Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, February 14, 2017

Lauk Orang Berpantang

Rindu pulak lauk pantang ni..hampir 3 bulan dah masa berlalu..ingat balik sekarang ni rasa macam dalam tempoh berpantang lagi rasaya..hehe..bab makan dalam tempoh berpantang memang aku jaga..even sekarang pon aku jaga lagi bab makan ni..tak boleh semua balun, macam sayur kena tengok jenis sayur..jenis sayur berangin tak boleh makan, takut Afif kembung perut..jenis badan aku ni banyak angin..silap makan sikit.. erkk erkk keluar angin..

Orang lepas bersalin ni lain orang lain badannya..setengah orang lepas beranak semua ok je, mandikan anak ok, makan semua makanan ok, takde apa pon2 masalah, tak sakit pon, kuat je badan dia..tu la nak cakap lain orang lain badannya..jangan nak sama kan badan kau dengan badan orang lain..

Macam ais pon aku pantang 3 bulan..baru ni start minum ais..tu pon takut2 gak nak minum ais..yerla takut urat perut terkejut..hahaha..tapi memang betul pantang orang lama ni kalau kau ikut betul2 44 hari selepas bersalin, memang ko akan rasa lain maciam..memang tempoh waktu pantang tu kau akan rasa macam terseksanyaaa jiwa bantin ku ni tapi lepas abis pantang 44 hari tu dan tambahan selama 100 hari tuttt, kau akan rasa badan kau, WOW tak rugi aku berpantang selama 100 hari itu..rasa ringan, rasa segar, rasa sihat, rasa kembali awek muda giteww..hahaha suami pon suka..eh!

Aku bab pantang ni memang ambik berat sikit, eh bukan sikit banyak..tak suka sambil lewa..lagi pon berpantang rumah mak sangat berbeza, faham2 je la pantang dengan mak sendiri..memang mak tak bagi muka..mak pulak jenis straight sikit.. kalau tak pakai stoking, abis dia bising, "nanti tak pakai stoking badan masuk angin, lepas mandi rambut kena ikat tinggi2 supaya kepala tak masuk angin meroyan".. haa macam2 la mak bebel kalau tak ikut pantang larang dia..

Mula2 tu ikut la dah hujung2 arghhhh malas nak buat..hahaha mesti akan rasa perasaan macam tu kan. konon rasa badan sihat sikit, kuat sikit, mula la malas2 bengkung..pastu bentannn, sendiri mau ingat la kenapa..betui weiii aku rasa, aku dah jalan paling slow macam kura-kura dah, tup tup terlanggar meja makan, terlanggar almari..ko rasa bentan tak aku. bentan weiiii..2 hari demam mengigil-gigil..hahaha jalan berjaga-jaga pon boleh bentan apa tah lagi kalau tak dijaga..

Sebab tu orang dalam pantang dia kena jaga betul2..tak boleh berseorangan..baru ni ada kes ibu penggal leher anak..Astaghfirullahaladzim sedih sangat..terkejut masa baca tu..seminggu dok teringat budak tu kena penggal dengan ibu sendiri..budak tu beza sebulan je dengan Afif..comel sangat budak tu..ibu dia yang melahirkan dia, tup tup mati ditangan ibu sendiri gak..

Sebab tu orang kata, emosi ibu lepas beranak ni jangan dibuat main2..bahasa kena jaga..jangan cakap sedap mulut je, jangan nak melezer sangat, jangan fikir apa yang kita cakap tu semua betul..perempuan mengandung sampai bersalin emosinya memang sukar dijangka..sensitif tiba2..kadang bukan nak buat mengada-gada, sajer nak beremosi, benda tu sendiri terjadi tanpa diduga..tak nak manja kan diri, kuat kan jugak hati ni, tapi tu la badan tengah tak kuat, lemah..kadang rasa macam nak menjerit tengok orang keliling tak faham keadaan diri kita yang baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak..ingat kita sajer2 nak request nak dilayan macam puteri lilin ker..memang tak la ye..aku jenis bukan manja macam tu..siapa kenal aku tahu aku ni macam mana jenis independent..tak suka susahkan orang..selagi mampu buat sendiri..

Bukan orang biasa je boleh terkena gangguan emosi ni, golongan wanita profesional pon boleh kena jugak..ada kajian bagitau, urutan selepas bersalin dan bertungku ni dapat meredakan emosi wanita dalam berpantang yang kurang stabil..bukan nak cakap besar, tapi ni la aku aku amalkan selama 44 hari aku berpantang iaitu tungku, tangas, urutan..tungku dan tangas aku buat hari2..kalau rajin,  pagi dengan petang aku buat..kalau malas sekali je aku buat..hehehe..selama tempoh berpantang, 7 kali aku berurut..3 hari sebelum start kerja pon aku berurut lagi..kalau korang buat yang aku cakap ni memang korang akan rasa badan sihat dan ringan..

Nak share dengan korang apa menu makanan sihat yang aku makan dalam pantang yang boleh hilangkan 16 kg..gile weii berat badan aku masa mengandung 72 kg..seramkan dengar..sekarang Alhamdulillah banyak baju dah boleh sarung..hehe suka mak!

Ikan selar masak kunyit..hoiii kalau ingat balik memang rindu.. lada hitam, bawang putih, halia, kunyit memang tak tinggal..

Lobak putih sangat bagus untuk tambahkan susu..ibu yang kurang susu elok makan lobak putih ni..nampak lada hitam itu, di mana2 makanan pasti ada yer..

Sup ikan merah..dalam pantang memang heaven la dapat makan lauk panas2 ni..

Kemain ikan siakap tu diselimuti sayur sawi..syok je dia tidur atas pinggan tu..

sampai aku kata kat mak..mak takyah la masak lobak putih..susu meriah sangat..hahaha sian Afif tercungap-cungap dia minum.,

Ni paling ku suka..masa dalam pantang kan Raiisah dulu-dulu pon mak masa ni..simple sangat, takyah pakai minyak..ikan bilis dengan lada hitam jurrr..makan pulak dengan nasi panas..mengancam giler..

Ikan siakap masa kunyit..

Nak masak lauk orang pantang ni, kalau boleh kurangkan pakai minyak masak..kalau nak pakai gak, taruk sikittttt jer..macam mana badan tu nak surut kalau dah hari2 makan ikan goreng bersama cili masak merah.. huhuhu..

Bawah ni ada senarai sayur yang korang boleh makan masa dalam pantang dan sayur yang tak boleh makan masa dalam pantang..jangan ingat semua sayur korang boleh makan ye..
Ikan pon sama kena tengok jenis ikan..kang bedal je takut gatai kat bahagian jahit tu pasal2 dok mengaru atas bawah..hehehe..ok ibu2 mengandung, selamat menempuh dunia berpantang yer..jaga makan, jaga emosi, jaga kesihatan.. =)

piece : kathyjem

4 comments:

eima said...

nice sharing dear .. tgk menu ko aduhai pandai nye mama ko deco juga ek....
sedap tu menu pantang tp dlm pantang tu tak sabar nk mkn mende lain ... lps pantang dok rindu lada hitam hahhaha

Eliss Mie said...

Memang syok makanan masa pantang. Boleh kurus. Saya paling suka kerabu pegaga mak saya buat.

ieda iedana said...

Salam kak.

Thank you and very informative. Ida belum kawin tapi badan memang jenis berangin. Terbaca kat mana tah that kobis and taugeh jenis berangin and Ida stop makan memang obvious kurang angin.

Ni tengok list 'dilarang' tu lebih banyak memang kena work hard lagi la ni...

wani ezryl * said...

masa berpantang mmg cepat lapar kan sebab dok makan ikan ikan ikan lepas tu semua rebus2 je haha. lobak putih tu dulu time pantang sy pernah try sekali, tapi tak masuk di tekak sebab rasa dia mcm pedas2 lobak putih.