Klik Yer!! Mekasih...

Monday, January 22, 2018

Keluar Ronda2

Halo halo..weekend hari tu bawak anak2 jalan2..memang plan sabtu hari tu nak pergi rumah opah Kajang..tapi tak bawak kereta sajer naik public transport..Hari2 Mekcah memekik nak naik train nak naik train..dia tu hari2 naik train pon dia suka..so daddy dia plan l naik bus pastu berhenti Bandar Utama naik MRT..nak bagi anak merasa naik bus..

Semua semangat bangun nak naik bus..awal pagi dah tercongok depan stesen bus..Muka Mekcha yang suka sabotaj gambar mummy..

Giler bertahun tak naik bus..dulu2 suka naik bus mini sebab orang2 yang naik bus mini bukan calang2 tau sebab yang naik tu kalau tak melambung ke atas bukan bus mini la tu..hahaha pastu kalau lupa ikat rambut siap la orang sebelah boleh bau rambut yang menggerbang tu..

Daddy dia hari tu pernah naik bus..so dia tau la selok belok nak naik mana nak turun mana..kalau aku sorang2 mau mengagau..Afif muka blur..mesti dia tertanya2..aku sedang naik apakah ini?!!!

Sekarang semua public transport guna touch ngo..tapi kalau baki touch ngo tak cukup boleh je guna wang kertas..duit baki tak pasti dia pulangkan ke tak..rasanya macam tak jer, kena sediakan wang secukupnya..

Pastu berhenti kat Bandar Utama naik MRT terus ke Kajang..nanti Opah tunggu kat sana..

Afif dah start buhsan..si dark choc ni mana leh stay satu tempat lama2..abis dia tawaf dalam MRT..nasib la daddy dia ada..kalau mummy dengan dia je mau aku jadi penghibur dalam tu..

1 jam lebih nak sampai Kajang hoiii..lama benor rasanya..kalau naik kereta elok molek dorang dalam car seat..ni naik MRT masing2 jakun bebenor..

Dia sudah moody..nak roti tak bagi kadang kena denda RM500 tak pasal2 kakak..sat lagi sampai mummy bagi kakak roti..dalam MRT tak boleh makan sayang..

Cepat ambik gambar dengan mummy..nanti mummy bagi tengok bismillah (dalam youtube) terus muka pura2 senyum..dengar nak bagi youtube berubah muka ceria terus..mek drama betul..🤦🏻‍♀️

Sampai rumah opah terus masing2 zzzz..perut pon dah kenyang..opah masak beehun gun goreng, mee goreng dan ikan bawal masak nanas..mekasih opah..

Pastu opah bawak pegi Cheras Ikea sebab opah nak beli barang dapur kt Ikea..so nanti senang balik na 
nanti naik MRT je kat Ikea tu..ramai pulak budak2..tak jadi la main playgorund situ..Ada playground yang tak bukak lagi..

 Lalu depan kedai Smiggle..tren jenama aksesori, peralatan budak2 sekarang..nasib la Mekcha tak tau Smiggle ni apa..kalau tak kena siap menambung la dari sekarang..hahaha sebab barang2 dia semua ya ampunn mahai2..juling2 mummy nengok harga dia..eh aku pun hampir nak terambil jugak tau..hahaha sebab comel sangatttt..

Opah dia kata tunggu Raiisah darjah satu baru opah belikan..kalau sekarang beli takut hilang sebab kakak tak pandai lagi jaga barang..dah darjah 1 baru syok nak beli..sabar ye kakak next year nanti mummy beli kan..eh tapi berkenan la pulak botol air dia..cantikkkk😁

Petang tu balik lenggang je dalam bus..ada sorang dua jer..daddy dia cakap pengalaman yang best bawak anak2 naik bus dan train..cuba bayangkan kalau anak ramai terpaksa naik public transport macam mana la kan..aku yang anak 2 ni pon dah rasa huru hara..hehehe so jangan mengeluh merungut, bersyukur dengan apa yang Allah beri kat kita..In Sha Allah..

piece : kathyjem

1 comment:

Hans said...

hahahaah
boleh bayang excited naik bas