Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, May 25, 2016

Cyst Dah Tak Ada!

Hai semua..Alhamdulillah kandungan dah masuk 4 bulan..jap kan..hehehe..Last week ada monthly check-up..Alhamdulillah masa check baby semua ok..pagi tu checkup, malam kena tahan wad..

Al-kisahnya, malam kejadian teringin nak makan burger..masa maghrib tu aku ngantuk sangat sangat..rasa letih lain macam..memang nak tidur je rasa masa tu, takkan nak tidur waktu maghrib pulakkan, tak elok tidur waktu maghrib..ok la lelap jap dalam 20 minit macam tu, sedar2 nak masuk isyak dah..masa tidur tu dok mimpi apa tah tiba2 nak makan burger..so cakap la dengan Affan teringin nak makan burger kat area rumah yang selalu awak beli tu..siap pesan kat Affan nak burger ayam special..hehehe Biaser la orang mengandung ni asyik teringin je..aku busuk2 pon teringin bab makan jer..so far pelik2 takde lagi..hihi

Affan pon gigih la pergi cari burger..masa makan tu ya ampunn sedap betul rasa burger hari tu..hahaha yerla dah lama tak makan burger ayam kan..sejak tahu aku ada cyst memang tak sentuh segala jenis burger..

Pastu nak dijadikan cerita, malam tu aku terjaga dalam kol 1 pagi sakit perut nak yak yak..lepas yak nak sambung la tidur, masa tu perut dah start sakit lain macam..memulas-mulas..tidur tak boleh, duduk tak boleh, baring lagi la..yang Affan paksa2 suruh aku tidur..aku cakap tak boleh baring sakit sangat2..pastu dia suruh sapu ubat minyak angin..lepas sapu minyak tak jalan jugak..makin lagi sakit..setengah jam jugak la aku dok menahan sakit..dalam hati, dah kenapa perut ni, sakit lain macam pulak..dah fikir macam2 masa tu sebab sakit kat bahagian belah kanan jer..sakit macam nak beranak pon ada..huhuhu Takleh jadi tukar baju, sarung tudung terus pegi hospital PMC..

Sampai2 doktor suruh check air kencing..doktor kata air kencing aku kotor, nasib takde keluar darah ke apa..doktor suruh baring..dia kata nak call doktor yang selalu check aku tu..lepas bincang2 doktor yang selalu check aku tu suruh warded, besok pagi dia akan check..lepas tu kena la masuk air dalam badan..kena la tahan..last masuk wad masa beranakkan Raiisah 4 tahun lepas..huhu..nurse cucuk bagi ubat tahan sakit dan ubat tahan muntah..lepas tu baru rasa kurang sakit kat perut..masa dorang bawak ke bilik tu aku muntah..tak sempat nak pegi toilet abis depan pintu..masa muntah tu aku dah syak ni mesti makan burger ayam tadi ni..sampai makcik cleaner yang sapu muntah aku tu tanya, awak makan kacang ker..takla saya makan burger ayam tadi..oo patut la..

Rabu malam kena tahan Jumaat pagi boleh balik..nasib 2 malam jer..aku risau dok lama2 kat hospital ni, nanti fikir macam2..hehehe tapi sebelum balik doktor check perut semua tu, ok takde apa yang serius..semuanya ok, cuma silap makan jer tu punca dia..baby pon aktif je dalam perut..haa teringat kejadian masa scan baby masa tu..

Raiisah : Mummy tu baby sakit (sambil tunjuk baby kat monitor) Doktor : takkk baby tak sakit, mummy je sakit.. Die punye excited tengok baby kat monitor tu macam apa jer..muka teruja+berkerut..hahaha..yerla selalu dia tengok perkembangan baby dalam youtube, alih2 dapat tengok baby gerak2 macam tu happy la dia..tu baru tengok dalam monitor belum betul2 lagi..hehehe Tak sabar jadi kakak ye Raiisah..pas ni kena panggil kakak dah..

Pregnant kali ni perut agak kecik..Raiisah dulu 4 bulan dah macam 5 bulan..hehee besor..kali ni kecik sikit..berat badan macam biaserla naik sedikit demi sedikit..

Haa ada yang tanya aku masuk wad sebab cyst ke?? tak..Alhamdulillah cyst dah hilang..syukur sangat2..masa checkup doktor bagitau cyst memang dah takde tapi just jaga je la permakanan sebab cyst ni ikut orang..kadang tu dia boleh muncul balik tanpa tahu punca dia..

Masa tau aku ada cyst dalam perut memang aku jaga bab makan..tak sentuh langsung ayam, daging, berasaskan soya semua tu, kicap, tempe, tahu dan segala macam berkaitan soya memang aku tak sentuh langsung..ko bayangkan hampir sebulan aku makan lauk macam atas ni..ko ghaser?? hahaha kadang tu dah muak makan sayur peria ngan bayam aku ambik peria dengan ikan..peria tu memang tak tinggal la..mujur kat bawah office ada orang masak peria goreng ni..doktor memang suruh aku amalkan makan peria..lagi bagus makan peria katak yang jenis kecik tu..tak kisah nak makan goreng ke, nak makan macam tu pon boleh tapi nak makan macam tu je tak lalu laaa kot pahit..

Dan lagi satu aku amalkan minum minyak zaitun dan pati buah delima..minum sebelum breakfast dan sebelum tidur..semua pon tahu kan khasiat buah delima dan buah zaitun macam mana..so aku sarankan mana yang ada cyst tu boleh amalkan apa yang buat ni..cyst aku dulu membesar sampai 6 cm..besar tu tapi amalkan pemakanan dan supplement ni semua alhamdulillah hilang, lagi satu jangan lupa doa kat Allah swt..ok tu je aku nak share dengan korang.. =)

piece : kathyjem

13 comments:

wani ezryl * said...

alhamdulillah dah hilang cystnya. mmg xboleh mkn protein byk ya? kalau peria goreng tu mmg sedap! yumyum

Unknown said...

Hi Kathy,

Kat mana beli cardigan tu? Cantik sgt.

kathy jem said...

wani ezryl * : a'ah kurangkan makan protein..peria tu goreng sedap la, makan mcm tu tak lalu dibuatnya..hehehe

kathy jem said...

Andra Xalia : kathy beli kat cotton on nu sentral..hehe

eima said...

alhamdulilah...semoga khaty dan baby sihat ... dan dipermudahkan

kathy jem said...

eima : aminn..mekasih eima doakan kita.. =)

Ms Mai said...

Alhamdulillah kak kathy.ape2 pon take care kak.tak sabor nak nengok adek raiisah pulak ;)

Jepun Mari said...

smoga dipermudahakn seglanya,mak sihat baby sihat. Msti Raiisah tak sabar nak tngok adik dia kuar nti.huhuu

Madam N said...

alhamdulilla tanhiah baby n mummy sihat2 belaka. anyway.. mummy berseri2 walaupon pregnant ya

Fiza Naim Hazli said...

salaam sis, nak tanya mcm mana you minum minyak zaitun, berapa sukatan?

zeera lily said...

alhamdulilla... semoga dipermudahkan besalin nanti

QasehnyaRania said...

alhamdulillah semoga dipermudahkann buat sis nnti aamiin

pati delima tu mmg bagus. saya sdiri pon amalkan masa pregnant hari tu. cuba sbb demam selsema batuk sakit tekak pastu takut nk ambil ubt spital, try pati delima alhamdulillah semuanya hilang, morning sickness pon alhamdulillah, xda

miszA said...

Sis Kathy amalkn minyk zaitun Dan delima tu berapa bulan Bru hilang cyst?