Klik Yer!! Mekasih...

Friday, January 5, 2018

Tahun Last untuk Mekcha di Kindergarten

Tahun ni Mekcah dah 6 tahun..uwaaa tahun depan darjah 1 dah kakak..kalau ingat balik hari pertama masukkan dia kat kindergarten masa umur 4 tahun macam2 drama..tahun lepas takde drama sangat sebab pergi dan balik ada transport ambik so tak jumpa dia sangat..

Mulai dari hari Selasa sampai la hujung tahun ni, hari2 mummy akan mengadap muka kakak setiap pagi so kakak jangan jemu tengok mummy yer..hahaha

Sekolahkan buka hari Selasa tapi kat LC Sg. Buloh buka hari Rabu..so pagi selasa tu aku gosok baju kerja, Raiisah tanya napa tak gosok baju sekolah dia..Aku cakap esok la kakak sekolah kakak buka..terus muka jebek, huhuhu saya nak sekolah mummy..hahaha nampak dia punya tak sabar nak sekolah..

Pagi tu kejut dia sekali dua jer, terus bangun..Wahh laju sangat ni bangun terus ke bilik air..hahaha semangat nak jumpa teacher yer..tahun ni hantar Raiisah full day, tahun lepas kat LC Tasik Biru ambik half day.. Tahun ni ambik full day sebab dok kat rumah nenek asyik kacau adik jer..hahaha Tak la memang nak ambik full day sebab petang ada la aktivti Raiisah boleh buat macam solat berjemaah, buat homework, takde la balik rumah tengok kartun jer.. 

Sampai je kena register dulu sebab Raiisah kategori budak baru walaupon 4 tahun pernah bersekolah di sini..

huntuk 6 tahun lepas register kena thumbpring atas lukisan yang pihak sekolah sediakan..5 tahun pulak dorang bagi aktiviti untuk anak dan parents..4 tahun tak pasti aktiviti dia apa..
 
budak pengeli terlihat watercolour masih ada lagi kt jari dia..

Masa ni mood dia berbunga2 sangat..suruh senyum, senyum..suruh beratur, beratur..suruh duduk, duduk..

Suka ye dapat masuk balik LC Sg. Buloh..kalau tak setiap kali lalu je depan LC Sg. Buloh setiap kali tu la tanya mummy, saya nak school sini mummy..

Senang lepas nk pergi balik mummy dapat hantar dan dapat  lihat sendiri depan mata..apa2 nak tanya pihak sekolah senang direct terus tanya teacher..

6 tahun lepas register terus berkumpul..teacher ada peneranga ringkas..Mekcha malu2 masa ni..last jumpa kawan2 dia masa umur 4 tahun..besar2 dah dorang..Mekcha je tak besar2..hahaha sampai 3 4 orang parents ingat Raiisah 4 tahun..sian kakak ikut mummy ketot..kalau ikut daddy tinggi sikit..πŸ˜‚

Aku tengok dia dah ok keluar jap borak2 dengan teacher kat situ..adalah 4 5 orang teacher yang aku masih kenal lagi yang lain semua muka2 baru..masuk dalam balik nak tengok la dia tengah buat apa..dia nampak je aku terus muka dah berubah..dari jauh aku tanya dia sambil cakap, “Kakak kenapa, lapar ke nak roti” sebab pagi tu suruh makan roti dia tak nak, nak simpan nak makan kat school katanya..aku panggil la dia suruh datang kat aku..geleng2 kepala tak nak, pastu apa lagi melalak la..teacher dia nampak dia menangis terus pujuk masuk dalam bilik..aku tengok teacher dia dah tarik tangan aku pon bla la..kang tunggu lagi, aku pulak yang nangis kang..kakak ooo kakak dah 6 tahun dah awak why nangis lagi..🀦🏻‍♀️ ada la tu yang tak kena..

Balik tu aku dengan Affan jemput dia..kemain senyum lebor nampak daddy dia ada..Al-Ikhsan sebelah je sempat lagi daddy ko cuci mata..

Ni semalam..balik dari school merengek lapar..tanya dia kakak makan apa? makan nasi tak, teacher bagi makan apa..tak saya makan roti mummy..laaa makan roti je patut lapar..napa kakak tak nak makan nasi, tak nak saya nak roti jer..oo okk..pastu bising perut lapar..

Kebetulan aku memang nak basuh kereta, sebelah tu Mcd..lanja la dia makan nugget..dengar mcd muka senyum terus kalau tak muka jebek je..

piece : kathyjem

Thursday, January 4, 2018

Jangan Cakap Kaay Tak Payung!


Halo halo..wahh dah masuk tahun 2018 dah kita semua yer..apa azam korang? ececece tanya azam korang konon..aku punya azam apa? hahaha takyah la tanya la..sendiri tulis, sendiri faham, sendiri simpan, sendiri je tahu..hahaha 🀣

Korang nak bagitau niii..New Year Sale Kaay tinggal esok je last..terpaksa buat New Year Sale ni sebab ramai nau tanya, Kaay tak buat New Year Sale ke, takde harga kasih sayang ker? haaa awak dah buat ni tak gheti2 nak ambik seketul..ate asyik nanye jer..hahaha

Nanti dah abis sale korang jangan dok tanya2 kita lagi..Assalammualaikum tunggu raya je la jawab nye nanti yer! 😜

DD Cushion dari RM80 jadi RM69 je korang..jimat RM11 tau..rugi rugi tak grab seketul..nak jimat rembat terus 2 ketui..baru RM130..siap FREE Postage lagi..muka ada senyum tak? πŸ˜ƒ

Lipmatte pertama kat Malaysia bau cokelat dan rasa mint..sejuk dingin je lepas pakai..bukan setakat lipmatte cantik di bibir je awak..merawat sekali untuk bibir sensitif dan kering merekah sebab bahan dalam dia semua best2..ada minyak kelapa dara, argan oil, seed oil, shea butter dan peppermint..

Bedah ajaib ni nampak kecik je tapi dia punya fungsi nauzubillah punya banyak..boleh hilangkan minyak di t-zone, ringan tak rasa macam pakai bedak, tahan lama sampai 12 jam dan macam2 lagi la..


DD Cushion dah abis topup je dengan refill pack..boleh tahan sampai 2-3 bula tau..jimat banyak..

Bawah ni semua testimoni jujur dari semua pengguna2 yang dah pakai produk2 Kaay Cosmetics..bukan sajer2 buat ye testimoni ni..dorang sendiri ikhlas bagitau betapa best nye pakai Kaay..Alhamdulillah sejuk hati ni memndengar feedback2 dari pengguna Kaay..

Jom tengok..

Apa macam ada tergoda tak? hehehe kalau ada cepat2 merisik kat nombor ni 011-28811281 tau sebab esok last untuk dapat harga New Year Sale tu..

Tak pon korang beh usha kat IG Kaay_Cosmetics atau facebook Kaay Cosmetics

piece : kathyjem

Friday, December 29, 2017

Vokal Mantap Padu Hanis & Moen

Akhirnya dapat jugak karaoke dengan Hanis dan Moen..Sebelum Hanis beranak harus karok dengan dia..Dulu masa mengandungkan Qaiser pon kiteorang karok jugak..Qaiser yang berbaju merah itu..Ami karok dia wajib ikut jadi bodyguard Ami..hihi

So balik kerja semalam terus roger Moen dengan Hanis..Moen kelmarin adalah hari last bekerja kat AIR Selangor..next week start dah kerja company baru..so alang2 celebrate sekali.. giteww celebrate katanya..

Sebelum cerita lanjut mari kita memperkenalkan Moen, Hanis, Qaiser dan Mak Hayam..

Orang kuat hiking ni..setakat panjat gunung Kinabalu tu celah ketiak je Moen cakap..😜


Masa ni tengah tunggu Hanis dengan Qaiser..so lepak kat Teh Tarik Place..banyak gak kedai makan kt dalam Wangsa Walk ni..hari tu aku datang dengan Eira kemain berpusing-pusing cari kedai makan..

Sambil makan sambal berbincang next projek dengan Moen..next projek la sangat..hahaha gosip je lebih..borak dengan Moen ni memang satu hari tak cukup..dulu masa kat Corporate Com. sehari tak dengar Moen menyakat aku tak sah..ada je lawak bodoh dia buat..uuwaaa rindukan Moen zaman kegemilangan kita kat Corporate Com. dulu kan..😣

Posing depan pintu masuk pon jadi ye Mak Hayam..

Finally jumpa Hanis setelah 8 bulan kita tidak ketemu kan nok..Hari tu call Hanis borak2 dengan dia, dia kata kandungan dah masuk 6 bulan tup tup semalam jumpa 8 bulan dah..😱 cepat nok masa berlalu..kang tau2 ko dah beranak..jangan lupa roger aku nok..

Melantak ni pulak..What diet? hahaha dalam kehidupan Kathyjem tiada istilah diet ye, yang ada cuma bersenam jer..gitewww ayat acah-acah tips kurus..😝

Dua orang ni suara memang sedap..dapat tang aku ke laut Indian perginya..hahaha Lagi2 Hanis suara memang power gile..

A post shared by kathy jem (@kathyjem) on


Tak caya korang tengok kat ig aku betapa sedap dan lunak suara Hanis..bukan omong kosong ya buk, kalian tengok sendiri video Hanis nyanyi..

Nok kalau suara aku sedap macam ko Nok dah lama aku jadi macam Siti Nurhaliza nok..hahaha Kan sedap dan power kan suara Hanis..mengandung pon rileks je boleh tarik tanpa semput sambik duduk..

Ni si kenit Qaiser pon boleh tahan nyanyian dia..lepas dia nyanyi,  dia lagi nyanyi..hahaha pandai pulak request lagu..lepas mintak lagu Amboii amboii, mintak lagu Hang Pi Mana pulak..berbakat macam Ami dia jugak..esok besar ni menyanyi suara mesti sedap macam Ami dia..

Dok sebelah vokal mantap mengigil aku nak nyanyi weiii..hahaha over tuuuh..

Sebab tengah viral lagu Pematah Hati harus la kena pakai jaket macam Nabila Razali jugak..mula pakai jaket ti kemain confident joget style Nabila Razali, sekali Hanis tegur..Nokkkk baju ko senget..hahaha apa daaa butang baju pon senget..πŸ€ͺ

Beria aku bawak jaket takut sejuk sekali panas la dalam tu, aircond tak rasa sangat..

Mekasih Moen sudi berduet dengan Minah senget ni..hahaha 3 jam melalak hambik ko..nasib baik la dorang ni power2 menyanyi..rasa2 tak boleh tarik aku pass kat dorang..huntung ada geng suara Mariah Carey ni..πŸ˜†

Abis karok terus chow..Bye Moen Hanis..good luck Moen..nanti kerja tempat baru jangan lupa aku dengan kawan2 lain tau..

piece : kathyjem

Thursday, December 28, 2017

Sakit Perut Sebab Apa?

Halo halo..watpe tu..kerja ke cuti? kita masih kerja lagi cuti dah abis..hahaha eh tapi next week cuti nak hantar Raiisah sekolah..seminggu ni pekik terlolong je kat telinga mummy, saya nak pegi school mummy nak pergi school..ye ye next week kakak masuk school..ce sabor cikit..excited kemain tak sabar jumpa ticer kawan2 yer..

Jenuh sekarang ni nak jawab soalan dari Mekcha ni..sehari tak 20 soalan tanya mummy tak sah..pastu dok 80 kali ulang soalan yang sama sampai kejung mulut mummy ni nak jawab..hahaha sabor je la..

Pagi tadi bawak dia pegi klinik, dah masuk 3 hari cirit birit dengan sakit perut..ingat dah ok tapi semalam tengok cirit masih ada lagi nasib baik muntah takde..hari yang sebelum dia sakit perut kena cirit, Raiisah makan maggi, lepas makan maggi terus sakit perut..sekarang ni dengar maggi je dah takut..daddy dia la yang masakkan untuk Raiisah..merengek2 mintak dari daddy nak maggi..dia tau kalo mintak kat mummy memang mummy takkan bagi, apa lagi telinga daddy kena bebelan la dari mummy..ni anak sakit kan dah susah..erghhh! 

Muka di pagi hari..hahaha Mekcha sebelah tu mengamuk tak muka dia kena rakam..perasan retis la tu..doktor kata kalau dua hari masih cirit lagi kena datang balik klinik, doktor akan transfer terus ke hospital..

Hi Kakak..sian dia sakit perut ye..ni pon jenuh pujuk nak bawak pegi klinik..masa gerak nak ajak mandi menangis2 tak nak pegi klinik sebab takut nak makan ubat..ye korang Raiisah ni nak bagi makan ubat, ya ampun sikit punye payah..bagi ubat je pon macam kena dera..cepat sihat ye kakak..weekend ni boleh bawak kakak dengan adik mandi laut kalau kakak dah sihat..tadi doktor check ada demam sikit..

Sebelum keluar rumah nak pergi kerja janji dengan Raiisah..kakak, kalau kakak makan ubat nanti mummy beli toys untuk kakak ek..mati la balik ni kena beli..hahaha πŸ˜…

piece : kathyjem

Tuesday, December 26, 2017

Pancake Mudah dan Sedap untuk Mekcha

Hari tu cuti 3 hari jaga Mekcha dengan si adik..Mak dengan Abah pegi honeymoon..hahaha tak la, abah dapat jemputan percutian ke Perak bersama Seniman Veteran..alang2 tu abah bawak Mak sekali bercuti..so nak tak nak terpaksa aku cuti untuk jaga anak..kasi can la mak dengan abah berhoneymoon..nasib baik la hujung2 tahun kerja dah tak banyak..

Seronok betul 3 hari golek2 dengan anak..Celik mata sampai nak tidur dok tengok dorang depan mata..selalu  rasa time macam ni hari weekend jer..best betul..rasa nak berhenti kerja jaga anak terus..hahaha

Balik dari hantar abah kat Finas hari tu terus beli barang dapur..topup barang dapur yang dah takde..

Sebabkan Raiisah suka makan pancake maka beli la instant pancake..nak sukat2 berapa kilo tepung nak bancuh tak reti..senang beli yang dah siap semua bahan cuma tambah air ngan telur jer..kalau nenek ada takde instant2 ni yer..hahaha

Dari dulu suka brand Nona ni memang rasa pon sumpah memang sedap..see kat belakang kotak dah siap bagitau cara2 nak bancuh..ada lebihan boleh simpan dalam peti ais..seminggu gak boleh tahan..

Senang sangat korang takyah pening just tambah sebiji telur, minyak masak, air masak atau susu..takde susu full cream air masak jer pon dah sedap..

Tengah syok ambik gambar Mekcha bangun pulak..Mummy mummy saya nak buat pancake..

Campur ke semua bahan sekali gaul sampai sebati..kena cair baru pancake tu gebu nanti..

Tadaaa siap dah..bancuh tak sampai 5 minit, masak pon tak sampai 5 minit..senang sangat awak..sesuai untuk mak mak yang nak cepat sepantas kilat dan pemalas macam kita ni..hahaha

3 keping abis Mekcha telan..dia nak kosong je pancake tu, tak nak letak apa2..

Adik rileks je letak peanut ke jem ke dia telan jer..bagi batu kayu pon dia boleh telan..🀣

Ok tu je saje nak share hari weekdays selama 3 hari menjadi bibik..hihihi

piece : kathyjem