Klik Yer!! Mekasih...

Monday, September 28, 2015

Takda Mood Nak Beraya Qurban Tahun Ni...

Salam korang..macam mana raya qurban korang meriah tak?? saya biaser2 ajer..takde menarik pon..ni semua baju raya punya pasal..terus takde mood nak beraya Aidiladha tahun ni..huuuhhh sakit hati betul! ni kalau cerita kat korang sampai besok tak abih...hahaha geram weiii..

Korang bayangkan dari sebelum bulan puasa hari tu aku hanta baju raya sampai sekarang tak siap2..kalau ikutkan nak pakai la masa raya puasa hari tu..hanta 4 pasang sekali 2 pasang jer yang siap..ok la dua pasang siap, boleh pakai untuk raya dulu..lagi 2 helai yang tak siap tu boleh pakai untuk hari raya qurban pulak..last2 tak siap jugak..pastu nak salahkan aku napa besok nak raya haji baru call nak datang ambik..

Eh! hello Tariq.. i bagitau u seminggu sebelum ni lagi dah call nak datang ambik..U kata lepas Raya puasa hari tu boleh siap..tak, kan sampai sekarang tak siap2..lepas abis Raya i tanya lagi, ok i baru nak jahit..2 minggu sebelum raya qurban ni pon i remind u lagi suruh siapkan..takkan tak siap2 kot Tariq oiii! takkan setiap kali nak datang setiap kali kena call 3 4 kali..

Yang paling tak boleh tahan telinga ni bila tailor aku tu cakap baju Raiisah dia tak buat langsung sebab tak cukup kain..aku beli kain tu 6 meter kot tak kan la untuk Raiisah tak cukup..Raiisah pakai berapa meter je pon..tak kan nak bagi 20 meter baru kata cukup..Kain sari yang mak mertua aku bagi tu pon dia kata tak cukup..padahal buat kain kurung moden jer pon..Raya2 sebelum ni pon sama jugak..bila baju Raiisah je kain tak cukup..kain sari kan selalu 6 meter kan..tak kan tak cukup jugak kot..malas cakap jer malas Tariq jangan bagi alasan kain tak tak cukup..

Tariq ni memang tau setiap tahun buat hal pasal baju raya aku..bukan first time, sekali dua kena macam ni, dah banyak kali kenaaaaaaa..memang tahun ni last aku hanta baju raya kat dia..ni paling aku tak tahan bila dia start meninggi suara and nak menyalahkan aku sebab dia kata, "kenapa hari ni nak ambik baru hari ni u call i tanya pasal baju anak u?? ni paling aku tak boleh terima ni..kalau ada tong ngan simen dah kena dah Tariq ni..3 4 kali ok aku tanya pasal baju Raiisah, di ulangi 3 4 5 kali ok aku remind dia pasal baju Raiisah jangan lupa buat..boleh dia kata dalam buku dia tak ada rekod untuk baju Raiisah kena jahit lagi dua helai tu..ni la dia perangai Tariq..masa hanta kain ukur badan semua tu, semua kat boleh boleh boelh, kain cukup cukup cukup,  ok ok ok boley buat, semua boleh buat..alih-alih takleh buat..lain kali customer cakap tulis la dalam buku tu rekod jangan anguk2 kepala kata okey2..last-last KO! eee geramm aku..ada sebelah kena sekeh dah Tariq ni..sengal!

Sori kawan2 terlepas geram kat sini pulak..

Tariq ni memang kalau korang nak hantar baju raya kat dia kena 20 kali call remind kata dah siap ke belum, dah siap ke belum..kalau korang datang sajer2 nak ambik baju dengan harapan baju tu dah siap memang tak la ye..dia tak kan buat melainkan 10 juta kali korang call dia tanya pasal baju korang dah jahit ke belum..kawan2 ofis aku pon, aku dah bagitau siap pasal Tariq ni..korang nak hanta kat Tariq boleh tapi memang risiko sikit, bukan sikit besar..dah tau customer ko ramai hanta kat ko jahit la baju customer mana yang hanta dulu..ni tak ko dah kenal lama customer tu pergi siapkan baju orang tu kenapa?? abis orang yang hanta baju awal tu bila pulak ko nak siap??!! ni la sistem Tariq dari dulu sampai..kalau macam ni la Tariq u punya system memang tak lama la..ramai customer  u akan lari..

Dah la raya puasa hari tu Affan bising baju raya aku ngan Raiisah tak siap2..sehari sebelum raya dari pukul 2ptng sampai kol 6 tunggu baju aku ngan Raiisah baru hegeh nak jahit oter sana sini..sakit hati kan..Ni last aku hantar kat Tariq tahun depan No more Tariqqqq!

Sebab tu bila korang tanya pasal tailor mana aku hantar?? baju cantik la. hantar kat mana la?? sekian2...aku malas nak rekomen kat korang..tak nak jadi macam ni la..Tak dinafikan dia jahit memang kemas, cantik, selesa dan murah..Tapi patut ke kita dapat layan macam ni setiap tahun..nak kena seharian duduk kat kedai ko tunggu baju raya semua siap..nak kata lambat hantar, sebulan sebelum puas lagi dah hantar..huh dah la malas nak cakap pasal Tailor baju raya aku ni..

Ni awal pagi Raya Qurban hari tu..nak pergi beraya masa ni..Raiisah penat sangat malam tu tidur lambat..pastu kena paksa bangun tidur pun mulut ternganga-nganga dalam kereta..

Ni dia la yang edit ni..hahaha Kesian muka daddy ko nampak..mummy ok la nampak separuh..

Marah, marah jugak muka selfiak kena letak jugak..kekekeke..Hari Qurban tu tak pergi mana2 pon..Beraya rumah mak mertua di Kajang and rumah mak di Sg. Buloh..mood raya tahun ni ke laut atlantik..hahaha First time guna apps B612 terus muka glowing2 gitew..

Daddy Raiisah macam biaser la bila tak tahu nak buat apa ni la dia mainannya..

Eeee Mekcha ni..geram banyak nau akai sekarang ni..Sabtu ni birthday dia nak masuk 3 tahun..nak buat kat mana ek..malas pulak rasa nak buat apa2 birthday Raiisah tahun ni..hahaha bagi dia cake tiup lilin jer la kan..hahaha Boleh macam tu..Boleh jer janji sambut jugak, kann..

Rambut ni tunggu masa jer nak kena potong..panjang sangat dah..

Takyah guna iron curl natural sendiri..hehehe Tahun depan nak masuk school dah Mekcha ni..Tadika pon tak register lagi..nak kena start survey dari sekarang ni..korang rasa tadika mana yang ok ek??

Ni bukan baju tempah kat Tariq tu yer..bukan! baju ni beli kat Nile.com..murah 30hengget jer..hehehe kain hak lama punya, sarung jer..Baju Raiisah rembat jer baju mana yang ada dalam almari..

Ok tu jer cerita Raya Qurban ku pada tahun ini..Sekian terima kasih..ingat jangan di tanya soalan baju raya tempah di mana?? tak nak jawab.. -_______-

piece : kathyjem

Wednesday, September 23, 2015

Data Internet Murah dan Laju dari U Mobile..

Sekarang ni semua orang perlu data internet yang berkelajuan tinggi..Ramai orang complain data cepat abis, internet lembab, download lambat..pastu dikenakan caj bil yang tersembunyi, kena bayar lebih..Nak bandingkan teknologi sekarang ni, kita memang perlukan data yang banyak..Dah menjadi rutin seharian kita untuk melayari internet setiap hari..bila celik mata jer tangan mesti merayap cari handphone buka FB, Youtube dan macam2 lagi la..Jadi data yang sedia ada tu kadang tak mencukupi..Bila tak mencukupi mulalah nak menggelabahkaaann..Lepas tu hidup pon tak keruan sebab internet takde..hehehe

Tapi korang jangan risau sebab U Mobile sekarang ni ada tawarkan pelan pasca bayar Hero P70 dengan tawaran panggilan tanpa had ke semua talian di Malaysia dengan tawaran data sebanyak 7GB..wow banyak tu 7GB sebulan.. Pelan ni dinamakan sebagai HERO Postpaid P70 yang mana untuk pengguna pengalaman mudah alih yang paling hebat setakat ni..

Selain tu korang juga boleh tambah dua nombor 'supplementary line' di bawah pelan ni..Korang cuma perlu tambahan RM10 sebulan jer..Contohnya macam aku..Aku tambah 'supplementary line' untuk mak dengan abah..Lebih jimat, kan..Boleh kongsi data 7GB dengan supplementary lagi..Lepas tu aku dapat buat panggilan percuma 30 minit setiap hari ke nombor mak ngan abah..Pastu yang bestnya minit panggilan suara yang kita tak guna akan dibawa ke bulan seterusnya..haaa Jimat, kan!

So dapatkan pakej ni segera! Mana yang dah pakai U Mobile sebelum ni peningkatan pelan akan dinaik taraf secara automatik..Dulu P70 ni dorang bagi 4.5GB jer sekarang automatik akan jadi 7GB..

Pelan P70 U Mobile ni antara pelan postpaid terbaik di pasaran sebab ia menawarkan kuota internet yang tinggi dan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian..Promotion bermula dari hari ini sampai 31 Disember 2015..Siapa yang suka guna SMS, akan dikenakan caj sebanyak 3sen/per sms ke rangkaian U Mobile dan 8sen/per sms ke rangkaian lain..

Kat atas ni ada jadual perbandingan Hero P70 dengan pelan lain yang setara..Kalau korang tengok P70 ni paling berbaloi..Aku selalu dengar kawan aku tak cukup data internet..belum sampai sebulan data internet dah tak laju..padahal baru jer bayar bil tapi nak berinstagram slow giler.. Dh la bayar bil mahal!

So korang buat la keputusan yang betul dengan memilih pelan pascabayar Hero P70 U Mobile ni..

Nak tahu lebih lanjut pasal pelan pascabayar Hero P70 U Mobile ni korang boleh layari di laman web https://www.u.com.my/postpaid

piece : kathyjem

Tuesday, September 22, 2015

Dinner di Fuego Sky Dining Troika

Dinner di Fuego Sky Dining pulak..Kat mana tempat ni?? Die betul2 sebelah KLCC dalam bangunan The Troika..Nak senang korang pakai Waze sure tak sesat..hehehe..Ni pon nasib baik Ayu ada sebab Ayu pernah datang sini..Eh dia tu pernah datang sini pon pakai Waze jugak..dasar pelupa minah tu..Tu dia tingkat 23 rupanya, tinggi nau..Kalau aku sorang nak pi sini sesat kot aku rasa..hahaha

Nak datang sini korang kena booked siap2 sebab sini memang sentiasa ramai orang..Hari tu plan nak pergi hari tu baru nak oder makanan memang thank you very much la ada kosong..memang penuh..Ni Ayu la cakap bukan aku yang cakap..hahaha..So nak selamat kena booked la awal2 okey..Kiteorang Ayu booked kan siap2 4 hari sebelum nak pergi..Menu pon Ayu dah pesan google siap2 apa nak makan nanti..sebab sampai jer terus oder..Ayu dah pernah makan kat sini jadi ada la 2 3 menu dia suggest kat aku ngan Eira mana yang sedap..senang ada kawan suka makan ni..hehehe

Settle pilih makan..nama menu dia boleh tahan tergeliat-geliat lidah nak menyebut..hahaha Paling menyampah menu takda gambar makanan..menci tau kalau menu takde gambar makanan ni susah nak oder..

Cantik sangat view kat sini..betul2 mengadap bangunan KLCC..masa sampai tu nganga2 mulut aku  ngan Eira..dalam hati *wowwwwwww antiknyaaaa view diaaa..

Nasib baik jerebu dah kurang sikit..Kalau tak KLCC tu tak nampak kot aku rasa..

Soft Shell Crab-Crispy RM35++

Anchovy Guacamole with chips.. RM25++

Chips ni makan macam ni pon dah sedap..

Ni pon korang wajib try! sedap salmon dia..

Ni yang sampai dulu, kita makan ni dulu..Portion kat sini sikit2..tapi dai punya sikit2 pon kenyang jugak makan macam ni..

Aduhh terbayang salmon masak style macam ni..sedap giler weiii!! Jilat screen pc tu.

Semua yang kitaorang oder ni tak mengecewakan kami..Thank you Ayu!

 Memang indah betul dinner sambil menikmati pemandagan KLCC..Yee berapa kali daaa mau bagitau..hehehe Yerla dah memang cantik view dia harus la kena bagitau 10 juta kali..kekeke

Tengah sedap layan makan datang pulak udang masak apa tah..hahaha Boleh lupa nama masakan ni..tu la lupa lagi nak ambik gambar menu..boleh la sedap jugak udang goreng masak macam ni...

Yang macam sarang burung ni tak sedap..jangan oder..hahaha Kentang je pon benda tu..tak sedap sangat..wah jujur ni tak sedap..

Bila senja sudah menjelma..

Nak kata apa tengok view cantik macam ni..terkata tau..gambar ni no edit ok, real dari kamera aku..cantikkan! Sesuai sangat siapa nak candle light dinner kat sini..Sangat sangat recommended!

Happy birthday to Kathyyy!!! eh! Kek takde lilin pon jadi la tiup..nak jugak tiup tiup..

Abis dah candle light dinner kami..jom balik..suami ngan anak dah memanggil-manggil..Ada yang tanya mahal tak makan kat sini..total kiteorang makan semua tu dalam RM200..ni pon sebab oder air mineral water jer jimat sikit..kalau oder jus bagai lebih harga tu,.,

Bye2 Fuego nanti kami datang sini lagi..masuk 6.30pm balik kol 8.30pm..hahaha Sini dia ada time limits ye..boleh lepak 2 jam jer kat sini..takleh gedik2 nak lepak sampai kol 9 10 malam ke apa..memang tak dapat le ye, lagi2 waktu orang tengah ramai..dia bagi korang lepak makan sampai 8.30 pm jer..pastu leh berambus..haha

View cantik harus la ambik gambar banyak2..kena pakai flash kalau tak gambar gelak tak nak nampak apa, nampak view belakang tu jer..biasa la pakai flash muka dah macam maknyah terus..keke

Siapa gayat jangan tengok bawah, kencing kat situ kang..

Nak naik ada orang jaga, nak turun pon ada orang jaga lif..tak boleh suka2 nak naik na..

Haaa penyakit sawan dah mai dah..

Lupe dia dekat Tower B..

Ni alamat penuh:

Fuego at Sky Dining
Level 23A (Tower B) The Troika,
19 Persiaran KLCC,
KL City Centre
43000 Kuala Lumpur
Tel : 03-2162 0886
Website : http://www.troikaskydining.com/

Moh kita pulang..

Terima kasih Ayu & Eira untuk ni semua..Sayang korang..harap persahabtan kita kekal sampai bila2..Amin..nanti kita plan makan tempat lagi best okey..

piece : kathyjem

Monday, September 21, 2015

Celebrating Birthday me, Ayu & upcoming birthday Ceera!

Ni la hari yang kiteorang nanti-nantikan..weweee..excited nak jumpa macam apa jer kan..siap tanya nak pakai baju apa ni? nak kena cantik2 ker, ko pakai baju apa nanti, colour apa nanti...hahh giteww.. rasa macam anak muda remaja feeling2 nak jumpa kawan gegirl gedik2 nak pakai baju cantik2 nak melaram2 depan kekawan giteww..Weii! umur nak lanjut sedar diri tu..kakaka

Ni la kami walaupon umur dah lanjut jiwa tetap remaja belasan gitew..hahaha Muntah kuning orang baca..

Acme Bar & Coffee ni salah satu kedai kopi tercantik di Kuala Lumpur..memang cantik pon view kedai ni..Eh kedai..hahaha Kedai pon kedai la..

Memang plan nak celebrate birthday bertiga..Ayu, Aku ngan Eira kiteorang lahir bulan September..Alang2 celebrate bertiga sekali..Jimat masa & wang..hihihi..Sebelum nak dinner kiteorang lepak minum high tea di Acme Bar and Coffee ni dulu..Acme Bar and Coffee ni betul2 sebelah KLCC..And atas tu la Fuego at Troika Sky Dining..malam karang kiteorang dinner kt situ pulak..

Cantik makeup Eira petang tu..dah lama tak tengok die makeup macam tu rasa macam anak patung ada kat sebelah..

Dulu sebelum aku berhijab, free hair mesti orang akan tanya..Korang ni kembar ekk?? pergi jalan mana2 mesti tanya kembar ataupon adik beradik..Dah pakai tudung ni dah takde la orang tanya..kalau tanya jugak?? rasa2 nak bagi jawapan apa..

Ayu oder Sizzling Brownies..perghh! memang meletop rasa Sizzling Brownies kat sini..dah la aku hantu ice cream ngan kek cokelat..nasib Ayu punya, kalau sendiri oder tak bagi kongsi dah ni..hahaha

Eira oder Light-As-Air-Pavlova..Ada strawberries & passion fruit sauce..Waduuuhhhh ini pon bisa boleh buat kalian menangis jugak..Ni pon kalian wajib cuba ya kalau datang ke sini! dah kenapa nak cakap indon ko ni..hehehe

Dah kenapa nak makan salad ni Kathy? bebel Eira ngan Ayu kat aku sebab oder salad..hahaha Suka ati la.. =P Diet ker?? tak la tiba tekak aku nak makan salad lak..Pagi tu bedal roti telur sekeping je nak makan dengan geng sanggup tak nak makan banyak2 kat rumah..haaa sebab tu oder salad jer nanti malam karang nak makan lagi kat Fuego pulak..Kira ni starters la konon.. =P

Tenung lama2 kang tumbuh pokok depan pinggan tu kang..makan la cik kak oii!

Acara sawan depan makanan ni wajib ada yer sebelum makan..kikiki

Selesai penyakit sawan depan makanan dah..

Jom makan!

Thank you Ayu belanja kami makan di sini..Dinner karang belanja kiteorang lagi ek..hahaha Manyak songeh semua nak suruh Ayu belanja, bayar sendiri la deyy..

Alhamdulillah dah kenyang..tengok jam lambat lagi nak ke Fuego..tak sabar nak dinner kat Fuego pulak sambil menikmati pemandagan KLCC..sebab tu makan desserts je dulu ngan salad jer sebab dinner karang nak makan berat..kiteorang booked pukul 6.30pm..so ada banyak masa lagi..

Buang masa dengan bergosip..bestnya lama tak borak2 sampai mulut lenguh..

Ayu dan Eira..Cantikkan dress Ayu.. ^_^

Tengok la badan Eira sekejap je kurus melidi..tu pon bising nak turun lagi 3 kg..oii nak kurs macam mana lagi Eira dah kurus dah tu..Risau nau pipi tembam tu..aku ni ha patut risau badan tak turun2 sejak kawen ni ha..nak dapat balik berat 47-49kg dalam mimpi jer la..

Nak datang sini kena booked dulu tau takut ramai orang..kang tak pasal berjam beratur..Ok la nak ke kereta dulu Eira nak ambik pam susu..Fuego Sky Dining tu entry besok ek..Dadaaa~~

Acme Bar and Coffee ni kat dalam bangunan The Troika, Jalan Binjai betul2 sebelah KLCC..

Nah alamat penuh, siap website lagi..

Address : Unit G1, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur.
Contact : 03-2162 2288
Website : AcmeBarCoffee.com

piece : kathyjem