Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, October 24, 2017

MUA Kathyjem bakal beraksi

Halo..amboii tajuk nak MUA je..kakaka berangan nak jadi MUA konon mekap pon ke laut..hahaha

Akhirnya ring light sudah berada di tangan ku..sudah sekian lama pasang angan2 nak main mekap dengan lampu terang bulat ni tau..hahaha biasa la kat bilik aku pencerahan cahaya tak begitu cun..kat bilik kiri kanan pokok..cahaya pon susah nak masuk..memang kena bukak lampu bilik kalo tak gelap..tutup lampu tutup langsir memang syok arr tidur..

Mana yang follow ig fb aku mesti perasan kan kalau aku share video mekap mesti dalam kereta kan..hahaha situ je lighting yang bagus..aku rasa ramai je kot pompuan2 kat luar sana suka selfie dalam kereta kan sebab rasa diri dah cun sangat posing dalam kereta sambil mulut muncung2 itik..😆 

Beli ring light ni pon ada idea Affan..dia kata aku kena beli satu lampu ring untuk buat tutorial mekap..Saya tengok awak ni asyik share mekap dalam kereta jer, tak pon kat office..hahaha see laki aku pon perasan..mengikuti sangat tutorial mekap isterimu ini..kikiki Affan tu nampak macam tak perihatin sangat benda2 macam ni sekali dia bagi pendapat, terdiam aku cakap..hahaha

Tadaaa!!! rabu last week oder semalam sampai..thank you suami carikan ring light ni..kagum aku tau Affan bersungguh2 carikan ring light macam ni untuk aku..haha siap ajak pergi kedai yang jual ring light ni.. cakap dengan dia macam malas pulak nk pergi ke Pudu tu..oder online jer la..cepat dan mudah..sekarang ni kan semua di jari..

Ni hasil selepas ring light dipasang..guna muka Afif sebagai model..gambar terangkan..gambar Afif tanpa edit..

Afif awat muka lagu tu?? rambut Afif dah macam badut aku tengok..nak kena potong rambut dia ni..semalam bawak pegi klinik orang ingat dia gugirl..hahaha muka jantan abis celah mana girl nye..

Ada yang tanya aku beli kat mana kan? nah aku share kt sini terus..korang boleh usha kat facebook Camera Camp Trading..memang laju owner kedai tu reply..

Kalo ikutkan nak oder G yang bawah ni tapi dah sold out tinggal set A yang atas ni jer..Set A Buld, set G Led..tu je yang beza..Rm10 je pon beza..free postage ok..😊

Ok ada apa2 lagi nak tanya?? hehehe 

piece : kathyjem

Friday, October 20, 2017

Anugerah Terindah

Hari ni tanggal 20 Oktober 2017 genap la si budak comot mummy, Afif Uthman! Ingat balik macam mana susah senang mengandungkan dia Allah je yang tahu..setiapa anak dilahirkan ada pengalaman tersendiri tapi kita sebagai emak kena la pandai mencoraknya..gitewww ayat iklan kanak2 sangat..hahaha

Kalu diikutkan mengandungkan si kakak dengan si adik lebih kurang je cuma si kakak sakit beranak tu memang teramat sangat la sakitnye, yerla pengalaman pertama kan..dapat si adik pejam mata eh dah keluar dah..ok tipu..hahaha

Afif masa genap sebulan..nampak kurus walaupon berat badan 3.4kg..dekat sebulan Afif kena demam kuning sampai 5 hari jugak la dok hospital..pengalaman yang tak boleh mummy lupa sebab teringat masa dok hospital depan mummy ada negro tangan kena gari, anak dia demam kuning rasanya..seram sejuk je nak tido..yerla mau tak orang tangan kena gari 3 hari dok depan kita..hehehe..nasib baik polis ada jaga depan tu..kurang ketakutan tu sikit..

Masa 2 bulan dah tak kerap sangat menyusu.. masa dalam pantang tu baru nak lelap ekkk nak susu, baru lepas abis menyusu, nak susu lagi..memang badan kurus cepat la masa tu..mau tak, baru lemak nk membesar dah kena sedut dengan Afif..dari kembung sampai kuncup..hahaha biasa la baby boy kan memang menyusu kuat..so beza banyak la dengan si kakaknya..kakaknya masa baby tak kuat menyusu..susu sikit dh kenyang..buat stok memang banyak la..

3 bulan nampak berisi sikit..masa ni dah pandai melihat..dan pandai gelak bile kita acah2 lawak depan dia..

4 bulan dah pandai meniarap..

5 bulan pandai apa ek..hahaha mummy lupa ingatan jap..ooo haa baru ingat masa dah hujung2 bulan 5 nak masuk 6 bulan macam tu dah start campur susu tepung sebab stock dah tak cukup sebab Afif sangat suka minum susu mummy..sedap ye susu mummy..hahaha

Mummy pulak time tu stress dengan kerja nya dengan nak pump nya dengan boss cari mana Kathy mana Kathy..sudahnya dah malas nak pump..sebab jenis aku ni pump setengah jam..kalau dah sehari 3 kali pump ko rasa boss tak cari..drop sikit la susu time tu..malas nak fikir campur je..memang takleh buat apa melainkan dia  dah start makan, susu jatuh nombor dua..

6 bulan dah boleh makan..time 6 bulan ni la mak mak paling excited sebab anak dah boleh start makan
kan..suka sebab boleh sumbat macam2..hahaha 

7 bulan dah pandai guling2 badan..jatuh katil pon ada gak..takleh lepa laju jer tangan mencapai benda masuk dalam mulut..sampai la sekarang suka nau masuk benda dalam mulut sebab tu mata takleh lepa sikit..

9 bulan dah pandai berdiri dan suka berpaut kt sofa, meja...pastu merangkak keliling rumah dan suka buat sepah..pastu suka tengok iklan..kalau tengok iklan tak kerlip2 biji mata..

10 bulan dari pandai berdiri lama pastu dah pandai selangkah dua..pastu pantang dengar nenek nyanyi lagu, “tang ki tang ki tang” lagu ciptaan nenek..dia kalau dengar nenek nyanyi lagu tu laju je tangan berpusing macam tengah joget tarian inang..hahaha kaki joget jugak ni macam atuk jem..🤣

Suka naik basikal..basikal kakak semua dah pandai naik tapi kena pegang la..cuma tak pandai kayuh je lagi..dah tau kayuh ni mau dia pusing satu taman..

12 bulan dah hari ni...tahniah anak berjaya mengharungi liku2 kehidupan selama 12 bulan..haha..malam kang kita tiup lilin ok..🎂

Sajer mummy tulis apa yang terlintas dalam kepala mummy sepanjang Afif membesar depan mummy..love u my keriting..pelik kan dah masuk setahun tiba rambut die keriting lak..apa2 pon mummy doakan Afif membesar dengan sihat ye sayang..jumpa petang karang..

piece : kathyjem

Sunday, October 15, 2017

Happy Birthday Raiisah Awfiyah

Hi semua..hari tu sambut birthday Raiisah di sekolah..dah pandai request kat mummy nak buat Happy Birthday kat sekolah..yolah yolah mummy buat kalau tak hari2 mummy balik kerja berzikir nak kek barbie nak kek barbie..

Ucapan sama setiap tahun..Selamat Hari Jadi Kakak, semoga jadi anak solehah, anak baik, anak yg bijak dan paling penting boleh menyenangkan mummy dan daddy..

Tercapai jugak mummy nak beli kek barbie untuk Raiisah..yerla lama dah Raiisah request nak kek barbie kan harusla mummy tunaikan..punyer semangat mummy sampai seminggu sebelum tu mummy dah tempah kek, yerla takutkan last minit lupa ke apa kan, baik la tempah awal..nasib baik masa tempah tu kek kartun banyak pilihan..lagi satu kedai kek tempat aku tempah ni memang sedap kek2 dia..hari tu birthday abah beli kek kat tempat sama gak..

Teacher Raiisah suruh datang waktu rehat sebab time tu dorang break untuk makan..Masa sampai tu anak2 tengah belajar solat dhuha..ok sementara tu turun bawah jap ambik makanan dulu..

Raiisah masa ni muka teruja dan malu2 kucing..bila mummy cakap dengan dia sepatah-sepatah dijawab..

Bila pasang lilin macam bunga api terus Raiisah ke belakang takut..😂 nasib baik takde drama air mata masa kawan2 menyanyi lagu hari jadi kalau tak ya ampunnn setiap tahun mummy nengok dia menangis melalak depan kek jer..dari 1 tahun sampai la 3 tahun gambar hari jadi muka teriak..tahun lepas jer mood dia ok siap menyanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri lagi..yerla dah besarkan takde la drama lagi dah..

 Ni pon yang dia tunggu..tiup lilin..masa ni ramai2 kawan dia nyanyi lagu Hari Jadi..kembang kembis hidung Raiisah tengok kawan2 menyanyi lagu hari jadi untuk dia..

Raiisah bersama cikgu2 Little Caliphs Tasik Biru..

Happy besday sayang mummy! Love u Kakak! 😘

Mummy dan Raiisah..dah 5 tahun anak perempuan mummy sorang ni..next week birthday adik pulak..

Gigih mummy bangun pagi masak beehun goreng, nugget dan fries..hehehe tapi beehun tu nenek yang masak..kuikuikui..aku sediakan bahan jer..tak reti aku masak kuantiti banyak ni kang terkurang termasin ke apa naya je..hahaha dah la nak bagi orang makan..alasan padahal boleh je beehun goreng je kottt...aku masak fries dengan nugget jer..masa mak masak beehun goreng aku lari jap ambik kek..nasib baik ambik cuti half day hari tu so takde la terkejar2 sangat..

Sila jemput makan ye anak2 semua..sorry kalau ada terkurang dari auntie..

Raiisah excited sangat sampai suruh makan dengan kawan2 tak nak..dia duduk terpacak depan kek tu sampai la kek tu kena potong..

Atuk Jem pon ikut sekali..nak tengok cucu kesayang tiup lilin kat sekolah..😊

Punye suka dengan patung barbie tu, sampai letak dalam pinggan..dia makan kek tu jer..balik ni confirm kebuluq ate makan kek jer..suruh makan beehun tak nak..

Kawan2 Raiisah sedang menunggu kek..


Door gift untuk kawan2 Raiisah..dah selesai sambutan birthdah Raiisah..settle! lepas ni pikior besday adik pulak..alaa besday adik beli kek jer la..hehehe

piece : kathyjem

Thursday, October 12, 2017

Cleanser dan Moisturizer paling berkesan!

Hi korang kali ni nak share dengan korang pasal pencuci muka terpaling best di dunia iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser..Made in Canada tau.. =)

Rasanya ramai dah tahu kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni kan sebab produk ni sangat best so harus la share berjemaah dengan korang semua ..Cleanser Cetaphil ni pernah viral hari tu kan..Viral pasal ada seorang budak perempuan ni kulit muka dia jerawat teruk so lepas dia pakai Cleanser Cetaphil terus muka ok..Masa baca tu rasa wow hebat giler produk Cetaphil ni so tak mustahil la dapat Cetaphil produk No. 1 Dermatologi Penjagaan Kulit Jenama di Malaysia..

Nanti aku share kelebihan dan pengalaman bagi mencapai kulit yang sihat iaitu dengan membersih, melembap dan melindungi..

Cleanser Cetaphil ni bukan hanya pakai di muka je satu badan pon boleh pakai malah terbukti dalam menawarkan penyelesaian terbaik untuk pelbagai jenis masalah kulit....

Fungsi Cleanser Cetaphil ni adalah pembersih yang mencuci secara perlahan-lahan tanpa merosakkan kulit malah mencantikkan dan menjaga kesihatan kulit sebab ciri-ciri produk Cetaphil ni ialah sejenis soap-free facial wash yang mana sangat sesuai untuk sensitive skin..Paling special tentang Cleanser Cetaphil ni kerana ia non-comedogenic dan fragrance free serta sering disarankan oleh pakar kulit untuk menenangkan kulit yang bermasalah..

Kalau korang nak tahu Cleanser yang kita pakai especially kat muka yang tak ada buih tu lagi bagus sebenarnya..ni tips doktor dermatologist yang beritahu..Raiisah dari masa baby ada ekzema so doktor yang merawat Raiisah suggest pakai Cleanser Cetaphil..

Cleanser Cetaphil sangat ringan dan tak menyebabkan liang-liang pori dekat muka tersumbat, sabun dan wangian bebas..sesuai untuk semua jenis kulit, dari kulit biasa sampai la kulit kering/sensitif..Untuk wanita yang seharian bekerja dengan solekan penuh di muka pon boleh jadikan Cleanser Cetaphil sebagai pembersih makeup..Cuci 2 kali sehari pon dah cukup..Nak cuci tanpa guna air pon boleh tak ada masalah..

Masa cuci tak perlu letak banyak2 letak sikit saje, sangat menjimatkan..Berdasarkan pengalaman aku bila pakai memang sangat berkesan..Kulit muka rasa tak kering dan tak berminyak..Rasa lembut je..Jerawat pon jarang keluar..Kalau keluar pon cepat dia mengecut secara perlahan..

Produk ke dua yang best ni nama dia Cetaphil Moisturizing Cream..

Kadang tu kita ni jenis jaga muka je, kulit badan kering kita buat dek je tak jaga..Itu la silapnya..bila badan terdedah kepada penceroboh alam sekitar sepeti aircond dan mandian air panas, haaaa sendiri mau ingat la kan kulit jadi macam mana, jadi kering dan kusam la..Bila kering kusam dan kurang lembap tu la penyebab jadi kasar, gatal, mengelupas, kering dan macam-macam lagi la..Itu la sebabnya penting untuk kita melembapkan kulit dari atas sampai la ke kaki setiap hari..

Cetaphil Moisturizing Cream ni aku pakai kat satu badan terutama di bahagian kulit kasar seperti siku, lutut dan tumit kaki..Cetaphil Moisturizing Cream ni tidak berminyak, wangian percuma, mengandungi emolien dan humectants untuk tambahan kekuatan yang mengikat air ke kulit dan mencegah kehilangan kelembapan..Sesuai untuk semua jenis kulit, dari kulit biasa hingga kulit kering dan sensitif..Sesuai dipakai kat muka & badan.

Cetaphil Moisturizing Cream ni mengandungi sistem suplemen emolien dan humectant yang lebih kuat yang memberikan penghidratan yang tahan lama, menjaga kulit jadi lancar dan lembut untuk digunakan setiap hari..Formula yang lembut dan non-irritating menjadikannya sesuai untuk semua satu family pakai..

Sebelah kanan kulit kering terdedah aircond..Kiri selepas apply Cetaphil Moisturizing Cream.. =)


Lepas kulit dokctor recommend Cetaphil aku dah try dan rasa Cetaphil Moitsurizing Cream ni la boleh bantukan ekzema kat leher Raiisah..lepas pakai kurang rasa pedih dan gatal..

Hanya secalit sajer dah boleh cover satu leher dan dahi..

Sapu perlahan-lahan kat bahagian kulit kering tu..

Berterusan pakai akan nampak perubahan..

Pembersih Kulit Cetaphil Gentle dan Cetaphil Moisturizing Cream ni boleh beli di semua farmasi seluruh Malaysia..Cleanser ada 4 size botol yang berbeza, ada 125ml, 250ml, 500ml dan 1000ml..
Moisturizer ada 3 size iaitu 50g, 100g dan 453g..So boleh cari di farmasi berdekatan sekarang!

Boleh tengok Facebook Cetaphil https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia

piece : kathyjem