Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, November 17, 2015

Bila Bawak MekCha Shopping di Sogo KL

Hajat nak bawak Raiisah shopping di Sogo dah terlaksana sudehhh..Sajer bawak dia jalan2 kat Sogo..memang ambik cuti hari tu semata-mata nak bagi dia berhibur..Sian asyik duk rumah je sejak jerebu melanda kat Malaysia ni..lagi pon dah lama tak jalan2 kat Sogo..Dengar kata Sogo dah naik taraf bahagian kanak-kanak dan banyak pilihan baju untuk anak-anak..Tu yang nak terjah tu..

Tengahari sebelum sampai Sogo kitaorang lunch dulu kat Sambal Hijau then terus gerak pergi Sogo...Mummy Ayu pon ada sekali..Ambik Ayu kat rumah dia sampai jer Sogo, tu dia parking penuh tapi alhamdulillah kiteorang pusing seround dua round ada kereta keluar..nasib baik rezeki dapat parking kalau tak jenuh jugak nak tunggu walaupon hari weekdays..

Bahagian kanak-kanak di Sogo ni terletak di tingkat 4, senang je nak cari.. Tengok je papan kenyataan yang ada tulis 4F Children's World, tu la tempat dia..

Pencinta Hello Kitty..nampak Hello Kitty terus mummy Halo Titi..hehehe Suke dia nampak Hello Kitty..Kalau ingat balik first sambut birthday dia guna konsep Hello Kitty la..masa tu genap setahun umur Raiisah, dia tak tau apa sangat masa tu..Ce sekang sambut besday guna konsep Hello Kitty mau tersengeh2 sampai ke telinga dia punya suka..

Duduk dalam stroller tak nak so bila bagi jalan nak berlari sana sini pulak..dah besar ni memang tak nak duduk dalam stroller..ada pekerja Sogo tu perasan Raiisah jenis takleh dok diam..Akak nah bagi name tag kat anak akak bagi dia pakai..kalau apa2 boleh tau nama or contact nombor akak..sekarang ni kan macam2 kes kan, kita just berhati-hati jer la..

Baru nak start shopping Raiisah popo pulakkk.. Makan kuat Mekcha ni popo pon kuat..2 kali kot dia popo hari tu..tengah sedap nak pilih baju untuk dia boleh pulak "Mamiiii berakkk" muka kerut2 tahan berak..ha berak lagi kang tadi dah yakk..haiyooo Mekcha..eh tercerita popo pulak.. =P

Ni kali ke dua Raiisah popo pas ni jangan popo lagi tau..amboii siap warning kat anak ni jangan popo tu..yerla stress mak ko baru nak happy pilih baju terbantut dengar perkataan 'beyak' tu..dia peduli apa nak popo popo jugak walaupon dah bagi warning..hahaha

Ruang yang selesa dan besar baby room kat Sogo ni..tempat untuk menyusukan bayi pon banyak dan selesa sangat..

Ruang menunggu..

Dah selesai segala hajat Raiisah tu marila kita sambung menyopping..

Ermmmm nak pilih baju mana ni untuk Raiisah???..Rambang mata pulak nak pilih baju kat Trudy & Teddy..kalau beli 5 helai ke atas dapat 30%..Wow!!! terus juling2 mata dengar 30%..kekeke

Raiisah mana cantik?? yang pink ker or white??

Sampai pejam2 mata mummy pilih baju ko Raiisah..hahaha

Eh eh ada piano tekan guna kaki la..hehehe kemain suka Raiisah sampai tak nak balik nak main kat situ jer..ada pulak geng lagi la dia suka..

Raiisah cantik tak dress Seed ni?? simple jer kan mummy suka la..Raiisah suka tak??

Cewah dia pon tunduk sekali tengok..suka ke tak tu?? Bahagian kanak-kanak dan baby paling syok kalau pergi shopping kat Sogo ni sebab banyak barangan jenama macam baju, kasut, stroller, pakaian untuk sekolah, pakaian bayi, mainan semua kat satu floor..senang takyah naik turun lif semua ada kat situ..Harganya berpatutan dan memang berbaloi pulak tu..ish memang nak datang je la kat Sogo lain kali kalau nak beli baju Mekcha ni..hehehehe

Mummy nak bagi Raiisah try dress Seed munga2 belakang tu la..No noo geleng kepala tak nak..Sekali ada sorang pekerja Sogo tu bawak jumpsuit tunjuk kat Raiisah..terus anguk2 kepala nak pakai.. Yang tak boleh la siap pegang jumpsuits tu bawa ke fitting room..hahaha Amboiii kecik2 dah ada taste sendiri..mummy punye taste tak pandang yer..

Ok la at least dia nak try pakai baju yang dia pilih tu..syok jugak dapat main test2 baju dengan Raiisah..hahaha

Pakai kasut..jom tengok sesuai ke tak baju Raiisah pilih ni..

Ta daaaa baju jumpsuit pilihan Raiisah..colour oren..

Eh eh kemain posing ke belakang sambil angkat kaki..perasaan cantik la tu..

Banyak sangat nak beli kejap kang ambik kejap kang letak balik..pening nak pilih baju2 kat Sogo ni tau..hahaha Last2 tak boleh jadi ni kalau ikut nafsu shopping mummy ko ni satu Sogo mummy ko nak ambik..hahaha Ok cukup penuh satu bag tu jer..Pergi pulak time sale faham2 jer la kat Sogo ni dia punya sale kow2 dia bagi..Sebab tu pergi hari weekdays boleh shopping dengan tenang..Dah hujung2 tahun ni sayang pulak tak pakai cuti yang ada ni..

Mummy nak ni..jenuh explain, ni tak boleh ambik sayanggg..ni bukan mainan Raiisah..nangis2 nak jugak..suka nak jugak benda tu sebab bentuk kepala Mickey Mouse..dia ingat mainan la tu..

Raiisah dan mummy..

Mummy shimpan..haa ok kita simpan nanti kita bayar okey..tapi bila sampai kaunter tak bayar..sampai rumah dia tanya mana Mickey mouse dia..hahaha Mummy ingat Raiisah lupa rupanya dia ingat Mickey Mouse yang dia simpan tu..hahaha..Mummy tak ambik la sayang tu untuk letak garam ker apa tah tu..tu yang ambik..

Mummy Frozen..ye Frozen..Dulu hari2 ni la awk dok ulang tengok 80 juta kali..sekarang kartun Minion pulak..Nanti kita cari Minion okey sayang..

Nak bagi Raiisah berhibur jap bawak dia main kat taman permainan tertutup kat tingkat 4 yang berkonsepkan Safari..Ruang tempat ambil gambar berkonsepkan Disney Princess dan paling best tempat ni adalah pertama di Malaysia yang menyediakan taman permainan dalam shopping mall..

Ruang selesa untuk anak2 bermain..

Hello Kitty! vromm vrommm!!!!

Eh eh mummy pulak yang over..acah2 main jer..

Raiisah! Daddy call tanya best tak shopping hari ni..hehehe

Dah kenapa mummy terjegat kat situ..

Mana leh makan kat dalam tu Raiisah..kena makan cookies kat sini..

Haa macam tu la makan duduk diam atas tu..jenuh pujuk..huhuhu

Thank you mummy Ayu teman Raiisah shopping baju..

Eh eh joget pulak dia..

Dah selesai shopping kat Sogo..jom balik..

Tunggu sat naaa mummy nak bayar baju beli tadi..

Sebelum balik isi perut jap kat McD..Kotak underwear princess tu pon boleh jadi bahan mainan Mekcha..hahaha

Hasil rembatan di Children's World Sogo! Paling best beli baju kat Trudy & Teddy dapat bantal free..hehehe Saje shopping lebih sikit untuk Raiisah..boleh simpan sikit baju Raya tahun depan..kekeke amboiii dah siap fikir baju untuk raya sekali ni..hahaha Paling banyak ambik dress..tah mata aku asyik tumpu kat dress jer..

Terima kasih klsogo.com.my memberi layanan mesra kepada kami petang tu..

piece : kathyjem

Friday, November 13, 2015

Aktiviti Petang Kami

(Scroll down for new entry)

Hujung minggu kalau takda buat apa lepak duduk rumah jer..takleh pergi mana2 pon dengan jerebu teruknya lahaii..sampai takut nak keluar rumah..Selalu lepas bangun pagi buat breakfast simple untuk family..lepas breakfast sediakan makan untuk tengahari pulak..Macam Raiisah selalu aku masak nasi ngan ayam goreng jer untuk dia sebab boleh kenyang sampai petang..Jenis Raiisah mesti nak jugak nasi, hari2 mesti nak nasi..malam pon bagi dia makan nasi..Minum petang tengok la kadang tu masak simple2 jer..

Petang2 selalu tekak nak makan dessert, nak makan manis2 jer..yerla tengahari dah melantak nasi 2 pinggan nak makan benda2 manis la pulak..hahaha Huny apa kata awak masak pisang goreng..tu ha pisang ada lagi kat dapur tu..abiskan la buat goreng..check2 fuhh nasib ada tepung goreng pisang adabi..tengok tarikh, nasib baik lerrr tak expired..hehehe Apa lagi masak pisang goreng ler kite petang ni..

Minum pulak dengan Old Town White Coffee..perghh! kombinasi yang sangat padan..tuang air panas, kacau dan minum!

Aku dengan Affan memang suka minum OldTown White Coffee ni sebab rasa keaslian White Coffee dia memang tak ada tandingi dengan kopi2 yang ada kat luar sana tu..sedap dan power! OldTown White Coffee ni terdiri daripada campuran hebat pelengkap kopi yang terbaik sekali.. OldTown White Coffee jugak menggunakan resepi tradisional..

Oldtown White Coffee 3 in 1 Classic!!!

Minum White Coffee 3 in 1 Classic dengan Laksa pon sodap!

Kalu korang nak tahu asal usul White Coffee ni asal dari Oldtown Ipoh..Ipoh kan memang terkenal sebuah bandar yang banyak sejarah dengan hasil bumi yang kaya, gunung2 dan sungai semua tu..Secawan White Coffee yang asli sebenarnya tak pahit atau masam..Kekayaan yang ada pada White Coffee asli membawa keluar satu rasa susu yang unik..Rasa susu yang unit digabungkan dengan rasa kopi aromantik mewujudkan perasaan yang urmmph dalam mulut..Tak macam kopi biasa, rasa, tesktur dan gaya beza dari kopi yang kat luar sana tu..

OldTown White Coffee ni ada campuran biji kopi paling terbaik iaitu roasted Arabica, Robusta dan Liberica Coffee Beans yang mewujudkan secawan kopi aromatik yang menggunakan resepi tradisional yang melibatkan biji kopi dipanggang menggunakan suhu yang tepat untuk satu2 masa dengan teknik pembakaran cepat & pantas untuk menggabungkan aroma biji kopi dan dipenuhi susu berkrim..Proses pengeluaran ni kena hati2 dan teliti  sebab nak pastikan rasa White Coffee asli ni tidak terjejas..Setiap cawan White Coffee yang diminum kaya dengan krim..

OldTown White Coffee ni minuman kopi paling famous dan paling disukai di Malaysia sebab ia peneraju pasaran White Coffee yang pertama di Malaysia..Bukan kat Malaysia je famous kat negara2 lain pon famous jugak seperti China, Hong Kong,Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Taiwan, UK, AS, Kanada, Australia,New Zealand dan Myanmar..Semua perasa kiteorang suka minum dan beli..Lepas abis perasa Hazelnut kitaorang beli perisa Milk Tea pulak..Lepas abis Milk Tea ambik perisa Classic pulak..hehehe..and sekarang kitaorang tengah gila minum perisa kopi & krimer..

Masa tengah minum hujannnn, dapat pulak minum white coffee memang terus landing atas bahu en. suami la jawabnya..hehehe Terus Affan pun pandang aku..Thank you huny buat white coffee & goreng pisang untuk B..alololo sama2 b..ni jer mampu huny buat untuk b, air kopi ngan goreng pisang jer..hehehe

Kita nak buat apa2 untuk suami hati kena ikhlas walaupon masak paling simple untuk suami..bancuh kopi macam ni pon dah bagi suami senyum sampai ke telinga..Disamping tu mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan dengan keluarga tercinta.. ^_^

Korang boleh cari OLDTOWN White Coffee di AEON, AEON BIG, Tesco, Giant, The Store, Mydin, Sunshine, Trendcell, NSK, TF Value, Billion,  99 Speedmart, Checker ,CS Brother, Nirwana ,KK Mart, Matahari supermart dan Reddick Supermart..

piece : kathyjem

Deepavali di sini..

Hari tu kakak aku ngan abang ipar ada dinner kat Shangri La KL sempena majlis perpisahan & persaraan askar..kakak aku ajak tido kat hotel sekali sebab siang tu dorang ajak Raiisah mandi pool..anak2 buah bising nak ajak Raiisah mandi pool sekali..gigih la mak ngan ayah aku datang bawak Mekcha..hahaha..kalau ikutkan malas jugak aku datang masuk KL tapi dah semua tido kat hotel takkan aku sorang2 tido kat rumah pulakkan..takut ada hantu datang kang macam mana..hahaha..dah la laki jauh nun di sana..

Sebelum tu balik rumah ambik baju yerla last minit akak aku ajak datang takkan besok nak pakai baju ofis pulak kan..hahaha tu pon masa dah sampai rumah 2 3 kali mak bapak aku call tanya datang ker datang ke tak..Datang mak jap lagi orang gerak..

Sampai hotel pon dah kat kol 10.30 malam..amboii masing2 mummy sampai buat2 tak nampak pulak kannn..masing2 tengah melepek atas katil..

 Raiisah dan Darwish..Dorang ni ok mood time baik, baik bebenor..selalu gaduh rebut handphone..

Naik bilik jap antar barang..Wahh cantikkk makeup ko Zura..Akak aku ni jenis jarang makeup..Ada dinner or function baru dia makeup..kalau tak keluar rumah muka togeh jer..dulu zaman muda remaja pantang keluar rumah mesti nak bermakeup bagai..Kan Zura cuba ko ingat dulu nak pergi kedai depan rumah pon beria-ia ko makeup kan..hahaha

Orang yang makeupkan akak aku ni yang makeupkan kakak aku nikah..dia charge untuk sekali makeup tak silap dalam RM300 kot..Suka makeup macam ni nampak simple and natural..

Gini la budak2 zaman sekarang anti social..Mekcha tu kemain tenung screen phone tu macam nak masuk dalam screen tu..

Anak akak aku yang nombor dua..pas ni tak jadi adik bongsu dah..adik baru akan muncul tak lama lagi..amin aminn harap2 gegirl..hehe

Sejuk ye abah..hahaha

Ni la kerja mummy setiap kali Mekcha nak tido (garu badan mekcha)..Darwish lak jadi mangsa garu Mekcha malam tu..

Kol 2 pagi kejut aku suruh ambik gambar depa berdua..kathy kathyyy tolong jap ambik gambar aku dengan abang haris..al maklum la kerja photographer memang kena stanby 24jam kerja mengejut terkejut ni..kekeke

Alololo romantika sangat..Zura perut tu tak nampak..saje dia pakai baju jubah hitam supaya badan tak nampak bambam sangat..takper pantang nanti berat badan mesti turun..

Pagi2 nak mamam cokelat..gigi pon tak gosok..

Nasib jerebu dah takde kalau tak, tak nampak bangunan belakang tu..boleh tahan bilik kat Shangri La hotel ni, cantikkk...

 Kol 8.30 dah jom turun breakfast..lapor dah masing2..

Pagi2 makan dim sum..

Raiisah bagi dia makan koko krunch tapi bukan dia makan pon dok kacau2 jer..

Steamed dumplings..dok kalut tengok menu kat sini terus lupa nak ambik dumplings ni..tengok abang ipar aku ambik ni, ingat nak ambik sekalu lupa..

Ok ni saya punye..makan dim sum dulu..

 Mak makan buah dulu..

Motifff sangat tuang air pon nak ambik gambar.. yerla kita orang tak mampu setahun sekali jer dapat breakfast kat hotel..tu pasai nak ambik gambar nak buat kenangan untuk tatapan Mekcha besar nanti..hahaha..

Abah punye.. Akak aku punye makan tak menarik dia ambik mee goreng jer..hahaha tu je tekak ibu mengandung yang ok nak telan..

Abah dan Mak..

 Haaa jeling apa tu Raiisah?? nak atuk punya la tu..

Tengok koko krunch dia makan tak luak pun..pastu bagi makan oat ada la 4 5 suap dia makan..

Takleh jadi tengok abah makan macam sedap jer nak jugak makan makanan owang putih..

 Ni adik aku punye..dia dari kecik sampai besar memang hantu roti..roti hangit pon dia boleh telan..

 Pandang sini semua!!!

Miso soup..paling suka..

 Mak sound, orang makan telur separuh masak awal2 ni dah hujung2 baru nak makan..memang betul mak saya tak abiskan..mak tolong abiskan..hahaha kesian mak, aku ambik banyak2 tak abis dia tolong abiskan..hehehe

 Mummy, Raiisah dan Ibu..yeaaa nanti Raiisah ada geng gegirl..

Anak buah, Abid Lauthfi..

 Selesai breakfast bawak anak2 ke swimming pool..

 Raiisah ada geng Lautfi ngan Darwish baru berani..petang sebelum dah mandi dengan dorang..berani la sikit..

Jeles anak buah kecik macam ni pon terer berenang..mummy ko jer penakut tak pandai2 berenang..dulu ada masuk kelas berenang pastu dah lupa step nak terampung semua tu..

Abang Pi ajar mummy berenang..rugi pulak tak bawak baju swimming suit ..hehe

Abang Pi copy paste betul muka atuk..Muka abah dulu masa kecik macam ni la..

Mak, Saya, Kakak, Abah dan Adik Bongsu, abang sado kita..

Dah berani! clap clap clappp!!

Tu dia abang sado sudah mai..mintak sign sikit kat dada tu abang sado..eeee nyampah..tau la badan sado hari2 nak post kat instagram..

Pergi berenang ngan abang sado tu..

Dia pon nak pakai goggles gak..sekejap je nak pakai pastu takmo..

 Jomm la Raiisah asyik berenang kat tangga jer..

Nooo tak nakkk!!

Yeaaa PokSu berjaya pujuk..

kekeke takut balik..

Hanya mampu tengok jer la..tu la siapa suruh tak bawak baju..

Eh ehh kemain ko kan Mekcha..

Raiisah mengandung berapa bulan dah?? hehehe

Lapar ekk tu la tadi breakfast tak nak makan betul..

Siap2 nak check out..

Tu la percutian singkat kami..eh percutian?? hahaha bedalll.. =P

Balik tu pergi Ikea pulak..Masyaallah ramainya manusia..Cuti Deepavali kan faham2 jer la..

piece : kathyjem