Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, February 21, 2017

Sudah jumpa stroller paling terbaik untuk Afif

Balik kerja semalam terus lari mencari stroller Afif..kena beli gak stroller untuk Afif..nak pakai kakak dia punya dah bengkok2 stroller Raiisah tu..Stroller Raiisah yang warna hijau tu pon beli masa nak pergi Hong Kong..dah dekat 5 tahun stroller tu..

Stroller macam bukan tahan pon..yang best dia ringan and senang nak lipat..pastu Mekcha dah besar sikit beli stroller toys r us, stroller tu masih elok cuma tak sesuai Afif dok dalam tu sebab stroller tu kan tak boleh baring..

Macam2 pilihan stroller ada, yang mahal yang murah, yang ada brand takde brand semua ada kat kedai ni..Kedai ni terletak di Pinggiran Subang..kedai ni memang khas jual stroller..bila dah sampai kedai ni Affan berkenan stroller Mini buggy special edition..awal2 aku dh pangkah sebab berat..nanti nk travel susah..tolak pon aku dah rasa berat stroller mini tu.

Mujur Affan ada kalau tak jenuh aku nk angkat bawak ke kereta..sebelum nak beli kena tunjuk kat dia, kalau tk berkenan di hati dia payah gak..kena dua hati berkenan..pastu dah beli Affan boleh pulak buat drama sedih.. "Sian raiisah nanti dia tengok kita beli stroller untuk Afif mesti dia sedih"..alaa b ni bukan dia tahu pon..touching pulak awak..hahaha Affan macam tu la dia, kalau beli barang untuk Afif mesti dia ingat Raiisah jeles..padahal tak pon..mekcha apa dia kisah..

Tavo stroller ni keluaran dari Korea..ada 3 pilihan colour iaitu red, blue dan gray..banyak kedai aku tanya kat online semua kata colour gray takde stok..kalau ada pon tunggu bulan march..memang tak boleh tunggu bulan march sebab nak guna weekend ni pegi Melaka dengan manjers..hehehe

Memang laku keras Tavo stroller colour gray ni..yang penting harga mampu dimiliki, ringan, senang nak lipat dan design dia nampak moden..ahkak sukaaa..terpaling suka ada T bar kat bahagian tengah2 tu..takde la baby mengesot ke bawah, anak pon boleh pegang T bar tu..T bar tu boleh turunkan..

Senang beli terus stroller macam gini..dari new born smpi berat anak 18kg muat dok dalam ni..Raiisah pon muat dok dalam tu..hahaha..takyah dah tukar2 stroller lain..senang hidup..

Hai orang Melaka!!! Disebabkan Kak Kathy nak pegi Melaka weekend ni..Kak Kathy nk cari siapa yang nak join untuk jadi sebahagian team Kaay Cosmetics..nanti kita boleh berjumpa, berselfie or nak tanya apa2 pasal produk Kaay pon bolehh..tapi Kak Kathy nk dua orang jer tau..berminat nak join team Kaay Cosmetics boleh whatsapp Kak Kathy, ni nombor dia 011 2881  1281

piece : kathyjem

3 comments:

Nurulaizanhusin said...

Salam Kay,

Nak tnya...apa ek nama kedai stroller yg Kay beli utk Afif tue. Mmg dah lama jugak cari tavo stroller warna kelabu nie..

thanks dear

zeera lily said...

macam nk join tapi kalau hari sabtu ada kelas..

Haza Ishak said...

Lega Tavo ni dah ada kat Lunatots Putrajaya. Mujur sempat order warna grey hari tu