Halooo semua..apo kabor?? lama nau tak update blog ni ye..sikit lagi nak berhabuk dah blog aku ni ha..hahaha apa macam raya korang best ke, meriah ke??aku nak update entry raya pon macam maleh2 je..toh ler perut makin membesar rasa macam tak larat nak buat apa dah..hohoho tapi takleh layan sangat perasaan macam tu kalau tak apa pon tak boleh ye..hari ni baru ada semangat nak mengupdate blog..sementara bersemangat tu mari la korang baca bebelan ini..hehe..
Semalam ada check up baby..macam biaser bile scan, doktor check semua kata baby ok..doktor tanya macam mana puasa hari tu, raya semua tu la..aku cakap ok puasa cuma 3 hari je tak puasa sebab tak sahur dengan tak sihat..hehehe Doktor kata Alhamdulillah, macam2 awak lalui kan Nurkhadtijah, alhdmulillah sihat dah sekarang..tu dia nama penuh doktor sebut...hahaha Kadang2 doktor panggil aku Syatilla Melvin..kakaka Syatilla Melvin celah mana tu doktor..lain sesangat..ada sekali tu doktor kata lepas ni awak ada shooting kan drama sekian sekian..aku tercengang-cengang masa doktor cakap pasal shooting drama apa tah tak ingat..dalam hati celah mana pulak aku shooting nii!!!hahaha ooo haa okkk Syatilla Melvin..kekeke Macam2 muka artis korang cakap sama, macam Shila Amzah la, Mia Ahmad la, Fazura la..tu semua tak sama langsung..jauh panggang dari api..hahaha
Hari tu masa kandungan 4 bulan aku ada bleeding sikit tapi tak serius la sebab kandungan dah masuk 4 bulan lebih..kalau awal2 tu kemungkinan doktor kata boleh gugur..mau tak hari2 dukung mekcha..pagi sampai school mengada-ngada tak nak naik tangga, nak berdukung..balik pon sama kadang manja nak dukung gak..pastu bila dalam kereta jenis tak reti duduk diam. tak nak duduk dalam car seat nak duduk kat depan dengan mummy, dah bergesel-gesel perut mummy dengan badan dia..tapi sebelum kena bleeding tu memang aku banyak bergerak sana-sini uruskan Kaay Cosmetics..tu pon salah satu jugak la kenapa bleeding..
Bile check, doktor kata ada luka sikit kat bahagian pintu rahim..memang nampak luka kat bahagian pintu rahim tu..doktor kata sepatutnya jarak uri aku dengan pintu rahim dalam 6 cm macam tu tapi sebab uri dah ke bawa jarak uri aku dengan pintu rahim 3 cm je, itu yang luka sebab bergesel..doktor kata jangan risau dia akan bagi ubat kuatkan rahim..so dapat la mc kena rehat banyak2.. tapi aku kan mana leh dok diam dapat MC ligat jugak buat kerja tapi jalan tu memang slow paling abis la..ala2 orang jepun pakai kimono pakai selipar jepang gitew..keke jenis aku ni jalan jenis tak pandai slow2, nak laju je kerja nye..selalu kena bising kawan2 office sebab jalan jenis menonong, jalan macam bukan orang pregnant..
Orang kata nak bagi uri naik ke atas selalu buat senaman baring and naikkan kaki sedikit kat dinding..so bangun pagi dan sebelum tido aku amalkan senaman macam tu..Alhamdulillah bile check uri dah kat atas, kedudukan uri pon dah betul..kencing pon dah kurang, maksudnya dah jarang ke toilet la, kalau tak sebelum tau uri kat bawah kerjanya asyik nak ke toilet je..
Alhamdulillah baby dah 23 minggu, lagi 2 dua hari masuk la 6 bulan.. kejapkannnnn.. Perut pon dah makin besar..pakai apa pon dah tak boleh sorok perut..pakai pulak baju dress jenis ada getah kat perut lagi la terserlah kebulatan itu..hahaha
Aku pakai baju ni ramai tegur kat office perut aku nampak besar selalu dorang jarang tegur perut aku..hihihi Baju ni beli masa mengandungkan Raiisah, still boleh pakai lagi..beli kat poplook..aku masa mengandungkan Raiisah suka shopping baju kat situ sebab setiap kali baju sampai try tak pernah mengecewakan..kain dan jahitan dia berkualiti and tahan lama..sampai sekarang masih beli baju kat poplook..
Berat pon makin naik..takut tengok diri sendiri depan cermin..sekarang ni nampak cermin buat2 tak nampak je sebab akan jadi down bila tengok cermin..kalau tak sebelum ni asal nampak cermin, cermin kereta ker, cermin pasaraya ke, cermin tingkap rumah ke laju2 nak tengok badan kurus ke makin sihat..hahaha orang pompuan kan memang macam tu pantang nampak cermin.. sekarang ni jangan yer mesti nak nangis tengok badan sendiri macam kena di pam pam.. T_T Kalau duduk kat bawah nak bangun dah macam penguin tergolek pastu cuba untuk bangun sendiri..selalu kena gelak dengan Affan time nak bangun macam tu..ciss! Kadang2 aku jalan dia kata, "Hunyyyy, huny jalan macam peguin la".. ko rasa nak sumbat dalam tong berisi simen ke nak campak dalam sungai yang ada buaya??
Semalam timbang berat badan naik 2 kg..naik jugak akhirnya..hahaha hari tu 2 kali checkup berat badan tak naik still 60 kg, semalam jadi 62 kg..hahaha hepi kejap walaupon dalam hati risau takut naik banyak..orang mengandung ni kena naik sikit berat badan tu takut ada effect apa2 kan..naik setakat 1 2 kg tu ok la jangan naik berkg kg sudah tu jadi lain pulak tu..
Yerla penangan raya kan ofcoz la badan akan naik..tapi tak kisah pon tunggu abis pantang nanti zazzz zuss zaazzz badan akak nanti tau..ewah!
Berat baby pon dah naik 735 gram..bulan lepas timbang 320gram..wow banyak naik tu..Alhamdulillah..doktor tanya ubat dah abis ke..aku cakap dah abis tapi masa nak bayar tak dapat pulak ubatnya..nak tanya doktor macam maleh la pulak..ada sebab la tu kot napa doktor tak bagi ubat dah..kena banyak minum susu la lepas ni..aku jarang minum susu pregnant kali ni sebab doktor dah bagi ubat kalsium makan ubat jer la..ubat kalsium tu kena makan, kalau tak kaki cepat kram ngan lenguh..ni ubat dah takde kena rajin la minum susu lepas ni..Ok anak mummy membesar dengan sihat ye sayang.. ^_^
piece : kathyjem
Klik Yer!! Mekasih...
Thursday, July 14, 2016
Thursday, June 30, 2016
Kuih Raya untuk Tahun Ini
Siapa lagi nak beli kuih raya kan kalau bukan anak abah yang senget sorang ni..hahaha kakak aku bab2 kuih ni memang dia tak beli la..akak aku kan suri rumah celah mana pulak dia nak beli kuih2 ni..adik aku yang bongsu belajar lagi..
Cakap pasal kuih teringat masa kecik2, kerepek wajib ada kat rumah untuk hari raya..kalau takde kerepek rasa macam tak sempurna kuih raya atas meja makan..hehehe Dari kecik kot kerepek2 ni memang kena ada..yerla muak jugak kan asyik makan kuih manis je..sekali sekala makan kerepek minum dengan orange jus..
Beli kerepek pisang, lidah buaya, kerepek ubi biasa, kerepek ubi pedas dan pagoda bilis..tu sajer..selalu setiap tahun aku beli kerepek dengan ex officemate tapi tahun ni dia tak jual jaga cucu katanya..ni beli dengan orang lain tak banyak pilihan sangat.. Jadi la kan dari takde..
Nak cari kat kedai2 yang jual kerepek, erkk tak kuasa laa malas nak jalan2 ni..tah ler mengandung ni malas betul aku nak yopping2..kalau boleh semua barang nak beli online je..baju & kasut raya pon beli online je..dah tak kuasa nak pergi shopping mall..kang baru masuk 2 3 kedai dah pening nak cari toilet shi shi..hahaha baru 4 bulan lebih dah tak larat canner..besok nak cari barang baby macam mana la dengan perut makin membesor, online la jawabnya..hehehe
Ni sajer kuih raya borong untuk mak..semua kuih ni feveret satu family..almond london tu kalau dapat kat mekcha abis satu bekas dia boleh bedal..hahaha kenit tu kan hantu cokelat..ok tu sajer nak share dengan korang kuih raya kita tahun ini..korang punye kuih raya mesti hebat2 kan.. =)
piece : kathyjem
Wednesday, June 29, 2016
Kuih Makcik Tepung Talam & Seri Muka Paling Sedap di TTDI
Ting! tiba2 dalam kepala nak makan nasi kerabu..aku cakap dengan Affan teringin pulak nak makan nasi kerabu..dia kata ok la takyah masak, tapaukan untuk dia sekali..saya pon nak nasi kerabu..fuhhh selamat dengar laki cakap macam tu..apa lagi balik kerja tu berdesup la pergi bazar Ramadan Taman Tun..
Elok tengah rambang mata nak pilih kuih tuptup Affan whatsapp nak kuih seri muka makcik depan perodua dengan air soya ah soo..masa kat bazar aku beli sikit je, nasi kerabu, kuih akok, kuih telinga gajah, keropok leko, air soya, nasi kukus ayam berempah..eh macam banyak pulak kan..hahaha >_<
Kalau ikutkan aku malas nak tunggu kuih makcik ni sebab pukul 6 lebih dah lalu depan Perodua, tengok makcik ni tak bukak lagi..lupaaaa, baru teringat makcik ni buka lewat dalam 6.30 macam tu..arghhh malas la nak tunggu..aku cakap dengan Affan. makcik ni tak bukak lagi..dia ok jer..
Elok dah gerak balik rumah dalam kepala dok teringat-ingat pulakkkkk kuih makcik ni..telan-telan air liur aku dalam kereta ingat kuih tepung talam gula merah makcik ni..Affan la ni dok mengidam kuih makcik ni dengan aku2 sekali mengidam..hahaha ko sanggup ni u-turn balik demi kuih makcik sedap ni..dengar kata makcik ni dah berniaga berpuluh tahun depan Perodua ni..
Tepat 6.30 ptng aku terpacak depan kedai makcik ni..baru buka dah ramai orang beratur..dalam hati sempat la aku sampai rumah sebelum buka..pelanggan yang beli bukan sikit2 tau semua beli macam nak buat kenduri doa selamat..hahaha
Nampak beratur macam ular..tak pasti pulak makcik ni meniaga sampai pukul brapa?? yang pasti sebelum berbuka kuih dia memang akan abis licin jual.. complete satu Malaysia beli kuih makcik ni..hehehe
Siapa dok area Taman Tun mesti tau kuih makcik ni kan..aku sempat jeling dalam kereta makcik ni.. mak aiiii berloyang-loyang dalam kereta makcik..makcik ni berniaga kuih tepung talam dengan seri muka hanya bulan puasa jer..dua kuih ni jer dia meniaga kuih lain takde yer..
Makcik ni meniaga betul2 depan Perodua TTDI..alaaa sederet dengan restoran Santai..belakang Perodua tu bazar Ramadan TTDI..senang sangat nak jumpa..
Nasi kerabu yang tak menyelerakan..hahaha Silap beli laaa..patut beli nasi kerabu yang hat kedai depan tu, lupa lak nama kedai makcik tu..dah tau tu dok pergi beli kedai pakcik yang belakang tu kenapa kalau dah tau nasi kerabu makcik tu sedap..ngekkkk! saje la nak try nasi kerabu pakcik tu..nampak macam menyelerakan..last2 dah beli keropok takde, sayur kemut, kuah sambal rasa macam nak basi pon ada..huh! kecewa..
Ni Affan punye..aku oderkan daging bakar & cili berlada..
Bubur lambuk ni Affan dapat masa ambik Raiisah kat sekolah..
Kuih tepung talam gula merah yang beli kat makcik tu..
Rasa dia perfect..dengan lembik2 nyer dengan tak manis nyer...arghhh!! balik ni nak beli lagi la..tak puas beli 6 ketul semalam..
Ni feveret Affan kuih seri muka..dia cakap kenapa beli banyak?? ekelehhh banyak konon last2 aku makan dua ketul yang lain dia tibai semua.. pastu pujuk aku takper besok b beli lagi ekkk..eleehhh nak sedapkan hati kita..tu la tak cukupkan, sedapkan, nak lagi kan..hahaha..aku beli 6 ketul satu lagi makcik tu sedekah kat aku..alooo baik sangat makcik ni..mekasih makcik..korang tengok pon dah tau kesedapan kuih seri muka makcik ni kan.. ^_^
Ni feveret mekcha, taufufa.. "Mummy tak nak ambik gambar" hahaha Marah ambik gambar dia tengah makan..pastu belikan Raiisah nasi kukus ayam berempah..
Air soya ah soo ni sedap betul..setiap kali bulan puasa wajib beli air soya ah soo ni..terbaik!
Affan : pergi beli kuih akok ni napa? makan ke kuih akok ni??!!! ni semua nafsu ni, nafsu ni..ni la dia orang perempuan..tengok kat negara Syria tu, dorang macam mana susah tau nak cari makan..huny jangan la membazir beli makanan kat bazar ni..tu yang b tak bagi huny pergi sorang2 bazar Ramadan ni, semua dia nak beli..yerla yerlaaa..mana ada banyak saya beli..beli kuih2 je pon.. =P
See keropok lekor..keropok lekor penyelamat, makan dengan nasi kerabu..
Kuih telinga gajah..tu jer..korang rasa banyak ke..tak kan..laki aku memang tak boleh tengok benda bazir2 ni..eh dia beli macam2 takper pulak kan..hahaha tapi memang jarang pon dia pergi bazar ramadan beli tah apa2..aku jer macam tu, ada penyakit rambang mata..hihi..masa berbuka seketul je aku makan kuih ni..hahaha memang kena ceramah agama la dengan Affan.. >_<
Paling best pagi tadi terlajak sahur..sedar2 yeaa dah pukul 6..ermmm tak puasa la jawabnya hari ni..tak boleh weiii mengandung ni memang wajib kena sahur kalau tak aku rasa perut ni takkan dapat bertahan sampai ke petang..ni kali ke dua tak bangun sahur..kalau tak mengandung takper boleh je puasa tanpa sahur..baru berangan2 nak puasa penuh tahun ni..huhu..masa mengandungkan Raiisah sehari je tak puasa..
Ok la harap dapat bertahan puasa sampai next week..amin...
piece : kathyjem
Monday, June 27, 2016
Kenangan Raya Bersama Family
Tahun ni baju raya aku semua beli jubah..tu pon pening nak beli kat mana yerla sebelum2 ni tempahkan tapi sebenarnya senang lagi beli yang dah siap..takyah pening2 nak cari kain pastu bertekak dengan tailor baju tak siap jahit..tahun ni malas nak tempah baju raya cari ready made je senang..cantik2 pon cantik..kira2 balik harga baju ready made dengan tempah lebih kurang je..beli kain je dah berapa tu belum masuk tempah lagi..kan..lagi jimat sebenarnya beli yang dah siap..
Mengimbas kembali kenangan Raya tahun lepas..uwaaa jeles tengok gambar ku masa ni..iolss kurus masa ni kan..harap lepas beranak dapat la kembali ke bentuk asal kalau tak nangis atas meja makan..hahaha..Geram pulak tengok rambut Raiisah masa ni dengan rambut kembangnya dengan panjangnya dengan mengadanya masa ni..cukup semua..masa ni boleh dia tak nak ambik gambar..Raya tahun ni sila jangan buat cranky macam ni lagi yer Raiisah..dah pakai cantik2 tak nak bergambar pulak dia..tahun ni buat macam ni, awas! hahaha amboi siap bagi warning..
Tahun lepas tema kami colour purple..wahh tema kanak2 Ribena sangat ni..hehehe tahun ni tema colour apa pulak yer..ermmm...nanti kan..Setiap pagi sebelum sembahyang sunat Aidilfitri kami sekeluarga mesti jamah makan lemang, nasi impit, rendang ayam..uwaaa tak sabar ni nak makan rendang mak masak untuk raya nanti..kuah kacang memang wajib ada setiap..sama dengan minuman Ribena setiap tahun.. Bila kami sekeluarga duduk dekat meja tu memang siap air Ribena dalam gelas semua. Moment nila yang aku paling tertunggu tunggu. Satu Syawal yang menjadi moment berkumpul, berkasih sayang, bermaaf-maafan, dan sebagainya..tak sabar nak rasa kenangan saat manis Raya tahun ni pulak.. ^_^
Tinggal seminggu nak raya baru hegeh2 nak kemas rumah..biaserla kemas rumah hujung2 raya baru best, baru la rasa kemeriah Syawal..giteww..walaupon hari raya pertama kami tak beraya di rumah kami, suasana raya kat rumah kami harus la dirasai..baru la semangat beraya kekal sebulan bila pulang dari kampung..kampung la sangat kan..hahaha
Tengok Raiisah kita nak vacum karpet dia pon nak tolong vacum sekali..rajin sangat anak mummy ni..
Mummy vacum tercabut..Ganasnya Raiisah sampai tercabut kepala vacum tu..hahaha
Lepas vacum satu rumah, tukar langsir..langsir tak beli baru, pakai je mana ada..hehehe
Fuhhh penat kemas rumah..nasib la puasa kali ni larat dan masih boleh kemas rumah..Rehat jap minum air Ribena..bila minum Ribena ni teringat masa kecik- kecik dulu..Aku dari kecil memang selalu minum air Ribena ni..abis sebotol, sebotol abah beli..memang sentiasa ada kt rumah sebab satu family suka minum air ni..uuuwaaaa Raya dah dekat..Rindu pulak kat abah...Rasa macam nak suruh je abah balik Malaysia besok..sob sob sob..tengok Ribena teringat abah.. T_T Tapi takpe… aku ni siapkan rumah until Raya ni memang tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu. Teringatkan idea #30DaysOfGoodness Ribena memang penuh makna. Terbayang bayang raya tahun sebelumnya aku pun bersiap sedia rumah dan Raiisah sekali..Sampai dah nak masuk anak nombor dua ni pon aku still suka minum air Ribena..
Oh ye sebelum aku terlupa..Ribena bergandingan dengan Chef Anis untuk menghasilkan resipi spesial ramadhan. Tak sabar nak cuba! Kalau berminat, jangan lupa cuba sekali!
Untuk maklumat lanjut tentang Ribena an aktiviti akan datang, sila klik ‘like’ pada halaman (www.facebook.com/RibenaMalaysia/)
Ok korang Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir & batin.. =)
piece : kathyjem
TAK PERLU FOUNDATION ! CONCEALER ATAU COMPACT POWDER !
Siapa nak tengok makeup simple raya boleh la tengok tutorial makeup video dari Kak Kathyjemmmm..ececece...kita ni takde la terer sangat makeup nye, boleh setakat nak berserikan sikit muka tu..hihi tepek2 kat dahi hilangkan jerawat tu..
Nah tengok muka kita sebelum and selepas guna Super Moisture DD Cushion dari Kaay Cosmetics..see takyah pakai compact powder pon, nampak macam dah pakai compact powder kan sebabbbb dalam Super Moisture DD Cushion semua dah ada..tadah muka depan cermin je dah siap..tak ambik masa yang lama pon..dap2 cuma 1 minit je dah cover satu muka, dah tutup liang pori..
Ok la tu je nak bagi tau korang betapa syoknya pakai Kaay Cosmetics ni!!! ^___^
Tak caya beli seketul dulu..
Boleh oder dengan kita sekarang 011-28811281
piece : kathyjem
Nah tengok muka kita sebelum and selepas guna Super Moisture DD Cushion dari Kaay Cosmetics..see takyah pakai compact powder pon, nampak macam dah pakai compact powder kan sebabbbb dalam Super Moisture DD Cushion semua dah ada..tadah muka depan cermin je dah siap..tak ambik masa yang lama pon..dap2 cuma 1 minit je dah cover satu muka, dah tutup liang pori..
Ok la tu je nak bagi tau korang betapa syoknya pakai Kaay Cosmetics ni!!! ^___^
Tak caya beli seketul dulu..
Boleh oder dengan kita sekarang 011-28811281
piece : kathyjem
Friday, June 24, 2016
Cuci Mata Jer Laaaa
Serius aku mengandung kali ni cincai2 je asal ada jalan..dulu masa mengandungkan Raiisah siap pegi jalan TAR ni cari kain..siap tempah 2 bulan sebelum puasa, baju siap blink2 tampal labuci kat leher..hahaha eh cakap pasal baju Raya masa mengandungkan Raiisah rasa-rasanya baju tu boleh pakai lagi kot..jap fikir mana letak.. hoii 4 tahun dah baju terperap dalam almari..eh yeker almari ke dalam stor..hahaha jenuh la nak cari..tapi serius baju tu memang besar gile aku buat, lagi2 tang perut..haaa boleh recycle balik ni baju lama tu kan..
Aku tu la jenis yang pakai sekali dua pastu tak pakai dah..tu yang selalu kena bebel dengan Affan setiap kali beli baju raya..hehehe
Disebabkan tak boleh beli baju raya yang ada 2 piece maka cuci mata jer la dik oiii..ni semua baju yang aku berkenan dihati ku..kalau ikut nak jer beli..kang sendat pulak tang perut tu..takkan nak pakai kain bawah perut pulak kan..menangis la ko lepas makan ayam rendang nasi impit..hahaha >_<
Cantik baju ni tengok lama2 macam baju referee la pulak..hehehe tapi ok la corak2 belang macam ni simple..orang kurus pakai cun la..
Ni pon aku suka simple jer..
Ni hampir2 nak ambik tau..fikir2, hoii perut terjojol keluar..hahaha tuuuuu 2 piece tak nampak ker? jangan perasan muat yer...
Nampak classic..jarangkan orang buat baju raya colour ni..
Ala2 gadis kampung gitew...sweet je colour..
Kebaya moden ni lawa giler..sukaaaa..simple je.. T_T nak jugak..
Ni pon lawa gak..aku suka kain dia cantik..kalau pakai siang rasanya tak over kan..
Ni pon suka jugak..kalau dia buat loose kat bahagian pinggang memang aku rembat dah..nampak suci je pakai colour macam ni..
Baju raya yang mula2 keluar kat Zalora. ada colour hijau, memang lawa giler colour hijau tu. memang berkenan di hati betul kurung moden ni tapi apakan daya..sob sob...
Ni jenis kain apa ek..thai silk ker?? tah tak tau sangat pasal jenis kain ni..yang aku tahu kain cotton, chiffon, lace..hahaha
Ni cantik angattttttt!!! kebaya moden..kang aku dah cakap tahun ni memang nak beli kebaya moden tapiiii tapiiii i pregnantttttt, you know what i mean..hahaha ye tau pregnant..perlu ke 80 kali mention..kekeke
Tengah bayangkan hari raya pertama pakai baju ni..ngeh ngehhhhh...antik kannnn..
Ni bapak mahal..tau berapa?? 5++..gilo..design simple macam ni 500hengget..nak kata jenama femes tak kenal pon..ermmm tah kain dia la kot yang buat dia mahal..
Dari Jovian..baju raya Jovian tahun ni design dia semua simple2..colour pon kebanyakkan colour pastel..
Baju jubah macam ni jer la yang akak layak dik pakai..tu pon baru beli sehelai kat Minaz..ingat nak beli satu untuk Raiisah..nasib baik kat Minaz boutique ada jual baju raya for kids tapi tak pergi lagi kat Minaz butik..baju aku aku beli masa Zalora buat pre-order..susahkan nak cari baju raya sedondon dengan anak yang cantik kat butik2 kan..korang baju raya berapa pasang tahun..mesti berpasang2 kan..hehe Nanti boleh la tinggalkan komen korang kot2 ada butik online yang jual baju raya cantik2 sekali dengan kids..thank you korang..
Eh tapi sebelum tu nak bagitau korang ni..Super Moisture Cushion by Kaay Cosmetics stock tinggal tak banyak je lagi ni..siapa yang oder sekarang akan dapat FREE Sampul Raya Kaay Cosmetics..sorry siapa yang oder sebelum2 ni sebab sampul raya kiteorang baru dapat..Next week monday kiteorang akan post okey..so cepat2 order sekarang!!! 011-2881 1281
piece : kathyjem
Cuci Mata Jer Laaaa
Serius aku mengandung kali cincai2 je asal ada jalan..dulu masa mengandungkan Raiisah siap pegi jalan TAR ni cari kain..siap tempah 2 bulan sebelum puasa, baju siap blink2 tampal labuci kat leher..hahaha eh cakap pasal baju Raya masa mengandungkan Raiisah rasa-rasanya baju tu boleh pakai lagi kot..jap fikir mana letak.. hoii 4 tahun dah baju terperap dalam almari..eh yeker almari ke dalam stor..hahaha jenuh la nak cari..tapi serius baju tu memang besar gile aku buat, lagi2 tang perut..haaa boleh recycle balik ni baju lama tu kan..
Aku tu la jenis yang pakai sekali dua pastu tak pakai dah..tu yang selalu kena bebel dengan Affan setiap kali beli baju raya..hehehe
Disebabkan tak boleh beli baju raya yang ada 2 piece maka cuci mata jer la dik oiii..ni semua baju yang aku berkenan dihati ku..kalau ikut nak jer beli..kang sendat pulak tang perut tu..takkan nak pakai kain bawah perut pulak kan..menangis la ko lepas makan ayam rendang nasi impit..hahaha >_<
Cantik baju ni tengok lama2 macam baju referee la pulak..hehehe tapi ok la corak2 belang macam ni simple..orang kurus pakai cun la..
Ni pon aku suka simple jer..
Ni hampir2 nak ambik tau..fikir2, hoii perut terjojol keluar..hahaha tuuuuu 2 piece tak nampak ker? jangan perasan muat yer...
Nampak classic..jarangkan orang buat baju raya colour ni..
Ala2 gadis kampung gitew...sweet je colour..
Kebaya moden ni lawa giler..sukaaaa..simpla je.. T_T nak jugak..
Ni pon lawa gak..aku suka kain dia cantik..kalau pakai siang rasanya tak over kan..
Ni pon suka jugak..kalau dia buat loose kat bahagian pinggang memang aku rembat dah..nampak suci je pakai colour macam ni..
Baju raya yang mula2 keluar kat Zalora. ada colour hijau, memang lawa giler. memang berkenan di hati betul kurung moden ni tapi apakan daya..sob sob...
Ni jenis kain apa ek..thai silk ker?? tah tak tau sangat pasal jenis kain ni..yang aku tahu kain cotton, chiffon, lace..hahaha
Ni cantik angattttttt!!! kebaya moden..kang aku dah cakap tahun ni memang nak beli kebaya moden tapiiii tapiiii i pregnantttttt, you know what i mean..hahaha ye tau pregnant..perlu ke 80 kali mention..kekeke
Tengah bayangkan hari raya pertama pakai baju ni..ngeh ngehhhhh...
Ni bapak mahal..tau berapa?? 5++..gilo..design simple macam ni 500hengget..nak kata jenama femes tak kenal pon..ermmm tah kain dia la kot yang buat dia mahal..
Dari Jovian..baju raya Jovian tahun ni semua simple2..colour pon kebanyakkan colour pastel..
Baju jubah macam ni jer la yang akak layak dik nak pakai..tu pon bari beli sehelai kat Minaz..ingat nak beli satu untuk Raiisah..nasib baik kat Minaz boutique ada jual baju raya for kids..susahkan nak cari baju raya sedondon dengan anak yang cantik kat butik2..korang baju raya berapa pasang tahun..mesti berpasang2 kan..hehe Nanti boleh la tinggalkan komen korang kot2 ada butik online yang jual baju raya cantik2 sekali dengan kids..thank you..
Eh tapi sebelum ni nak bagitau korang ni..Super Moisture Cushion by Kaay Cosmetics stock tinggal tak banyak je lagi ni..siapa yang oder sekarang akan dapat FREE Sampul Raya Kaay Cosmetics..sorry siapa yang oder sebelum2 ni sebab sampul raya baru dapat kat kiteorang..Next week monday kiteorang akan post okey..so cepat2 order sekarang!!! 011-2881 1281
piece : kathyjem
Subscribe to:
Posts (Atom)









































