Klik Yer!! Mekasih...

Friday, August 22, 2014

Cinta Tanah Airku, Malaysia

Tujuan join contest ni adalah untuk menaikkan mood sambutan hari Kebangsaan kita.. Secara tak langsung kita dapat merasai semangat kemerdekaan itu sendiri.. Untung anak muda sekarang ni tak perlu bersusah payah untuk mendapat kemerdekaan yang di warisi orang tua kita yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk mencapai kemerdekaan.. Tapi apakah kemederkaan dan keamanan yang kita kecapi ini berkekalan? Apakah peranan kita generasi kini untuk mempertahankan keamanan dan kemerdekaan ini?

Mari join contest Merdeka untuk menunjukkan semangat Kemerdekaan! Senang jer just buat video pendek versi Merdeka pastu upload..Boleh join contest di sini www.celcomESCAPE.com

Berikut adalah cara untuk masuk contest :

Langkah Pertama : Korang just shoot video selama 3 minit.. Tak kisah nak buat konsep macam mane asalkan menunjuk semangat Malaysia!

Langkah Kedua : Memasukkan lagu tema Sudirman "Warisan" dengan baris pertama  "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Mana-mana bahagian lagu hendaklah dimasukkan ke dalam video anda.

Langkah Ketiga : Hantar video anda melalui YouTube atau DVD pada 9 September 2014..

Saya pon nak menang jugak RM157,00 tu haruslah letak video semangat Kemerdekaan.. Gigih mengedit tau siap ajak kawan2 lagi join..harap2 boleh menang..hehe



"Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" berharap semua peminat Sudirman boleh mendapat inspirasi yang sama dengan melahirkan cinta anda untuk Malaysia yang kita cintai melalui The Shots ESCAPE Peraduan Video Merdeka. Sertai sekarang dan anda boleh berpeluang memenangi hadiah bernilai RM157,000! Untuk maklumat penuh pertandingan, layari www.celcomESCAPE.com

Tengoklah video cover Narmi



Semoga dapat inspirasi =)

piece : kathyjem

Thursday, August 21, 2014

Makan Free!

Hoii sihat dah badan aku ni makan free sesajer minggu ni tapi jimatla duit aku takyah keluar duit beli makanan untuk lunch..hahaha Asal lunch ngi beraya..

Semalam open house hari ni pon open house.. Semalam dua department hari ni 4 department tapi sempat pegi 3 department jer la.. Yang satu lagi tak pergi kenyang, tak mampu dah nak suap.. Ni masuk ofis pon mata dah start layu.. -___-

Wajah sebelum pergi beraya..

First sekali ngi department finance.. Amboii meriah sungguh..

Tak padang dah tetamu yang lain.. Ok ambik satay dan ayam crispy..

Pastu laksa.. Cenonot jer mangkuk dia.. Bagus gak bagi mangkuk macam ni takde la membazir ambik banyak2 tak larat pastu buang..

Abi, Shirley, Saya dan Aishah..

Sedapnya bubur sumsum ni.. Rugi pulak ambik sikit..

Takleh makan beria sangat ada 3 tempat lagi nak kena pergi..

Ok next!

Nak pergi department water quality pulak..

Nasi...Alaaaa berat sangat..

Haa nasib ada laksam.. ^_^

Makan makan, muka pon dah bulat.. uwaaaaa kena panjat gunung la lepas nak kuruskan pipi ngan peha..hahaha Tibe2 nak panjat gunung ni..

Simple decoratian dari department water quality..

Ok last sekali ambik apam gebu..

Pastu ke operation and maintenance department... Tahun lepas department O&M punye open house makanan dorang sedap2..

Kenyang2 pon ambik jugak spaghetti, nachos & lasagna.. hambikk pastu tak abis..

Makan takde perasaan..

Alololo Aishah nak manja2 pulak.. hahaha..Aishah sorang jer yang ada nafsu makan lagi yang lain tak mampu dah..

Lagi........ Bijak sangat la kan dah kenyang pegi ambik spaghetti carbonara..

Kak Yana dan Madiha..

Ok last2..hahaha Eh mampu lagi makan.. Kata kenyang... Ni Aishah yang ambik aku rasa sikit jer..

Wahhh dasyat deco dorang dah macam pelamin bertunang..hihihi

Mampu open house dapat photo gifts. CCPA sila bagi idea2 kreatif untuk open house department kita..ewah!

piece : kathyjem

Friday, August 15, 2014

Spaghetti Grill

Seperti biasa hari Jumaat kaki langkah sepanjang 20km.. Nak pergi Midvalley memang tak la naik muntah dah dengar Midvalley, mau tak setiap minggu pegi situ ata sebelah ofis jer jalan kaki 15 minit boleh sampai..hahaha Nampak sangat nipu nyer..Kena naik kete la.. =P

So ke Paradigm Mall la kami.. Plan nak pergi makan kat Serai sekali tak jadi sebab masa nak ke Serai tu ternampak restoran menarik.. Eh macam best jer restoran Spaghetti Grill ni kena cuba ni.. Tengok menu die pon menarik macam ala2 Chili's pon ada..

Nak makan apa ni?? Lapar ni?? Nak oder ni la.. hamboii kalau lapar semua ko nak..

Ok la kan price die.. Lebih kurang macam Chili's jugak la harga die.. Eh yeker ker, ker murah sikit dari Chili's..

Kami ambik set Lunch baru RM10.95++ untuk main course termasuk air.. Nak juices just tambah lagi rm2.00..


Aishah dan Saya..


Kak Yana.. Tak nak ambik gambar paksa gak baru nak.. Kak Yana memang die tak suka sangat bergambar.. Ikut mood die, kalo mood bergambar die ok, takde hal posing sampai lebam pon takper..keke

Dua orang ini la official photographer kesayangan saya..gitew.. poyo sangat ayat tu.. Kalo tengok gambar2 dalam instagram ala2 posing macam model tak berapa nak model tu mereka berdua ni la yang tukang snapnya.. Kadang tu siap paksa lagi tau, Kathy cepat posing masuk dalam blog cepat..hamboii kena paksa ni..

Mushroom soup die sedap..

Aku macam biaser la Seafood Pasta.. Ni baru puas hati makan portion pon ok just nice tak banyak tak terlalu sikit... Sedap dari restoran Delicious tau! Delicious tu hampeh rase die..Memang aku pangkah makan kat situ.. eh emo lak..hahaha

 Aishah punyer.. Ok la sedap jugak..

Kak Yana punyer..

Ni pon sama Kak Yana punye jugak.. Tapi kiteorang makan sekali la gila Kak Yana nak makan sorang mau termuntah kat situ gak..

Dah kenyang moh kita balik..

Sempat singgah Komugi beli Hanjuku Cheese.. Sebiji rm3.80..

Ya ampunn sedapnyaaaaaaaaaaa menyesal beli seketul tau beli 3.. Dah la lembut baru gigit dah abis macam mane..haha

piece : kathyjem

Wednesday, August 13, 2014

Menonton Wayang dengan Suami

Sebenarnya plan nak makan burgerbyte kat kedai Zizan Damansara tu.. Bila Affan ajak aku macam hurmmmmm okla tak kisahlah burgerbyte pon burgerbyte laaa sebab dah tahu rase burger kedai Zizan tu macam mane..hahaha Affan kan hantu burger sebulan tak perkena burger tak sah mamat tu..

Tapi last minit tak jadi sebab masa tengah tunggu Affan solat bersiap tu sajer la aku bukak website MBO tengok movie apa yang menarik.. Mane la tau ada movie best baru keluarkan biaserlah orang bukan kaki movie macam ni la.. 3 bulan sekali baru buka website movie..hahaha

Sajer tengok trailer Into The Storm nampak macam gempak jer cerita ni.. Masa Affan tengah bersiap tu tunjuk kat dia "B macam best jer cerita Into The Storm ni".. Eh dah ada kat wayang ker.. Dah la.. Oyekeerrr.. Hooo best ni, ok la jom kita pegi tengok.. So burgerbyte awak macam.. Takperla lain hari la kita makan.. Ok cun.. ;)


Setia menunggu suami bersolek.. hahaha Nasib Affan yang bersolek kalo aku mau 5 jam kat depan meja solek tu..bahahaha Melampau 5 jam..

Suka tengok movie kat MBO Citta Mall sebab tak ramai orang.. Tak perlu beratur panjang..

Eh baru perasan samalah muka awak ngan poster belakang tu sebiji! hahaha Affan kata nak bawak Raiisah tengok cerita ni nampak macam best.. Hari tu bawak Raiisah tengok Transformers ok suka dia tengok movie.. Pas ni nak bawak die tengok kartun pulak..

Ingat sebelum tengok movie nak makan la dulu sekali tengok jam alaaa tak sempat pulak.. Makan jajan jerla... Abis tengok movie baru kita makan ok!
 
Si Bulat laju jer jalan..

Si Keding sibuk nak minum.. Eh keding ke ko..hahaha

Ok la best jugak cerita Into The Storm ni aku bagi 8/10.. Mula2 start jantung dah jatuh ke bawah camner.. Belum kat bahagian tengah tu keras kenjung badan aku menengoknya..hahaha.. Salah seorang pelakon ni muka macam Munky tapi versi hensem la..Munky versi tak hensem..bahaha  Nasib Munyk tak kerja sini dah kalo tak berbakul2 kena ngan die..kekeke Siap whatsapp die tunjuk muka mamat dalam cerita Into The Storm macam die.. Affan pon cakap muke mamat ni macam Munky.. Yang pakai baju gray tu..



Kan adalah sikit2 macam Munky.. Ni la Munky ex staff CCPA.. Weii rindu kat ko Munky.. Rindu perangai gila2 ko tu.. Tengok baru kerja sebulan lebih kat PUNCAK dah tak nak tengok kiteorang kat sini eksyen.. Macam mane kerja kat PUNCAK NIAGA best ke tidok dengar kata ko dah jadi baik..hahaha

Abis tengok wayang lepak jap menghirup udara di waktu malam..

Marila kita mengenyangkan perut dulu sebelum pulang.. Kalo ikutkan nak oder nasi kerabu tapi memandangkan sudah lewat malam aku oder teh tarik ngan biskut kering jer jadila .. Tak elok makan berat2 tgh2 malam...

Ni Affan punye tak nak kalah nak oder Laksa.. Oder la b asalkan perut awak happy..

Happy malam2 dapat makan biskut kering cicah ngan teh tarik.. Dah lama tak lepak waktu macam ni..Dulu zaman bercinta lepak sampai lewat malam pon takpa walaupon mata dah tersenguk-senguk nak tido..haha Dah kawen ni tengok jam kol 11 teringat2 katil kat rumah..Zaman lepaking sudah berlalu..

Macam mane tak bulat macam buah labu tengah malam2 makan laksa.. Sampai rumah bom terus tido.. Suke lemak2 tu membiak dalam badan awak.. Biorlahh asalkan awak happy ye dok takde ku kisah perut mu membulat bak Belon Udara. =P

piece : kathyjem