggal 2 kali jumaat dah Raya..hewhew.. ^_^

*************************************************************************************************


Siapa suka berfesyen korang leh join contest untuk Pereka Fesyen.. Dasyat hadiah die.. 

MyCreative Lancar Fashion Pitch 2:  Peluang bagi Pereka Fesyen
Rebut Pinjaman Bernilai RM2 juta


Fashion Pitch 2,  satu inisiatif yang menawarkan peluang bagi penggemar fesyen untuk membentangkan kreativiti dan aspirasi mereka dengan menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen. Mereka yang terpilih layak untuk memohon pinjaman sebanyak RM2 juta bagi setiap peserta. 

Fashion Pitch dianjurkan untuk merangsang pertumbuhan industri fesyen di Malaysia, dan meningkatkan pendapatan kasar dari industri fesyen Malaysia agar ia dapat menyumbang dan menjana ekonomi negara.

 Mereka yang berminat perlu menghantar kertas cadangan dan borang permohanan selewat-lewatnya pada 27 Julai 2014.

Selain mempunyai minat dalam bidang fesyen, pemohon juga perlulah merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Pemohon perlu menghantar kertas cadangan mereka ke fashionpitch2@mycreative.com.my bersama-sama borang permohonan yang dimuat turun daripada butang Fashion Pitch di laman sesawang www.mycreative.com.my.

Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil bagi satu sesi pada  “Hari Pembentangan” yang akan dijalankan pada bulan September 2014. Panel hakim yang akan mengadili sesi “Hari Pembentangan” terdiri daripada wakil daripada MyCreative dan pereka-pereka fesyen yang tersohor. Para pemohon akan diadili berdasarkan keunikan idea mereka.

piece : kathyjem

Thursday, July 10, 2014

Buka Puasa di Jibby & Co

Hari ni kita berbuka kat luar huny takyah masak.. Huny nak makan kat mane?? B belanja.. Haaa nak Jibby & Co! Dari hari tu teringin nak makan burger ketam kat restoran tu.. Dengar kata sedap dengar kata menarik dengar kata wajib cuba.. hahaha.. Ok terus booking..

Kena sampai kol 5 sebab nak confirm booking.. Sekali tu die jalan jem kat NKVE.. Adalah 1 jam lebih atas jalan nak ke Empire Subang padahal dari rumah nak ke situ dalam 20 minit boleh sampai... menangis jap aku ngan Affan dalam kereta... Upernya ada excident..T_T

Walaupon lambat sampai kiteorang punya booking nasib tak di cancel..

Masa kiteorang sampai ni pon dah ramai orang .. Ada yang baru nak booking ada yang tengah oder makanan..

Dah settle oder mane yang nak buka puasa jalan2 jap dalam mall..

Ini budak makin banyak akal.. Suruh berdiri ambik gambar berjoget2 pulak die.. Tudung tu belit2 jer kat leher malas nak pin..hehe

Masuk2 dalam mall ada pulak deco kampung halamanan..hahaha.. Raiisah cuak la tu nampak orang-orang berdiri sebelah die..

Mummy pon nak jugek.. Cantik deco die.. Terasa berada dikampung ku gitew.. Eh cakap pasal kampung teringat kampung kat Perak dah lamanye tak balik.. T_T

Teman daddy cari seluar.. Sian suar yang ada semua dah tak muat, daddy kan mengandung 6 bulan kena cari seluar longgar2 sikit..behehe..

Nampak cermin buat muka..

Hari tu tak bawak stroller sebab ingat nak stay jer dalam dalam restoran Jibby tu.. Sekali tu die lari sana sini kalo tau awk melasak macam ni baik ler bawak stroller..

Selesai cari seluar Affan terus ke Jibby nak berbuka.. Elok kiteorang sampai semua dah terhidang..Yang best buke kat sini takyah nak checkp phone dah masuk waktu ker dah buka ke belum.... Dorang siap Azan lagi macam waahh dasyat restoran ni saip ada orang azan lagi.. Mane nak cari restoran macam ni berbuka ada orang azan..

 Affan oder watermelon juice..

 Me apple juice.. Kenape tak dipenuh jer air dalam gelas tu..huhu

Kurma untuk buka puasa..

Soft Shell Crab Burger rm32

Last2 Affan yang oder burger ketam ni.. Tibe tekak nak makan spaghetti padahal kat rumah siap pesan kat Affan nanti nk oder burger ketam sudahnya Affan yang oder..

Aku oder spaghetti olio seafood rm32.. Rase die ok la tapi masin sikit..

 Mr. Lova Lova.. rm16.50..

Sedap bangat pavlova die...! Walah!

Nutella Ella untuk mak ecah.. Tak oder berat untuk die sebab sebelum keluar rumah dah bagi die makan nasi ngan ayam goreng..

Tengah sedap makan pangg!!!! ada barang jatuh atas lantai muka terkejut abis..hahaha

Minta tukar sudu tea spoon tak di baginya.. Raiisah..... tau la kek tu sedap sampai tak nak bagi tukar sudu.. Sudu besar sian tengok awak nganga2 mulat nak masuk kek dalam mulut..Mulut kalo lebor takper..haha

Mummy dan Raiisah..

Saki baki kek yang Mak Echa makan...

Alhamdulillah kenyang.. Terima kasih daddy belanja Raiisah ngan mummy buka puasa.. =)

Mari kite tengok deco dalam restoran Jibby & Co ni..

 
 
 Pelbgai jenis kek.. Tapi hari tu kek banyak dah abis..

Ada 2 tingkat.. Kalo bawak anak kecik tak sesuai makan kat bahagian atas..

 
 Lepak dengan kawan2 best kat sini..

Siap ada lif lagi untuk hanta makanan kat bahagian atas..

 
Sementara menunggu bil sampai.. Raiisah sempat hai hai kat meja sebelah.. Die kan peramah semua pon die nak tegur.. Bapak budak tu sampai cakap kat Affan.. Haa kena tambah sorang lagi ni.. Affan senyum2 jer masa abang tu cakap kat die..kekeke

Selamba jer naik atas kerusi tu pastu tegur2 amoi belakang tu.. Ni bukan kat rumah Raiisah ni kedai makan laaaa...

Suasana pada waktu malam.. Nampak sampai beratur panjang.. So siapa nak datang sini kena booking dulu nanti takut kaki lenguh tunggu lama2.. Biaserla restoran baru semua pon datang nak mencuba..

Kesimpulan makan kat sini bagi aku ok la sedap la jugak.. Burger ketam paling wajib korang makan sebab tersangat sedap hingga menjilat ibu kaki eh ibu jari..hahaha

Owh lupa nak bagi tau restoran Jibby ni betul2 sebelah CIMB Bank! Tak susah pon nak cari.. Kalo masuk parking memang korang akan nampak restoran Jibby ni..

JIBYY & CO
GK-11, Ground Floor,
Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-5613 7070

piece : kathyjem