Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, April 5, 2016

CERITA SEDIH ORANG OBES 20 HARI TURUN 9KG

"Bagi orang yang obes turun 1-2kg pun dah sebak nak menangis. Seksa bertahun-tahun membawa lemak ke hulu ke hilir. Sakit tapak kaki, jalan senget, jalan sikit termengah-mengah. Semua tu saya dah rasa" kata niza.

Yang paling sedih bila pergi ke kenduri makan nasi sikit dan lauk sikit orang sebelah tanya "cukup ke?". Macam berdosa pula kita makan sikit. Dah sinonim dalam kepala orang ORANG GEMUK MESTI MAKAN BANYAK.

Bila kita pergi joging terdengar cakap-cakap orang "macam ni punya gemuk kalau joging pun 2 tahun baru turun sikit". Rasa TERHINA. Sedih.

Hari ni genap 20 HARI MAKAN LEPTOS SAYA TURUN 9kg. 9kg bagi saya satu pencapaian yang sangat besar. Walaupun orang perasan tak perasan saya turun berat badan hanya saya yang tahu.

Seluar dah longgar 3 inci. Alhamdulilah. Saya rasa nak menangis terharu. HANYA ORANG YANG OBES JE YANG FAHAM PERASAAN SAYA. Saya belum dapat berat ideal lagi, panjang lagi perjalanan mendapatkan berat ideal saya.

Saya tahu ramai kawan-kawan nak tengok gambar terbaru saya kan? Sebelum ini saya ada beritahu kena tunggu saya dapat berat ideal barulah GEMPAK. Barulah orang percaya. Barulah nampak kekecutan saya.

SAYA BELANJA SATU GAMBAR  

Yang bahagian atas itu seluar lama saya. Dah 6-7 tahun tak boleh pakai sebab KETAT. Sekarang DAH MUAT LEPAS MAKAN LEPTOS. Yang bawah seluar sebelum makan leptos. Ketarakan. Menakutkan tengok seluar yang bawah tu.

Nampak?

Dulu selalu buat alasan seluar yang mengecil bukan badan mengembang, tak nak terima hakikat lemak makin menebal. Sejak ada LEPTOS bukan alasan lagi malah kenyataan. SELUAR MAKIN LONGGAR, LEMAK MAKIN NIPIS. MEGIK BETUL LEPTOS NI.

_________________________________________________________________


Pelanggan yang berpuas hati selepas menggunakan Leptos..

Leptos memang terbaik.
Saya percayakan leptos.

Whatsapp/SMS 0133405892 untuk oder!!!

piece : kathyjem

Monday, April 4, 2016

Nak Kilat Kuku Tanpa Pegi Tempat Pedicure & Manicure??

Lama pulak rasanya tak memanjakan kuku ku ni..aku nak share kat korang cara nak jimat duit, takyah pergi tempat mahal2 manicure pedicure..kalau pergi tempat macam tu sure 100 hengget melayang kan..kuku dah tak berkilat jenuh nak kena pergi balik ke tempat macam tu..dari membazir baik la guna cara yang senang..

Ya Allah kuku siapa yang kusam ni siap urat tertimbul-timbul lagi? hahaha..tangan orang kerja keras memang macam ni..kuikuikui

Ni la dia B-Shine, just gosok2 tak sampai 2 minit semua kuku boleh jadi kilat..

Kalau ada masa free kat office curi2 buff jap..behehehe alaa bukan kat office je boleh gosok, kat dalam kereta, LRT, dalam bus, tengok tv pon boleh..senang cakap kat mana2 pon boleh nak kilatkan kuku dengan menggunakan B-Shine nail buffer ni..kesan dia tak sampai 10 saat..

Nak pakai dia senang jer..meh tengok step kat bawah ni..

First sekali, mulakan dengan label No. 1 (REMOVE RIDGES).. Gosok permukaan kuku selama 10 saat..Langkah ni untuk menghaluskan bahagian tepi kuku..

Kedua, gunakan label No. 2 (SMOOTH NAIL). gosok selama 2 hingga 3 saat..ia bertujuan menghaluskan permukaan kuku yang kasar dan meninggalkan kotoran..

Ketiga, gunakan label No 3. (NAIL SHINE) untuk menghilangkan kesan calar pada permukaan kuku..

Keempat, kat bahagian ni kuku akan kelihatan bersinar..gosok selama 10 saat..

Tadaaaa!!! boleh nampakkan perbezaan kuku sebelum digosok..belah kanan tu yang dah digosok..cincai2 je aku gosok terus berkilat..terus kuku nampak sihat & pink2..Yang best Sun Fabulous B-Shine ni boleh absorb air and boleh bawak wudhuk..lagipon dia lembut dan tak sakitkan jari..Kilat tu boleh tahan selama 14 hari..tak perlu buang masa lama2 ke tempat pedicure & manicure..gosok sendiri pon boleh.. ^_^

Siapa nak oder shiny nails in 10 seconds ni boleh oder kat nombor ni whatsapp/sms 013-3605700..

Sekarang tengah ada promotion, murah sangattttt harga RM20 including postage..

Satu lagi aku nak share cleanser dari SUN FABULOUS..Purity ialah one step cleanser yang diperbuat daripada Tocotrienol di mana kebanyakkan cleanser biasa menggunakan Tocopherol..Tetapi Vitamin E di dalam Tocotrienal mempunyai 3 kali ganda sets daripada Tocopherol..Ia mudah menanggalkan water proof dan permanent makeup, tak perlu toner atau moisturizer.. Nak wuduk pon mudah hanya perlu cuci muka dengan menggunakan Purity cleanser dan kulit akan rasa moist..Sebotol Purity cleanser 50ml RM20 including postage..

Boleh check kat website www.malaysiacantik.com
Instagram : malaysiacantik
Facebook : Malaysiacantik

piece : kathyjem

Thursday, March 31, 2016

Ada Ovarian Cyst Dalam Perut

Salam semua..semalam ada checkup kat PMC..Alhamdullillah baby semua ok yang tak berapa ok mummy dia je..sob sob..2 minggu lepas checkup doktor bagitau aku ada ovarian cyst dalam perut..masa doktor bagitau tu cuak giler..terfikir2-fikir macam2 dah dalam kepala ni..

Masa doktor bagitau kalau Ovarian Cyst ni membesar lagi kena bedah terus rasa nak nangis..apa kena bedah? aku terbayang-bayang dah nanti bersalin kena operate..saya tak nak bersalin operate doktor.. =(

Tengok saya tak cakap pon awak kena bersalin operate..saya cakap kalau cyst awak ni membesar kena operate..terus senyum malu kat situ..hahaha..doktor cakap lain aku ingat lain..yerla aku dengar operate ni dah fikir macam2..yerla mau tau tak takut dengar operate2 ni..dah la kandungan baru 6 minggu masa tu..bayangkan kalau kena operate jugak macam mana?? takuttt... T_T

Pastu doktor explain la apa tu ovarian cyst tu? aku pon first time dengar ovarian cyst..selalu dengar pasal fibroid semua tu pasal ovarian cyst tak pernah tahu..lepas doktor explain baru aku faham apa itu ovarian cyst..

Ovarian Cysts atau lebih dikenali cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari..Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada di antaranya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Cyst kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang berik simtom atau gejala..Ia akan sedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan..Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita..Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst..Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan..

So dah tau la kan apa tu Ovarian Cysts ni..

2 minggu lepas check size cyst tu 5cm, semalam check dah naik sikit jadi 6 cm..uuwaaa... T__T

Cuak ni..doktor bagitau kalau kandungan dah masuk 3 bulan, cyst makin besar lagi memang kena operate..macam mana nak buat ni? kalau boleh tak nak operate la kan..sian baby dalam perut nanti..Cyst yang membesar memang kena buang, takut dia pecah..doktor kata kalau nak operate sekarang tak boleh lagi sebab kandungan kecik tunggu masuk second trismeter baru leh operate..doktor kata jangan angkat berat2 and lasak2 takut ovari cyst tu tersimpul lagi teruk kena buang ovari terus..

Korang ada apa2 petua tak macam mana nak kurangkan size cyst ni dari terus membesar?? aku try search google ada cakap minum produk shaklee Omega Guard dan B Complex ok minum, cyst akan mengecut..pastu doktor ada bagitau suruh stop makan ayam, soya, tahu, tempe goreng semua tu..yang mana mengandungi produk berkaitan soya doktor tak bagi sentuh langsung..doktor suruh minum minyak zaitun dengan makan peria katak..doktor suruh amalkan dua benda ni dulu untuk kecutkan cyst..

So next checkup 2 minggu lagi..memang sekarang ni setiap 2 minggu akan datang hospital untuk doktor pantau cyst tu..harap2 2 minggu lagi cyst dalam perut ni akan mengecil..risau la..tak nak la cyst ni membesar lagi taku la kena operate..

Alhamdulillah baby dalam perut okey..jantung, perkembang dia semua okey..sekarang dah masuk 8 minggu..silap ingatkan dah masuk 11 minggu..hehehe..hari tu masa checkup doktor bagitau kemungkinan aku akan bersalin awal bulan 11..dua minggu lepas check, doktor kata aku akan bersalin hujung bulan 10..hehe silap la kiraan..doktor check semalam and kira dari segi size baby InshaAllah aku akan bersalin awal bulan November..doakan aku ngan baby semuanya selamat..amin..tengah risau ni.. =(

piece : kathyjem

Tuesday, March 29, 2016

Cookies untuk tambahan susu dijadikan kudapan pon boleh

Halo! tup tup dah petang..kepala tengah weng weng ni biasa la masuk waktu petang terus rasa nak lentok2 depan pc..tapi gigih nak update blog..hehehe Nak jadi blogger tegar kena rajin mengupdate walaupon cerita tah apa2..hahaha

Nasib beli cookies ni masa baby expo kat Midvalley Jumaat lepas..ada jugak benda nak kunyah2..nak makan buah rasa tak lalu dah nak makan..tadi makan buah delima officemate belikan pon tak abis..ada lagi tinggal separuh..jap lagi la abiskan..

Serius la sedap giler cookies ni..aku tau dah lama dah lactation cookies ni tapi takkan nak beli pulak kan..mekcha pon dah besor panjang, dah kenapa nak beli cookies tambah susu pulak kannn..memang pasang niat kalau ada rezeki nombor dua nanti nak beli cookies ni, teringin sangat nak rasa..

Masa jalan2 kat expo baby tu terperasan booth Mom More Milk ni..eh eh cookies sedap ni, jumpa jugak..sajer la lalu sekali tengok ada tester, apa lagi try la makan..mula2 cuba makan perasa brownies, sedap tapi rasa macam herba2 sikit..pastu try makan oats & hershey's chocolate chips pon sedap..try makan cranberry & white chocolate chips, OMAIII lagi sedap! try pulak masa perut tengah lapar..memang dua kotak la aku beli..hahaha beli sekotak harga dia rm32 tapi beli 3 kotak dapat diskaun rm30..aku ambik dua, Hanis ambik sekotak..pastu dua2 nyesal..hahaha aku lagi ngek beli sampai 2 kotak, patut beli sekotak jer..nafsu sangat niiii..yang Hanis lak, takyah beli pon takper nok susu aku pon banyak lagi ni..hahaha dah dua2 nyesal.. sebab fikir sekotal dalam dia ada 11 pieces..ingat nak simpan la lepas beranak kan..kot2 boleh tambahkan susu masa dalam pantang tu ke..sekali tengok expired dates, hujung bulan 4..hahaha kirim salam nak simpan lama, kasi abis yer dua kotak tu..

Nasib la sedapkan..bukan untuk ibu menyusu je boleh makan cookies ni, untuk ibu mengandung pon boleh sebab dalam dia ada bijiran organik yang ada Omega-3 yang tinggi untuk perkembangan otak bayi..

Tak silap harga dia yang betul sekotak RM38..beli masa expo baru RM30..jimat banyak tu..harap2 masuk 3 trimester ada lagi baby expo kat Midvalley, nak borong cookies ni banyak2.. sedap sangattt sukaaa...

piece : kathyjem

Monday, March 28, 2016

#luahanibumengandung

Hi semua..apa cer hari ni?? kalau tak aku cuti ari ni tapi memikirkan weekend hari tu tak jadi balik Perak maka kerja la hari ni..kalau ikutkan memang plan nak pergi Perak Sabtu & Ahad hari tu, nak tengok bapak Affan kat Kuala Kangsar tapi sebabkan aku demam weekend hari tu cancel pergi Perak..tunda ke hari lain..bersemangat nak pergi Perak jumpa atuk Kuale ngan makan Laksa sarang burung tau sekali tak sihat..sob sob..

Tak tau la Affan cakap betul ke tak ada laksa sarang burung kat Kuala..dah sampai Kuala takde laksa burung siap b.. jangan main2 dengan ibu mengandung mengidam ni..tah la sejak pregnant aku suka nau makan laksa..pantang dengar orang kata laksa sedap terus nak cuba..aku rasa bulan ni paling banyak aku makan laksa..seminggu sekali wajib kot makan laksa, tak kisah mana2 janji sedap..

Hari tu mak mertua ada buat laksa, siap tapaukan lagi..aduhh teringat-ingat laksa Umi ni..macam nak suruh Umi masak laksa lagi jer ni.. Umi kalau Umi baca blog saya ni Umi masak laksa lagi untuk saya..hehehe

Yerla makan la puas2 kan nanti lepas beranak setahun tak leh makan laksa..aku dulu lepas beranakkan Raiisah rileks jer makan laksa..ingat lagi Raiisah masa tu 6 bulan..rileks je post gambar makan laksa dalam facebook terus ramai orang komen kata, "Eh Kathy dah boleh makan laksa?? cepat nye kathy makan laksa..akak dulu setahun pantang baru boleh makan laksa..balik rumah tu terus tanya mak..mak cakap memang la mana boleh orang lepas beranak makan laksa, at least setahun baru leh makan.. ooo..yeker mak, mana orang tahu.. since aku pregnant ni memang nak makan laksa puas2 leerrr..setahun wooo tak leh makan laksa nanti..tetibe tercerita pasal laksa pulak..hahaa nampak sangat dalam kepala ni asyik ingat makan jer..hehehe

Start hari Jumaat hari tu badan dah rasa lain macam..masa pergi expo baby kat Midvalley Jumaat waktu lunch tu pon, jalan dah lalok-lalok tapi memikirkan ada misi nak mencari barang Raiisah maka gigihkan jugak la badan ni pergi Midvallley..best ooo expo baby Midvalley ni..aku paling suka expo baby kat Midvalley compare expo yang lain..tah macam kat KLCC macam busan je expo dorang buat, barang pon macam tak banyak sangat compare Midvalley macam2 hado..

Hari tu kat Midvalley paling banyak jual pampers..aku rasa hampir semua brand ada kot..ada Huggies, Drypers, Pet Pet, Diapex, ada lagi a few brands tapi tak ingat..mamy poko murah giler satu pack ada 60pcs, beli 3 pack baru rm90 tapi beratur dia yaa ampunnn macam ular sawa..terus terbantut nak beli..tapi puas hati la dapat borong baju Raiisah untuk pergi school murah2..seluar baru rm5, baju tidur rm10-rm15..baju2 Raiisah banyak dah singkat tu yang nak beli baru and nak paling murah..hehehe nak pakai waktu abis kelas jer takyah mahal2..


Ni kat office pagi tadi..Kat office dah berapa hari air takde..gigih beli air kat bawah..nak bawak air dari rumah memanjang jer lupa..kes kurang minum air la ni punca badan tak sihat jumaat lepas..dari last week air tapis kat office tak restock..lambat bebenor dorang ni nak tukar supplier..kalau boleh masak air dah lama dah aku masak air kat office ni..hahaha ok tu je nak kongsi ngan korang.. #luahanibumengandung

piece : kathyjem

Wednesday, March 23, 2016

Raiisah Napa Macam ni?

 Hai semua..hari ni takde mood langsung..why laaaaa.. -___-

Selalu setiap pagi mood aku membuak-buak kegembiraan kecuali dah masuk petang la..Pagi tadi hantar Raiisah pergi school pon dah macam apa tah mekcha pagi tadi..

Raiisah sejak2 akhir ni mood dia sangat la mengada-ngada..kadang mood happy terlampau, kadang sedih tanpa sebab, kadang tu menahan jer kemarahan mummy yang meluap-luap ni..Dari last week setiap pagi nak pergi school ada jer drama air mata membasahi lantai..sekarang ni kalau kejutkan dia bangun pagi mesti nangis2 tak nak pergi school..buat2 baring la, buat muka sedih la..

Suruh breakfast tak nak..bagi oat pon tak nak sebab Raiisah setiap pagi dia suka makan oat letak susu pekat tak pon bagi makan roti..sekarang tak nak dah oat bagi roti pon tak jugak..Masuk kereta muka monyok..

Bila sampai depan pintu masuk sekolah nak berdukung tak nak jalan..bayangkan keadaan mummy macam ni dukung Raiisah naik tangga..uwaaaa..bila sampai depan pintu masuk school menangis-nangis, menjerit tak nak pergi school...tak nak school..nak balik nak balikkkk..nak nenek...nak mummy nak daddy, nak balikkkkk..sampai aku turun tangga pon dengar dia menangis nak balik..pujuk2 sebelum tu pon tak jalan..lagi aku pujuk lagi la dia menjerit sekuat hati, kadang tu mummy tahan jer nangis sebab tengok Raiisah menangis macam tu..ye la mak mana yang tak sedih tengok anak menangis macam kena dera kan sebab dah biasa tengok dia happy je setiap pagi..laju2 mummy keluar kang teacher Raiisah perasan mummy nak buat drama air mata kat situ..

Sampai office mesti dapat whatsapp dari teacher Raiisah "Puan Raiisah nangis dari tadi, asyik sebut nak balik, nak mummy"... Bayangkan situasi dia setiap pagi macam ni, sekarang ni..ontheway nak pergi kerja pon susah hati sebab dalam kepala dok terngiang-ngiang dengar suara anak menangis tak nak pegi school..ada gaduh ke dengan kawan ker??..rasanya tak kot, Raiisah jenis suka berkawan..

Ni pagi tadi teacher Raiisah whatsapp bagi tau Raiisah dari sampai asyik menangis jer..Bagi roti tak nak, makan pon 2 keping biskut jer pastu dah tak nak sebelum ni bab makan dia la yang paling suka sampai teacher marah sebab time belajar makan dalam kelas..hehe..kadang tu sampai teacher kena sorok beg Raiisah sebab asyik mengunyah je kerja dia..dah sorok beg pon dia boleh tahu teacher dia sorok kat mana.. hebat sangat deria bau Mekcha ni..hahaha Dah terbiasa duduk ngan nenek dia 24 jam mengunyah macam tu la dia..mulut sentiasa nak ada makan..hehehe

Ni kalau ingat balik kelakar..pernah teacher dia hantar gambar muka baru lepas kena marah sebab makan dalam kelas..teacher pon kesian tengok dia buat muka seponsen bagi la makan 2 biji karipap yang atuk dia bekalkan..lepas makan 2 biji karipap makan lagi kuih talam seri muka sebiji..hehehe Raiisah Raiisah..bab makan dia la paling berhantu, kadang tu sampai roti kawan dia pon boleh bantai makan, tapi hak dia punya kedekut..hahaha Tak nak kongsi dengan kawan2..hat dia makan sorang2..jenuh ajar dia, Raiisah kita makan kena kongsi2 baru la sharing is caring..Nanti dah ada adik kongsi sama2 jangan kedekuitt okey..

Ke Raiisah rindu kat atuk ni..Atuk Raiisah takde sekarang ni kerja kat oversea..sebulan dah atuk dia kerja kat sana..maybe dia rindu kat atuk.. Kadang kat rumah mak selalu dia panggil2 atukkk, atukkk..saaaaayanggg bucuk atuk! dialog ni selalu Raiisah sebut kalau bergurau dengan atuk dia..alaaa mummy nak keluar air mata ni.. T__T

Bayangkan dekat last 2 weeks dia macam ni, nangis2 tak nak pergi school..susah hati betul Mekcha sekarang macam ni..ni pon Raiisah baru lepas baik demam..

Kenapa macam ni Raiisah? selalu Raiisah happy je nak pergi school malam sebelum tidur Raiisah mesti excited nak pegi school lagi2 tengok mummy tengah gosok baju uniform Raiisah.. T_T

Teacher Raiisah cakap maybe Raiisah macam ni sebab nak dapat adik..perangai dia berubah jadi mengada-ngada, jadi manjer, makan pon tak lalu, sebelum makan cium2 dulu bau kalau tak kena dengan selera dia memang dia tak makan..nasi sekarang ni pon dah tak nak makan sebelum ni memang hantu nasi..setiap kali teacher dia suap nasi dua kali tambah..sekarang kat sekolah memang dia tak makan nasi dah..waktu petang bila ambik dia teacher dia mesti mengadu.. "Puan Raiisah tak nak makan nasi, dia makan biskut kering ngan roti..tu je yang dia nak sekarang ni..takper la janji dia nak makan..kat rumah malam2 aku paksa dia makan nasi, ada la 5 6 suap pastu dah tak nak..kadang tu langsung tak nak..susu pon dah tak nak minum sangat..dia suka minum susu kotak sekarang ni..

Fikir sangat pasal anak makan epal sebiji pon tak abis..rasa macam nak baring je depan pc ni.. -__-

piece : kathyjem

Monday, March 21, 2016

Rasa mual dan payau2 tapi selera makan makin menjadi-jadi

Halo semua..hari ni nak bebel pasal weekend hari tu..al maklum sejak berbadan dua ni mood memasak makin menjadi-jadi tapi weekend je la kita masak hari biasa kerja tak sempat..hihi..ok bab makan aku ok takde masalah..bau orang memasak 10 batu pon aku boleh hidu (hurmmm dappp bau makanan) kembang kembis kembang kembis bau makanan.

Ye hidung aku ni bab makan laju je hidu..bab bau2 busuk pon laju gak hidung ni menghidu..pergi balik kerja, bila masuk lif paling tak aku suka..dalam lif bau hapak gilerrr..sebelum ni naik lif ok jer..tah la hidung orang pregnant ni memang sensitif nauu..kat rumah pon macam tu..aku takleh bau sikit yang bau masham2 pelik2 dalam rumah memang tangan ni laju nak menyepray pewangi rumah..tapi bau masak2 kat dapur, bau minyak semua tu ok pulak..hurmm pelikkan..selalu orang awal mengandung alah bau2 dapur ni..kes aku terbalik pulak..

Hurmm kes lebih kurang macam mengandungkan Raiisah jer simptom2 aku ni..paling tak boleh bla skang ni aku tak leh langsung bau badan Affan.. dulu masa baru2 mengandungkan Raiisah sampai aku bergaduh2 ngan dia suruh tido luar..now tak nak la buat macam kan tu sian kat Affan..hari tu nak cakap ngan dia tak leh bau badan dia pon tak sampai hati..cakap jugak la kan sebab malam2 bile terjaga 2 3 pagi, toleh jer muka tu dia air cond Affan Sendirian Berhad dah tala kat muka aku..dengan fenomena el nino ko ghaser?? hahahah hidung ni dok menahan jer.. padahal sebelum ni elok je tido sebelah tiak dia yang masham2 wangi tu..kekeke Yang dah kawin tu faham2 je la bile bau badan suami sendiri macam mana kan..bau tu la yang ko rasa paling wangi di dunia..hihihi bile Affan tau pasal aku takleh bau badan dia, terus lari2 manjer keluar bilik merajuk tak nak cakap ngan aku..atototo merajuk la pulak.. tapi merajuk 10 saat jer la pastu cakap macam biasa..kalo merajuk lama2 tak kuasa nak pujuk2 dah besor tua bangke..hahaha


Ni semangat lauk aku masak weekend hari tu..ikan bakar tu je yang Affan beli kebetulan Affan keluar rumah cari barang ke apa tah aku pon dah lupa, tu yang dia singgah beli ikan bakar kat area tempat kerja lama dia..

Pasal makan ni teringat pulak channel 727 astro (Food Network Asia)..aku memang kemaruk tengok channel 727 tu..Affan sampai tak bagi aku tengok channel tu sebab dalam kepala otak asyik ingat makanan jer..bila aku pasang je channel 727 Affan mesti bebel2 suruh tukar channel..Dah jangan tengok channel ni, bahaya!! awak asyik ingat makan jer..karang, jom b kita makan waffle strawberry yang ada cream ngan blueberry tu, b huny teringin nak makan yang niii, b nak makan yang tuuuu..hahaha pengsan Affan dengar asyik 24 jam ingat makan jer..

Walaupon selera makan makin menjadi2 tapi tekak ni asyik la rasa payau & pahit2..paling kuat rasa payau waktu malam..ya ampunnn dia punya rasa payau tu macam rasa ubat panadol atas lidah pahit2..hah macam tu la rasa dia..sedap tak?? memang tak la kan..harap2 masuk second trimester hilang la rasa mual2 payau tu..huhu tak sanggup nak hadapi rasa payau ni setiap malam..bila malam rasa semua tak kena..baring rasa tak kena tidu rasa tak kena, tengok tv rasa tak kena..uwwaaaa tak bestttt...orang kata rasa payau2 makan buah ker apa kan..ermm tak jalan pon..makan la apa pon, buat la tips macam mana pon tetap rasa mual2 payau tu.. sob sob..tapi Alhamdulillah payau2 pon selera makan aku ok lalu jer makan..takde masalah pon..hehe syukur sangat.. =)

Sabtu malam dah pesan kat Affan awal2..sok pagi nak breakfast kat mamak nak makan roti puri ngan tosei rawa..nak roti puri paling sedap makan kat NZ curry house tapi bercinta pulak nak pergi sana bapak jauh..tol je silap2 pergi balik kat 10 hengget..huh takyah baik makan kat area rumah jer, pon sedap gak..mesti ada tanya dua2 tu ker aku makan ?? ye dua2 tu kita makan..Affan sampai jeling2 manja tengok aku makan roti puri ngan tosei rawa ni.. dia kata nasib aku pregnant kalau takkkkkkk memang aku tak makan banyak macam ni pon..bahahaha Sebelum pregnant aku makan tosei rawa seketui tu pon dah kenyang sampai ke tengahari..

Tengahari tu gigih masak spaghetti aglio olio..tengok member kat IG masak spaghetti aglio olio terus tekak teringin-ringin..affan lak semangat nak makan spaghetti carbonara yang aku lak nak spaghetti aglio olio..hahaha terpaksa la akur bini dia yang mengandung ini kennn..hehehe

Tu jer nak cerita hari weekend kita yang biasa2 tu..hehe

piece : kathyjem