Klik Yer!! Mekasih...

Friday, November 14, 2014

CCPA's Birthday Celebration 2014

Hari tu kat ofis ada buat sambutan hari lahir untuk staff CCPA yang tertangguh bulan2 lepas..Senang buat sekali..Kalau tak dibuat mau ada yang tuntut sampai ke lubang cacing sebab bulan Januari sampai Mei dah buat..Takkan bulan2 lepas tu tak buatkan.. so bagi peluang kawan2 dari bulan June sampai Disember nak tiup lilin pulak..behehehe

Walaupon simple potong kek dan makan itu pon dah cukup untuk bagi kami happy.. Kadang tu bukan nak makan sangat pon nak seronok2 je, takkan nak mengadap PC 8 jam kan nak jugak aktiviti merapatkan hubungan sesama kakitangan dibuat..gitewww..

Kek dari Secret Recipe.. Ni jer sempat beli nak tempah kek cantik2 tak sempat sebab plan 3 hari jer nak buat ni semua.. Tak leh plan awal2 takut bos takde staff cuti..Buat last minit jugak yang menjadi..


Ni adalah kali pertama sambut hari lahir paling ramai selalu setiap bulan mesti sambut.. Biaser la dah masuk tengah2 tahun kerja makin banyak dah tak sempat nak plan buat ni semua..


Nasi Lemak Meletops kata ko..hahaha Memang meletop pon!


Lemang di Pagi Syawal.. tengok pulut kuning tu, alooo tak sempat rasa dah licin..


Bihun sup meleleh.. Memang meleleh pon makan.. Meleleh air hingus..hahahaha


Mee Bandung Muar pon sama tak sempat makan sebab kenyang makan nasi lemak ngan bihun sup..

Kali pertama sambut hari lahir paling ramai, dalam sejarah CCPA..

Bulan Jun..

Bulan Julai..

Bulan Ogos..

Saya bulan September..mehehe..

Bulan Oktober..

Bulan November..

Bulan Disember..Alolo Shirley sorang jer tiup lilin, sian takde geng..


CCPA's Birthday Celebration 2014



Huru hara masing2..hahaha Ni la dia realiti kehidupan CCPA yang sebenar..

Masa ni En. Halem tengah bagi ucapan untuk semua.. Sepatah dua patah jer En.Halem ucap.. "Selamat Hari Lahir"... Lol tu jer En. Halem. hahaha Pastu ramai2 gelak sbb dengar En. Halem ucap macam tu jer selalu panjang lebor..

Apa yang kelakar tah masa ni..beria-ia Kak Sal gelak..

Martin kena panggil depan.. ingat nak suruh apa, rupanya ada sumbangan untuk dia sempena kelahiran anak dia yang ke-2. .

Sumbangan ikhlas dari CCPA aka Corporate Communication Public Affairs..

Tahniah Martin dapat baby girl.. Dapat duit tu jangan lupe beli susu anak ok..hahahaa Oh pampers sekali.. =P

Alhamdulillah selesai sudah sambutan hari lahir CCPA.. Yeeaaa makan time...Amboii dengar makan semua melompat2..hahaha

Tu dia masing2 dah tak pandang kiri kanan dapat makanan..

Shahrul & Zaid..

Kak Yana dan Tuan Belog..hehehe

Meor & Victor.. Orang kuat Multimedia ni.. Meor mengantuk eh.. pas makan tido ek.. hahaha

Last sekali, Terima kasih semua yang menjayakan majlis hari lahir CCPA.. ^_^

piece : kathyjem

Thursday, November 13, 2014

Tuesday, November 11, 2014

Masak 3 Bahan pon Sodap!

Ni nak kongsi resepi untuk siapa yang sembelit..hahaha tak la..ni ha sajer nak kongsi resepi ringkas mudah dan sedap.. untuk breakfast boleh nak minum petang boleh nak makan malam pon boleh.. Senang cerita untuk siapa yang nak diet tu pon boleh..Aku amalkan 2 hari berturut-turut hilang 2 kg tau..muahahahah *ok tipu

Bahan-bahan dia cuma 3 sajer..pisang, marjerin dan susu full cream..

Cara-caranya adalah mudah sangat :

Panaskan kuali masukkan 2 3 sudu marjerin..

Tunggu sehingga marjerin tu cair.. Nak pakai butter pon boleh lagi sedap tapi kat rumah aku ni ada marjerin so pakai marjerin jer pon ok.

Goreng pisang tu sampai kekuningan sampai garing then boleh angkat.. Pisang ni korang boleh guna apa-apa pisang seperti pisang nipah, pisang tanduk, pisang nangka atau pisang lain yang sesuai di goreng.. Pisang jangan terlalu keras dan jangan terlalu masak, ambik yang sedang2 jer..

Angkat pisang dan letak atas pinggan atau bekas yang sesuai dan tuang susu siap untuk dimakan..

Sangat sedap bila makan panas2..nyummm!

ok itu jer resepi simple dari saya kali ini.. Selamat Mencuba!

piece : kathyjem

Monday, November 10, 2014

Selamat Hari Jadi Suami

Malam sebelum birthday Affan aku dah suruh dia balik awal sebab nak celebrate birthday dia besok tu.. Bangun pagi macam biasa wish besday kat dia.. "Selamat Hari Jadi B" petang ni balik kerja awal ok kita celebrate.. "Huny nak celebrate birthday B kat mane??" adalah rahsiaa... "B tau mesti Huny nak bawak makan burger kannnn" bukan bukan bukan eee tak abih2 burger..hahaha..adalahhhh.. gitew konon nak rahsia pastu petang terkantoi cakap aku dah booking tempat sekian2..hahahaha Tapi candle light dinner tu nasib tak cakap, opsss..

Masa on the way pakai Waze, aku yang drive.. Nasib Waze ada kalau nak cari sendiri alamatnya sesat la aku.. Dah la nak ke Subak restaurant ni jalan macam nak masuk hutan.. Sampai Affan tertanya-tanya "Mana huny nak bawak ni" sebelum nak sampai Subak restaurant tu ada satu selekoh.. Tepi selekoh tu ada macam gerai ala2 Tomyam macam tu.. "Haa B tahu mesti huny nak bawak kedai Tomyam tepi selekoh tu kan" hahaha Bukan sini la kat depan lagi rasanya.. Sampai2...Oooo Subak restaurant, macam gempak jer restaurant ni.. Mestila tengok la siapa yang pilih.. Eleh eksyen..kekeke

Sampai2 Affan terkejut tengok atas meja ada lilin bunga.. Eh apa ni?? hehehe Suka tak?? ^____^ Affan hanya mampu sengeh..

Surprise menjadi..eh yeker menjadi..kekeke boleh la menjadi la jugak.. >_<

Terkata keindahan dan kecantikkan restorant Subak ni..Kebetulan masa kitaorang sampai hujan renyai2 terus mood berterbangan bersama imaginasi tanpa penghujung.. *_*

Sesuai jugak kalau nak buat gathering kat sini kan..

Dia dah start dah..

Layan mood romantika kejap..hehehe Lama tak bercandle light dinner bersama suami..

Aku oder Blue Eye on The Float.. Sedapp! minum pon sikit2 sebab suke tengok colour air tu takut abis pulak..kekeke Boleh macam tu..

Disebabkan hujan Affan oder Cafe' Latte..

Starters kitaorang oder Ibu Yati Gado-Gado.. Alahai portion comel sangat tak sempat nak main suap2 Affan ngap sekali abis..hahaha Tapi rasa dia ok boleh tahan sedap!

 Sedap B.. ermmm sedapppppp! Dah macam Raiisah gaya tu B..

 Saya punye Supreme Roasted Spring Chicken..

Affan oder Country Bbq Beef Ribs..

Sementara tunggu kek Affan sampai.. Affan punya kek aku dah oder siap2 masa nak booking tu..

Dengan aku2 sekali terkejut.. Ingat waiter tu bawak kek jer sekali siap nyanyi2 lagi lagu Happy Birthday untuk Affan.. Auww sweet la pekerja2 kat sini.. Affan muka control terkejut, haha padahal dah takde darah kat muka tu..

Terima kasih menyanyikan lagu Hari Jadi untuk Affan..

Oder kek tiramisu untuk birthday boy..

Terbaik!!! hahaha apa macam terkejut??haha Dah lama tak buat surprise macam ni kat awakkan.. Last masa zaman bercinta kot..

Ucapan besday macam biaser2 sebelum ni..hehehee

Awal2 dah warning,  B tak boleh bawak phone nanti sibuk je ngan phone tu.. hahaha Sudahnya hp aku jadi mangsa untuk selfie..kekeke

Makanan dah la sedap dikelilingi suasana tropika yang tenang dan damai.. Ouch!

 Sebelum pulang bergambar dengan keindahan alam di sini..

Tengok gambar ni rasa macam pasangan pengantin baru kawen pulak..kekeke =P

Enjoy masa ni, saat paling tak boleh lupa masa makan tu.. Mengimbau kenangan2 dari zaman bercinta sampai sekarang sampai la ada Raiisah.. Sampai nak keluar air mata masa Affan dok cerita tu tapi tahan tak leh nangis abis la makeup i..hahaha.. Ok B, Huny harap celebrate birthday B yang ke 33 ni b suka walaupon ni jer mampu Huny buat untuk B..Semoga B sentiasa sihat dan ceria selalu ok..mmuah sikit!

piece : kathyjem